Bibir Lebih Gebu Dan ‘Plump’ Dengan 5 Pilihan ‘Lip Gloss’ Popular 2023 Ini
Dunia solekan dan kecantikan sebenarnya berevolusi dan mengalami perubahan mengikut perkembangan semasa. Anda boleh bandingkan sendiri teknik solekan zaman dahulu dan sekarang yang sangat nyata jauh berbeza. Sesetengah produk kecantikan tidak digunakan lagi, dan ada juga masih kekal dengan penambahan baik untuk penggunannya. Lip gloss atau pengilat bibir telah digunakan sejak dahulu lagi dan kini ia kembali mendapat tempat di hati wanita.
Walaupun anda penggemar solekan matte, tidak salah untuk tampil berbeza dengan lip gloss. Menariknya, formula gloss baharu kini padat dengan bahan-bahan yang diinspirasikan oleh penjagaan kulit seperti minyak tumbuhan, asid hyaluronik dan mentega shea untuk memastikan bibir anda gebu dan terhidrat serta licin.
Jom lihat beberapa pilihan terbaik dan popular lip gloss untuk bibir lebih gebu dan tampak lebih ‘plump’!
Fenty Beauty Gloss Bomb Heat Universal Lip Luminizer + Plumper
Jenama Fenty Beauty ni memang popular kerana bukan sahaja kerana ianya produk keluaran penyanyi terkenal Rihanna, malah ramai penyukai produk ini kerana ianya berkualiti dan terbaik. Gloss Bomb Heat mempunyai Plump Job Complex yang inovatif yang mengandungi campuran bahan-bahan yang direka untuk menggebukan bibir dengan lembut untuk kelihatan lebih mungil. Shea butter yang ada juga membuatkan bibir anda terasa lembut dan Vitamin E membantu mengunci kelembapan untuk kemasan kilauan yang kelihatan basah.
Kelebihan Fenty Beauty Gloss Bomb Heat Universal Lip Luminizer + Plumper:
- Kemasan berkilau yang cantk
- Bauan vanilla dan peach
- 5 pilihan warna
- Best-seller
Kekurangan Fenty Beauty Gloss Bomb Heat Universal Lip Luminizer + Plumper:
- Formula agak melekit
Info Fenty Beauty Gloss Bomb Heat Universal Lip Luminizer + Plumper:
Saiz: | 9ml |
---|---|
Pilihan warna: | 5 |
Harga: | RM 125 |
Too Faced Lip Injection Maximum Plump
Sangat pantas dalam melakukan kerjanya, bibir anda akan terasa lebih lembut dan plump selepas sapuan. Apa yang menarik tentang produk ini adalah ianya tahan lama pada bibir. Produk Too Faced sememangnya mempunyai peminatnya tersendiri dan produk bibir ini adalah salah satu daripadanya. Formulasinya mampu membuatkan bibir lembut dan ia juga melembabkan bibir dalam tempoh yang lama.Dengan 5 pilihan warna, anda pasti menyukainya.
Kelebihan Too Faced Lip Injection Maximum Plump:
- Bibir terasa lebih plump
- Melembabkan bibir segera
- Bibir lebih lembut dan gebu
- Tiada paraben
Kekurangan Too Faced Lip Injection Maximum Plump:
- Saiz kandungan agak sedikit/kecil
Info Too Faced Lip Injection Maximum Plump:
Saiz: | 4 ml |
---|---|
Pilihan warna: | 5 |
Harga: | RM 141 |
Hourglass Phantom Volumizing Glossy Balm
Sekali pandang macam lipstik, namun produk ini adalah glossy balm dan ianya mudah untuk dipakai. Hourglass Phantom Volumizing Glossy Balm menggebukan agar bibir kelihatan lebih penuh, dan memberikan kemasan kilauan bibir yang berkilat tinggi. Formulasinya membuatkan bibir serta-merta kelihatan lebih lembut dan licin sepanjang hari. Pemakaian yang selesa tanpa rasa melekit atau melekat dan produk ini juga tersedia dalam koleksi 8 warna yang dipilih susun dan dibungkus dalam pen twist-up yang anggun untuk aplikasi yang mudah.
Kelebihan Hourglass Phantom Volumizing Glossy Balm:
- Menghidrat, melicinkan dan melembutkan
- Kelihatan menggebukan bibir
- Memberi sensasi penyejukan yang menyegarkan
- Banyak pilihan warna
Kekurangan Hourglass Phantom Volumizing Glossy Balm:
- Harga agak mahal
Info Hourglass Phantom Volumizing Glossy Balm:
Saiz: | 10.7g |
---|---|
Pilihan warna: | 8 |
Harga: | RM 182 |
Dior Addict Lip Maximizer
Sangat viral ya produk ini sehingga agak sukar untuk mendapatkannya disebabkan selalu sold out! Dior Addict Lip Maximizer ialah kilauan Dior yang ikonik, penjagaan bibir yang menghidrat dan menggebukan bibir anda dengan kesan volum maksimum. Diselit dengan minyak ceri dan asid hyaluronik, formulanya terdiri daripada 90%* bahan asal semula jadi. Bibir anda akan terhidrat selama 24 jam dan produk ini juga dipertingkatkan dengan kilauan cermin, agar bibir kelihatan licin dan kelihatan gebu.
Kelebihan Dior Addict Lip Maximizer:
- 19 atau lebih pilihan warna
- Menghidrat, melicinkan dan melembutkan
- Kelihatan menggebukan bibir
- Memberi sensasi penyejukan yang menyegarkan
Kekurangan Dior Addict Lip Maximizer:
- Selalu sold out
Info Dior Addict Lip Maximizer:
Saiz: | 6ml |
---|---|
Pilihan warna: | 19 |
Harga: | RM 175 |
Bobbi Brown Crushed Oil Infused Gloss
Bobbi Brown Crushed Oil Infused Gloss adalah pengilat bibir yang sangat menghidratkan, tidak melekit dalam warna terang sehinggalah kepada warna yang lebih pigmented. Pengilat bibir yang berkilat ini mudah dipakai dan memberikan warna yang cerah manakala gabungan minyak botani yang kaya dengan nutrien menawarkan rasa kusyen dan selesa pada bibir. Ia juga melembutkan bibir supaya terasa licin, tidak melekit. Tempoh pemakaiannya juga tahan lama berbanding sesetengah produk lip gloss lain.
Kelebihan Bobbi Brown Crushed Oil Infused Gloss:
- 12 pilihan warna menarik
- Menghidrat, melicinkan dan melembutkan
- Kelihatan menggebukan bibir
Kekurangan Bobbi Brown Crushed Oil Infused Gloss:
- Saiz kecil
Info Bobbi Brown Crushed Oil Infused Gloss:
Saiz: | 6ml |
---|---|
Pilihan warna: | 12 |
Harga: | RM 130 |
Lip gloss memberikan sentuhan warna dan kilauan halus dengan setiap penggunaan, sebab itulah ia adalah antara produk kecantikan penting perlu ada untuk anda yang gemarkan solekan. Dior dan Fenty Beauty ialah antara dua produk kegemaran ramai sepanjang masa kerana kedua-duanya mempunyai formula terbaik dan rangkaian warna serba boleh, sesuai untuk semua warna kulit.
Setiap kilauan terasa berbeza pada bibir anda, jadi sangat penting untuk memberi perhatian kepada teksturnya dan bagaimana rasanya. “Tekstur kilauan juga sangat penting kerana itulah yang memainkan peranan dalam keselesaan pengilat bibir . Anda tidak mahu gloss yang sangat melekit kerana ianya akan membuatkan anda berasa tidak selesa.