5 Kereta EV Mewah 2024 di Malaysia: Teknologi Futuristik dan Inovasi Menarik

5 Kereta EV Mewah 2024 di Malaysia: Teknologi Futuristik dan Inovasi Menarik
Kereta dan motosikal


Kalau dulu, hanya jenama Tesla yang kita tahu, tetapi kini, dengan perkembangan pesat industri automotif, tahun 2024 menyaksikan pelancaran beberapa kereta elektrik (EV) mewah lain yang dilengkapi dengan ciri teknologi terkini di Malaysia.

Dengan semakin banyak stesen pengecasan awam dipasang di seluruh negara, kebimbangan tentang jarak pemanduan EV semakin berkurang. Infrastruktur pengecasan yang berkembang pesat ini memudahkan pengguna untuk mengecas kenderaan mereka di tempat awam dan di rumah.

Khas untuk anda yang sedang mencari kereta mesra alam, berikut adalah lima kereta EV mewah 2024 yang patut diberi perhatian, terutamanya bagi mereka yang ingin mencari keseimbangan antara kemewahan dan kelestarian.

Pilihan 1: AION Y Plus (harga bermula RM119K)

Pilihan 1: AION Y Plus (harga bermula RM119K)
AION Y Plus ditampilkan dengan reka bentuk yang unik dan futuristik, menjadikannya pilihan sempurna bagi peminat kereta elektrik moden. Dengan ruang dalaman yang luas, kereta ini ideal untuk keluarga atau sesiapa yang mengutamakan keselesaan dalam perjalanan.
Pilihan 1: AION Y Plus (harga bermula RM119K)
Salah satu kelebihan utama AION Y Plus adalah jarak pemanduannya yang kompetitif. Dengan sekali cas penuh, ia mampu mencapai jarak pemanduan sehingga 500 km (bergantung kepada varian), menjadikannya pilihan terbaik untuk kegunaan harian atau perjalanan jarak jauh tanpa risau tentang pengecasan kerap.

Kelebihan AION Y Plus:

  • Reka bentuk yang unik dan futuristik
  • Jarak pemanduan sehingga 490km
  • Dilengkapi dengan pelbagai teknologi moden seperti sistem bantuan pemandu, skrin infotainment yang besar, dan sambungan internet yang membolehkan kemaskini perisian over-the-air
  • Sistem pengecasan pantas
  • Sistem keselamatan terbaik ABS, ESP, EBD, TCS

Kekurangan AION Y Plus:

  • Rekaan lebih sesuai untuk mereka yang berkeluarga berbanding bujang

Spesifikasi AION Y Plus:

Pilihan warna: 7 pilihan warna luaran, 5 pilihan warna dalaman
Kapasiti bateri: 63.2 kWh
Kuasa: 201 hp
Jarak pemanduan: 490km

Pilihan 2: Lotus Eletre (harga bermula RM598K)

Pilihan 2: Lotus Eletre (harga bermula RM598K)
Lotus terkenal dengan kereta sportnya, tetapi kini mereka telah memasuki pasaran kenderaan elektrik (EV) dengan model SUV elektrik penuh pertama mereka, Lotus Eletre. Model ini menggabungkan reka bentuk sporty yang ikonik dengan prestasi cemerlang, menjadikannya salah satu pilihan EV mewah yang menarik di Malaysia.
Pilihan 2: Lotus Eletre (harga bermula RM598K)
Sebagai jenama yang sinonim dengan prestasi tinggi, Lotus Eletre menawarkan kuasa dan kelajuan yang mengagumkan. Dilengkapi dengan dua motor elektrik, model ini mampu menghasilkan sehingga 600 kuasa kuda, memastikan pengalaman pemanduan yang luar biasa.

Kelebihan Lotus Eletre:

  • Jarak pemanduan sehingga 600 km dengan sekali cas
  • Menawarkan kabin yang luas dan mewah
  • Menyokong sistem pengecasan pantas DC yang membolehkan pengecasan dari 10% hingga 80% dalam masa hanya 20 minit.

Kekurangan Lotus Eletre:

  • Harga yang tinggi Lotus Eletre termasuk dalam kategori SUV mewah

Spesifikasi Lotus Eletre:

Pilihan warna: 8
Kapasiti bateri: 112 kWh
Kuasa: 605 hp
Jarak pemanduan: 600km

Pilihan 3: Mercedes Benz EQS SUV (harga bermula RM625K)

Pilihan 3: Mercedes Benz EQS SUV (harga bermula RM625K)
Antara kelebihan utama EQS SUV adalah jarak pemanduannya yang luar biasa. Dengan kapasiti bateri yang besar, SUV ini mampu mencapai jarak pemanduan sehingga 600 km dengan sekali cas penuh, bergantung kepada varian dan keadaan pemanduan.
Pilihan 3: Mercedes Benz EQS SUV (harga bermula RM625K)
EQS SUV dilengkapi dengan teknologi terkini, termasuk sistem infotainment MBUX Hyperscreen yang besar dan intuitif, yang meliputi papan pemuka dengan paparan skrin sesentuh. Ia turut menyokong kawalan suara, navigasi pintar, dan sambungan internet. Selain itu, kenderaan ini mempunyai ciri pemanduan autonomi Tahap 2, membolehkan sistem bantuan pemandu seperti kawalan kelajuan adaptif, bantuan menukar lorong, dan parkir automatik.

Dengan pilihan untuk konfigurasi 5 atau 7 tempat duduk, EQS SUV memberi fleksibiliti kepada pengguna yang memerlukan lebih ruang penumpang atau kargo.

Kelebihan Mercedes Benz EQS SUV:

  • Integrasi Dolby Atmos
  • Reka bentuk mewah dan premium
  • Jarak pemanduan sehingga 600km sekali pengecasan
  • Teknologi suspensi Airmatic yang canggih
  • Dilengkapi Off Road driving mode
  • MBUX Hyperscreen yang tampak mewah

Kekurangan Mercedes Benz EQS SUV:

  • Harga yang tinggi kerana termasuk dalam kategori kenderaan SUV mewah

Spesifikasi Mercedes Benz EQS SUV:

Pilihan warna:
Kapasiti bateri: 118 kWh
Kuasa: 355 hp
Jarak pemanduan: 673km

Pilihan 4: The All-Electric Lexus RZ (harga bermula RM429K)

Pilihan 4: The All-Electric Lexus RZ (harga bermula RM429K)
Sekali pandang, anda pasti jatuh cinta! Dengan gabungan reka bentuk elegan dan teknologi canggih, Lexus RZ merupakan pesaing kuat dalam segmen EV mewah. Reka bentuk futuristik Lexus RZ menampilkan garis-garis tajam yang menekankan identiti moden sebuah kenderaan elektrik, menjadikannya pilihan menarik bagi peminat kenderaan elektrik.
Pilihan 4: The All-Electric Lexus RZ (harga bermula RM429K)
SUV ini dilengkapi dengan teknologi pacuan empat roda Direct4, memastikan pemanduan yang stabil dan kawalan yang tepat, sama ada di jalan bandar atau di lebuh raya. Dengan jarak pemanduan sekitar 400 km dengan sekali cas penuh (bergantung kepada varian dan keadaan pemanduan), Lexus RZ menawarkan kebolehan yang mengagumkan untuk kegunaan harian dan perjalanan jauh.

Kelebihan The All-Electric Lexus RZ:

  • Teknologi pacuan empat roda Direct4
  • Kabin mewah dan ergonomik
  • Pengecasan dari 10% hingga 80% dalam masa kurang daripada 30 minit
  • Kawalan kelajuan adaptif, pengelakan perlanggaran, serta bantuan parkir
  • Sistem infotainmen besar

Kekurangan The All-Electric Lexus RZ:

  • Walaupun jarak pemanduan sekitar 400 km adalah mencukupi untuk kebanyakan pengguna harian, ia mungkin tidak setanding dengan beberapa pesaing dalam segmen EV mewah yang menawarkan jarak pemanduan lebih jauh

Spesifikasi The All-Electric Lexus RZ:

Pilihan warna:
Kapasiti bateri: 71.4kWh
Kuasa : 230/313 hp
Jarak pemanduan: 440km

Pilihan 5: XPeng G6 (harga bermula 165K)

Pilihan 5: XPeng G6 (harga bermula 165K)
Jenama ini mungkin jarang kita dengar, tetapi XPeng, salah satu syarikat automotif elektrik yang semakin meningkat dari China, kini memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) terbaru mereka, XPeng G6.
Pilihan 5: XPeng G6 (harga bermula 165K)
Salah satu kelebihan terbesar XPeng G6 adalah harganya yang lebih kompetitif berbanding SUV elektrik mewah lain. Ini menjadikan G6 pilihan yang lebih berpatutan bagi pembeli yang ingin memiliki kenderaan elektrik tanpa mengorbankan ciri teknologi canggih dan prestasi.

G6 dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih, termasuk sistem bantuan pemandu XPILOT, yang menyokong pemanduan separa autonomi. Sistem ini merangkumi kawalan kelajuan adaptif, bantuan lorong, pemanduan automatik dalam kesesakan trafik, dan parkir automatik.

Kelebihan XPeng G6:

  • Sistem bunyi Xopera dengan 18 pembesar suara
  • Ruang dalaman yang luas dan serba guna
  • Sistem peningkatan perisian OTA
  • Sistem bantuan pemandu XPILOT

Kekurangan XPeng G6:

  • Jenama baru dan kurang dikenali di Malaysia

Spesifikasi XPeng G6:

Pilihan warna: 5
Kapasiti bateri: 66 kWh
Kuasa : 282 hp
Jarak pemanduan: 435km

Kereta EV baru di Malaysia bukan sahaja menawarkan manfaat mesra alam tetapi juga dilengkapi dengan pelbagai ciri teknologi canggih dan prestasi yang luar biasa. Dengan insentif kerajaan, kos operasi yang lebih rendah, dan penyelenggaraan yang minima, EV semakin menjadi pilihan popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

EV menggunakan kuasa elektrik, yang secara umumnya lebih murah berbanding petrol atau diesel. Walaupun harga awal kereta EV mungkin lebih tinggi, kos tenaga yang lebih rendah dan penyelenggaraan yang minima (kerana kurangnya komponen bergerak seperti enjin pembakaran dalaman) menjadikan kos operasi keseluruhan lebih rendah dalam jangka panjang.



Related posts