5 Pilihan Mi Segera Paling ‘Syok’ Makan Tengah Malam
Murah, mudah dan mengenyangkan. Ini adalah antara faktor-faktor yang menyebabkan mi segera menjadi pilihan dan popular di kalangan orang ramai. Sebagai salah satu alternatif untuk melapik perut, perasanya yang pelbagai dan bermacam-macam jenis juga turut membuatkan ia digilai ramai. Lebih mengejutkan lagi, ada jenama mi segera buatan tempatan yang dinobatkan antara yang terbaik di dunia. Menarik kan? Oleh itu, jom kita lihat lima jenama mi segera yang terbaik untuk dijadikan santapan lewat malam atau waktu sibuk anda.
Maggi Pedas Giler Tom Yummz
Maggi bukan lagi satu jenama asing di Malaysia. Bahkan, untuk menunjukkan betapa hebatnya jenama ini, perkataan Maggi itu sendiri telah dijadikan kata nama ganti oleh ramai orang yang merujuk kepada mi segera walaupun berlainan jenama. Kini, Maggi juga turut mengikuti peredaran zaman dengan menampilkan perisa Tom Yam diselangi dengan rasa pedas. Berkemungkinan ingin berdiri sama tinggi dengan mi segera berjenama daripada Korea.
Jika anda sukakan pedas, ini adalah pilihan mi segera terbaik untuk anda. Aroma rasa pedas dengan rasa masam dari tom yam semestinya mampu untuk mengecurkan air liur sesiapa sahaja yang menikmatinya. Namun harus diingatkan, tahap kepedasan untuk Maggi Pedas Giler Tom Yummz sangatlah tinggi dan ianya tidak datang sejurus selepas suapan pertama. Jadi kepada penggemar rasa pedas, anda pastinya rasa tercabar melihat Maggi Pedas Giler Tom Yummz ini.
Kelebihan
- Rasa tom yum asli
- Murah
- Mudah didapati di mana-mana kedai
Kekurangan
- Rasa pedas yang melampau
Spesifikasi
Perisa | Tom Yam |
---|---|
Bilangan paket | 5 |
Berat setiap paket | 76g |
Harga | RM 8.50 |
Samyang Buldak Ramen Carbonara Hot Chicken
Jenama viral dari Korea Selatan ini telah pun mencetuskan fenomena di serata dunia. Berlumba-lumba youtuber, influencer serta orang-orang terkenal membuat cabaran di platform sosial media masing yang menunjukkan mereka cuba menghabiskan sebanyak mungkin ramen pedas ini. Tidak lah keterlaluan jika dikatakan Samyang Buldak Ramen ini lah yang telah menjadi penanda aras kepada wujudnya mee segera pedas jenama-jenama lain ketika ini. Tekstur ramennya ada sedikit berbeza dengan mee segera lain. Ianya lebih kenyal dan tebal. Sudah tentu ia mampu memberikan rasa kenyang tahan yang lebih lama. Namun harus diingatkan, walaupun perasa ini bukan lah perasa utama seperti yang diviralkan sebelum ini, Pedasnya tetap sama dan pedasnya dapat dirasai seawal suapan pertama lagi. Hati-hati buat yang ingin mencuba.
Kelebihan
- Isi yang banyak
- Berat setiap paket yang lebih tinggi.
Kekurangan
- Harga yang mahal
- Tidak dijual secara meluas.
Spesifikasi
Perisa | Ayam |
---|---|
Bilangan paket | 5 |
Berat setiap paket | 140g |
Harga | RM 12.50 – 19.50 |
MyKuali Penang White Curry
Ini antara yang paling Win! Produk mi segera buatan Malaysia iaitu MyKuali Penang White Curry Noodles tersenarai sebagai 10 mi segera terbaik. Pemilihan mi segera terbaik itu dinilai oleh lapan pakar pemakanan daripada pelbagai bidang seperti penulis makanan, penulis buku resepi, wartawan dan sebagainya. Cukup membanggakan apabila keunikan rasa mi segera itu dinilai sendiri pengulas makanan popular, Lucas Kwan Peterson yang juga kolumnis makanan untuk Los Angeles Times. Peterson dalam satu kenyataan turut menyifatkan dirinya tidak salah untuk memilih MyKuali Penang White Curry Noodles. Wajib cuba okay!
Kelebihan
- Tersenarai sebagai 10 mi segera terbaik
- Rasa perencah yang unik
- Kualiti mi yang baik
Kekurangan
- Harga sedikit mahal
- Sukar dicari di kedai-kedai biasa
Spesifikasi
Perisa | Kari putih |
---|---|
Bilangan paket | 4 |
Berat setiap paket | 110g |
Harga | RM7 – RM 8 |
Ibumie Mee Goreng Curry Kapitan
Melihat pada bungkusannya, ia nampak seperti mee segera biasa. Tapi tahukah anda, ia tersenarai sebagai 10 mee segera terbaik pada tahun 2019, inilah dia Ibumie Mee Goreng Curry Kapitan. Kekuatan mee segera ini terletak pada perasanya iaitu kari kapitan yang mempunyai sentuhan masakan baba & nyonya. Segalanya setara, rasa pedas dan manis termasuk kandungan minyak yang memberikan rasa yang seimbang. Tidak perlu dicampurkan dengan apa-apa lagi perasa tambahan, segala-galanya ada dalam bungkusan Ibumie Mee Goreng Curry Kapitan ini.
Kelebihan
- Tersenarai sebagai 10 mi segera terbaik
- Perasa yang unik
- Harga yang murah
Kekurangan
- Bungkusan kurang menarik
- Tiada daya tarikan untuk menarik perhatian pembeli
Spesifikasi
Perisa | Kari kapitan |
---|---|
Bilangan paket | 5 |
Berat setiap paket | 80g |
Harga | RM 4 – RM 6 |
Indomie
Sesuai untuk anda yang mahukan mi tidak berkuah, Indomie adalah pilihan terbaik untuk mi goreng segera. Boleh dikatakan ramai peminat Indomie di Malaysia, walaupun ianya daripada Indonesia. Menarik lagi, Indomie mi goreng tersenarai bersama satu lagi produknya, Indomie mi goreng ayam panggang sebagai Mi Segera Kering atau Tidak Berkuah Terbaik pilihan pengkritik makanan Amerika Syarikat.
Kelebihan
- Tersenarai sebagai 10 mi segera kering terbaik
- Mudah disediakan dan tidak berkuah
- Rasa unik dari Indonesia
- Pelbagai perisa
Kekurangan
- Perlu digaul sekata untuk menikmatinya
Spesifikasi
Perisa | mi goreng asli |
---|---|
Bilangan paket | 5 |
Berat setiap paket | 85- 90g |
Harga | RM 4.80 |
Mi segera ibarat tidak boleh dipisahkan dengan rakyat Malaysia. Ianya digemari hampir setiap peringkat umur. Namun, tidak kiralah apa jenis makanan pun ianya haruslah diambil dalam kuantiti yang berpada-pada okay!
Yang mana dah tiada idea nak beli mi segera apa bulan ni, bolehlah cuba pilihan-pilihan ini. Mudah, cepat dan mengenyangkan!