Dapatkan Kulit Lebih Segar dan Sihat Dengan 5 Pilihan Toner Terbaik di Drugstore Berhampiran Anda!

Dapatkan Kulit Lebih Segar dan Sihat Dengan 5 Pilihan Toner Terbaik di Drugstore Berhampiran Anda!
Kesihatan dan kecantikan


Penggunaan toner dalam penjagaan wajah memang tidak asing lagi dalam kalangan wanita mahupun lelaki. Ia seakan rutin harian kerana selepas mencuci wajah, kebanyakkan kita akan menggunakan toner sebagai penyegar dengan membuang lebihan minyak pada kulit dan sel kulit mati. Sesetengah toner mempunyai manfaat ‘extra’ dengan fungsi mengecilkan liang pori-pori muka, melembapkan wajah, mencerahkan kulit, mengurangkan kemerahan kulit dan pelbagai lagi.
Ramai juga menggunakan toner sebagai persiapan wajah sebelum menggunakan serum agar penyerapan serum dapat berlaku dengan lebih berkesan. Terdapat pelbagai jenis toner dijual di pasaran dengan kebaikkan tersendiri.Toner juga terdiri daripada beberapa kategori seperti, water toner yang berasaskan air, oil toner yang berasaskan minyak dan cream toner dengan tekstur berkrim.
Setiap toner ini mempunyai fungsi berbeza pada kulit wajah dan ini adalah antara pilihan toner terbaik yang mudah didapati di drugstore berhampiran anda:

Neutrogena Alcohol-free Toner

Neutrogena Alcohol-free Toner
Tidak semua orang selesa dengan kandungan alkohol pada produk kecantikan kerana sesetengahnya akan menyebabkan kulit menjadi terlalu kering. Sebagaimana namanya, produk Neutrogena Alcohol-free Toner ini bebas daripada alkohol dan boleh dikatakan antara toner muka digemari ramai dalam kalangan rakyat Malaysia. Ianya sangat mudah didapati di kebanyakkan drugstore seperti Watsons atau Guardian. Penyegar ini diformulasi untuk membersih dan menyegarkan wajah dengan kandungan pelembap PEG-4. Ia sesuai untuk kulit jenis normal dan juga kombinasi.

Kelebihan

  • Bebas alkohol
  • Bebas minyak
  • Mengekalkan kelembapan semulajadi kulit
  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Menanggalkan kotoran halus

Kekurangan

  • Mengandungi wangian dan paraben

Spesifikasi

Jenis toner: Water based
Saiz: 150ml
Kandungan: Water, PEG-4, Butylene Glycol, Polysorbate 20, Oleth-30, Sodium Chloride, Methylparaben, Propylparaben, Disodium EDTA, Fragrance, Ceteth-15, Panthenol, Glycereth-26, Sodium PCA, Benzalkonium Chloride, Choleth-15
Harga: RM 20.90

Jom belikan produk kecantikan dan kosmetik dengan harga lebih murah di Sunway Pharmacy! Menikmati discount sehingga 50% dan juga pelbagai tawaran dan voucher yang menarik!

Wardah Lightening Face Toner

Wardah Lightening Face Toner
Toner ini diformulasikan dengan niacinamide yang dikatakan boleh membantu mencerahkan tona kulit serta mengelakkan kulit daripada menjadi kusam. Toner Wardah ini juga mampu membantu menyegarkan kulit, mengecilkan liang pori serta membersihkan sisa kotoran. Ia tidak mengandungi alkohol serta mengandungi zat aktif seperti Vit B3, AHA, ekstrak Seaweed, Licorice, dan Vitamin E yang banyak manfaatnya kepada kesihatan kulit wajah.

Kelebihan

  • Bebas alkohol
  • Membantu mencerahkan tona kulit
  • Mengekalkan kelembapan semulajadi kulit
  • Menanggalkan kotoran halus
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Mengimbangi tahap pH kulit

Kekurangan

  • Mengandungi wangian

Spesifikasi

Jenis toner: Water based
Saiz: 125ml
Kandungan: Aqua, Triethanolamine, Glycolic Acid, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Phenoxyethanol, Trideceth-9, Niacinamide, Fragrance, Ethylhexylglycerin, Propylene Glycol, Polysorbate 20, Tocopheryl Acetate, Ulva Lactuca Extract, Glycerin, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Potassium Sorbate, Sodium Benzoate
Harga: RM 8.90

Simple Soothing Facial Toner

Simple Soothing Facial Toner
Gabungan bahan istimewa yang terkandung di dalam toner ini seperti Pro-Vitamin B5, Chamomile, Witch Hazel dan Allantoin berkesan membantu menegangkan kulit selain membuatkan kulit anda lebih segar. Dengan rumusan tanpa alkohol, ia mampu membuang sebarang kotoran serta minyak di wajah. Toner Simple soothing facial toner ini diuji secara dermatologi dan menstabilkan tahap pH kulit wajah anda.

Kelebihan

  • Bebas alkohol
  • Menanggalkan sisa solekan
  • Tekstur yang ringan
  • Mengimbangi tahap pH kulit
  • Sesuai untuk kulit sensitif

Kekurangan

  • Mengandungi paraben

Spesifikasi

Jenis toner: Water based
Saiz: 200ml
Kandungan: Aqua, Hydrogenated Starch Hydrolysate, Hamamelis Virginiana Water, Allantoin, Panthenol, Niacinamide, Chamomilla Recutita Flower Extract, Sodium PCA, Glycerin, Pantolactone, Disodium Laureth Sulfosuccinate, Citric acid, Methylparaben, 2-Bromo-2-Nitropropane-1,3-Diol, Potassium sorbate.
Harga: RM 19.70

Jom belikan produk kecantikan dan kosmetik dengan harga lebih murah di Sunway Pharmacy! Menikmati discount sehingga 50% dan juga pelbagai tawaran dan voucher yang menarik!

Avène Gentle Toning Lotion

Avène Gentle Toning Lotion
Produk jenama Avène sememangnya mudah didapati di mana-mana drugstore seperti Watson dan Guardian. Selain produk lain, toner berjenama Avène ini juga digemari oleh mereka yang mahukan penyegar bertekstur ringan dan tidak mengeringkan kulit. Ia juga sesuai digunakan untuk mereka yang berkulit sensitif kerana mahu mengurangkan kemerahan dan juga menghindarkan kulit.

Kelebihan

  • Tidak mengeringkan kulit
  • Menanggalkan sisa solekan
  • Tekstur yang ringan
  • Sesuai untuk kulit Hipersensitif dan mudah berjerawat
  • Melembutkan kulit
  • Bebas alkohol dan paraben

Kekurangan

  • Mengandungi wangian
  • Harga mahal

Spesifikasi

Jenis toner: Water based
Saiz: 200ml
Kandungan: Avene thermal spring water (avene aqua), fragrance (parfum), peg-7 glyceryl cocoate, phenoxyethanol, sorbitol, stearalkonium hectorite, trisodium edta, water (aqua)
Harga: RM 75.65 – RM 89

Eucerin Pro-Acne Solution

Eucerin Pro-Acne Solution
Toner ini diformulasikan dengan 2% asid laktik sebagai antibakteri yang aktif bertujuan untuk menyekat dan menghalang pertumbuhan bakteria yang menjadi punca utama kulit berjerawat serta pelbagai masalah lain. Toner Eucerin Pro-Acne Solution mampu membersihkan kulit terutama di kawasan T-Zone. Selain itu, ia juga berkesan dalam mengecilkan liang pori muka tanpa mengeringkan kulit. Jika anda mempunyai masalah kulit wajah berjerawat dan sensitif, ini adalah pilihan yang bijak.

Kelebihan

  • Tidak mengeringkan kulit
  • Membersihkan kulit
  • Sesuai untuk masalah jerawat dan kulit sensitif
  • Tekstur yang ringan
  • Mengecilkan liang pori
  • Melembutkan kulit

Kekurangan

  • Harga mahal

Spesifikasi

Jenis toner: Water based
Saiz: 200ml
Kandungan: Aqua, Alcohol Denat, Butylene Glycol, Poloxamer 124, Lactic Acid, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Sodium Hydroxide, Glyceryl Caprylate, Phenoxyethanol, Parfum
Harga: RM46 – RM 60

Jom belikan produk kecantikan dan kosmetik dengan harga lebih murah di Sunway Pharmacy! Menikmati discount sehingga 50% dan juga pelbagai tawaran dan voucher yang menarik!

Ketahui jenis kulit sebelum membuat pilihan membeli toner. Sekiranya anda mempunyai kulit berjerawat dan sensitif, pilihlah toner yang dapat membantu menjadi solusi kepada masalah kulit yang anda alami. Carilah produk yang menawarkan kebaikan tambahan untuk kulit wajah anda.

Senarai di atas hanyalah cadangan dan harga mungkin berubah mengikut masa dan juga promosi. Barangan drugstore sememangnya mudah didapati, namun hati-hati dalam penggunaan lebih-lebih lagi jika berkulit sensitif. Dapatkan nasihat ahli farmasi atau lakukan sedikit kajian sebelum membeli okay!



Related posts