Rahsia Solekan Tahan Lama: 5 Foundation Terbaik, Harga Berpatutan untuk Penampilan Kekal Berseri Tahan Sepanjang Hari

Rahsia Solekan Tahan Lama: 5 Foundation Terbaik, Harga Berpatutan untuk Penampilan Kekal Berseri Tahan Sepanjang Hari
Kesihatan dan kecantikan


Hey ladies, kini masanya untuk menguasai teknik asas solekan, terutama dalam memilih foundation yang tepat. Memilih foundation yang berkualiti adalah langkah utama untuk mendapatkan makeup base yang sempurna. Foundation yang sesuai bukan hanya menutup cela, bintik hitam, dan jerawat, tetapi juga meratakan warna kulit dan memberikan penampilan yang lebih flawless.

Akan tetapi ramai gagal pada fasa pertama ini, kerana ramai kurang mahir teknik solekan serta paling penting, tidak tahu jenama produk apakah yang terbaik agar solekan anda tahan lebih lama. Mungkin ramai juga yang masih tidak tahu, kini sesetengah foundation didatangkan dengan kelebihan penjagaan kulit seperti SPF untuk perlindungan daripada UV matahari dan juga manfaat lain.

Jika anda sedang mencari foundation terbaik yang tahan lama dan sesuai dengan keperluan kulit anda, jom kita lihat pilihan-pilihan terbaik untuk mendapatkan hasil solekan yang menawan dan kekal lama.

Maybelline Superstay Lumi Matte

Maybelline Superstay Lumi Matte
Maybelline adalah salah satu jenama kosmetik yang terkenal di Malaysia dan di seluruh dunia. Mereka sering memperkenalkan produk baru yang mengikuti trend kecantikan semasa dan memudahkan akses kepada pelbagai jenis kosmetik untuk pengguna di Malaysia. Produk terbaru Superstay Lumi Matte ini seakan tidak memakai sebarang produk pada kulit kerana ianya adalah 27% lebih ringan daripada foundation biasa. Lebih menarik, ia kekal matte yang akan bertahan sehingga 30 jam. Tiada caking, tiada bercapuk atau pacthiness, ia juga dikatakan kalis air juga kalis peluh. Ia didatangkan dengan 17 jenis shades yang telah diuji secara dermatologi.

Sebab-sebab anda patut mencuba Maybelline Superstay Lumi Matte:

  • Ringan pada kulit
  • Pakaian panjang 30 jam yang kalis pemindahan, kalis air, kalis peluh.
  • Kekal matte untuk tempoh masa panjang
  • Sesuai untuk semua jenis kulit.
  • Terdapat dalam 17 warna
  • Mengandungi SPF 16

Sebab-sebab anda mungkin akan mempertimbangkan Maybelline Superstay Lumi Matte sekali lagi:

  • Mengandungi pewangi tambahan

Info Maybelline Superstay Lumi Matte:

Nama produk: Superstay Lumi Matte
Jenis kemasan: Matte
SPF: 16/PA+++
Jenis shades/warna: 17
Size: 35ml
Kandungan: G833850, AQUA / WATER, DIMETHICONE, ISODODECANE, ALCOHOL, TRIMETHYLSILOXYSILICATE, BUTYLENE GLYCOL, PEG-10 DIMETHICONE, PERLITE, SYNTHETIC FLUORPHLOGOPITE, NYLON-12, ISOPROPYL LAUROYL SARCOSINATE, DIISOPROPYL SEBACATE, HDI/TRIMETHYLOL HEXYLLACTONE CROSSPOLYMER, BIS-PEG/PPG-14/14 DIMETHICONE, DISTEARDIMONIUM HECTORITE, MAGNESIUM SULFATE, PHENOXYETHANOL, DISODIUM STEAROYL GLUTAMATE, SILICA SILYLATE, DIPENTAERYTHRITYL TETRAHYDROXYSTEARATE/TETRAISOSTEARATE, HYDROLYZED SOY PROTEIN, PROLINE, PEG/PPG/POLYBUTYLENE GLYCOL-8/5/3 GLYCERIN, TOCOPHEROL, NIACINAMIDE, PARFUM / FRAGRANCE, GLYCERIN, ALUMINUM HYDROXIDE, SILICA, GLUTAMIC ACID, LIMONENE, TIN OXIDE, PENTYLENE GLYCOL, GLYCERYL ACRYLATE/ACRYLIC ACID COPOLYMER, LINALOOL, [F.I.L. Y70029478/1].
Harga: RM 65.90

Skintific All Day Perfect Serum Foundation

Skintific All Day Perfect Serum Foundation
Jika anda aktif di media sosial, anda pasti kenal dengan produk ini. Skintific bukan sahaja mengeluarkan produk penjagaan kulit, malah juga produk solekan seperti foundation. All Day Perfect Serum Foundation ini menghasilkan kemasan soft matte, coverage yang mudah dibina dan mampu bertahan sehingga 24 jam. Antara kandungan yang sangat menarik pada produk ini adalah bahan penjagaan kulit seperti Hyaluronic Acid, Sea Moss, dan Centella yang mampu melembabkan kulit sepanjang hari. Ia juga mengandungi EGT (L-Ergothioneine) dan Carnosine membantu melindungi kulit daripada UVA/UVB & pencemaran.

Sebab-sebab anda patut mencuba Skintific All Day Perfect Serum Foundation:

  • Kemasan matte lembut yang licin tanpa menekankan tekstur kulit
  • Bertahan sehingga 24 jam
  • Mengawal minyak berlebihan
  • Diselit dengan ramuan penjagaan kulit
  • Melindungi kulit daripada UVA/UVB & pencemaran

Sebab-sebab anda mungkin akan mempertimbangkan Skintific All Day Perfect Serum Foundation sekali lagi:

  • Berlaku sedikit pengoksidaan

Info Skintific All Day Perfect Serum Foundation:

Nama produk: All Day Perfect Serum Foundation
Jenis kemasan: Soft Matte
SPF: Tiada
Jenis shades/warna: 10
Size: 25ml
Kandungan: AQUA, CYCLOPENTASILOXANE, TRIMETHYLSILOXYSILICATE, ISODODECANE, TITANIUM DIOXIDE, BUTYLENE GLYCOL, DIMETHICONE, LAURYL PEG-9 POLYDIMETHYLSILOXYETHYL DIMETHICONE, SILICA, CI 77492, CETYL DIMETHICONE, POLYMETHYLSILSESQUIOXANE, POLYGLYCERYL-3 POLYDIMETHYLSILOXYETHYL DIMETHICONE, DISTEARDIMONIUM HECTORITE, MAGNESIUM SULFATE, DIMETHICONE/PEG-10/15 CROSSPOLYMER, PHENOXYETHANOL, DIMETHICONE/VINYL DIMETHICONE CROSSPOLYMER, CI 77491, ISOPROPYL TITANIUM TRIISOSTEARATE, CAPRYLYL GLYCOL, PROPYLENE CARBONATE, ETHYLHEXYLGLYCERIN, ALUMINA, CI 77499, HYDROXYAPATITE, CELLULOSE GUM, KAPPAPHYCUS ALVAREZII EXTRACT, SODIUM HYALURONATE, XANTHAN GUM, ZINC OXIDE, ERGOTHIONEINE, CARNOSINE, MAGNESIUM ASPARTATE, ZI..
Harga: RM 79

Bare N Bliss Bloomatte StayConfident 2in1 Foundation

Bare N Bliss Bloomatte StayConfident 2in1 Foundation
Jaranglah kita dengar foundation 2 in 1 ni kan? Bare N Bliss Bloomatte ini merupakan foundation yang juga berfungsi sebagai concealer dengan kemasan matte semulajadi. Ia mampu bertahan sehingga 16 jam dengan perlindungan SPF50. Produk ini bebas alkohol, diuji secara dermatologi dan juga bukan komedogenik. Teksturnya ringan dan mempunyai teknologi dari Jerman, Power-lock Tech untuk menjadikannya lebih tahan lama. Bare N Bliss Bloomatte ini diperkaya dengan 5 tumbuhan Korea (Centella, Chrysanthellum, Hibiscus, Magnolia, dan Calendula) sebagai kuasa perlindungan kulit dengan sifat antioksidan yang hebat membantu menjadikan kulit lebih sempurna. Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit yang berjerawat.

Sebab-sebab anda patut mencuba Bare N Bliss Bloomatte StayConfident 2in1 Foundation:

  • Ketahanan sehingga 16 jam
  • Diperkaya dengan 5 tumbuhan Korea ; Centella, Chrysanthellum, Hibiscus, Magnolia, dan Calendula
  • Mempunyai teknik double lock
  • Diuji Dermatologi, Diuji Bukan Komedogenik
  • Tekstur ringan

Sebab-sebab anda mungkin akan mempertimbangkan Bare N Bliss Bloomatte StayConfident 2in1 Foundation sekali lagi:

  • Shade atau warna yang terhad
  • Perlu diratakan atau blend dengan kadar segera

Info Bare N Bliss Bloomatte StayConfident 2in1 Foundation:

Nama produk: Bare N Bliss Bloomatte StayConfident 2in1 Foundation
Jenis kemasan: Matte
SPF: 50
Jenis shades/warna: 4
Size: 20ml
Kandungan: Water, Cyclopentasiloxane, Trimethylsiloxysilicate, Butylene Glycol, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Isododecane, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, Mica, Polymethylsilsesquioxane, Titanium Dioxide, Quaternium-90 Bentonite, Hydroxyapatite, PEG-10 Dimethicone, Polyglyceryl-4 Diisostearate/Polyhydroxystearate/Sebacate, Zinc Oxide, Magnesium Sulfate, Phenoxyethanol, Aluminum Hydroxide, Perlite, Stearic Acid, Calcium Carbonate, Parfum, Triethoxycaprylylsilane, Ethylhexylglycerin, Brassica Campestris (Rapeseed) Seed Oil, Chrysanthellum Indicum Extract, Centella Asiatica Flower/Leaf/Stem Extract, Calendula Officinalis Flower Extract, Magnolia Sieboldii Extract, Hibiscus Mutabilis Flower Extract, CI 77891, CI 77491, CI 77492, CI 77499.
Harga: RM 65.90

Kate Real Cover Liquid Semi Matte

Kate Real Cover Liquid Semi Matte
Real Cover Liquid Semi Matte merupakan antara produk keluaran terbaru dari Kate yang mampu memberikan anda coverage menyeluruh yang bertahan sepanjang hari. Formulasinya membantu anda mengawal kilauan berminyak pada wajah namun juga tidak mengeringkan wajah. Produk ini sesuai untuk anda yang mempunyai kulit normal dan kombinasi serta kulit yang berminyak.

Sebab-sebab anda patut mencuba Kate Real Cover Liquid Semi Matte:

  • Coverage menyeluruh sehingga 10jam
  • Mengawal kilauan berminyak
  • Sesuai untuk kulit normal, kombinasi dan berminyak
  • Solekan tidak rosak walaupun memakai topeng muka

Sebab-sebab anda mungkin akan mempertimbangkan Kate Real Cover Liquid Semi Matte sekali lagi:

  • Tiada bahan penjagaan kulit
  • Tiada SPF

Info Kate Real Cover Liquid Semi Matte:

Nama produk: Kate Real Cover Liquid Semi Matte
Jenis kemasan: Semi Matte
SPF: Tiada
Jenis shades/warna: 6
Size: 30ml
Kandungan: Water, Dimethicone, Caprylyl Methicone, Methyl Trimethicone, Diphenylsiloxy Phenyl Trimethicone, Silica, Talc, Dipropylene Glycol, Acrylates/Dimethicone Copolymer, Maltitol, Calcium Carbonate, PEG/PPG-18/18 Dimethicone, Diisostearyl Malate, Glycerin, Neopentyl Glycol Dicaprate, Sorbitan Isostearate, Disteardimonium Hectorite, Phenoxyethanol, Sodium Chloride, Aluminum Hydroxide, Isopropyl Titanium Triisostearate, Methylparaben, Hydrogenated Lecithin, Dipentaerythrityl Tri-Polyhydroxystearate, Sodium Lauroyl Aspartate, Disodium EDTA, Hydrated Silica, Sodium Metaphosphate, Zinc Chloride, Sodium Hyaluronate, Triethoxycaprylylsilane, Soluble Collagen, May Contain(+/-) : CI 77491, CI 77492, CI 77499, CI 77891, CI 77947
Harga: RM 78.50

Silkygirl Matte All Day Serum Foundation

Silkygirl Matte All Day Serum Foundation
Silkygirl merupakan antara jenama yang menjual produk kosmetik yang agak popular di kebanyakkan drug store di Malaysia. Silkygirl Matte All Day Serum Foundation ini terasa ringan pada wajah seakan anda tidak memakai apa-apa. Disebabkan ia berbentuk serum, ianya sangat mudah diratakan dan mampu memberikan perlindungan sepanjang hari. Walaupun asas ini memberikan kemasan matte, ia mengekalkan kulit anda terhidrat dan dilindungi dengan Asid Hyaluronik serta Vitamin E. Kandungan SPF50 juga memberikan perlindungan maksimum kepada kulit daripada bahaya matahari.

Sebab-sebab anda patut mencuba Silkygirl Matte All Day Serum Foundation:

  • Liputan Sederhana Matte
  • Menghidrat + Melindungi dengan Asid Hyaluronik (HLA) & Vitamin E
  • Aloe Vera mengunci kelembapan
  • SPF 50/PA+++
  • Dirumus untuk kulit Asia
  • Bebas paraben, bebas pewangi
  • Harga murah

Sebab-sebab anda mungkin akan mempertimbangkan Silkygirl Matte All Day Serum Foundation sekali lagi:

  • Pilihan warna/shade yang tidak banyak

Info Silkygirl Matte All Day Serum Foundation:

Nama produk: Matte All Day Serum Foundation
Jenis kemasan: Matte
SPF: 50/PA+++
Jenis shades/warna: 6
Size: 20ml
Kandungan: Water, Cyclopentasiloxane, Dimethicone Crosspolymer, Trimethylsiloxysilicate, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Silica, Butylene Glycol, Cetyl Ethylhexanoate, Phenyl Trimethicone, Cetyl PEG/ PPG-10/ 1 Dimethicone, Caprylyl Methicone, Isononyl Isononanoate, Mica, Tocopheryl Acetate, Disteardimonium Hectorite, Phenoxyethanol, Aluminum Hydroxide, Isopropyl Titanium Triisostearate, Propylene Carbonate, Chlorphenesin, Alumina, BIS-PEG-15 Dimethicone/ IPDI Copolymer, PEG-2 Soyamine, Perfluorooctyl Triethoxysilane, Bisabolol, Disodium EDTA, Aloe Barbadensis Leaf Juice, Maltodextrin, Sodium Hyaluronate, Glycerin, Propylene Glycol, Buddleja Officinalis Flower Extract, Potassium Sorbate, Sodium Benzoate. May Contain: CI 77891, CI 77492, CI 77163, CI 77491, CI 77499.
Harga: RM 37.90

Memakai foundation dengan betul boleh memberikan hasil yang lebih licin dan kelihatan semula jadi. Namun, ada beberapa perkara yang anda perlu lakukan sebelum memulakan proses itu. Untuk mendapatkan hasil solekan yang lebih tahan lama, penting untuk anda melakukan persediakan kulit dengan mencuci muka, memakai pelembap, menggunakan primer dan memilih warna/shade foundation yang tepat dengan kulit.

Anda boleh uji warna di rahang atau pergelangan tangan terlebih dahulu untuk memastikan ia sepadan dengan kulit anda. Walaupun foundation dengan SPF memberikan perlindungan tambahan, adalah penting untuk diingat bahawa produk ini tidak menggantikan pelindung matahari penuh jika anda akan berada di luar dalam jangka masa yang lama. Sebagai langkah keselamatan tambahan, gunakan pelindung matahari yang berasingan dan aplikasikan semula setiap beberapa jam apabila diperlukan.



Related posts