5 Pilihan Minuman Susu Tambahan Dengan Nutrisi Lengkap Terbaik Untuk Ibu Hamil

5 Pilihan Minuman Susu Tambahan Dengan Nutrisi Lengkap Terbaik Untuk Ibu Hamil
Ibu dan anak


Hamil merupakan pengalaman yang sangat bermakna bagi wanita. Pastinya setiap pasangan mengharapkan bayi yang bakal lahir bukan sahaja cukup sifat, tetapi juga sihat fizikal dan mental. Bagi memastikan kesihatan bayi terjamin, penjagaan pemakanan dan minuman yang sempurna oleh bakal ibu perlu dimulakan sejak awal kandungan lagi. Setiap ibu mengandung memerlukan lebih 300 kalori sehari untuk memenuhi keperluan diri dan bayi. Dengan itu, diet mereka perlu diisi dengan makanan berkhasiat seperti susu. Susu sinonim sebagai makanan untuk ibu hamil kerana mengandungi kalsium yang tinggi.

Apabila hamil, tubuh wanita memerlukan dua kali jumlah kalsium berbanding biasa. Jika kekurangan kalsium, tubuh berasa letih, tidak sihat dan berisiko mengalami anemia. Malah semasa mengandung, badan ibu perlu membekalkan kalsium kepada janin untuk membantu perkembangan struktur penting seperti rangka dan pada masa yang sama memperbaiki dan menambah tulang dan gigi. Sekiranya pengambilan kalsium tidak mencukupi, kalsium yang diberikan kepada janin akan diambil daripada tulang dan gigi si ibu. Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengamalkan pemakanan sihat akan menikmati tahap kesihatan yang lebih baik bukan sahaja pada peringkat awal malah untuk tahun seterusnya. Bagi memastikan ibu hamil sentiasa sihat dan bayi mendapat zat lengkap ketika dalam kandungan, ini 5 pilihan minuman tambahan berupa susu terbaik dicadangkan untuk anda.

Anmum MATERNA

Anmum MATERNA
Anmum MATERNA jenama susu untuk ibu hamil (pra-natal) nombor 1 di Malaysia dengan dua variasi iaitu perasa Asli dan Coklat. Anmum MATERNA mengandungi Nuelipid untuk tahap Gangliosida yang lebih tinggi bersama dengan DHA dan vitamin-vitamin serta mineral-mineral lain yang penting untuk menyokong keperluan nutrisi ibu mengandung. Anmum Materna menjadi jenama pertama satu-satunya yang memperkenalkan rumusan minuman susu pra-natal tanpa gula tambahan dan rendah lemak. Susu Anmum MATERNA dirumus dan diformulasi dengan probiotik Bifidobacterium lactis HN019 (DR10™) dan prebiotik inulin yang baik untuk sistem penghadaman si ibu. Anmum MATERNA turut menggabungkan DHA, MFGM dengan nutrien-nutrien penting untuk kehamilan termasuk Asid Folik, Kalsium dan Zat Besi untuk kebaikan dalam pemakanan seharian. Dengan dua gelas Anmum MATERNA setiap hari mengandungi tahap folat yang setara dengan 17 biji oren, kalsium daripada empat cawan susu segar dan zink dalam tujuh keping filet salmon.

Kelebihan Anmum MATERNA:

  • Tidak mengandungi sebarang gula tambahan
  • Rendah lemak dan GI
  • Dirumus prebiotik dan probiotik
  • Harga murah dan berpatutan

Kekurangan Anmum MATERNA:

  • Rasa sedikit tawar

Spesifikasi Anmum MATERNA:

Perisa: Coklat dan Asli
Berat: 650g
Harga: RM35.90

Frisomum Gold

Frisomum Gold
Frisomum Gold susu untuk ibu hamil dengan formulasi kandungan nutrisi semula jadi DualCare untuk menyokong pengambilan nutrisi ibu dan janin dengan lebih baik. Kandungan Frisomum Gold diuji secara klinikal terbukti rendah Indeks Glisemik (GI) yang membantu ibu hamil mengekalkan berat badan sihat dan mengelak risiko mendapat tekanan darah tinggi dan diabetes. Frisomum Gold dengan perisa vanilla madu dibekalkan dengan nutrien seperti asid folik dan iodin untuk menghasilkan sel darah merah dan perkembangan sistem saraf dan otak. Ia juga diperkaya dengan nutrien lain seperti vitamin B12, vitamin D, DHA dan kalsium. Malah, Frisomum Gold dirumus dengan nutrien Prebiotik yang membantu menjaga kesihatan sistem pencernaan dan mengurangkan sembelit, masalah utama menghantui ramai bakal ibu. Susu formula ini dihasilkan menerusi ternakan yang dijaga rapi dan peladang mengamalkan amalan hidup positif bagi memastikan penghasilan pengeluaran yang berkesan untuk generasi akan datang.

Kelebihan Frisomum Gold:

  • Memiliki kandungan nutrisi DualCare
  • Dirumus dengan nutrien Prebiotik
  • Rendah Indeks Glisemik
  • Vitamin B12, vitamin D, DHA dan kalsium yang mencukupi

Kekurangan Frisomum Gold:

  • Memiliki satu perisa sahaja

Spesifikasi Frisomum Gold:

Perisa: Vanila Madu
Berat: 900g
Harga: RM51.90

Enfamama A+

Enfamama A+
Mead Johnson merupakan syarikat peneraju susu formula untuk jenama Enfagrow dan Enfamama yang dipercaya ramai pengguna diseluruh dunia. Enfamama A+ dirumuskan secara saintifik juga diperakui makmal dengan mengandungi nutrien-nutrien penting bagi menyokong keperluan pemakanan wanita hamil di negara ini. Mengandungi nutrien seperti asid folik, vitamin B6, DHA, Choline dan kalsium penting, Enfamama A+ membantu mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan janin dan menjaga kesihatan ibu. Enfamama A+ susu premium juga membantu mengurangkan risiko morbiditi ibu, termasuk anemia, kenaikan berat badan kehamilan yang tidak sihat, diabetes mellitus kehamilan (GDM), praeklampsia, kelahiran pramatang termasuk keguguran. Datang dengan dua perasa yang lazat iaitu Vanila dan Coklat, Enfamama A+ memberi manfaat kepada bakal ibu dan janin yang sedang membesar.

Kelebihan Enfamama A+:

  • Susu pra-natal premium
  • Kandungan asid folik, vitamin B6, DHA, Choline dan kalsium yang mencukupi
  • Diuji secara saintifik dan diperakui makmal
  • Memiliki dua perisa pilihan iaitu Asli dan Coklat

Kekurangan Enfamama A+:

  • Elak tin susu kemik atau berkarat

Spesifikasi Enfamama A+:

Perisa: Coklat dan Vanila
Berat: 800g
Harga: RM63.00

MOMMA Pregolact

MOMMA Pregolact
MOMMA Pregolact jenama susu keluaran tempatan khas untuk ibu hamil dan ibu yang menyusukan anak. MOMMA Pregolact mengandungi bahan Activ-4 Plus dengan khasiat semula jadi penting iaitu DHA, Kalsium, Asid Folik, Vitamin, Mineral dan Inulin (prebiotic). Fungsi ini mampu membantu menguatkan sistem imun badan si ibu dan anak melawan sebarang kuman juga menjaga sistem penghadaman dengan baik. Susu ini juga diformulasikan dengan tambahan ekstrak daripada buah-buahan yang mempunyai khasiat tinggi seperti Zaitun, Delima, Buah Tin, Omega 3, Susu Kambing, Kurma, Madu, Safron, dan Habatus Sauda. Formulasi tersebut dapat menaikkan HB, kurangkan alahan, mengelakkan sakit pinggang dan kejang kaki. Datang dengan perasa Vanila dan Coklat, MOMMA Pregolact rendah dengan kandungan lemak juga tanpa gula tambahan serta krimer. Namun dalam kalangan pengguna MOMMA Pregolact lebih dikenali sebagai ‘booster’ untuk ibu yang menyusu sahaja, sedangkan minuman tambahan ini sangat dicadangkan untuk diambil ketika hamil.

Kelebihan MOMMA Pregolact:

  • Kandungan bahan Activ-4 Plus menguatkan sistem imun
  • Dirumus prebiotik baik untuk penghadaman ibu hamil
  • Rendah lemak, tanpa gula tambahan dan krimer
  • Meningkatkan kuantiti dan memekatkan susu badan

Kekurangan MOMMA Pregolact:

  • Lebih dikenali sebagai milkbooster selepas melahirkan anak

Spesifikasi MOMMA Pregolact:

Perisa: Vanila dan Coklat
Berat: 420g (21 sachets per kotak)
Harga: RM108.50

Dumex Mamil Mama

Dumex Mamil Mama
Ketika hamil, pengambilan menu harian tidak lagi sama seperti sebelumnya. Hal ini mengakibatkan tubuh memerlukan protein dan kalsium tambahan untuk melengkapi keperluan harian tubuh. Jika anda ibu hamil yang mempunyai kurang selera makan, cuba ambil dua gelas Dumex Mamil Mama setiap hari. Dumex Mamil Mama susu premium khas untuk ibu hamil dengan formulasi sistem Nutrisi PreciNutri ™ dan kombinasi prebiotik GOS / lcFos dalam nisbah 9: 1 unik dengan paten antarabangsa. Ia juga dirumus dengan kandungan Oligosaccharide untuk penghadaman, Vitamin B Complex, C, D dan E di samping DHA, Kalsium dan Zat Besi. Dengan kandungan nutrien lengkap yang terkandung dalam Dumex Mamil Mama, ia membantu kepadatan jisim tulang dan gigi ibu hamil supaya lebih kuat. Kaya dengan nutrisi seperti DHA, Omega 3 dan 6, Dumex Mamil Mama memenuhi keperluan khasiat yang diperlukan kedua-dua ibu dan janin. Dumex Mamil Mama tanpa GMO dan pewarna tambahan menyokong pertumbuhan janin serta memberi lebih tenaga.

Kelebihan Dumex Mamil Mama:

  • Memberi tenaga kepada ibu mempunyai alahan teruk
  • Memiliki formulasi sistem Nutrisi PreciNutri ™ dan kombinasi prebiotik GOS
  • Baik untuk sistem penghadaman, kuat tulang serta gigi
  • Tanpa GMO dan pewarna tambahan

Kekurangan Dumex Mamil Mama:

  • Sukar diperolehi di pasaran

Spesifikasi Dumex Mamil Mama:

Perisa: Asli
Berat: 850g
Harga: RM111.34

Kehamilan bukanlah masa untuk menikmati apa saja makanan tanpa menghiraukan kesihatan. Bakal ibu harus mengubah cara hidup dan pemakanan demi memastikan diri dan bayi sihat sepenuhnya. Bagi memastikan ibu dan bayi kekal sihat sepanjang sembilan bulan kehamilan, ibu perlu mengambil makanan berkhasiat yang mengandungi karbohidrat, protein, kalsium dan vitamin. Susu merupakan minuman tambahan yang boleh membekalkan nutrient lengkap seperti asid folik dan iodin untuk menghasilkan sel darah merah dan perkembangan sistem saraf dan otak. Kebanyakkan jenama susu untuk ibu hamil diperkaya dengan nutrien lain seperti vitamin B12, vitamin D, DHA dan kalsium. Walau bagaimanapun dapatkan saranan daripada pakar perunding dan doktor anda terlebih dahulu.

Kajian menyatakan ibu hamil yang tidak mendapat penjagaan dan pemakanan sempurna semasa hamil berhadapan risiko tiga kali ganda melahirkan bayi kurang berat badan. Malah, mereka juga menghadapi risiko kematian bayi lima kali ganda berbanding ibu yang mendapatkan nutrisi lengkap semasa mengandung dan menjaga pemakanan mereka.



Related posts