5 Serum Anti-Penuaan Terbaik Jadi Buruan Di Drugstore Berhampiran

Kesihatan dan kecantikan


Penampilan kulit wajah yang bersih mampu membina keyakinan diri. Ramai berusaha mencari penyelesaian untuk melambatkan proses penuaan kulit. Antara masalah kulit yang amat diberi perhatian dengan teliti ialah garis halus, kedutan dan tanda penuaan lain. Keserian dan keremajaan wajah semakin pudar.

Selain itu, selari dengan penuaan kulit, masalah seperti jeragat, kulit kering, warna kulit tidak sekata dan lingkaran mata gelap turut muncul. Satu faktor yang tidak dapat dielakkan adalah peningkatan semula jadi usia yang menjadi faktor utama penyebab proses penuaan kulit. Seiring dengan peredaran waktu dan usia, garis halus dan kedutan mudah muncul dan dapat dilihat dengan ketara pada kulit wajah. Biarpun faktor tersebut menyumbang kepada masalah penuaan, ia masih boleh diperbaiki serta dielakkan.

Apabila menyebut mengenai wajah bebas kedutan, semua individu dewasa tidak kira lelaki dan wanita pasti mengimpikan kulit kekal anjal. Bagi mendapatkan kulit wajah tampak muda, pelbagai kaedah dicari termasuk penggunaan produk anti penuaan. Memahami kehendak lelaki dan wanita yang begitu mementingkan penjagaan kulit, ini 5 serum anti-penuaan terbaik menjadi buruan dan pilihan ramai. Dapatkan di drugstore terpilih berhampiran anda dengan harga bajet yang sangat berbaloi.

SAFI Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Elixir

SAFI Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Elixir
SAFI Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Elixir diperhebat dengan manfaat nutrisi mewah ekstrak saffron, Beetox dan Lipo Vit-C. Ia membantu mencegah masalah penuaan luaran dari dalam lapisan kulit, membaiki struktur kulit dengan mencerahkan kulit sekaligus melambatkan proses penuaan. Formulasi berasaskan air SAFI Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Elixir diperhebat dengan Asid Hialuronik membantu kulit wajah lebih lembap dan berseri.

SAFI Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Elixir, produk 2 dalam 1 memberikan penghidratan segera, menghaluskan pori serta membantu menghilangkan garis halus dengan berkesan. SAFI Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Elixir diuji secara klinikal di Institusi Penyelidikan Safi dengan menggunakan teknologi Safi Saffron Gold.
Keberkesanannya yang terbukti dalam mengukuhkan lapisan kulit wajah dalam ujian klinikal adalah sebanyak 92.5 peratus. SAFI Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Elixir mampu menyerap ke dalam kulit dan memulakan rawatan serta melembabkan selama 72 jam. Selepas penggunaan, anda akan dapati kulit menjadi lebih lembut dan garis senyum, sendu, kerutan, dan kedutan semua itu berkurangan.

Kelebihan SAFI Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Elixir:

  • Diformulasi dengan ekstrak saffron, Beetox dan Lipo Vit-C
  • Menghidrat kelembapan kulit sehingga 24 jam.
  • Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV
  • Memperbaiki dan mencerahkan kulit wajah
  • Harga berpatutan

Kekurangan SAFI Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Elixir:

  • Hasil terbaik jika menggunakan set lengkap

Spesifikasi SAFI Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Elixir:

Saiz: 29g
Kandungan: Water, Glycerin, Betaine, Methylpropanediol, PEG-60 Hydrogenated Castor Oil, Hydroxyacetophenone, Carbomer, Sodium Hyaluronate, Sodium Hydroxide, Xanthan Gum, Crocus Sativus (Saffron) Flower Extract, Butylene Glycol, Ascorbyl Tetraisopalmitate, Honey
Harga: RM44.93

PONDS Age Miracle Double Action Serum

PONDS Age Miracle Double Action Serum
PONDS Age Miracle Double Action Serum merupakan produk anti-penuaan yang efektif untuk menghilangkan tanda penuaan berupa garis-garis halus, kedutan, dan membuat kulit terasa lebih elastik. Malah PONDS Age Miracle Double Action Serum berupaya menghapuskan tanda penuaan yang belum kelihatan oleh mata kasar. PONDS Age Miracle Double Action Serum juga diakui memiliki 40 kali lebih kuasa mencerahkan kulit, noda hitam, melembapkan, dan berkesan menyegarkan kulit anda.
Hanya beberapa titis serum diperlukan untuk menutup seluruh kawasan kulit muka sambil memperbaharui kulit kusam dan tanda penuaan serta-merta. Formulasi unggul PONDS Age Miracle Double Action Serum dengan campuran pekat Retinol-C Complex yang berkuasa yang mengeluarkan Retinol tanpa henti selama 24 jam, meningkatkan keupayaan semula jadi kulit untuk kekal terhidrat, tampak muda dan berseri.

Kelebihan PONDS Age Miracle Double Action Serum:

  • Menghilangkan garis halus
  • 40x lebih kuasa mencerah
  • Formulasi Retinol-C Complex yang hebat
  • Menghapuskan tanda penuaan yang belum terlihat
  • Harga berpatutan

Kekurangan PONDS Age Miracle Double Action Serum:

  • Keberkesanan selepas beberapa kali penggunaan

Spesifikasi PONDS Age Miracle Double Action Serum:

Saiz: 30ml
Kandungan: Water, Glycerin, Dimethicone, Pentylene Glycol, Niacinamide, Butylene Glycol, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Polysorbate 20, Ammonium Acryloyldimethyltaurate/VP Copolymer, Fragrance, Xanthan Gum, Hexylresorcinol, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Phenoxyethanol, Ammonium Acryloyldimethyltaurate/Beheneth-25 Methacrylate Crosspolymer, Mica, Caprylic/Capric Triglyceride, Titanium Dioxide, Tocopheryl Acetate, Allantoin, Methylparaben, Stearic Acid, Propylparaben, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Cetyl Alcohol, Disodium EDTA, Sodium Metabisulfite, BHT, Sodium PCA, Sodium Bisulfite, Citric Acid, t-Butyl Alcohol, Sodium Ascorbyl Phosphate, Retinyl Propionate, Tin Oxide, Hydroxystearic Acid, Sodium Sulfate, Sodium Chloride, Palmitic Acid, Arachidic Acid, CI 19140
Harga: RM47.20

GARDEN OF EDEN Grape E Anti-Aging Serum

GARDEN OF EDEN Grape E Anti-Aging Serum
Jenama GARDEN OF EDEN telah diperakui selamat dan berkesan untuk kulit oleh ramai pengguna di seluruh dunia. GARDEN OF EDEN Grape E Anti-Aging Serum sesuai untuk kulit yang sangat sensitif dan bermasalah kerana menggunakan kandungan tumbuhan dan bahan semulajadi dalam penghasilannya.
GARDEN OF EDEN Grape E Anti-Aging Serum diperkaya dengan beberapa bahan utama seperti Vitamin E semulajadi, minyak biji anggur, minyak pati limau gedang, dan minyak pati lemon mampu memperlahankan proses penuaan. Paling menarik, minyak biji anggur terkandung oligomeric proanthocyanidins iaitu kompaun yang mampu melancarkan peredaran darah serta melindungi sel-sel kulit daripada tekanan oksidatif terutamanya daripada cahaya UV.
Manakala minyak pati limau gedang dan pati lemon yang besifat antiseptik mampu mengawal pertumbuhan jerawat, menyingkirkan sel-sel kulit mati daripada folikel rambut serta liang pori yang tersumbat sekali gus menyihatkan kulit. GARDEN OF EDEN Grape E Anti-Aging Serum berkeupayaan menyalurkan antioksidan dengan pantas untuk mengelakkan kerosakan sel, sambil melembapkan kulit secara intensif.

Kelebihan GARDEN OF EDEN Grape E Anti-Aging Serum:

  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Diformulasi Minyak Biji Anggur dan Vitamin E semulajadi
  • Melambatkan tanda awal penuaan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Menyingkirkan sel-sel kulit mati

Kekurangan GARDEN OF EDEN Grape E Anti-Aging Serum:

  • Saiz dan isipadu agak kecil dan sedikit

Spesifikasi GARDEN OF EDEN Grape E Anti-Aging Serum:

Saiz: 15ml
Kandungan: Natural Vitamin E,Grape Seed Oil,Grapefruit Essential Oil,Lemon Essential Oil,Paraben-free
Harga: RM76.40

NUTOX Advanced Youth Restoring Micro Active Serum

NUTOX Advanced Youth Restoring Micro Active Serum
NUTOX Advanced Youth Restoring Micro Active Serum sesuai untuk kulit sensitif terbukti secara klinikal tanpa paraben, tanpa pewarna, tanpa alkohol dan minyak mineral. NUTOX Advanced Youth Restoring Micro Active Serum berupaya mengurangkan kesan penuaan seperti garis halus, kedut, dan kekusaman, selain dapat memperbaiki tekstur kulit agar lebih lembut dan licin NUTOX Advanced Youth Restoring Micro Active Serum mempunayi gabungan kuat Betaine dan Immortelle meresap ke dalam kulit dengan mudah untuk menarik lembapan, menghidrat kulit dan mengekalkan keseimbangan air sambil meningkatkan penghalang kulit terhadap tekanan.
NUTOX Advanced Youth Restoring Micro Active Serum turut diperkayakan dengan gabungan B’Nest 15 dan Aqua Boost secara sinergi agar meningkatkan keupayaan kulit untuk membaiki selnya sendiri. B’NEST 15 mengandungi 15 jenis asid amino yang berfungsi sebagai bahan binaan kulit, memainkan peranan penting dalam mengekalkan daya tahan kulit, penghidratan dan penampilan sihat secara keseluruhan.

Kelebihan NUTOX Advanced Youth Restoring Micro Active Serum:

  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Diuji secara klinikal bebas paraben, pewarna dan alkohol
  • Diformulasi B’Nest 15 dan Aqua Boost
  • Memperbaiki tekstur kulit

Kekurangan NUTOX Advanced Youth Restoring Micro Active Serum:

  • Pembotolan seakan sama dengan siri serum NUTOX lain

Spesifikasi NUTOX Advanced Youth Restoring Micro Active Serum:

Saiz: 30ml
Kandungan: Water (Aqua), Glycerin, Butylene Glycol, Maltodextrin, Swertia Chirata Extract, Undaria Pinnatifida Extract, Diphenylsiloxy Phenyl Trimethicone, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Swiftlet Nest Extract, Algae Extract, Glycine Soja (Soybean) Seed Extract, Lecithin, Xanthan Gum, Diatomaceous Earth, Rosa Moschata Seed Oil, Dipropylene Glycol, Hydroxyacetophenone, Caprylyl Glycol, Dipotassium Glycyrrhizate, Tropaeolum Majus Flower/Leaf/Stem Extract, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin, Carbomer, Fragrance, Aminomethyl Propanol, Tetrasodium EDTA, Benzophenone-4.
Harga: RM78.03

OLAY Regenerist Micro Sculpting Serum Anti-Aging

OLAY Regenerist Micro Sculpting Serum Anti-Aging
OLAY Regenerist Micro Sculpting Serum Anti-Aging khas untuk mengatasi masalah penuaan yang terjadi pada kulit wajah. Dirumus dengan kompleks amino-peptide bersama ekstrak buah karob, mampu mengatasi masalah penuaan dengan pantas selain menggalakkan penghasilan kolegen untuk nutrisi kulit wajah. OLAY Regenerist Micro Sculpting Serum Anti-Aging berkesan menghaluskan, menghidrat tekstur kulit, mengurangkan garis serta kedutan dengan jelas, dan menjadikan wajah lebih tegang.
Di uji pakar dermatologi, Hydra-firming Complex yang terkandung dalam OLAY Regenerist Micro Sculpting Serum Anti-Aging membantu mengekalkan keremajaan kulit, pantas menyerap dan tidak akan menyumbatkan pori-pori kulit. Manakala kandungan Niacinamide pula bertindak mengurangkan tompok hitam, masalah kulit kusam pada wajah. Tanpa mengeringkan kulit wajah, OLAY Regenerist Micro Sculpting Serum Anti-Aging dijamin memberikan hidrasi sehingga 24 jam. Kulit kelihatan lebih cerah, berseri dan tegang selepas hanya lima hari penggunaan OLAY Regenerist Micro Sculpting Serum Anti-Aging.

Kelebihan OLAY Regenerist Micro Sculpting Serum Anti-Aging:

  • Dirumus dengan kompleks amino-peptide dan ekstrak buah karob
  • Kandungan Hydra-firming Complex mengekalkan keremajaan kulit
  • Memberikan hidrasi sehingga 24jam
  • Menggalakkan penghasilan kolegen
  • Kesan sepantas 5 hari penggunaan

Kekurangan OLAY Regenerist Micro Sculpting Serum Anti-Aging:

  • Merengsakan jika terkena mata

Spesifikasi OLAY Regenerist Micro Sculpting Serum Anti-Aging:

Saiz: 50ml
Kandungan: Water, Dimethicone, Glycerin, Niacinamide, Dimethicone Crosspolymer, Polymethylsilsesquioxane, Polyacrylamide, Polyethylene, Panthenol, C13-14 Isoparaffin, Tocopheryl Acetate, Titanium Dioxide, Dmdm Hydantoin, Laureth-4, Allantoin, Dimethiconol, Laureth-7, Fragrance, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Aminomethyl Propanol, Sodium PEG-7 Olive Oil Carboxylate, Disodium EDTA, Butylene Glycol, Iodopropynyl Butylcarbamate, Camellia Sinensis Leaf Extract, Palmitoyl Pentapeptide-4
Harga: RM82.72

Fungsi serum ati-penuaan pada kulit bergantung kepada kandungan bahan aktifnya. Serum jenis ini berfungsi untuk merawat kedutan, jeragat, pigmentasi, antipenuaan, mencerahkan kulit dan antiradang. Jenis serum pula bergantung kepada bahan aktif yang terkandung di dalamnya.

Serum boleh dipakai selepas mencuci muka dan penyegar iaitu sebelum memakai losen atau krim. Jika sudah memakai losen atau krim, kadar penyerapan serum akan berkurangan kerana bahan pelembap petrolatum dalam losen atau krim sudah menyelaputi permukaan kulit dan menghalang penyerapan serum secara efektif.

Jika anda mempunyai kulit berminyak, serum saja mungkin sudah cukup, tidak perlu krim atau losen. Untuk individu berusia 40 tahun ke atas dan mempunyai kulit kering dinasihatkan menggunakan gabungan serum dan krim untuk kesan lebih intensif.

Jika anda pandai menjaga wajah, pastinya kulit anda cantik dan sihat sehingga meninggkat usia. Di Malaysia, selalunya kesedaran mengenai penjagaan wajah hanya bermula ketika individu itu mula ada pendapatan sendiri. Seharusnya penjagaan kulit wajah dan penampilan diri perlu berlaku sejak menginjak remaja di alam persekolahan.
Ibu bapa dinasihatkan menerapkan mengenai cara penjagaan wajah dengan betul menerusi penggunaan produk kecantikan. Malah setiap anak juga perlu disediakan bajet untuk pembelian produk dan juga rawatan kecantikan tidak kira samada lelaki atau wanita.



Related posts