5 Pilihan Kamera Dengan Bajet Dan Spesifikasi Terbaik Di Pasaran 2022
Perasan tak, zaman sekarang ni ramai nama-nama baru yang digelar sebagai ‘influencer’ lahir dari pelbagai platform media seperti Youtube, Instagram, Facebook dan terkini TikTok. Antara nama yang sering disebut-sebut adalah Tiktokers, Ryan Bakery, mereka ini menjadi terkenal dan mampu menjana pendapatan daripada platform masing-masing.
Ada yang sanggup berhenti kerja tau kerana sesetengah mereka mendapat pendapatan yang lebih hanya melalui platform mereka sendiri. Asalkan anda ada content original yang menarik, pasti mudah untuk content anda menjadi ‘fyp’ dan tersebar meluas. Perkara paling asas nak menghasilkan content ini adalah kamera yang bagus.
Memilih kamera terbaik mungkin agak rumit dan mahal jika anda adalah seorang jurugambar atau juruvideo professional. Namun, seiring dengan perkembangan teknologi, kini terdapat lambakkan kamera terbaik di pasaran yang sesuai digunakan untuk anda yang baru-baru berjinak mahupun bergelar ‘otai’ dalam bidang ini. Kamera terbaik tidak semestinya yang paling mahal atau paling berkuasa.
Apa yang penting adalah ketahanan, kualiti yang dihasilkan serta spesifikasi yang ada pada setiap kamera tersebut. Jom lihat antara pilihan terbaik kamera yang ada di pasaran:
Canon EOS R6
EOS R6 adalah kamera jenis mirrorless full-frame terbaik dan ia merupakan alternatif yang lebih berpatutan yang ada di pasaran. Jika anda sudah memiliki salah satu kamera Canon seperti EOS R, atau mana-mana DSLRnya, ini adalah peningkatan yang lebih berbaloi. EOS R6 membawakan autofokus terbaik dalam kelasnya, sistem penstabilan imej dalam badan yang hebat sekaligus menandakannya sebagai kamera yang sangat baik untuk fotografi hidupan liar atau sukan. Walaupun keupayaannya untuk merakam video 4K/60p, EOS R6 tidak mempunyai pilihan seperti keupayaan untuk DCI 4K dan menjadi mudah panas jika digunakan untuk merakam video.
Kelebihan Canon EOS R6
- Kestabilan imej sehingga 8 stops dengan lensa yang sesuai
- Dua slot kad storan
- Sensor full frame
- Autofokus terbaik
- Mudah dikendalikan
Kekurangan Canon EOS R6
- Mudah panas untuk video 4K
Spesifikasi Canon EOS R6
Jenis | Mirrorless SensorL Full-frame CMOS |
---|---|
Megapixels | 20.1 |
Max shooting speed | 20fps (elektronik) / 12fps (mekanikal) |
Video resolusi | 4k |
Saiz | 5.4 x 3.8 x 3.5 inch |
Harga | RM 5,888++ |
Fujifilm X-T4
Ia adalah kamera terbaik untuk kebanyakan orang. FUJIFILM X-T4 ialah kamera hibrid yang menggunakan teknologi canggih untuk mencipta imej pegun dan video terbaik. Dengan sensor X-Trans CMOS 4 generasi keempat, X-Processor 4, sistem penstabilan imej (IBIS) yang baru dibangunkan, mod Simulasi Filem ETERNA Bleach Bypass baharu dan banyak lagi, pastinya penghasilan karya anda lebih berkualiti. X-T4 bukan sahaja memberikan fokus auto terpantas dalam segmen mirrorless APS-C pada 0.02 saat, ia juga dilengkapi dengan shutter mekanikal dengan kemampuan 15 bingkai sesaat agar anda tidak terlepas momen berharga.
Kelebihan Fujifilm X-T4
- Kualiti imej luar biasa
- IBIS untuk video terbaik
- Dilengkapi mod Simulasi Filem ETERNA Bleach Bypass
- Autofokus terbaik
- Mudah dikendalikan
Kekurangan Fujifilm X-T4
- Tiada headphone jack
Spesifikasi Fujifilm X-T4
Jenis | Mirrorless |
---|---|
Sensor | APS-C |
Megapixels | 26.1 |
Max shooting speed | 30fps (elektronik) / 15fps (mekanikal) |
Video resolusi | 4k |
Saiz | 134.6 mm x 92.8mm x 63.8mm |
Harga | RM 5,600 ++ |
Olympus OM System OM-1
Kamera ini dilengkapi dengan Sensor 20M Stacked BSI Live MOS baharu dan enjin TruePic X baharu memanfaatkan sepenuhnya prestasi kanta M.Zuiko Digital resolusi tinggi, memberikan perincian yang menakjubkan dan noise yang rendah. OM SYSTEM OM-1 adalah kamera yang optimum, mudah untuk dikendalikan dengan kualiti imej yang tinggi. Ia memberikan perincian yang luar biasa. Model ini mampu menghasilkan video 4K, 60p, untuk mencapai ekspresi pengimejan definisi tinggi yang lancar.
Kelebihan Olympus OM System OM-1
- Dilengkapi sensor Micro Four Thirds
- Penstabilan yang mengagumkan
- Mudah dikendalikan
- Mempunyai mod pengiraan yang berguna
Kekurangan Olympus OM System OM-1
- Resolusi hanya 20MP
Spesifikasi Olympus OM System OM-1
Jenis | Mirrorless |
---|---|
Sensor | Micro Four Thirds |
Megapixels | 20.4 |
Max shooting speed | 120fps (elektronik) / 10fps (mekanikal) |
Video resolusi | 4k |
Saiz | 134.8mm x 91.6mm x 72.7mm |
Harga | RM 9,988++ |
Sony A6100
Dengan kualiti imej yang sangat baik, set ciri yang hebat dan harga yang murah, Sony A6100 bukan sahaja kamera mirrorless terbaik, ia juga merupakan kamera terbaik secara keseluruhan. A6100 dibina dengan ergonomik yang sangat baik: ia akan muat dengan selesa ke tangan anda malah mudah untuk dikawal. Ia berupaya untuk mengambil gambar yang tajam dan jelas tidak kira keadaan dengan kelajuan penangkapan 11fpsnya. A6100 juga boleh merakam video 4K, dan mempunyai jack mikrofon untuk mengambil audio yang lebih baik.
Kelebihan Sony A6100
- Sistem autofokus dipacu AI yang sangat pantas
- Video HD dan 4K terbaik
- Mempunyai jack mikrofon
- Mudah dikendalikan
Kekurangan Sony A6100
- Lokasi butang merekod video kurang strategik
Spesifikasi Sony A6100
Jenis | Mirrorless |
---|---|
Sensor | APS – C |
Megapixels | 24.2 |
Max shooting speed | 11fps |
Video resolusi | 4k |
Saiz | 4.75 x 2.75 x 2.13 inch |
Harga | RM 3,599++ |
Nikon D5600
Menggunakan sensor 24-megapiksel, skrin sentuh pusing 3.2 inci dan keserasian dengan pelbagai jenis kanta, Nikon D5600 ialah kamera terbaik untuk kebanyakan orang yang mencari DSLR Nikon. Menariknya, kamera ini mempunyai jangka hayat bateri yang agak tahan lama dengan 970 tangkapan. Dengan d-pad tradisional Nikon dan beberapa butang serta tombol, ia bagus untuk jurugambar berpengalaman yang mencari kawalan manual berciri penuh. Namun begitu, ia hanya boleh menangkap video pada resolusi maksimum 1080p/60 fps.
Kelebihan Nikon D5600
- Kualiti imej yang terbaik
- Prestasi responsif
- Mudah dikendalikan
Kekurangan Nikon D5600
- Tiada video 4K
- Kawalan manual minimum untuk video
Spesifikasi Nikon D5600
Jenis | DSLR |
---|---|
Sensor | DX-format CMOS |
Megapixels | 24.2 |
Max shooting speed | 5fps |
Video resolusi | 1080p |
Saiz | 5.9 x 3.8 x 2.8 inch |
Harga | RM 1,240++ |
Terdapat banyak faktor untuk memilih kamera terbaik untuk anda, antaranya tujuan utama kegunaan kamera tersebut. Jika anda melakukan lebih banyak fotografi potret, dan tidak melibatkan pergerakkan atau merakam video dengan banyak, DSLR mungkin pilihan terbaik. Jika anda sedang mencari sesuatu yang lebih mudah alih, kamera mirrorless mungkin merupakan pertaruhan yang lebih baik.
Penting untuk bersikap realistik tentang kebolehan anda dan tujuan penggunaan anda, kerana dengan harga yang agak ‘keras’ ini, anda pasti tidak mahu mensia-siakan setiap function yang ada pada kamera tersebut. Sebelum membeli, kaji dahulu kebolehan setiap kamera tersebut tau!