5 Pilihan Telefon Pintar Paling ‘Best’ Dengan Harga Di Bawah RM 2000

Peralatan mudah alih dan aksesori


Memiliki telefon pintar ibarat keperluan asas masa kini. Hampir segala urusan seharian boleh dipermudahkan hanya menggunakan telefon pintar. Semakin canggih telefon tersebut, semakin mahal harganya.

Faktor harga mungkin tiada masalah untuk sesetengah kita. Namun untuk mereka yang mempunyai bajet yang agak ketat, jom lihat beberapa pilihan telefon pintar terbaik dengan harga di bawah RM 2000!

Huawei Nova 8

Huawei Nova 8
Ianya sudah pun berada di pasaran, Huawei Nova 8 adalah peranti kelas pertengahan yang mampu memenuhi keperluan untuk kegunaan harian.Telefon pintar Huawei Nova 8 dijual di Malaysia bermula bulan Ogos 2021 dengan harga rasmi RM1,899. Huawei kali ini menggunakan cip Kirin 820E sebagai penggerak utama Nova 8. RAM pula sebesar 8GB dan storan dalaman 128GB.

Skrin Huawei Nova 8 dilengkapi dengan paparan OLED 90Hz, berukuran 6.57-inci HD Penuh. Malah, skrin ini melengkung di kedua belah sisinya. Kualiti imej merupakan antara kelebihan untuk telefon ini. Kawalan kemasukan cahaya, ketajaman serta fokus kamera ini dapat menghasilkan imej yang jelas dan terperinci meskipun ketika zum, mod malam atau menggunakan lensa lebar. Rakaman videonya juga tidak mengecewakan dan hasil rakaman juga jelas walaupun ketika bergerak.

Kelebihan

  • Pengecasan penuh dalam hanya 35 minit
  • Refresh rate 90Hz
  • Pengesanan biometrik muka
  • Kawalan kemasukan cahaya terbaik
  • Hasil rakaman video jelas walaupun ketika bergerak
  • Kualiti imej terbaik

Kekurangan

  • Kapasiti bateri kecil
  • Tiada lubang audio

Spesifikasi

Cipset Kirin 820E (7nm)
RAM / Storan 128GB 8GB RAM, 256GB 8GB RAM
OS Android 11, EMUI 12, no Google Play Services
Kamera 64 MP, f/1.9, 26mm (wide), PDAF
8 MP, f/2.4, 120˚, 17mm (ultrawide)
2 MP, f/2.4, (depth)
2 MP, f/2.4, (macro)
Video: 4K, 1080p, 720p@960fps, gyro-EIS
Bateri Li-Po 3800 mAh, non-removable
Berat 169 g
Warna Blush Gold
Harga RM1,899

Realme 8 Pro

Realme 8 Pro
Kebanyakkan pengguna akan mencari telefon pintar dengan kecanggihan teknologi kameranya. Disebabkan itulah, jika diteliti banyak jenama hebat di luar sana akan mempertaruhkan kreativiti ciri kamera mereka untuk memancing minat pengguna.Realme 8 Pro yang dilengkapi piksel terbaik dalam industri.Ia dilengkapi dengan sensor HM2 generasi ketiga yang dinaik taraf bersama sensor besar tambahan 1/1.52 inci yang memberikan resolusi tertinggi sehingga 12000X9000. Menarik lagi, lensa makro yang ada pada realme 8 Pro memberikan kelebihan kepada pengguna untuk mengambil gambar dari jarak empat sentimeter supaya dapat meneroka kecantikan dunia makro.

Kelebihan

  • Dilengkapi 119 darjah lensa sudut lebar dengan bukaan f/2.25 dan resolusi 8MP
  • Nightscape yang dikuasakan oleh ISOCELL Plus, Smart-ISO dan 9-in-1 Pixel Binning
  • Tilt-shift Mode yang dapat mengubah dunia nyata menjadi miniatur menggunakan ilusi optik seakan mata manusia
  • Mod potret seperti Neon Portrait, Dynamic Bokeh, AI Color Portrait, New AI Portrait dan 16MP Selfie portrait.

Kekurangan

  • Refresh rate masih 60Hz
  • Masih menggunakan speaker jenis Mono

Spesifikasi

Cipset Qualcomm SM7125 Snapdragon 720G (8 nm)
RAM / Storan 128GB 6GB RAM, 128GB 8GB RAM
OS Android 11, Realme UI 2.0

Kamera 108 MP, f/1.9, 26mm (wide), 1/1.52″, 0.7µm, PDAF
8 MP, f/2.3, 119˚, 16mm (ultrawide), 1/4.0″, 1.12µm
2 MP, f/2.4, (macro)
2 MP, f/2.4, (depth)

Video 4K@30fps, 1080p@30/60/120/480fps, 720p@960fps, gyro-EIS

Bateri Li-Po 4500 mAh, non-removable
Berat 176g
Warna Infinite Blue, Infinite Black, Punk Black, Illuminating Yellow
Harga RM1,299

Oppo Reno 5 5G

Oppo Reno 5 5G
Dengan harga di bawah RM 2000, Reno 5 Siri 5G boleh dikatakan sebagai telefon bimbit 5G yang paling hebat untuk kelas harga pertengahan sehingga kelas harga tinggi. Oppo Reno 5 5G dikuasakan oleh pemproses CPU Qualcomm SM7250 Snapdragon 765G (7 nm) dengan storan 8GB RAM, 128GB ROM. Peranti ini juga mempunyai skrin 6.43-inci AMOLED. Sama seperti kebanyakan telefon pintar lain, ia menyokong Wifi, Bluetooth, NFC, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE-A dan menariknya teknologi 5G. Ia juga menggunakan Android 11, ColorOS 11.1 dan mampu mengecas dengan pantas.

Kelebihan

  • Pilihan warna menarik
  • Skrin 6.43-inci AMOLED
  • Menyokong 5G
  • Dual video view untuk gambar lebih luas
  • Pengecasan lebih cepat

Kekurangan

  • Masih mengginakan cipset yang sama dengan Reno 4

Spesifikasi

Cipset Qualcomm SM7250 Snapdragon 765G 5G (7 nm)
RAM / Storan 128GB 8GB RAM, 256GB 12GB RAM
OS Android 11, ColorOS 11.1
Kamera 64 MP, f/1.7, 26mm (wide), PDAF
8 MP, f/2.2, 119˚ (ultrawide), 1/4.0″, 1.12µm
2 MP, f/2.4, (macro)
2 MP, f/2.4, (depth)
Video 4K@30fps, 1080p@30/60/120fps; gyro-EIS, HDR
Bateri Li-Po 4300 mAh, non-removable
Berat 172 g / 180 g
Warna Galactic Silver, Azure Blue, Starry Black
Harga RM1,599

Samsung Galaxy M62

Samsung Galaxy M62
Samsung Galaxy M62 dikeluarkan sekitar Mac 2021 menggunakan skrin 6.7-inci Super AMOLED dengan resolusi FHD+. Ia juga dilengkapi cip Exynos 9825, memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri berkapasiti 7000mAh bersama pengecasan 25W. Menariknya, Galaxy M62 memiliki 4 kamera di belakang, dan satu kamera hadapan yang terletak di dalam lubang di atas skrin. Bahagian belakangnya pula menggunakan kemasan bergaris, dengan warna gradien yang berubah dari atas ke bawah. Untuk anda yang sudah jatuh hati dengan telefon pintar ini, Samsung Galaxy M62 ditawarkan pada harga RM1,999 (berubah mengikut promosi) dan boleh didapati dalam dua pilihan warna, iaitu biru atau hitam.

Kelebihan

  • Pengecasan pantas
  • Bateri tahan lama
  • Teknologi FHD-Super AMOLED Plus
  • Design yang sleek
  • Kualiti imej terbaik
  • Kamera Macro 5MP

Kekurangan

  • Agak berat

Spesifikasi

Cipset Exynos 9825 (7 nm)
RAM / Storan 128GB 8GB RAM, 256GB 8GB RAM
OS Android 11, One UI 3.1
Kamera 64 MP, f/1.8, 26mm (wide), 1/1.73″, 0.8µm, PDAF
12 MP, f/2.2, 123˚ (ultrawide)
5 MP, f/2.4, (macro)
5 MP, f/2.4, (depth)
Video 4K@30fps, 1080p@30fps
Bateri Li-Po 7000 mAh, non-removable
Berat 218 g
Warna Hitam, Biru
Harga RM 1,899 – RM 1,999

Xiaomi 11T

Xiaomi 11T
Reka bentuk luaran siri Xiaomi 11T tampak cukup gah dengan suntikan moden, tipis, langsing dan ringan. Model baharu ini dilengkapi skrin DisplayMate A+ FHD+ AMOLED 120Hz berukuran 6.67 inci dengan kemampuan memaparkan satu bilion warna. Menarik lagi, paparan peranti ini turut menawarkan kecerahan sehingga 1000 nits dan kadar sampel sentuhan sehingga 480Hz, menjanjikan hasil paparan menakjubkan serta kelancaran tatalan.

Dihasilkan dengan kualiti terbaik, telefon pintar ini dilapisi dengan Corning Gorilla Glass Victus, kaca keselamatan terkuat di pasaran setakat ini, penampilan siri Xiaomi 11T boleh dikatakan sangat luar biasa. Rakaman video anda pasti lebih extra kerana, siri Xiaomi 11T dilihat mampu menawarkan rakaman video sinematik terbaik kerana peranti ini disertakan sensor utama 108MP, sensor ultra lebar 120 darjah dan sensor telemakro.

Kelebihan

  • Skrin DisplayMate A+ FHD+ AMOLED 120Hz
  • Kecerahan sehingga 1000 nits dan kadar sampel sentuhan sehingga 480Hz
  • Pemproses Mediatek Dimensity 1200 Ultra.
  • Rakaman video sinematik terbaik
  • Sensor ultra lebar 120 darjah dan sensor telemakro
  • Pengecasan penuh dalam 36 minit
  • Pembesar suara stereo Dolby Atmos
  • Sokongan 5G

Kekurangan

  • Agak berat

Spesifikasi

Cipset MediaTek MT6893 Dimensity 1200 5G (6 nm)
RAM / Storan 128GB 8GB RAM, 256GB 8GB RAM
OS Android 11, MIUI 12.5
Kamera 108 MP, f/1.8, 26mm (wide), 1/1.52″, 0.7µm, PDAF
8 MP, f/2.2, 120˚ (ultrawide), 1/4″, 1.12µm
5 MP, f/2.4, 50mm (telephoto macro), 1/5.0″, 1.12µm, AF
Video 4K@30fps, 1080p@30/60/120, gyro-EIS
Bateri Li-Po 5000 mAh, non-removable
Berat 203 g
Warna Meteorite Gray, Moonlight White, Celestial Blue
Harga RM 1,699

Mencari telefon pintar zaman ini bukanlah sukar kerana terdapat lambakan model terbaru dengan jenama pelbagai di pasaran. Apa yang anda perlukan hanyalah kaji setiap model yang diinginkan dan sediakan bajet bersesuaian.

Telefon pintar pada kelas pertengahan juga menawarkan pelbagai fungsi menarik yang hampir setanding kelas lebih tinggi.



Related posts