5 Tisu Basah Terbaik Membersih Dan Sanitasi Kulit Juga Permukaan Sekeliling Anda

5 Tisu Basah Terbaik Membersih Dan Sanitasi Kulit Juga Permukaan Sekeliling Anda
Lain-lain


Musim-musim pandemik ni, antara barang wajib dibawa ke mana sahaja adalah topeng pelitup muka, hand sanitizer, spray pembasmi kuman dan juga tisu basah yang mampu membersihkan kuman atau bakteria.

Jika dahulu penggunaan tisu basah terhad hanya untuk membersihkan tangan atau permukaan jika tiada air, namun kini ianya digunakan untuk membasmi bakteria dan virus yang tidak kelihatan. Sesetengah tisu ini mengandungi alkohol dan dikenali sebagai tisu disinfektan dengan kandungan alkohol sehingga 95 peratus.

Khas untuk anda yang benar-benar mahukan tahap kebersihan di tahap terbaik, tisu basah adalah antara ‘must have item’ untuk dibawa ke mana sahaja. Jom kita lihat antara pilihan tisu basah terbaik yang ada di pasaran,

Lifebuoy Antibacterial Wet Wipes

Lifebuoy Antibacterial Wet Wipes
Kekal bersih sepanjang hari dengan tisu basah keluaran yang berkesan melawan kuman dan membantu melindungi diri anda daripada bakteria. Ia didatangkan dalam pek bersaiz kecil dan mudah dibawa ke mana sahaja. Menariknya, kandungan vitamin E yang ada bertujuan membuatkan kulit anda lebih segar dan lembut. Ianya juga sesuai digunakan kepada kanak-kanak. Ia juga bebas Paraben dan mampu menghapuskan 99.99% kuman.

Kelebihan

  • Mengandungi vitamin E dan lembut pada kulit
  • Selamat digunakan kepada kanak-kanak
  • Mudah dibawa ke mana sahaja
  • Kandungan pH sesuai untuk kulit
  • Harga mampu milik
  • Bebas paraben

Kekurangan

  • Pelekat pada penutup kurang berfungsi setelah dibuka beberapa kali

Spesifikasi

Kandungan: Aqua, Caprylyl/Capryl Glucoside, Aloe Barbadensis Leaf Juice, Propylene Glycol, Tocopheryl Acetate, Parfum, Phenoxyethanol, Sodium Benzoate, Citric Acid, Simethicone.
Jumlah helai: 48
Harga: RM 12++

Alcosm 75% Alcohol Disinfectant Classic Wet

Alcosm 75% Alcohol Disinfectant Classic Wet
Tisu basah berjenama Alcosm Pte Ltd mengandungi kandungan alkohol sebanyak 75 peratus dan mampu membunuh 99.9% bakteria dan kuman berbahaya. Jenama Asia yang berpangkalan di Singapura ini merupakan syarikat pertama memperkenalkan produk tisu basah dengan kandungan alkohol 75 peratus di rantau ini. Ia diperbuat dengan fabrik spunlace ultra lembut dengan ketebalan 40gsm dan 2 kali lebih tahan lama juga 2 kali lebih lembapan untuk pembersihan harian anda.

Kelebihan

  • Mengandungi 75% alkohol
  • Membunuh virus dan bakteria
  • Mudah menanggalkan kesan minyak
  • Sesuai untuk memberishkan permukaan meja kerusi dan sebagainya
  • Material yang tebal dan tidak mudah koyak
  • Bebas pewangi

Kekurangan

  • Harga agak mahal

Spesifikasi

Kandungan: 75% alkohol ethyl, Air RO tulen 6 peringkat termaju
Alkohol: 75%
Jumlah helai: 50
Harga: RM 40.50

Dettol Anti Bacterial wet wipes sensitive

Dettol Anti Bacterial wet wipes sensitive
Siapa je yang tak kenal dengan produk Dettol kan? Ia adalah antara produk yang laku keras sewaktu pandemik mula menyerang. Pelbagai rangkaian produknya daripada pencuci lantai, spray sanitasi, cecair sanitasi hinggalah ke tisu basah laku keras. Produknya telah lama dipercaya mampu membunuh kuman dan tisu basah ini juga telah lulus ujian dermatologi dan terbukti selamat untuk kulit. Tekstur yang lembut membuatkan ia sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Produk ini juga sesuai untuk kanak-kanak dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Kelebihan

  • Bahan antibakteria mampu membunuh sehingga 99.9% bakteria merbahaya
  • Tekstur lembut sesuai untuk kulit sensitif
  • Bebas alkohol
  • Bebas formaldehid
  • Mudah dibawa ke mana sahaja

Kekurangan

  • Pelekat kurang berfungsi selepas dibuka beberapa kali

Spesifikasi

Kandungan: Aqua, Lactic acid, Polysorbate 80, Caprylyl/Capryl Glycol, Parfum, Phenoxyethanol, Sodium Benzoate, Citric Acid.
Jumlah helai: 10
Harga: RM 4.90

NEXTGEN Disinfectant Wipes

NEXTGEN Disinfectant Wipes
Tisu basah dengan kandungan alkohol terkenal kerana pelbagai fungsinya. Ia bagus untuk membersihkan objek dan permukaan daripada bakteria dan virus jahat. Namun penggunaan tisu basah dengan alkohol secara kerap berpotensi untuk mengeringkan kulit anda. Jangan risau dengan NEXTGEN kerana tangan anda kekal segar dan lembap walaupun kerap menggunakannya. Kandungan aloe vera dan vitamin E bertujuan untuk memastikan tangan anda kekal segar dan lembap. Menarik lagi, tisu basah ini bebas pewangi juga tidak mempunyai tekstur melekit.

Kelebihan

  • Bahan antibakteria mampu membunuh sehingga 99.9% kuman dan bakteria merbahaya
  • Tekstur lembut sesuai untuk kulit sensitif
  • Bebas pewangi
  • Tidak melekit dan mudah kering
  • Mengandungi aloe vera dan vitamin E
  • Mudah dibawa ke mana sahaja

Kekurangan

  • Produk kurang dikenali

Spesifikasi

Kandungan: Alcohol Denat., Aqua, Organic Aloe Barbadensis Leaf Juice
Jumlah helai: 50
Harga: RM 22

The Scott Alcohol Antibacterial Wipes

The Scott Alcohol Antibacterial Wipes
Tisu basah The Scott Alcohol Antibacterial Wipes ini sesuai untuk kegunaan rumah mahupun ruang pejabat kerana kuantitinya lebih banyak. Ia dibungkus dengan bekas yang kedap dan tahan lasak, dan mampu bertahan lebih lama dengan kualiti yang baik. Ini kerana sesetengah tisu basah dibungkus dengan paket yang mempunyai pelekat untuk menutupnya semula. Jika tisu basah tersebut tidak ditutup dengan betul, ianya akan menjadi kering dan tidak berfungsi dengan baik. Tisu Scott Alcohol Antibacterial ini mengandungi 70 helai tisu sesuai untuk semua permukaan kecuali bahan makanan.

Kelebihan

  • Botol penyimpanan tahan lasak
  • Bahan antibakteria mampu membunuh sehingga 99.9% kuman dan bakteria merbahaya
  • Sesuai untuk membersihkan pelbagai jenis permukaan
  • Sesuai untuk kegunaan di rumah dan di pejabat
  • Mudah dibawa ke mana sahaja

Kekurangan

  • Saiz botol agak besar tidak muat dimasukkan ke dalam beg tangan

Spesifikasi

Kandungan: 70% isopropyl alcohol
Jumlah helai: 70
Harga: RM 24.90

Jika dahulu anda hanya boleh membeli kain produk ini di kedai runcit, shopping mall mahupun drugstore sahaja, kini ianya mudah didapati secara dalam talian menerusi pelbagai platform seperti Shopee mahupun Lazada. Bandingkan harga dan jadilah pengguna bijak okay!

Penggunaan tisu basah ini sangat praktikal bukan sahaja untuk mereka yang mempunyai anak kecil, malah setiap golongan masyarakat memerlukannya di musim pandemik ini.



Related posts