Rambut Lebih Kuat & Tidak Gugur. Ini 5 Produk Penjagaan Rambut Selepas Bersalin yang Popular

Rambut Lebih Kuat & Tidak Gugur. Ini 5 Produk Penjagaan Rambut Selepas Bersalin yang Popular
Ibu dan anak


Menurut pakar, setiap hari rambut seseorang manusia dikatakan gugur kira-kira 50 hingga 100 helai dan ia adalah sesuatu yang normal. Namun apabila menyikat rambut, jumlah rambut terlekat menjangkau segenggam, atau rambut jatuh dengan banyak di atas lantai itu menandakan anda mengalami masalah keguguran rambut yang teruk. Bagi wanita, rambut adalah mahkota dan dilihat faktor penting dalam memberi takrifan cantik pada keterampilan diri. Justeru, apabila melihat rambut makin menipis sehingga menampakkan kulit rambut pastinya memberi kesan psikologi terutama kepada wanita ketika dalam pantang atau selepas melahirkan anak.

Perubahan hormon yang ketara atau tidak stabil ketika mengandung dan melahirkan anak merupakan penyebab utama rambut gugur dalam kalangan ibu-ibu. Bukan itu sahaja malah apabila wanita selepas melahirkan anak berada dalam keadaan stres, paras hormon androgen boleh dihasilkan dengan aktif. Itu boleh menyebabkan masalah keguguran rambut dan pada satu tahap yang serius. Ketika hamil pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Selepas fasa bersalin, ia bertukar ke fasa gugur dengan cepat.

Dalam tempoh dua hingga enam bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Masalah yang berlaku mungkin hanya sementara saja, namun begitu ia boleh meninggalkan ketidakselesaan kepada diri si ibu. Untuk mengurangkan masalah keguguran rambut, cuba cari penyelesaian dengan menggunakan 5 produk khas untuk penjagaan rambut selepas bersalin yang popular ini.

Baby Blues Hair Vitamins Dietary Supplement

Baby Blues Hair Vitamins Dietary Supplement
Baby Blues Hair Vitamins Dietary Supplement satu-satunya vitamin yang dirumus khusus untuk wanita mempunyai masalah rambut gugur selepas melahirkan anak. Berasal daripada Amerika Syarikat, Baby Blues Hair Vitamins Dietary Supplement merupakan vitamin bertekstur gummies yang kenyal (geletin) dengan perisa Lilikoi (passion fruit) yang sedap dan lazat. Diformulasikan dengan Biotin, Collagen, Vitamin C, Zinc and Folate, Vitamin A, B12, Vitamin D, Vitamin E, dan B6, Baby Blues Hair Vitamins Dietary Supplement dicadangkan pengambilan dua kali sehari selama tiga ke enam bulan.
Baby Blues Hair Vitamins Dietary Supplement gabungan proprietari vitamin dan mineral untuk menangani keguguran rambut dan memulihkan nutrien yang diperlukan. Kandungan Baby Blues Hair Vitamins Dietary Supplement juga berupaya meningkatkan pertumbuhan rambut si ibu sambil memperbaiki tekstur rambut. Ia telah diuji secara klinikal di makmal yang berdaftar dengan FDA.

Kelebihan Baby Blues Hair Vitamins Dietary Supplement:

  • Berperisa sedap iaitu Lilikoi (passion fruit)
  • 1 botol untuk kegunaan sebulan
  • Mengandungi pelbagai gabungan vitamin
  • Diuji di makmal yang berdaftar dengan FDA.

Kekurangan Baby Blues Hair Vitamins Dietary Supplement:

  • Sukar ditemui di pasaran tempatan

Spesifikasi Baby Blues Hair Vitamins Dietary Supplement:

Isipadu: 60 biji per botol
Kandungan: Biotin, Collagen, Vitamin C, Zinc and Folate, Vitamin A, B12, Vitamin D, Vitamin E, B6, PABA
Harga: RM147.21

Mama’s Choice Postpartum Hair-Loss Treatment Shampoo

Mama's Choice Postpartum Hair-Loss Treatment Shampoo
Wanita selepas bersalin menghadapi masalah keguguran rambut wajib mencuba Mama’s Choice Postpartum Hair-Loss Treatment Shampoo. Mama’s Choice Postpartum Hair-Loss Treatment Shampoo merupakan syampu yang direka dan dirumus khas untuk menangani masalah keguguran rambut yang berlebihan dengan menyuburkan rambut dari akar hingga ke hujung rambut. Dihasilkan daripada formulasi bahan semulajadi, penggunaan Mama’s Choice Postpartum Hair-Loss Treatment Shampoo secara berkala selama tiga ke enam bulan membantu menguatkan akar dan merangsang pertumbuhan rambut baru.
Mama’s Choice Postpartum Hair-Loss Treatment Shampoo mengandungi ekstrak buah kiwi, candlenut dan kacang hijau yang sememangnya bagus untuk mengatasi masalah keguguran rambut. Mama’s Choice Postpartum Hair-Loss Treatment Shampoo syampu yang bebas daripada toksin, paraben, sulfat dan bahan berbahaya terbukti diuji secara klinikal di makmal negara Singapura. Paling penting sekali, Mama’s Choice Postpartum Hair-Loss Treatment Shampoo 100 peratus diyakini halal!

Kelebihan Mama’s Choice Postpartum Hair-Loss Treatment Shampoo:

  • Kandungan berasaskan semulajadi
  • Bebas toksin, paraben, sulfat dan bahan berbahaya
  • Diuji secara klinikal
  • Ada pengiktirafan Halal

Kekurangan Mama’s Choice Postpartum Hair-Loss Treatment Shampoo:

  • Lebih berkesan dengan penggunaan produk tambahan lain jenama yang sama

Spesifikasi Mama’s Choice Postpartum Hair-Loss Treatment Shampoo:

Isipadu: 150ML
Kandungan: Diperbuat daripada bahan semulajadi kiwi, candlenut dan kacang hijau
Harga: RM34.90

Pura D’or Hair Thinning Therapy Energizing Scalp Serum

Pura D'or Hair Thinning Therapy Energizing Scalp Serum
Aplikasikan serum rambut pada rambut sangat dicadangkan jika anda mengalami masalah rambut gugur selepas bersalin. Pura D’or Hair Thinning Therapy Energizing Scalp Serum adalah serum yang diyakini dapat menyuburkan kulit kepala dan menguatkan rambut buatan negara Amerika Syarikat. Formula eksklusif Pura D’or Hair Thinning Therapy Energizing Scalp Serum mengandungi 15 bahan aktif utama seperti Kafein, Catalase, Cayenne, Minyak Biji Bilberi, Sacha Inchi, Sel Stem Buah Epal, Minyak Amla, Tea Tree, Kahai Seed Oils, Ekstrak Skullcap Root, Ekstrak Kayu Eropah dan Ekstrak Protein Kacang.
Campuran minyak premium dalam formulasi serum ini sangat berkhasiat untuk merawat rambut yang nipis, gugur dan rosak dengan berkesan. Cukup lembut untuk kegunaan harian, Pura D’or Hair Thinning Therapy Energizing Scalp Serum bebas daripada gluten, SLS, toksin, paraben, sulfat, hipoalergenik dan bahan berbahaya terbukti diuji secara klinikal. Formula 2 dalam 1 Pura D’or Hair Thinning Therapy Energizing Scalp Serum mengurangkan kerengsaan dan menghidupkan semula rupa rambut.

Kelebihan Pura D’or Hair Thinning Therapy Energizing Scalp Serum:

  • Berbau harum dan menyegarkan
  • Mengandungi 15 bahan semulajadi utama
  • Bebas gluten, SLS, toksin, paraben, sulfat, hipoalergenik dan bahan berbahaya
  • Diuji secara klinikal

Kekurangan Pura D’or Hair Thinning Therapy Energizing Scalp Serum:

  • Menjadi sasaran produk tiruan

Spesifikasi Pura D’or Hair Thinning Therapy Energizing Scalp Serum:

Isipadu: 120ml
Kandungan: Aloe Vera Leaf Juice, Glycerin, Sodium Metabisulfite, European Larch, Wood Extract, Zinc Chloride, Propanediol, Arginine, Lactic Acid, Soybean Extract, Baikal Skullcap Root Extract, Lactobacillus, Coconut Fruit Extract, Pea Extract, Resurrection Plant Extract, Indian Pennywort Heterosides, Amla Fruit Oil, Black Cumin Seed Oil, Cedarwood Bark Oil, Hibiscus Flower Extract, Green Tea Leaf Extract, Nettle Leaf Extract, Pygeum Bark Extract, Argan Kernel Oil, Seed Oil, Beta-Sitosterol, Rosemary Leaf Oil, He Shou Wu Root Extract, Soy Isoflavones, Pumpkin Seed Oil, Niacin, Biotin, Cayenne Fruit Extract, Copper Tripeptide-1, Catalase, Ethylbisiminomethylguaiacol Manganese Chloride, Caffeine, Apple Fruit Cell Culture Extract, Dipotassium Glycyrrhizinate, Kahai Seed Oil, Bilberry Seed Oil, Sacha Inchi Seed Oil, Lemongrass Oil
Harga: RM99.00

Sebamed Anti-Hairloss Shampoo

Sebamed Anti-Hairloss Shampoo
Jika anda mengalami masalah kulit sensitif dan rambut gugur selepas bersalin, dicadangkan menggunakan produk dari jenama Sebamed. Sebamed Anti-Hairloss Shampoo mengandungi kandungan utama seperti vitamin B, kafein dan ekstrak daun Ginkgo Biloba sesuai dan selamat untuk kegunaan sekeluarga bebas daripada paraben dan alkali.
Sebamed Anti-Hairloss Shampoo akan memastikan pH kulit kepala neutral dengan nilai 5.5 mengurangkan keguguran rambut dengan mengaktifkan fungsi kulit kepala dan meningkatkan peredaran kulit untuk menguatkan akar rambut. Diuji secara klinikal, pakar dermatologi mengesahkan penggunaan Sebamed Anti-Hairloss Shampoo selama 14 hari secara berterusan akan menghilangkan 50 peratus masalah rambut gugur.

Kelebihan Sebamed Anti-Hairloss Shampoo:

  • Seimbangkan pH pada kulit kepala
  • Mengandungi vitamin B, kafein dan ekstrak daun Ginkgo Biloba
  • Diuji secara klinikal dan dipercayai
  • Sesuai untuk kulit sensitif

Kekurangan Sebamed Anti-Hairloss Shampoo:

  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi Sebamed Anti-Hairloss Shampoo:

Isipadu: 200ml
Kandungan: Aqua, Cocamidopropyl Betaine, Disodium Cocoamphodiacetate, Sodium Laureth Sulfate, Creatine, Zinc PCA, Caffeine, Hydroxypropyl Oxidized Starch PG-Trimonium Chloride, Ginkgo Biloba leaf extract, Glycerin, Sodium Lactate, Piroctone Olamine, Menthol, Hexyl Nicotinate, Butylene Glycol, Propylene Glycol, PEG-55 Propylene Glycol Oleate, Parfum, Phenoxyethanol, Sodium Benzoate
Harga: RM64.00

50 Megumi Anti-Hair Loss Treatment Essence

50 Megumi Anti-Hair Loss Treatment Essence
Sama seperti Essence yang diterapkan pada kulit wajah, rambut juga memerlukan kaedah seperti ini jika anda mengalami masalah keguguran rambut yang teruk. 50 Megumi Anti-Hair Loss Treatment Essence disyorkan untuk ibu selepas bersalin yang berasa serabut dengan masalah kehilangan rambut yang banyak. Dengan penggunaan 50 Megumi Anti-Hair Loss Treatment Essence secara tipis di kulit kepala, ia mampu menyerap terus ke kulit kepala dan rambut memberi segala khasiat dan nutrien yang diperlukan. Kulit kepala terasa sejuk dan segar dengan bau sitrus yang sedap. 50 Megumi Anti-Hair Loss Treatment Essence mengandungi 50 bahan semulajadi dan herba terpilih seperti Shea Butter, Minyak Biji Macadamia, Minyak Zaitun, Ekstrak Cone Pine, Ekstrak Lidah Buaya, Minyak Benih Bunga Matahari, Ekstrak Rumpai Laut, Kafein, Ekstrak Akar Pueraria, Ekstrak Rosemary, Minyak Jojob, ekstrak panax ginseng halia, ektrak Swertia Japonica, Hydrolised Collagen, ekstrak semula jadi limau dan lemon. Semua ramuan ini selain membantu mengelakkan masalah keguguran rambut ia sebagai ejen khas membantu meningkatkan kelebatan rambut.

Kelebihan 50 Megumi Anti-Hair Loss Treatment Essence:

  • Aroma citrus menyegarkan dan kulit kepala terasa sejuk
  • Teksturnya yang ringan, cair dan tidak melekit
  • Mengandungi 50 bahan semulajadi dan herba terpilih
  • Menguatkan akar dan melebatkan rambut

Kekurangan 50 Megumi Anti-Hair Loss Treatment Essence:

  • Tidak sesuai untuk berkulit sensitf

Spesifikasi 50 Megumi Anti-Hair Loss Treatment Essence:

Isipadu: 30ml
Kandungan: Water, Alcohol, Butylene Glycol, PEG-40, Hydrogenated Castor Oil, Menthol, Xanthan Gum, Caffeine, Hydroxypropyl Methycellulose Stearoxy Ether, Fragrance, Panax Ginseng Root Extract, Swertia Japonica Extract, Eriobotrya Japonica Leaf Extract, Matricaria Flower Extract, Symphytum Officinale Leaf Extract, Ginger Root Extract, Jojoba Seed Oil, Sea Salt, Olive Fruit Oil, Soy Protein, Shea Butter, Argania Spinosa Kernel Oil, Soluble Collagen, Hydrolyzed Collage, Quaternium-33, Poria Cocos Extract, Retinyl Palmitate, Sunflower Seed Oil, Betaine, Glycerin,Phenoxyethanol, Lanolin Acid, Sorbitol, Hypnea Musciformis Extract, Undaria Pinnatifida Extract, Serine, Hydrolyzed Silk, Hizikia Fusiforme Extract, Alanine, Yeast Extract, Lysine, Arginine, Pueraria Lobata Root Extract, Threonine, Rosemary Leaf Extract, Proline, Pinus Sylvestris Cone Extract, Hops Flower Extract, Soybean Seed Extract, Equisetum Arvense Extract, Lemon Extract, Chlorella Vulgaris Extract, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Chicory Leaf Extract, Celery Extract, Broccoli Exract, Citrus JUnos Fruit Exract
Harga: RM29.61

Secara amnya, ramai ibu-ibu jarang memberi perhatian dalam memilih produk penjagaan rambut selepas kehamilan. Selalunya mereka akan fokus produk penjagaan diri untuk bayi yang baru lahir sahaja. Jangan begitu ya, si ibu juga selayaknya memiliki produk penjagaan diri khas selepas bersalin terutama untuk rambut sebagai penyelesaian masalah keguguran rambut. Sesetengah produk penjagaan rambut mengandungi natrium klorida, sulfat dan silikon yang boleh merosakkan rambut dan membahayakan bayi.

Ini kerana bayi adalah individu terdekat si ibu sentiasa berdampingi selepas dilahirkan. Oleh itu, anda dicadangkan untuk memastikan setiap produk penjagaan rambut adalah mesra postpartum dan juga kepada bayi. Antara kandungan yang dicadangkan bersifat semulajadi seperti mentega shea, minyak biji bunga matahari, pudina, pati buah-buahan, sayuran dan minyak pati boleh digunakan bagi menyuburkan semula rambut. Produk rambut jenis organik adalah yang paling selamat untuk rambut si ibu.

Selain menggunakan produk penjagaan rambut khas untuk merawat masalah keguguran wanita lepas bersalin, cuba ikut tip ini. Antaranya jika ingin mengikat rambut, pastikan ikatannya tidak terlalu kuat dan ketat. Gunakan pengikat rambut jenis scrunchies dan bukannya gelang getah. Akhir sekali elakkan penggunaan alat penggayaan rambut yang panas dan rawatan rambut kimia buat sementara waktu.



Related posts