10 Pam Susu Mesti Ada Harga Bawah RM500 di Malaysia: Single vs Double, Manual vs Elektrik

10 Pam Susu Mesti Ada Harga Bawah RM500 di Malaysia: Single vs Double, Manual vs Elektrik
Ibu dan anak


Proses penyusuan seharusnya menjadi pengalaman yang indah antara ibu dan bayi. Bagi ibu yang menyusukan anak secara eksklusif, pam susu adalah gajet bantu terbaik yang wajib ada untuk menjadikan hari-hari lebih bermakna. Terutamanya bagi ibu yang kembali bekerja tetapi masih ingin menyusukan bayi atau belum mencukupi sepenuhnya.

Pam susu adalah keperluan penting untuk memastikan bekalan susu sentiasa mencukupi. Namun, dengan pelbagai jenis pam susu di pasaran seperti single, double, manual atau elektrik, memilih jenama yang terbaik boleh menjadi cabaran. Untuk panduan dalam memilih pam susu, perlu mempertimbangkan beberapa aspek seperti saiz, berat, jenis corong, bunyi, kapasiti, dan kegunaan.

Pam susu jenis kecil dan ringan sangat praktikal untuk ke pejabat atau melancong kerana mudah dibawa ke mana-mana. Keselesaan si ibu semasa mengepam juga dipengaruhi oleh jenis corong dan kehadiran pelapik getah lembut. Kebisingan motor pam susu juga penting untuk dipertimbangkan, terutamanya agar tidak mengganggu bayi atau orang sekeliling semasa berkerja.

Pam susu tunggal sesuai untuk ibu yang ingin mengawal tahap sedutan dan mengurangkan kos, sementara pam susu berganda membolehkan penggunaan pada kedua-dua payudara secara serentak, mempercepatkan proses pam. Pam manual menawarkan fleksibiliti dan kawalan yang lebih besar, manakala pam elektrik menyediakan keselesaan dengan pengendalian automatik yang lebih mudah dan cepat. Berikut adalah senarai 10 jenama pam susu yang dicadangkan dengan harga di bawah RM500 di pasaran Malaysia dan online, termasuk jenis manual, elektrik, single, dan double. Setiap satu penting untuk dimiliki!

Tahniah atas menjadi seorang ibu! Kami faham anda mungkin memerlukan bantuan semasa bersalin. Mengapa tidak lihat cadangan kami untuk pusat jagaan wanita berpantang yang terbaik!

Anakku Smart Double Electric Breast Pump Payudara Elektrik Berkembar 164-117

Anakku Smart Double Electric Breast Pump Payudara Elektrik Berkembar 164-117

Anakku Smart Double Electric Breast Pump Payudara Elektrik Berkembar 164-117 pam susu elektrik mudah alih hadir dalam bentuk anti aliran balik selesa digunakan dan praktikal. Digabungkan bersama injap sedut silikon gred makanan, ia dapat memastikan susu tidak masuk semula ke tiub udara serta proses pembersihan lebih mudah dilakukan. Anakku Smart Double Electric Breast Pump Payudara Elektrik Berkembar 164-117 turut dilengkapi vakum automatik yang berfungsi menghasilkan kitaran suck-release seakan corak hisapan semula jadi bayi. Sekali gus membuatkan ibu lebih selesa dan tidak berasa sakit semasa proses mengepam.

Bateri litiumnya pula boleh digunakan untuk jangka masa panjang bagi ibu yang bekerja dan boleh dicas semula dengan soket USB. Setiap pengepaman menggunakan Anakku Smart Double Electric Breast Pump Payudara Elektrik Berkembar 164-117 akan direkod dan dipamerkan pada skrin untuk si ibu membuat catatan dan mengetahu sejarah tempoh susu di pam. Dilengkapi butang khas yang mengawal sedutan mengikut kesesuaian, sedutan Anakku Smart Double Electric Breast Pump Payudara Elektrik Berkembar 164-117 bermula daripada rendah hingga paling maksimum.

Kelebihan Anakku Smart Double Electric Breast Pump Payudara Elektrik Berkembar 164-117:

  • Ringan dan mudah alih
  • Corak sedutan seakan hisapan bayi
  • Kekuatan sedutan boleh laras
  • Ringan dan boleh gantung dileher

Kekurangan Anakku Smart Double Electric Breast Pump Payudara Elektrik Berkembar 164-117:

  • Tempoh pengecasan agak lama

Spesifikasi Anakku Smart Double Electric Breast Pump Payudara Elektrik Berkembar 164-117:

Jenis kuasa: Elektrik
Jaminan: 1 Tahun
Harga: RM279.00

Autumnz – Minix Double Electric Breastpump

Autumnz - Minix Double Electric Breastpump

Autumnz – Minix Double Electric Breastpump, direka mengikut corak penyusuan semula jadi bayi. Dihasilkan daripada bahan alam sekitar dan silicon bergred medical, Autumnz – Minix Double Electric Breastpump merupakan pam susu yang selamat untuk digunakan kerana bebas BPA. Memiliki ciri Peranti Anti Aliran Balik, ia berfungsi untuk mengelakkan pencemaran susu yang telah dipam. Jadi ibu tidak perlu untuk melakukan proses memindahkan susu ke botol lain. Dengan Autumnz – Minix Double Electric Breastpump juga pengguna mempunyai fleksibiliti untuk melakukan pam tunggal atau pengepam dua kali dengan keselesaan tambahan.
Motor pam elektrik ini sangat senyap, bunyinya yang rendah mengelakkan daripada mengganggu tidur bayi dan memudahkan kerja mengepam di mana sahaja tanpa risau mengganggu orang sekitar. Autumnz – Minix Double Electric Breastpump boleh dicas semula menggunakan sumber Dwi Kuasa samada bateri Litium-Ion atau USB. Terdapat paparan skrin LED yang jelas untuk anda memilih jenis 9 tahap sedutan atau 3 mod berbeza seperti massage, expression, dan auto. Ultrasoft Silicone Massage Breast Shield dengan reka bentuk buih pada Autumnz – Minix Double Electric Breastpump membantu memberi urutan yang selesa kepada si ibu ketika proses mengepam. Autumnz – Minix Double Electric Breastpump mempunyai saiz yang kecil dan ringan, jadi ia mudah di bawa ke mana sahaja destinasi dan tujuan. Semua aksesori Autumnz – Minix Double Electric Breastpump boleh tanggal dan mudah dibersihkan.

Kelebihan Autumnz – Minix Double Electric Breastpump:

  • Ringan, mini dan mudah alih
  • Bebas BPA
  • Bunyi yang senyap
  • Ada dua pilihan warna hitam dan merah jambu

Kekurangan Autumnz – Minix Double Electric Breastpump:

  • Automatik berhenti selepas 30 minit mengepam

Spesifikasi Autumnz – Minix Double Electric Breastpump:

Jenis kuasa: Elektrik
Pump: Double
Jaminat: 12 bulan
Harga: RM159.00

Boboduck Doris Double Rechargeable Breast Pump

Boboduck Doris Double Rechargeable Breast Pump

Jenama Boboduck hadir dalam pelbagai jenis pam susu berkualiti, antaranya Boboduck Doris Double Rechargeable Breast Pump. Boboduck Doris Double Rechargeable Breast Pump mempunyai 9 tahap untuk 4 operasi mod yang berbeza iaitu massage, expression, frekuensi dan nipple correction. Apa yang menarik, fungsi Nipple correction mod ini sangat membantu kaum ibu yang mempunyai masalah puting ke dalam. Daya sedutan yang lembut tidak menyakitkan sangat sesuai untuk ibu yang baru pertama kali melangkah ke dalam dunia penyusuan. Boboduck Doris Double Rechargeable Breastpump beroperasi secara senyap maka anda boleh melakukan sesi mengepam tanpa perlu risau tidur si kecil akan terganggu. Rekaan anti-backflow Boboduck Doris Double Rechargeable Breastpump pula dapat mengasingkan susu dari udara luar supaya kebersihan susu yang dipam lebih terjamin. Boboduck Doris Double Rechargeable Breastpump boleh dicas semula dan kapasiti 2500 mAh baterinya mampu bertahan hingga 2 ke 3 jam masa penggunaan.

Kelebihan Boboduck Doris Double Rechargeable Breast Pump:

  • Tahan lasap
  • Bunyi yang senyap
  • Dilengkapi dengan paparan LCD
  • Bebas BPA

Kekurangan Boboduck Doris Double Rechargeable Breast Pump:

  • Stok terhad di pasaran

Spesifikasi Boboduck Doris Double Rechargeable Breast Pump:

Jenis kuasa: Elektrik
Pump: Double
Jaminan: 1 Tahun
Harga: RM269.00

Haakaa Generation 2 Silicone Breast Pump With Suction Base & Silicone Cap Gift Box

Haakaa Generation 2 Silicone Breast Pump With Suction Base & Silicone Cap Gift Box

Haakaa Generation 2 Silicone Breast Pump With Suction Base & Silicone Cap Gift Box terkenal dengan tapak sedutan dan penutup silicon 100 peratus menggunakan silikon Haakaa yang lembut. Untuk ibu yang tercari-cari pam susu istimewa, Haakaa Generation 2 Silicone Breast Pump With Suction Base & Silicone Cap Gift Box adalah aksesori keperluan kecil yang sempurna untuk perjalanan penyusuan anda. Ia diperbuat daripada sekeping silikon 100 peratus dan memberikan pengalaman mengepam yang mudah, mesra alam dan tidak menyakitkan! Letakkan sahaja di atas payudara anda dan biarkan Haakaa Generation 2 Silicone Breast Pump With Suction Base & Silicone Cap Gift Box melakukan kerjanya menggunakan sedutan yang lembut dengan hasil susu yang meriah
Saiz Haakaa Generation 2 Silicone Breast Pump With Suction Base & Silicone Cap Gift Box yang kecil dan kompak sesuai di bawa ke mana sahaja.

Kelebihan Haakaa Generation 2 Silicone Breast Pump With Suction Base & Silicone Cap Gift Box:

  • Ringan dan bersaiz kompak
  • Silikon gred makanan 100% lembut dan selesa
  • Bebas BPA
  • Mudah dicuci dan dibersihakn

Kekurangan Haakaa Generation 2 Silicone Breast Pump With Suction Base & Silicone Cap Gift Box:

  • Tahap penggunaan bateri sederhana

Spesifikasi Haakaa Generation 2 Silicone Breast Pump With Suction Base & Silicone Cap Gift Box:

Jenis kuasa: Elektrik
Pump: Single
Jaminan: Tidak dinyatakan
Harga: RM129.00

Lacté Amy Rechargeable Electric Breast Pump

Lacté Amy Rechargeable Electric Breast Pump

Lacté Amy Rechargeable Electric Breastpump mendapat pengiktirafan Food and Drug Administration (FDA), menawarkan butang kawalan bagi mengawal kekuatan sedutan dan kitaran susu. Selain itu, ia memiliki fungsi istimewa seperti proses pam dan mengurut payudara pada satu masa. Lacté Amy Rechargeable Electric Breast Pump dilengkapi dengan mod urutan yang dapat memberikan keselesaan tambahan buat ibu semasa sesi mengepam susu. Pengepaman dengan urutan dapat meningkatkan pengeluaran susu lebih berganda. Ia termasuklah, membetulkan penarikan puting bagi mengelakkan payudara kendur kerana pam berkenaan direka dalam bentuk bersesuaian. Lacté Amy Rechargeable Electric Breast Pump mempunyai rekaan bentuk pelindung payudara bersilikon lembut dengan tawaran 9 mod kawalan sedutan. Lacté Amy Rechargeable Electric Breast Pump turut dilengkapi dengan paparan LED untuk pembacaan yang lebih mudah. Malah ia juga mempunyai bateri yang boleh dicas semula bersaiz kompak dengan berat yang ringan Jangan risau, botol susu Lacté Amy Rechangeable Electric Breastpump yang disediakan mempunyai ciri bebas daripada bahan kimia terlarang selamat untuk kegunaan ibu dan anak.

Kelebihan Lacté Amy Rechargeable Electric Breast Pump:

  • Pengecasan bateri menggunakan USB
  • Memiliki mod urutan dan sedutan kuat
  • Ringan dan padat
  • Bunyi senyap 40dp
  • Pembayaran ansuran tersedia jika membeli di Mothercare melalui GrabPay.

Kekurangan Lacté Amy Rechargeable Electric Breast Pump:

  • Stok terhad di pasaran biasa

Spesifikasi Lacté Amy Rechargeable Electric Breast Pump:

Jenis kuasa: Elektrik
Pump: Double
Jaminan: 2 Tahun
Harga: RM195.00

Tahniah atas menjadi seorang ibu! Kami faham anda mungkin memerlukan bantuan semasa bersalin. Mengapa tidak lihat cadangan kami untuk pusat jagaan wanita berpantang yang terbaik!

Malish FlexiGo Rechargeable Single Breast Pump

Malish FlexiGo Rechargeable Single Breast Pump

Malish FlexiGo Rechargeable Single Breast Pump membolehkan anda untuk mengepam susu dari payudara dan dalam pada masa yang sama anda boleh menyusukan si kecil. Menjadikan proses mengepam dan penyusuan lebih cepat dan mudah. Malish FlexiGo Rechargeable Single Breast Pump sangat membantu jika anda seorang ibu yang tidak mempunyai banyak masa tambahan. Malish FlexiGo Rechargeable Single Breast Pump mempunyai motor berteknologi tinggi yang senyap. Setiap sesi stimulasi hisapannya lebih kuat berbanding dengan pam manual. Oleh itu, ia membolehkan anda mengepam susu dengan lebih cepat untuk bayi anda dan mencari tetapan yang optimal untuk aliran susu anda. Malish FlexiGo Rechargeable Single Breast Pump memiliki reka bentuk yang ringan, padat dan bateri boleh dicas semula menggunakan USB. Memiliki 5 tahap fungsi rangsangan dan 9 mod kelajuan, Malish FlexiGo Rechargeable Single Breast Pump memberikan pengguna fleksibiliti membuatkan ibu lebih selesa dan tidak berasa sakit semasa proses mengepam.

Kelebihan Malish FlexiGo Rechargeable Single Breast Pump:

  • Ringan dan senyap
  • Miliki fungsi memori
  • Rintangan haba yang tinggi
  • Bebas BPA/PVC/Phthalate

Kekurangan Malish FlexiGo Rechargeable Single Breast Pump:

  • Bakteri yang mungkin tidak mencukupi untuk penggunaan yang panjang

Spesifikasi Malish FlexiGo Rechargeable Single Breast Pump:

Jenis kuasa: Elektrik
Pump: Single
Jaminan: 1 Tahun
Harga: RM119.00

Medela Harmony Manual Breast Pump

Medela Harmony Manual Breast Pump

Medela Harmony Manual Breast Pump pam manual yang ditawarkan pada harga berpatutan dan sangat mudah alih. Jenama ini selalunya menjadi pilihan buat ibu-ibu yang baru pertama kali memiliki cahaya mata untuk bersama-sama dalam perjalanan dunia penyusuan. Medela sememangnya jenama pam susu yang diakui ramai selain lasak dan tahan lama, ia juga memberi sedutan yang cemerlang. Tanpa memerlukan sumber kuasa, anda boleh menggunakan Medela Harmony Manual Breast Pump secara praktikal di mana sahaja, sama ada di tempat kerja, atau bersiar-siar. Dibangunkan dengan PersonalFit TM Flex Technology, breast shield Medela Harmony Manual Breast Pump boleh disesuaikan mengikut bentuk payudara untuk keselesaan setiap ibu. Malah dengan penggunaan Medela Harmony Manual Breast Pump, dapat meningkatkan aliran susu melalui teknologi ekspresi 2-fasa yang mengikut rentak bayi menyusu. Dengan saiz yang kecil dan ringan, Medela Harmony Manual Breast Pump mudah digunakan kerana memiliki reka bentuk intuitif dan ergonomik. Malah, Medela Harmony Manual Breast Pump juga mudah dibersihkan dan dibuka pasang menjamin tahap kebersihan dan kesihatan yang baik.

Kelebihan Medela Harmony Manual Breast Pump:

  • Pemegang ergonomik
  • Ringan dan kecil
  • Bunyi yang senyap
  • Miliki teknologi 2-Fasa Expression & PersonalFit TM Flex Technology

Kekurangan Medela Harmony Manual Breast Pump:

  • Tidak sesuai untuk kegunaan kerap

Spesifikasi Medela Harmony Manual Breast Pump:

Jenis kuasa: Manual
Pump: Single
Jaminan: Tiada
Harga: RM219.00

Pigeon Manual Breast Pump

Pigeon Manual Breast Pump

Pigeon Manual Breast Pump antara jenama pam susu manual yang terbaik memberi lebih keselesaan kepada si ibu. Pigeon Manual Breast Pump memberi litupan yang ketat semasa menggunakannya dan sekaligus membolehkan susu dipam dengan efisien. Pemegang Pigeon Manual Breast Pump direka secara ergonomik memudahkan untuk pengguna mengepam susu dalam keadaan selesa. Pigeon Manual Breast Pump sangat ringan, kecil dan membolehkan ia mudah di bawa ke mana sahaja dengan mudah. Memiliki Comfort ProperFit™”, kusyen silikon lembut pada Pigeon Manual Breast Pump ini menyediakan pengedap yang selamat dan muat selesa untuk pengepaman yang lebih cekap. Teknologi 2 Fasa Pigeon Manual Breast Pump pula memberi lebih mod rangsangan dan mod ekspresi untuk memaksimumkan aliran susu. Pigeon Manual Breast Pump memberi lebih keselesaan buat si ibu semasa mengepam susu kerana ianya dilengkapi dengan cushion urut lembut pada payudara anda, berfungi untuk menstimulasi susu ibu lebih banyak lagi. Ianya amat sesuai untuk ibu yang baru bersalin dan masih berpantang. Pigeon Manual Breast Pump tidak memerlukan sumber elektrik untuk beroperasi, oleh itu ia sangat mudah untuk dicuci dan dibersihkan dengan pantas.

Kelebihan Pigeon Manual Breast Pump:

  • Pemegang mudah ekspres yang ergonomik
  • Teknologi 2 Fasa: Mod stimulasi & Mod ekspresi
  • Getah silikon lembut
  • Ringan dan mudah alih

Kekurangan Pigeon Manual Breast Pump:

  • Tempoh masa mengepam lebih lama

Spesifikasi Pigeon Manual Breast Pump:

Jenis kuasa: Manual
Pump: Single
Jaminan: Tiada
Harga: RM149.00

Philips Avent Natural Manual Breast Pump

Philips Avent Natural Manual Breast Pump
Jenama yang satu ini tidak perlu diperkenalkan lagi bagi yang suka menggunakan pam susu jenis manual. Philips Avent Natural Manual Breast Pump adalah pilihan nombor satu ramai ibu-ibu di seluruh dunia. Bagi ibu yang bekerja dan lebih selesa dengan menggunakan pam susu manual sahaja, Philips Avent Natural Manual Breast Pump direka khas untuk kemudahan anda. Pam susu ini ringan dan tidak memerlukan ruang yang besar serta boleh muat di dalam beg tangan anda. Philips Avent Natural Manual Breast Pump mempunyai cawan lekap yang mudah lentur dan lembut serta hanya mempunyai tiga bahagian yang memudahkan anda untuk memasangnya. Dengan Teknologi Pergerakan Semulajadi, ilham daripada tindakan penyusuan bayi, sedutan menggunakan Philips Avent Natural Manual Breast Pump seakan sama dengan bayi sebenar. Ia sangat selesa malah membantu mengeluarkan susu dengan cemerlang dan meriah. Kusyen silikon penyesuaian lembut satu saiz yang terdapat pada Philips Avent Natural Manual Breast Pump sesuai dengan anatomi unik setiap ibu. Sangat mudah dikendali, dipegang dan ringan untuk dibawa kemana sahaja, Philips Avent Natural Manual Breast Pump pastinya dapat membantu para ibu dalam memastikan bekalan susu berpanjangan buat si bayi tercinta. Philips Avent Natural Manual Breast Pump mempunyai saiz yang kecil dan ringan, jadi ia mudah di bawa ke mana sahaja destinasi dan tujuan. Semua aksesori Philips Avent Natural Manual Breast Pump boleh tanggal dan mudah dibersihkan. Dengan harganya yang mesra poket, anda pasti tidak akan terasa terbeban semasa membelinya.

Kelebihan Philips Avent Natural Manual Breast Pump:

  • Reka bentuk lebih moden
  • Kemas dan ringan
  • Natural motion technology sedutan seakan bayi
  • Dilengkapi kusyen silikon lembut satu saiz

Kekurangan Philips Avent Natural Manual Breast Pump:

  • Tiada penutup

Spesifikasi Philips Avent Natural Manual Breast Pump:

Jenis kuasa: Manual
Pump: Single
Jaminan: Tiada
Harga: RM99.00

Supermama Lab FlexiFit Electrical Tubeless Breast Pump

Supermama Lab FlexiFit Electrical Tubeless Breast Pump

Supermama Lab FlexiFit Electrical Tubeless Breast Pump mempunyai suction valve yang boleh diubah mengikut kesesuaian, ia mudah untuk dikawal dan beri keselesaan buat ibu. Supermama Lab FlexiFit Electrical Tubeless Breast Pump datang dengan fasa 2 Mod iaitu Urut dan Ekspresi, tahap 1-9 sedutan, dan miliki memori rakam mod yang ditetapkan secara automatik.
Kusyen urut yang lembut pada Supermama Lab FlexiFit Electrical Tubeless Breast Pump menggalakkan penghasilan susu dengan banyak. Susu boleh dipam, disimpan dan terus diberi kepada bayi. Supermama Lab FlexiFit Electrical Tubeless Breast Pump juga bebas BPA dan dijamin selamat untuk digunakan buat si kecil.
Direka untuk keselesaan ibu, Supermama Lab FlexiFit Electrical Tubeless Breast Pump membolehkan ibu mengepam seakan secara semulajadi dan mudah. Ia juga direka untuk melegakan ibu yang menghadapi masalah sakit payudara yang penuh dengan susu atau breast engorgement. Supermama Lab FlexiFit Electrical Tubeless Breast Pump juga sangat mudah untuk digunakan dan dibersihkan serta direka dengan pemegang yang sesuai dengan sudut posisi bertepatan anda.

Kelebihan Supermama Lab FlexiFit Electrical Tubeless Breast Pump:

  • Bunyi yang sangat senyap
  • Bebas BPA
  • Pelindung payudara buatan silikon lembut 360
  • Ringan dengan rekaan All-In-One tanpa kord luaran
  • Bateri tahan tahan selama 120 minit

Kekurangan Supermama Lab FlexiFit Electrical Tubeless Breast Pump:

  • Sukar diperoleh di pasaran

Spesifikasi Supermama Lab FlexiFit Electrical Tubeless Breast Pump:

Jenis kuasa: Elektrik
Pump: Single
Jaminan: 6 Bulan
Harga: RM219

Tahniah atas menjadi seorang ibu! Kami faham anda mungkin memerlukan bantuan semasa bersalin. Mengapa tidak lihat cadangan kami untuk pusat jagaan wanita berpantang yang terbaik!

Susu ibu secara uniknya dapat membekalkan keperluan nutrisi kepada bayi dan menjadi sumber makanan yang selamat, bersih, serta sihat. Ibu-ibu digalakkan menyusu secara eksklusif untuk bayi bagi enam bulan pertama dan diberi secara berterusan sehingga berusia dua tahun. Sebagai gajet bantuan, pam susu memainkan peranan yang hebat dalam membantu si ibu menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayi mereka. Walaupun menyusukan anak adalah proses semula jadi, namun kalian perlu tahu bahawa sokongan perlu diberi kepada ibu yang menyusukan bayi mereka kerana ia membabitkan proses pembelajaran yang memerlukan kesungguhan dan ketabahan.
Disarankan ibu supaya makan lebih banyak protein untuk hasilkan susu badan mencukupi menggunakan pam susu. Biasanya untuk hasilkan susu badan sekurang-kurangnya perlu 300 kalori dan perlu diingat lemak juga penting dalam pembentukan sel otak dan tumbesaran tubuh untuk tahun pertama bayi. Jangan lupa juga kerap mencuci gajet pam susu anda, agar sentiasa dalam keadaan bersih dan kesihatan ibu serta anak terjamin.



Related posts