Ikut Bajet Anda! Ini 5 External Hard Drives Dengan Belian Terbaik Untuk Desktop Atau Laptop
Evolusi teknologi hari ini banyak memberi kemudahan kepada pengguna khususnya bagi pemacu cakera atau bentuk storan yang lebih berefisien serta penawaran kelajuan pemindahan data yang tinggi. External hard drives atau pemacu keras luaran ialah sejenis peranti storan yang membolehkan pengguna menyimpan dan mengakses data digital pada desktop, laptop atau peranti lain. Ia disambungkan ke desktop atau laptop melalui kabel, biasanya kabel USB, membolehkan pengguna mengakses data yang disimpan dengan mudah.
External hard drives berguna untuk pelbagai tujuan, termasuk menyimpan data penting, fail bersaiz besar seperti foto dan video serta memindahkan data antara peranti. External hard drives biasanya lebih mudah dan lebih efisyen, selain itu External hard drives selalunya bersaiz kompak dan mudah di bawa ke mana sahaja tanpa kesulitan. Terdapat pelbagai jenis dan jenama external hard drives di pasaran hari ini sesuai untuk kegunaan desktop atau laptop. Untuk cadangan, ini 5 external hard drives dengan belian terbaik mengikut bajet anda.
Seagate Backup Plus Portable 5TB Black
Seagate Backup Plus Portable 5TB Black ialah external hard drives mudah alih yang menawarkan kapasiti storan sebesar 5TB. Reka bentuk Seagate Backup Plus Portable 5TB Black sangat menawan, tipis, bersaiz kompak dan ringkas membolehkan pengguna mula menggunakannya terus dari kotak ke desktop atau laptop.
Seagate Backup Plus Portable 5TB Black mempunyai antara muka USB 3.0, yang menyediakan kelajuan pemindahan data yang pantas juga serasi dengan USB 2.0. Ia sangat serasi dengan sistem pengendalian Windows dan Mac berfungsi secara bergantian. Seagate Backup Plus Portable 5TB Black dipercayai ramai pengguna kerana mudah digunakan lebih-lebih lagi untuk menyimpan fail bersaiz besar, foto, video dan muzik daripada semua peranti utama.
Seagate Backup Plus Portable 5TB Black adalah aksesori penting yang boleh digunakan dalam mod automatik atau manual dan mempunyai tahap keselamatan yang dipercayai iaitu AES-256. Selain hitam, Seagate Backup Plus Portable 5TB Black juga hadir dengan warna badan berlainan seperti biru, kelabu, putih dan merah dengan kapasiti storan dari 1TB, 2TB, 4TB dan 5TB.
Kelebihan Seagate Backup Plus Portable 5TB Black:
- Kemasan logam bertekstur sesuai dengan elemen gaya hidup moden.
- Serasi dengan USB 3.0 dan USB 2.0
- Kompak dan ringan
- Tahap keselamatan yang tinggi
Kekurangan Seagate Backup Plus Portable 5TB Black:
- Tiada penyambung USB-C
Spesifikasi Seagate Backup Plus Portable 5TB Black:
Kapasiti: | 5TB |
---|---|
Tempoh Jaminan: | 3 Tahun |
Harga: | RM699.00 |
Adata SE900G External Solid-State Drive 1TB
Adata SE900G External Solid-State Drive (SDD) 1TB penyelesaian storan mudah alih yang menggunakan memori denyar untuk menyimpan data. Jenis SSD biasanya lebih pantas dan lebih tahan lama daripada pemacu keras mekanikal tradisional, menjadikan jenama seperti Adata SE900G External Solid-State Drive 1TB pilihan popular sebagai peranti External Hard Drives. Adata SE900G External Solid-State Drive 1TB mempunyai kapasiti sehingga 1TB dan menggunakan antara muka USB 3.1 Gen 2 Ultra-Pantas, yang menyediakan kelajuan pemindahan data pantas sehingga 20Gbps/200MB sesaat.
Ia juga serasi dengan USB 3.0 dan 2.0 dan boleh digunakan untuk mana-mana desktop dan laptop. Salah satu ciri utama Adata SE900G External Solid-State Drive 1TB adalah reka bentuknya yang kompak dan ringan, mudah dibawa ke mana sahaja. Tahap keselamatan penggunaan Adata SE900G External Solid-State Drive 1TB sangat dipercayai menawarkan cara mudah untuk menyimpan dan memindahkan data, fail serta dokumen penting.
Kelebihan Adata SE900G External Solid-State Drive 1TB:
- Prestasi kompetitif
- Reka bentuk dan pencahayaan RGB yang bergaya
- Pemindahan data yang pantas
- Keselamatan terjamin
Kekurangan Adata SE900G External Solid-State Drive 1TB:
- Harga tinggi di pasaran
Spesifikasi Adata SE900G External Solid-State Drive 1TB:
Kapasiti: | 1TB |
---|---|
Tempoh Jaminan: | 5 Tahun |
Harga: | RM709.00 |
Western Digital My Passport Portable External Hard Disk Drive HDD USB3.0 – 4TB
Western Digital My Passport Portable External Hard Disk Drive HDD USB3.0 – 4TB pemacu keras luaran mudah alih yang menawarkan kapasiti storan 4TB. Ia mempunyai antara muka USB 3.0, yang menyediakan kelajuan pemindahan data yang pantas juga serasi dengan USB 2.0. Western Digital My Passport Portable External Hard Disk Drive HDD USB3.0 – 4TB bersaiz kompak dan kecil memudahkan pengguna memegangnya di tapak tangan.
Western Digital My Passport Portable External Hard Disk Drive HDD USB3.0 – 4TB berukuran 4.40 inci panjang, 3.20 inci lebar dan 0.82 inci tinggi dengan berat 0.53 Lb. Western Digital My Passport Portable External Hard Disk Drive HDD USB3.0 – 4TB digandingkan dengan sempurna dengan perisian WD Backup™ dan perlindungan kata laluan (Windows®), membantu memastikan data digital pengguna selamat.
Dengan kabel SuperSpeed USB-A, External Hard Drives ini boleh memindahkan data dengan lebih pantas, sehingga 5Gbps. Tambahan pula, cakera keras datang tanpa sebarang ralat. Western Digital My Passport Portable External Hard Disk Drive HDD USB3.0 – 4TB hadir dalam pelbagai jenis warna untuk disesuaikan dengan gaya pengguna seperti warna biru, merah, hitam dan putih.
Kelebihan Western Digital My Passport Portable External Hard Disk Drive HDD USB3.0 – 4TB
- Ringan, kecil dan kompak
- Kabel super pantas
- Perisian WD Backup™ memberi perlindungan kata laluan
- Tempoh jaminan berbaloi
Kekurangan Western Digital My Passport Portable External Hard Disk Drive HDD USB3.0 – 4TB
- Tiada external backup channels
Spesifikasi Western Digital My Passport Portable External Hard Disk Drive HDD USB3.0 – 4TB:
Kapasiti: | 4TB |
---|---|
Tempoh Jaminan: | 3 Tahun |
Harga: | RM489.00 |
Transcend StoreJet 25M3 4TB
Transcend StoreJet 25M3 4TB, External Hard Drives yang mengagumkan dengan beberapa ciri yang menyakinkan pengguna untuk memilikinya. Transcend StoreJet 25M3 4TB peranti lasak yang mampu menahan hentakan ketika jatuh kerana memiliki luar badan bergetah anti-kejutan. Ini telah diuji dengan teliti oleh piawaian ujian tahap lasak dengan penarafan MIL-STD-810F.
Transcend StoreJet 25M3 4TB mempunyai kapasiti storan 4TB juga hadir dalam pelbagai versi kapasiti iaitu 500GB, 1TB dan 2TB dengan pilihan warna hijau askar atau kelabu. Transcend StoreJet 25M3 4TB bersaiz kompak serasi dengan USB 3.0 dan menampilkan fail AES 256-bit menggunakan perisian pengurusan data Transcend. Dilengkapi dengan antara muka USB 3.1 Gen 1, memberikan kadar pemindahan daripada Transcend StoreJet 25M3 4TB sepantas kilat sehingga 5Gbps.
Transcend StoreJet 25M3 4TB dilengkapi dengan butang sandaran automatik satu sentuhan. Butang ini juga membolehkan pengguna menyambung semula cakera keras ke desktop atau laptop tanpa perlu mencabut dan memasukkannya semula.
Kelebihan Transcend StoreJet 25M3 4TB:
- Lasak dan tahan hentakan
- Memiliki fail AES 256-bit
- Pemindahan data pantas dan laju
- Mempunyai dua warna yang menarik
Kekurangan Transcend StoreJet 25M3 4TB:
- Saiz agak besar
Spesifikasi Transcend StoreJet 25M3 4TB:
Kapasiti: | 4TB |
---|---|
Tempoh Jaminan: | 3 Tahun |
Harga: | RM599.00 |
ADATA HD710 Pro External Hard Drive 4TB
Untuk kekal relevan di arena teknologi pada hari ini, ADATA membuat produk mereka dengan pelbagai ciri baru yang kita tidak pernah bayangkan. Antara siri lain yang dicadangkan ialah ADATA HD710 Pro External Hard Drive 4TB yang menawarkan reka bentuk ergonomic berkapasiti storan 4TB. Ia direka dengan material tahan lasak, tahan hentakan, kalis air dan habuk. ADATA HD710 Pro External Hard Drive 4TB juga menambah tiga lapis perlindungan sejajar dengan gred kelulusan US Army MIL-STD-810G 516.6.
Ini bermakna ADATA HD710 Pro External Hard Drive 4TB tidak mudah rosak walaupun jatuh dari ketinggian 1.5 meter. Dari segi sambungan, ADATA HD710 Pro External Hard Drive 4TB mempunyai antara muka USB 3.0, yang menyediakan kelajuan pemindahan data yang pantas yang juga serasi dengan USB 2.0. ADATA HD710 Pro External Hard Drive 4TB mempunyai dua perisian bonus yang berfungsi dengan pemacu dan percuma untuk dimuat turun iaitu OStoGO dan HDDtoGO.
Kelebihan ADATA HD710 Pro External Hard Drive 4TB:
- Tahan lasak
- Kalis Air dan debu
- Pemindahan data yang pantas
- Tempoh jaminan yang berbaloi
Kekurangan ADATA HD710 Pro External Hard Drive 4TB:
- Reka bentuk agak besar
Spesifikasi ADATA HD710 Pro External Hard Drive 4TB:
Kapasiti: | 4TB |
---|---|
Tempoh Jaminan: | 3 Tahun |
Harga: | RM549.00 |
External hard drives berfungsi memberikan kapasiti penyimpanan data dan fail yang besar, merupakan produk simpanan mudah alih yang lebih menjimatkan. Sekiranya anda seorang yang suka mengambil gambar dengan kamera, memuat turun lagu, menyunting foto dan video, carilah storan 1TB sehingga 5TB. Pastinya ruang simpanan data itu memadai untuk anda. Hari ini, kebanyakkan external hard drives menggunakan antara muka USB, IEEE1394, eSATA, yang dapat memberikan kelajuan penghantaran data yang tinggi.
External hard drives menjadi pilihan pengguna desktop dan laptop kerana kelebihan kelajuan tinggi, kapasiti besar dan ringan. Bukan itu sahaja, malah tahap keselamatan data yang baik juga menjadi perhatian utama pengguna storan mudah alih external hard drives. Carilah external hard drives yang mempunyai ciri-ciri keselamatan dipercayai seperti boleh menetapkan kata laluan pada peranti tersebut. Fungsi ini sangat berguna jika mahu menyimpan data sulit peribadi atau syarikat di tempat bekerja. Ciri kedua biasanya mempunyai fungsi untuk ‘automatic backup’ dan ‘synchronize data’ di desktop atau laptop kepada external hard drives.
Sebelum membeli external hard drives , pastikan tempoh jaminannya sedikit panjang. Sesetengah jenama popular memberi tempoh jaminan yang lama kerana mereka yakin produk yang dihasilkan sangat berkualiti tinggi. Jaminan sangat penting, pengguna pasti tidak tahu sekiranya external hard drives yang dibeli ada manufacturing defect. Oleh itu, pengguna boleh menuntut jaminan sekiranya ia rosak ketika dalam tempoh jaminan. Jika boleh, cari tempoh jaminan dari setahun hingga 3 tahun. Lagi panjang tempoh jaminan sesuatu produk, lagi berbaloi.