Khas Untuk ‘Chips Lover’! Ini 5 Kerepek Kentang Jenama Antarabangsa Pelbagai Perisa Disyorkan Ketika Bersantai

Khas Untuk ‘Chips Lover’! Ini 5 Kerepek Kentang Jenama Antarabangsa Pelbagai Perisa Disyorkan Ketika Bersantai
Makanan dan minuman


Kerepek kentang merupakan kepingan kentang yang dihiris halus, digoreng atau dibakar sehingga garing dan rangup. Ia biasa dimakan sebagai pembuka selera atau snek. Kerepek kentang disukai ramai kerana sifatnya yang rangup, masin dan manis serta mudah melekakan ketika dimakan. Lazimnya, kita tidak sedar kerepek habis sebungkus dikunyah ketika bersantai, bersembang, membelek telefon atau menonton televisyen. Hal ini kerana sebungkus kerepek kentang mudah membuatkan seseorang ketagih dengan rasanya yang enak. Apa lagi dengan ciri kerepek yang sudah digoreng, dikeringkan dan ringan, menjadikan produk ini begitu laris di pasaran dunia.

Tidak hanya popular di luar negara, kerepek kentang juga merupakan kudapan popular rakyat Malaysia, tidak kira apa jua situasi terutama ketika bersantai dan bersenang-lenang. Terdapat pelbagai jenis kerepek kentang di pasaran samada jenama tempatan atau antarabangsa. Setiap jenama kerepek kentang mungkin kelihatan sama kerana menggunakan sumber asas yang satu iaitu kentang, namun kualitinya, berat dan perasa setiap jenama sangat berlainan. Anda mahukan kerepek kentang yang mempunyai jumlah kepingan yang tepat, hirisan rangup dan rasa yang memikat hati? Ini 5 cadangan kerepek kentang jenama antarabangsa bakal menawan selera kalian.

The Natural Chip Co Potato Chips

The Natural Chip Co Potato Chips
The Natural Chip Co Potato Chips adalah jenama kerepek kentang ‘sihat’ yang popular di Australia. Kerepek kentang jenama ini dihasilkan daripada kentang segar dari ladang terpilih dan terbaik di Australia. Ia merupakan kerepek kentang 100 peratus menggunakan bahan semula jadi, tiada pewarna tiruan, perasa atau pengawet, tiada MSG tambahan dan bebas gluten.
Disebabkan itu, The Natural Chip Co Potato Chips mendapat permintaan tinggi dalam kalangan peminat kerepek kentang di peringkat antarabangsa termasuk di Malaysia. The Natural Chip Co Potato Chips menawarkan lima perasa istimewa dan enak iaitu Original Sea Salt, Honey Soy Chicken, Lentil Craves, Sea Salt & Vinegar dan Sea Salt Cracked. Antara kandungan The Natural Chip Co Potato Chips adalah garam laut, kentang degar, minyak sayur, soya, susu, ekstrak sayur-sayuran, serbuk ayam, serbuk madu, serbuk bawang, rempah-ratus, pewarna asli (ekstrak paprika), ekstrak yis dan serbuk cuka.

Kelebihan produk

  • Kerepek kentang 100 peratus menggunakan bahan semula jadi
  • Tiada pewarna tiruan, perasa atau pengawet, tiada MSG tambahan dan bebas gluten
  • Menawarkan lima perasa istimewa dan enak
  • Harga berpatutan untuk produk ‘semula jadi’

Kekurangan produk

  • Tidak sesuai buat individu yang alah kepada kacang soya atau tenusu

Spesifikasi produk

Perisa Original Sea Salt, Honey Soy Chicken, Lentil Craves, Sea Salt & Vinegar dan Sea Salt Cracked Pepper
Berat 175g
Harga RM11.90

Thins Potato Chips

Thins Potato Chips
Thins Potato Chips jenama kerepek kentang terunggul di Australia. Bagi jenama ini, sebanyak tujuh perisa menjadi taruhan iaitu Original, Salt & Vinegar, Sour Cream & Chives, Chicken, Hot & Spicy, Light & Tangy dan Cheese & Onion. Thins Potato Chips telah diilhamkan daripada hidangan popular barat yang disasarkan untuk generasi muda yang gemarkan cabaran dan untuk bersantai.
Selain rasanya yang enak dan dibungkus sempurna, Thins Potato Chips juga memenuhi keperluan penggemar snek peringkat antarabangsa. Buktinya jenama kerepek kentang ini sangat laris di pasaran dunia dan dikenali ramai. Kerepek kentang bertekstur ringan, nipis, rangup dan dihiris sempurna ini adalah bebas gluten, tiada pewarna tiruan dan bahan pengawet tiruan. Antara ramuan yang digunakan untuk menghasilkan Thins Potato Chips adalah seperti kentang terpilih, susu pepejal, soya, minyak sayur, gula, garam, serbuk bawang, serbuk keju, serbuk krim masam, rempah-ratus, dan ekstrak yis.

Kelebihan produk

  • Menawarkan tujuh perasa yang enak
  • Bebas gluten
  • Tiada pewarna tiruan dan bahan pengawet tiruan.
  • Kerepek kentang bertekstur ringan, nipis, rangup dan dihiris sempurna

Kekurangan produk

  • Beberapa ulasan menyebut kerepek ini mempunyai rasa yang kurang sedap berbanding jenama lain

Spesifikasi produk

Perisa Original, Salt & Vinegar, Sour Cream & Chives, Chicken, Hot & Spicy, Light & Tangy dan Cheese & Onion
Berat 175g
Harga RM12.90

Ruffles Potato Chips

Ruffles Potato Chips
Ruffles Potato Chips snek kerepek kentang terkemuka keluaran negara Amerika. Kerepek kentang yang segar, garing dan ekstra rangup ini telah membawa kenikmatan Ruffles Potato Chips ke peringkat yang lebih tinggi dan menjadikan snek ini satu kemestian dan teman terbaik untuk berlibur atau bersantai. Ruffles Potato Chips hanya menggunakan kentang berkualiti premium, bahan-bahan bermutu tinggi, serta mengamalkan prosedur pembuatan yang ketat untuk memastikan kesegaran dan rasa. Ruffles Potato Chips hadir dengan tiga perasa istimewa kegemaran ramai seperti Original, Cheddar & Sour Cream dan Sour Cream & Onion. Antara yang terkandung dalam kerepek kentang jenama ini ialah kentang berkualiti, herba, minyak sayuran, garam, perasa bawang, keju dan krim masam.

Kelebihan produk

  • Datang dalam tiga perasa istimewa
  • Kerepek kentang yang segar, garing dan ekstra rangup
  • Menggunakan kentang berkualiti premium
  • Mengamalkan prosedur pembuatan yang ketat

Kekurangan produk

  • Bukan kerepek kentang pilihan anda jika anda mencari yang berperisa ringan

Spesifikasi produk

Perisa Original, Cheddar & Sour Cream dan Sour Cream & Onion
Berat 184g
Harga RM14.50

Red Rock Deli

Red Rock Deli
Red Rock Deli juga jenama popular kerepek kentang keluaran negara kanggaru, Australia. Dihasilkan daripada ramuan semulajadi, diolah dari resepi autentik untuk mendapatkan rasa yang asli. Kepingan ranggup kentang ini digoreng perlahan menggunakan 100 peratus minyak bunga matahari yang istimewa ditaburi dengan ramuan segar semula jadi. Terdapat tujuh perasa pilihan iaitu Sweet Chilli & Sour Cream, Sea Salt, Honey Soy Chicken, Sea Salt & Balsamic, Grilled Chorizo & Cider Onion, Slow Roasted Onion & Mustard dan Lime & Black Pepper. Red Rock Deli tidak menggunakan sebarang perasa tiruan, kandungannya dirumus menggunakan perisa dan warna semulajadi selain tanpa MSG tiruan. Disebabkan tiada bahan pengawet tambahan, tarikh luput Red Rock Deli jauh lebih pendek daripada kerepek kentang jenama lain.

Kelebihan produk

  • Kerepek kentang 100 peratus digoreng menggunakan minyak bunga matahari
  • Tiada pewarna tiruan, perasa tiruan,dan tiada MSG tambahan
  • Menawarkan tujuh perasa istimewa dan enak
  • Harga berpatutan untuk produk ‘semula jadi’

Kekurangan produk

  • Tarikh luput pendek
  • Sukar ditemui di pasaran biasa

Spesifikasi produk

Perisa Sweet Chilli & Sour Cream, Sea Salt, Honey Soy Chicken, Sea Salt & Balsamic, Grilled Chorizo & Cider Onion, Slow Roasted Onion & Mustard dan Lime & Black Pepper
Berat 165g
Harga RM15.00

Tyrrells Hand-Cooked Crisps Potato Chips

Tyrrells Hand-Cooked Crisps Potato Chips
Sekali pandang bungkusan kerepek kentang jenama Tyrrells Hand-Cooked Crisps Potato Chips ini, pasti membuat ramai yang terpikat. Belum rasa lagi tetapi sudah tertawan! Tyrrells Hand-Cooked Crisps Potato Chips kerepek kentang buatan United Kingdom terkenal di seluruh dunia tanpa perisa tiruan, warna tiruan atau MSG. Bertesktur ringan, rangup dan nipis, kerepek kentang ini sesuai untuk pengamal sayuran (vegetarian) kerana kandungannya bebas gluten dan menggunakan sayur-sayuran segar terpilih.
Ada lapan pilihan perasa yang pelbagai dan hebat iaitu Sea Salt & Cider Vinegar, Lightly Sea Salted, Mature Cheddar & Chive, Sweet Chilli & Red Pepper, Sea Salt & Black Pepper, Sunday Best Roast Chicken, Posh Prawn Cocktail dan Glorious Pesto Seasoning. Pada tahun 2019, Tyrrells Hand-Cooked Crisps Potato Chips pernah memenangi Great Taste Award 2019 dek kesedapan luar biasa setiap bungkusan kerepek kentangnya. Setiap kerepek kentang Tyrrells Hand-Cooked Crisps Potato Chips digoreng secara tradisional menggunakan tangan dalam minyak bunga matahari di ladang Tyrrells Court.

Kelebihan produk

  • Pemenang anugerah Great Taste Award 2019
  • Bebas gluten
  • Ada lapan perasa hebat dengan bungkusan menarik
  • Tanpa perisa tiruan, warna tiruan atau MSG
  • Sesuai untuk pengamal sayuran (vegetarian)

Kekurangan produk

  • Sukar dapat semua perisa di pasaran biasa

Spesifikasi produk

Perisa Sea Salt & Cider Vinegar, Lightly Sea Salted, Mature Cheddar & Chive, Sweet Chilli & Red Pepper, Sea Salt & Black Pepper, Sunday Best Roast Chicken, Posh Prawn Cocktail dan Glorious Pesto Seasoning
Berat 150g
Harga RM12.95

Sedapnya semua kerepek kentang ini! Tahukah anda kerepek kentang dipercayai dicipta secara tidak sengaja oleh seorang tukang masak di Amerika Syarikat? Chef George Crum merupakan seorang tukang masak di sebuah restoran rumah persinggahan di Saratoga Springs, New York. Restoran tersebut sangat popular dengan jejari kentang goreng. Suatu hari, terdapat aduan daripada pelanggan yang mengatakan jejari kentang goreng tersebut terlalu tebal. Untuk memberi khidmat terbaik, Chef George Crum cuba menipiskan kentang tersebut tetapi pelanggan masih tidak puas hati. Geram dengan kerenah pelanggan tersebut, Chef George Crum telah menghiris kentang tersebut senipis mungkin lalu menggorengkannya menjadi kepingan kerepek. Sepiring kerepek kentang telah dihidangkan kepada pelanggan cerewet tersebut, dan ajaibnya pelanggan tersebut sangat menyukai inovasi kentang goreng tersebut. Ia kemudian telah diberi nama sebagai ‘Saragota Chips’. Kerepek kentang tersebut turut dibungkuskan dan dijual di sekitar New York dan sangat laris terjual.

Bersantai sambil menikmati sebungkus snek seperti kerepek kentang memang sangat serasi. Jika anda penggemar dan peminat setia kerepek kentang, cuba rasai kelazatan sebungkus kerepek kentang pelbagai jenama yang ada dijual dipasaran, pasti hari-hari anda terasa bahagia. Walau bagaimanapun jangan lupa untuk hadkan pengambilan makanan ringan agar gizi pemakanan anda seimbang dan kesihatan anda lebih terjamin. Jangan lupa baca kandungan setiap bungkusan kerepek kentang anda ya!



Related posts