5 Pilihan Stroller Baby Terbaik Dan Murah Di Bawah RM400 Untuk Anak Anda

5 Pilihan Stroller Baby Terbaik Dan Murah Di Bawah RM400 Untuk Anak Anda
Ibu dan anak


Menyediakan kelengkapan bayi adalah saat mengujakan terutama bagi mereka yang baru pertama kali bergelar ibu bapa. Kereta sorong bayi atau ‘stroller’ antara barangan keperluan wajib yang sangat dititikberatkan oleh bakal ibu bapa supaya mudah membawa anak mereka ke mana saja. Stroller boleh dianggap sebagai satu kemudahan bergerak yang dapat membantu memberikan keselesaan terbaik kepada si manja, selain memudahkan ibu bapa dalam menguruskan anak mereka terutamanya bayi kecil.

Bukan setakat fungsinya, jenama, saiz, warna, harga dan kegunaannya turut diambil kira ketika memilih stroller yang sesuai dengan keperluan. Hari ini, rata-rata ibu bapa lebih gemar memilih stroller jenis ringan (lightweight stroller) kerana mudah dikendalikan terutama untuk tujuan melancong, menaiki kapal terbang atau kemudahan ruang simpanan. Selain ciri keselamatan dan lasak, selalunya stroller jenis ini dijual dengan harga berpatutan di pasaran. Jika bajet anda sekitar RM300, ini 5 pilihan stroller bajet terbaik dicadangkan

Baby Throne Advance Compact Travel Stroller

Baby Throne Advance Compact Travel Stroller
Baby Throne Advance Compact Travel Stroller, stroller yang mendapat tempat di hati ibu bapa untuk kegunaan harian. Walaupun mempunyai reka bentuk ringkas, stroller ini mempunyai sistem keselamatan abah-abah 5 mata yang membantu mengekalkan kedudukan badan, antara kaki dan dari bahu ke bawah dan buckle yang mudah untuk digunakan bagi menjamin keselamatan si manja. Hadir bersama kanopi UPF50+ memberikan keselesaan dan perlindungan anak kecil daripada sinaran matahari, dan material kalis airnya melindungi daripada hujan. Baby Throne Advance Compact Travel Stroller, stroller ringan yang ideal malah boleh dimuatkan di dalam beg bagasi pakaian bersaiz 24’ dan ke atas. Apabila dilipat, Baby Throne Advance Compact Travel Stroller boleh digalas di bahu seperti beg sandang kerana dilengkapi dengan shoulder strap yang amat selesa dan mudah dibawa ke mana sahaja dengan berat hanya 6kg.

Kelebihan produk :

  • Ada 9 warna pilihan yang menarik
  • Kedudukan boleh dilaraskan sehingga 145 darjah
  • Rodanya boleh dikunci apabila berhenti
  • Kanopi kalis air dilengkapi dengan UPF50+ untuk melindungi sinaran matahari

Kekurangan produk :

  • Tempoh jaminan singkat hanya 1 bulan
  • Ruang simpanan barang yang terhad

Spesifikasi produk :

Cadangan umur : Sesuai untuk umur 0 bulan hingga 4 tahun atau berat bayi sehingga 25kg
Berat : 6kg
Harga : RM249.00 – RM259.00

Evenflo Waav Compact Stroller

Evenflo Waav Compact Stroller
Evenflo Waav Compact Stroller, stroller bersaiz kompak, lightweight yang amat praktikal dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja terutamanya buat ibubapa yang ingin mengembara ke luar negara. Dengan berat 5.5kg, stroller ini boleh dilipat dengan sebelah tangan sambil mendukung bayi. Memiliki tali pinggang keselamatan 5 poin dan kerusi yang boleh ubah, anak anda pasti berasa selesa semasa berada di dalam stroller ini. Evenflo Waav Compact Stroller memiliki tempat menyimpan barang yang luas serta kanopi perlindungan matahari yang besar. Kanopi penghadang matahari yang besar, sesuai dengan cuaca panas di Malaysia. Hood ini turut dilengkapi dengan UPF50+ untuk melindungi bayi daripada sinaran matahari. Stroller ini juga mempunyai sistem brek yang bagus iaitu mempunyai brek kaki pada kedua-dua tayar di bahagian belakang untuk memudahkan anda menekan brek pada bila-bila masa.

Kelebihan produk :

  • Warna pilihan seperti hitam/biru, hitam/merah dan hitam/kelabu
  • Ruang penyimpanan barang yang besar
  • Mudah untuk disimpan diruang terhad
  • Sistem brek yang bagus

Kekurangan produk :

  • Tidak kalis air

Spesifikasi produk :

Cadangan umur : Sesuai untuk umur 0 bulan hingga 3 tahun atau berat bayi sehingga 15kg
Berat : 5.5kg
Harga : RM289.00 – RM299.00

Prego Lite One Hand Fold Stroller

Prego Lite One Hand Fold Stroller
Prego Lite One Hand Fold Stroller tersenarai sebagai jenama stroller kompak yang mendapat perhatian ibu bapa kerana saiznya kecil dan ringan. Mengikut maklum balas pengguna, stroller ini memang sangat sesuai untuk mereka yang kerap travel kerana ia sangat mudah dibawa dan senang dilipat terutama ketika menaiki kapal terbang. Prego Lite One Hand Fold Stroller mempunyai tempat duduk boleh laras 80 hingga 170 darjah, fungsi paling penting untuk keselesaan bayi baru lahir dan kanak-kanak. Prego Lite One Hand Fold Stroller, stroller ringan yang mempunyai pemegang yang boleh dilaras untuk front facing atau outward facing. Harganya amat berbaloi dengan pakej binaannya yang kukuh, mudah dikawal, dan lasak sesuai untuk kegunaan harian mahupun ketika travel.

Kelebihan produk :

  • Hadir dalam pilihan warna biru, merah, ungu, kelabu, hitam
  • Stroller boleh dilipat hanya menggunakan satu tangan dan sangat mudah untuk dikendali.
  • Hadir bersama infant car seat & ruang simpanan yang besar
  • Stroller ini dianggap sebagai bagasi ukuran kabin hanya seberat 7kg

Kekurangan produk :

  • Material kain sedikit panas

Spesifikasi produk :

Cadangan umur : Sesuai untuk umur 0 bulan hingga 5 tahun atau berat bayi sehingga 30kg
Berat : 7kg
Harga : RM209.00-RM259.00

BBH One hand Folded Small Size Folded 705 Baby Twin Stroller

BBH One hand Folded Small Size Folded 705 Baby Twin Stroller
Untuk jangka panjang, sebenarnya membeli kereta sorong yang boleh dipasang dua tempat duduk lebih menjimatkan jika ibu bapa bercadang memiliki lebih anak dalam masa terdekat. BBH One hand Folded Small Size Folded 705 Baby Twin Stroller merupakan stroller ergonomic dua tempat duduk dengan material yang tahan lasak, tidak mudah koyak dan mudah dilipat. BBH One hand Folded Small Size Folded 705 Baby Twin Stroller hadir dalam dua pilihan warna biru dan merah mempunyai kain yang boleh dibuka atau mudah untuk dibersihkan untuk menjaga kebersihan stroller. Tempat duduknya agak luas berbanding stroller ringan biasa membolehkan stroller ini digunakan dengan selesa hinggalah anak-anak mencecah usia sekitar 5 tahun.

Kelebihan produk :

  • Walaupun mempunyai dua tempat duduk, setelah dilipat saiznya menjadi kecil
  • Terdapat ruang menyimpan barang
  • Tempat duduk selesa untuk bayi baru lahir sehingga berusia 5 tahun
  • Kanopi perlindungan matahari dengan UPF+50

Kekurangan produk :

  • Jaminan hanya 6 bulan sahaja
  • Berat melebihi 7kg dan tidak sesuai untuk di bawa naik ke ruang kabin kapal terbang

Spesifikasi produk :

Cadangan umur : Sesuai untuk umur 0 bulan hingga 5 tahun atau berat bayi sehingga 20kg
Berat : 8.9kg
Harga : RM399.00

BAOBAOHAO V5B 360 Magic Stroller

BAOBAOHAO V5B 360 Magic Stroller
Dengan harga yang amat berpatutan, BAOBAOHAO V5B 360 Magic Stroller dilengkapi dengan sistem keselamatan terkini. Stroller ini adalah pilihan yang baik bagi keluarga yang inginkan kesemua ciri lightweight stroller yang kukuh dan selesa. BAOBAOHAO V5B 360 Magic Stroller mudah dilipat dengan sebelah tangan, dan ia mempunyai pemegang bersambung yang memudahkannya ditolak dengan sebelah tangan. Menerusi sistem 360 darjah berputar, stroller ini dihasilkan dengan reka bentuk modular dan inovatif bagi membolehkan ibu bapa mengalihkan kedudukan si maja dengan mudah. BAOBAOHAO V5B 360 Magic Stroller diiktiraf kerana inovasi, reka bentuk ergonomik dan mesra alam.

Kelebihan produk :

  • Ada pelbagai pilihan warna seperti coklat, merah, hitam, kelabu dan peach
  • Fungsi kanopi yang boleh menghindari si manja daripada terkena panas matahari
  • Sistem 360 darjahnya sangat membantu mengubah kedudukan si manja ketika di sorong
  • Sangat ringan dan mudah dilipat

Kekurangan produk :

  • Tidak sesuai kepada bayi baru lahir kerana tidak mempunyai sokongan untuk bahagian kepala.
  • Kurang padding dan tidak begitu boleh dilaraskan.

Spesifikasi produk :

Cadangan umur : Sesuai untuk umur 9 bulan hingga 3 tahun atau berat bayi sehingga 20kg
Berat : 5.41kg
Harga : RM195.90 – RM279.00

Stroller boleh dianggap sebagai bantuan tambahan dan menjadikan situasi lebih mudah. Selain harga dan saiz stroller, berat stroller juga sangat penting sebelum membuat keputusan untuk membeli. Stroller yang dibeli selalunya akan keluar masuk bonet dengan kerap. Jika membeli stroller yang berat, ia akan menyukarkan proses memasukkan dan mengeluarkan stroller. Stroller yang ringan pasti akan memudahkan urusan ibu bapa ketika keluar bersiar-siar, melalui kawasan sempit atau ketika ingin memuatkan di kabin menaiki kapal terbang.

Keselamatan merupakan aspek yang harus menjadi keutamaan dalam pemilihan stroller. Pastikan stroller yang anda pilih mempunyai rangka atau bingkai yang boleh dikunci kedudukannya, selain mekanisme yang mudah untuk digunakan. Ini dapat mengelakkan sebarang kesilapan yang tidak disengajakan ketika membawa si kecil. Perhatikan sebarang ruang, bingkai tajam yang boleh mendatangkan kecederaan pada bahagian badan bayi seperti tangan atau kaki tersepit ketika berada di dalamnya.



Related posts