Panduan Ibu Bapa Baharu: 10 Susu Formula Terbaik (Dari Bayi Sehingga 6 Tahun)
Kekurangan susu badan pada sesetengah ibu menyebabkan mereka terpaksa memilih alternatif kedua iaitu memberikan bayi mereka susu formula. Dilema yang selalu terjadi adalah bagaimana memilih jenama susu formula yang serasi dengan bayi mereka. Meskipun terdapat pelbagai jenama susu formula yang berada di pasaran, ibu bapa harus mempunyai ilmu dan pengetahuan dalam memilih susu formula yang sesuai. Jika tidak, pasti pembaziran akan berlaku.
Kesalahan memilih susu formula juga akan membawa kesan yang tidak baik pada bayi anda. Ada yang menghadapi masalah pencernaan malahan ada yang mengalami alahan sehingga ke tahap Ekzema. Untuk memudahkan urusan ibu bapa berkenaan hal ini, seeloknya mereka merujuk kepada yang lebih pakar seperti pediatrik. Pediatrik akan memberikan tips dan perundingan berkenaan dengan susu formula yang sesuai dengan bayi mereka. Pada masa yang sama, banyak jenama telah mula mengkategorikan susu formula mengikut tahap umur bayi. Jadi ini lebih memudahkan ibu bapa untuk membuat pilihan. Khas buat anda yang baru bergelar ibu bapa atau masih lagi tercari-cari susu formula yang serasi dengan bayi anda, disenaraikan 10 susu formula terbaik dari peringkat umur bayi sehingga 6 tahun.
Anmum Essential Gold
Kenapa pilih satu sedangkan bayi anda memerlukan kesemua lapan perkembangan yang penting? Anmum Essential Gold menawarkan keseluruhan lengkap lapan perkembangan penting merangkumi belajar, perlindungan, persekitaran usus yang baik, tumbesaran & perkembangan menyeluruh, penglihatan, tumpuan, perkembangan emosi dan perkembangan sosial. Dirumus secara saintifik dengan 33% lebih DHA, MFGM + GA, Prebiotik dan 15 nutrien penting, ia diformulasi khas untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi anda secara menyeluruh. Kandungan Prebiotik dalam susu adalah penting untuk persekitaran usus yang baik. Ini kerana usus yang baik membantu menyokong penyerapan nutrien dengan efektif dan perkembangan sistem pertahanan badan. Didatangkan dengan pek 550g dan 1.1 kg, susu formula ini dikategorikan untuk anak-anak yang berumur 1 sehingga 6 tahun sahaja.
Kelebihan Anmum Essential Gold:
- Lapan perkembangan penting dalam satu susu formula
- 33% lebih DHA, MFGM + GA, Prebiotik dan 15 nutrien penting
- Kandungan prebiotik untuk persekitaran usus sihat.
- Dua pek bungkusan, 550g dan 1.1 kg
Kekurangan Anmum Essential Gold:
- Harga yang mahal
Info Anmum Essential Gold:
Berat: | 550g dan 1.1 kg |
---|---|
Umur bayi: | 1 sehingga 6 tahun |
Produk dari negara: | New Zealand |
Harga : | 550g – RM 39.70, 1.1 kg – RM 86.90 |
Similac Lactose Free 0-12 Months Infant Formula Milk Powder
Buat ibu bapa yang mencari susu formula untuk bayi mereka yang mempunyai masalah intoleransi terhadap laktosa, anda boleh cuba susu formula dari jenama Similac ini. Similac menawarkan sebuah susu formula berasaskan protein susu lembu bebas laktosa khas untuk bayi baru lahir hingga 12 bulan. Susu ini juga mengandungi DHA dan AA yang memainkan peranan penting dalam membantu tumbesaran bayi anda. Selain itu, terdapat juga kandungan-kandungan lain yang turut membantu pertumbuhan badan dan perkembangan otak bayi anda seperti Linoleic, Linolenic Acid, Lutein dan Nukleotide. Didatangkan dalam bentuk tin bersaiz 375g dan 850g, susu ini kurang sesuai untuk bayi yang mempunyai masalah Galactosemia, iaitu ketidakupayaan tubuh untuk mencerna kandungan galaktosa yang masuk ke dalam tubuh badan.
Kelebihan Similac Lactose Free 0-12 Months Infant Formula Milk Powder:
- Bebas laktosa
- Mengandungi DHA & AA
- Mengandungi Linoleic, Linolenic Acid, Lutein dan Nukleotide
Kekurangan Similac Lactose Free 0-12 Months Infant Formula Milk Powder:
- Harga mahal
- Tidak sesuai untuk bayi yang mempunyai masalah Galactosemia
Info Similac Lactose Free 0-12 Months Infant Formula Milk Powder:
Berat: | 375g dan 850g |
---|---|
Umur bayi: | 0 sehingga 12 bulan |
Produk dari negara: | Amerika Syarikat |
Harga : | 375g – RM 37.90, 850g – RM 79.80 |
Novamil KID DHA
Novamil Kid DHA adalah sebuah susu formula khas untuk umur 1 sehingga 10 tahun yang dirumus khas untuk perkembangan kognitif, tumbesaran dan imuniti serta peningkatan selera. Ia dilengkapi dengan DHA yang meningkatkan fungsi otak dan mata serta Nukleotida yang membantu membentuk dan menggantikan sel serta meningkatkan imuniti. Ia tiada sukrosa tambahan, perasa manisnya datang dari perisa semula jadi vanilla. Ia juga merangsang pergerakan usus yang baik dan penghadaman yang sihat melalui kandungan GOS (Galakto-oligosakarida). Sumber susu lembu dari negara Perancis ini dipilih dengan sangat teliti, hanya lembu yang tidak dirawat dengan hormon pertumbuhan tiruan rBST, antibiotik dan GMO sahaja yang dipilih sebagai sumber. Selain itu, kandungan Omega 3 & 6 pada susu formula ini lebih tinggi jika dibandingkan dengan jenama lain.
Kelebihan Novamil KID DHA:
- Khas untuk perkembangan kognitif, tumbesaran dan imuniti serta peningkatan selera
- Kandungan DHA & AA
- Kandungan Omega 3 & 6 yang tinggi
- Sumber susu dari lembu yang tidak dirawat dengan hormon tiruan
Kekurangan Novamil KID DHA:
- Harga mahal
- Tiada variasi saiz bungkusan
Info Novamil KID DHA:
Berat: | 800g |
---|---|
Umur bayi: | 1 sehingga 10 tahun |
Produk dari negara: | Perancis |
Harga : | 800g – RM 107.50 |
Hani Milk
Hani milk adalah sebuah susu formula organik berasaskan tumbuhan yang bebas gluten. Ianya sangat sihat dan dikhaskan untuk kanak-kanak yang berumur 1 tahun keatas. Memandangkan ianya organik, bererti ia juga bebas laktosa dan sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah intoleransi laktosa. Ia juga membantu melancarkan penghadaman kanak-kanak serta mengurangkan perut berangin dan kembung kerana turut mempunyai sumber serat. Mengandungi kandungan protein, kalsium dan zat besi yang tinggi, susu formula ini sangat membantu dalam pertumbuhan sistem imun serta menguatkan tulang serta gigi. Selain itu, ia turut berfungsi dalam menstabilkan emosi kanak-kanak serta meningkatkan perkembangan otak. Susu formula yang dipek dalam tin bersaiz 800g ini juga mengandungi vitamin yang tinggi seperti vitamin A, D, C, E dan B12.
Kelebihan Hani Milk:
- Susu formula organik
- Bebas laktosa dan sumber serat tinggi
- Kandungan protein, kalsium dan zat besi tinggi
- Kandungan vitamin tinggi
Kekurangan Hani Milk:
- Tiada variasi saiz bungkusan
Info Hani Milk:
Berat: | 800g |
---|---|
Umur bayi: | 1 tahun ke atas |
Produk dari negara: | Malaysia |
Harga : | 800g – RM 89.00 |
Morigana Chil-kid
Morigana Chill-KID adalah sebuah produk susu formula yang diformulasikan di Morinaga R&D institute di Jepun yang mempunyai sejarah 100 tahun dalam inovasi. Sumber susu bagi produk ini didapatkan terus dari Netherland dalam bentuk susu dipasteur. Susu-susu ini juga perlu melalui pemeriksaan yang teliti dan kerap sebelum dieksport ke Malaysia bagi menjamin kualiti yang terbaik. Susu yang dikhususkan untuk kanak-kanak dari umur 1 hingga 7 tahun ini mempunyai 45 kandungan nutrisi penting seperti AA, DHA, Omega 3 & 6, GOS, Neuklotide, Protein, Vitamin dan Mineral untuk perkembangan pertumbuhan yang optimum. Rasa susu ini tidak terlalu manis, ia mempunyai sedikit rasa vanilla untuk memberikan sedikit rasa manis serta meningkatkan selera anak-anak untuk meminumnya. Susu ini mempunyai dua variasi pek bungkusan iaitu kotak 600g dan Tin 900g,
Kelebihan Morigana Chil-kid:
- Diformulasikan di Morinaga R&D institute di Jepun
- Mempunyai 45 kandungan nutrisi penting
- Tidak terlalu manis
- Sumber susu darI Netherlands
Kekurangan Morigana Chil-kid:
- Harga mahal
Info Morigana Chil-kid:
Berat: | 600g dan 900g |
---|---|
Umur bayi: | 1 sehingga 7 tahun |
Produk dari negara: | Jepun & Netherlands |
Harga : | 600g – RM 59.00 , 900g – RM 88.50 |
Enfalac A+ Gentlease Step 1
Enfalac ialah jenama yang boleh anda percayai dalam menyediakan anak anda dengan semua nutrisi yang diperlukan. Walaupun harganya agak mahal, ia masih merupakan antara susu tepung bayi terlaris di Malaysia. Enfalac A+ Gentlease direka untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi dari lahir hingga 12 bulan. Formula ini diperkaya dengan DHA dan ARA untuk memenuhi keperluan pemakanan si manja, perkembangan tisu otak, dan serat pemakanan yang tinggi untuk kesihatan dan pertumbuhan usus. Susu formula ini juga sesuai untuk bayi yang mempunyai perut yang sensitif dan membantu sistem pencernaan mereka.
Kelebihan Enfalac A+ Gentlease Step 1:
- Mengandungi protein terhidrolisis separa, protein yang dipecahkan melaluteknologi hidrolisis.
- Ditambah dengan membran globul lemak susu (MFGM)
- Tinggi dengan Zat Besi & Zink
- Jenama premium
- Menyokong perkembangan otak dan usus
Kekurangan Enfalac A+ Gentlease Step 1:
- Harga agak mahal
Info Enfalac A+ Gentlease Step 1:
Berat: | 1.6kg |
---|---|
Umur bayi: | 0-12 bulan |
Produk dari negara: | Amerika Syarikat |
Harga : | RM 279.90 |
Friso Gold Step 3
Susu tepung jenama Friso Gold ini juga boleh dikategorikan sebagai antara jenama susu premium di Malaysia. Ia mengandungi lebih 50 nutrien penting. Apa yang menariknya adalah teknologi rawatan haba ringan LocNutriTM Friso Gold, mampu mengekalkan protein lebih dekat dengan struktur asalnya supaya nutrien mudah dihadam dan diserap. Ini kerana apabila susu diproses pada haba yang tinggi, struktur semula jadi protein mungkin terjejas. Friso Gold, dengan kandungan nutrien semula jadinya juga mudah dicerna oleh badan si manja. Ia membekalkan nutrien penting seperti Vitamin D, Vitamin B5 dan C, Selenium, GOD, zat besi dan DHA yang membantu tumbesaran dan menyokong daya ketahanan semula jadi anak.
Kelebihan Friso Gold Step 3:
- Diformulasikan dengan DHA, AA, Omega 3&6
- Mengandungi molekul kecil secara semula jadi dengan struktur lembut
- Tiada sukrosa atau perisa tambahan
- Rasa lebih ringan, lebih banyak kebaikan semula jadi
- Khasiat semulajadi
- Mudah dicerna
- Nutrien mudah dihadam
Kekurangan Friso Gold Step 3:
- Harga agak mahal
Info Friso Gold Step 3:
Berat: | 1.2kg |
---|---|
Umur bayi: | 1-3 tahun |
Produk dari negara: | Netherlands |
Harga : | RM 266.88 |
Dale & Cecil Miwako A+ Plant-based Formula Milk
MIWAKO A+ ialah formula tumbesaran berasaskan tumbuhan nutrisi lengkap yang terdiri daripada bijirin penuh. Ia diperkaya dengan 22 vitamin dan mineral penting, khusus untuk pembesaran kanak-kanak berumur 1 – 6 tahun. Pemakanan lengkap dalam MIWAKO A+ ialah alternatif tenusu yang baik untuk menggalakkan pertumbuhan, pembelajaran, tumpuan dan perkembangan kognitif. MIWAKO A+ tidak ditambah dengan tenusu, laktosa, soya, gluten, telur, kacang tanah dan kacang. Ia juga sangat disyorkan oleh doktor profesional dan pakar pemakanan.
Kelebihan Dale & Cecil Miwako A+ Plant-based Formula Milk:
- Sesuai untuk vegetarian/vegan
- Mesra alahan
- Membekalkan pelbagai nutrien untuk pertumbuhan dan perkembangan
- Tiada tambahan gluten, soya, tenusu, kacang, laktosa, kacang tanah, pengawet tiruan, pewarna atau perasa tiruan
- Formulasi unik berasaskan tumbuhan, diperkaya dengan vitamin dan mineral
- Menggalakkan keupayaan pembelajaran
Kekurangan Dale & Cecil Miwako A+ Plant-based Formula Milk:
- Jenama kurang dikenali
Info Dale & Cecil Miwako A+ Plant-based Formula Milk:
Berat: | 700g |
---|---|
Umur bayi: | 1-6 tahun |
Produk dari negara: | Malaysia |
Harga : | RM 96 |
S26 Gold Step 1
Susu S26 diformulasikan dengan lebih tiga kali ganda lutein, AA & DHA dari sumber sayuran, protein alpha, 5 nukleotida dan besi bagi menyokong proses tumbesaran bayi. Lutein adalah pigmen makula yang dominan pada retina mata yang bertujuan menapis sinaran biru serta melindungi mata si comel.Protein alpha adalah sejenis protein berkualiti yang sangat mudah dicerna, diserap dan diterima oleh tubuh bayi. Lebih menarik adalah, susu ini mengandungi oligo fruktosa sebagai serat makanan larut yang sangat penting untuk membina sistem imun yang baik buat bayi.
Kelebihan S26 Gold Step 1:
- Memperbaiki tisu badan
- Tumbesaran dan perkembangan bayi
- Menghasilkan aisd amino yang penting untuk sintesis protein
- Kandungan DHA (95mg/100g)
- Lutein merupakan pigmen makular utama dalam retina, berfungsi untuk menapis cahaya biru dan melindungi mata.
- Oligofruktosa merupakan prebiotik yang membantu meningkatkan bifidobakteria usus yang baik.
Kekurangan S26 Gold Step 1:
- Tidak sesuai untuk bayi alahan susu lembu
Info S26 Gold Step 1:
Berat: | 1.8kg |
---|---|
Umur bayi: | 0-12 bulan |
Produk dari negara: | New Zealand |
Harga : | RM 209.50 |
Nestle Nan Ha Rumusan Bayi Step 1
NAN HA Nestle’s formula susu lembu premium buatan Switzerland yang direka untuk berkhasiat untuk bayi anda. Formula ini juga merupakan pilihan yang baik untuk bayi yang sangat sensitif atau terdedah kepada alahan, kerana ia bersifat hipoalergenik dan mudah dihadam oleh bayi. Formula NAN HA juga mengandungi campuran protein terhidrolisis separa, iaitu protein susu lembu yang dipecahkan kepada kepingan yang lebih kecil untuk mudah diserap. Selain itu, ia mengandungi probiotik (Bifidobacterium lactis) untuk meningkatkan mikroflora usus yang membantu dan mengurangkan kejadian cirit-birit. Ia juga mengandungi Nukleotida dan rantai panjang asid lemak tak tepu (DHA dan ARA).
Kelebihan Nestle Nan Ha Rumusan Bayi Step 1:
- Ditambah dengan Nukleotida
- Bifidobacterium lactis membantu meningkatkan mikroflora usus yang bermanfaat
- Bifidobacterium lactis boleh membantu mengurangkan kejadian cirit-birit
- Ditambah DHA ARA
- Sesuai untuk bayi mempunyai sejarah alahan
Kekurangan Nestle Nan Ha Rumusan Bayi Step 1:
- Tidak sesuai untuk bayi mempunyai alahan susu lembu
Info Nestle Nan Ha Rumusan Bayi Step 1:
Berat: | 400g, 800g |
---|---|
Umur bayi: | 0-12 bulan |
Produk dari negara: | Switzerland |
Harga : | 400g : RM 63.40 , 800g: RM 130.65 |
Jika diikutkan saranan doktor-doktor, susu ibu adalah yang terbaik untuk tumbesaran bayi. Seboleh-bolehnya jika anda mampu, beri dahulu susu ibu kepada bayi anda. Malahan, pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) juga menyarankan untuk bayi diberikan susu ibu pada 6 bulan awal kelahirannya. Namun, tidaklah menjadi kesalahan untuk memberi susu formula kepada bayi anda jika anda di dalam keadaan tiada pilihan dan solusi. Susu formula juga ada khasiat dan nutrisinya yang tersendiri. Cuma, jangan jadikan penat dan sibuk sebagai alasan untuk tidak menyusukan bayi anda dengan susu ibu kerana bayi anda perlu nutrisi untuk tumbesaran yang baik.
Jika anda tiada pilihan dan terpaksa beralih ke susu formula. Anda perlu meneliti nutrisi, vitamin dan kandungan-kandungan lain yang terdapat pada susu tersebut sebelum membuat keputusan. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah pada bayi anda seperti perut kembung, sembelit, masalah penghadaman, serta masalah alergi pada kulit seperti ekzema.
Kepada semua ibu bapa baru di luar sana, kami faham bahawa perjalanan ini boleh mencabar dan mendebarkan pada sesetengah masa. Ingatlah, tidak mengapa untuk berasa terlalu terbebani, tetapi jangan panik. Adalah penting untuk mencari bantuan dan panduan daripada pakar-pakar, seperti pengasuh bayi yang dipercayai atau profesional penjagaan kanak-kanak, yang boleh memberikan sokongan dan kepakaran yang berharga dalam menavigasi bab baru dalam menjadi ibu bapa.