5 Pilihan Terbaik Robot Vacuum 2022 Sebagai ‘Maid’ Segera Di Rumah Anda

5 Pilihan Terbaik Robot Vacuum 2022 Sebagai ‘Maid’ Segera Di Rumah Anda
Peralatan rumah


Tahap kebersihan rumah menggambarkan kepribadian seseorang itu. Ia ibarat cerminan kepada penghuninya. Bagi sesetengah orang, memastikan rumah dalam keadaan bersih, tidak berhabuk atau berdebu bukanlah mudah dek kerana tiada masa, sibuk bekerja atau sibuk dengan karenah anak-anak yang masih kecil.

Bantuan ‘maid’ ini mungkin idea terbaik untuk anda yang tiada masa, dan mahu rumah dalam keadaan bersih pada masa yang sama. ‘Maid’ yang dimaksudkan adalah robot vacuum cleaner yang mampu menyapu debu atau sampah di lantai dengan sendirinya. Zaman dah maju tau, jika ada jalan yang mudah mengapa mahu susahkan diri kan?

Jom lihat pilihan robot vacuum terbaik yang ada di pasaran!

Xiaomi Mijia 1C Robot Vacuum

Xiaomi Mijia 1C Robot Vacuum
Robot vacuum jenama Xiaomi Mijia ini hadir dengan kuasa sedutan kuat 2500Pa serta kuasa bateri 2400mAh. Menariknya, anda tidak perlu mengecas baterinya secara manual kerana ia mampu melakukannya secara automatik apabila bateri berada di parasa 15%. Robot ini juga boleh dikawal menggunakan aplikasinya tersendiri dengan kemampuan mapping bagi setiap bilik yang ada di rumah anda. Tiada lagi masalah rumah berhabuk jika ditinggalkan terlalu lama kerana robot ini boleh bertugas dengan hanya kawalan dari jauh ketika anda sedang travel atau di luar rumah.

Kelebihan

  • Mudah untuk di setup
  • Kuasa sedutan habuk yang kuat
  • Mempunyai sensor untuk elak tangga rumah
  • Boleh beroperasi walaupun tiada WiFi
  • Fungsi vacuum dan mop

Kekurangan

  • Tiada alert jika bekas habuk atau air penuh atau kosong

Spesifikasi

Tempoh masa bekerja 90 minit
Tempoh pengecasan 3-4 jam
Bateri 2,600 mAh
Kuasa sedutan 2,500 Pa
Berat 3.6 kg
Kapasiti bekas habuk 600ml
Harga RM 799 – RM 850

Roborock S6 MaxV Robotic Vacuum Cleaner

Roborock S6 MaxV Robotic Vacuum Cleaner
Vacuum jenama ini direka sesuai untuk anda yang mempunyai kawasan rumah yang luas dan besar kerana ia mampu berfungsi dengan tempoh masa yang lama sehingga 180 minit selain ia mempunyai tangka yang lebih besar. Roborock S6 MaxV Robotic Vacuum Cleaner juga dilengkapi dengan kamera dihadapannya untuk mengelak daripada halangan.

Kelebihan

  • Kuasa sedutan habuk yang kuat
  • Mempunyai kamera untuk mengelak halangan di hadapannya
  • LIDAR sensors
  • Tempoh berfungsi sehingga 180 minit
  • Sesuai untuk rumah yang luas dan besar
  • Fungsi vacuum dan mop

Kekurangan

  • Harga yang agak mahal
  • Agak berat

Spesifikasi

Tempoh masa bekerja 180 minit
Tempoh pengecasan 6 jam
Bateri 5,200 mAh
Kuasa sedutan 2,500 Pa
Berat 3.7 kg
Kapasiti bekas habuk / air 460ml / 300ml
Harga RM 2,299 – RM 3,399

ILIFE V55 Pro Robot Vacuum Cleaner

ILIFE V55 Pro Robot Vacuum Cleaner
Antara masalah terbesar yang menjadi punca lantai rumah kotor adalah rambut-rambut yang gugur dan bertaburan. Ia sungguh merimaskan namun perkara ini adalah normal. Robot vacuum ILIFE V55 Pro ini ibarat direka khas untuk menyelesaikan masalah rambut tersebut kerana ia mampu menyedut segala kotoran termasuk rambut tanpa membuatkan rambut anda terperangkap atau tersekat pada robot tersebut. Robot ini juga akan kembali ke stesen pengecasannya sendiri sekirangan bateri berkurangan. Harga untuk robot vacuum ini juga murah dan berpatutan.

Kelebihan

  • Rambut panjang tidak akan tersekat
  • Mudah untuk dibersihkan
  • Harga mampu milik
  • Mampu bersihkan kawasan sudut dengan baik

Kekurangan

  • Kuasa sedutan agak rendah
  • Boleh tersekat di antara karpet dan kabel di rumah

Spesifikasi

Tempoh masa bekerja 120 minit
Tempoh pengecasan
Bateri 2,800 mAh
Kuasa sedutan 1000 Pa
Berat – kg
Kapasiti bekas habuk / air 300ml / 180ml
Harga RM 459

Proscenic 830T Robot Vacuum Cleaner

Proscenic 830T Robot Vacuum Cleaner
Dengan kuasa sedutan yang tinggi, robot vacuum Proscenic 830T ini dikatakan amat bagus dan sesuai untuk mereka yang mempunyai haiwan peliharaan di rumah. Ia mampu membersihkan rambut atau bulu, pasir, air kencing haiwan juga habuk yang tidak kelihatan. Robot vacuum ini mudah untuk digunakan namun anda memerlukan sokongan WiFi yang kuat (tidak cukup dengan hotspot melalui telefon pintar) bagi memastikan ia berfungsi semasa anda sedang bekerja. Sama seperti kebanyakan robot vacuum lain, Proscenic 830T juga mampu mengecas sendiri secara automatik.

Kelebihan

  • Sesuai untuk rumah yang mempunyai haiwan peliharaan
  • Kuasa sedutan kuat
  • Mempunyai HEPA filter
  • Mudah untuk dibersihkan
  • Kuasa bateri tahan lama
  • Harga di bawah RM 1000
  • Mampu membersihkan kawasan sudut

Kekurangan

  • Boleh tersekat di antara karpet
  • Agak bising

Spesifikasi

Tempoh masa bekerja 100-130 minit
Tempoh pengecasan 3 jam
Bateri 2,500 mAh
Kuasa sedutan 2000 Pa
Berat 2.7 kg
Kapasiti bekas habuk / air 600ml / 350ml
Harga RM 699- RM 799

IRobot Roomba I7+

IRobot Roomba I7+
Antara keistimewaan robot vacuum ini adalah ia mampu mengosongkan bekas habuk atau ‘dust container’ sendiri apabila ia penuh. Anda juga boleh menjadualkan bilik atau ruangan mana yang ingin dibersihkan mengikut masa yang akan tetapkan sendiri. Anda juga akan menerima notifikasi sekiranya robot anda tersekat di mana-mana ruangan rumah. Ia tidak mengeluarkan bunyi bising ketika beroperasi dan mampu membersihkan kawasan sudut dengan baik.

Kelebihan

  • Mampu mengosongkan bekas habuknya sendiri jika penuh
  • Mudah untuk digunakan
  • Boleh berfungsi di dalam kawasan gelap
  • Jarang tersekat
  • Berfungsi dengan Alexa dan Google Home
  • Kuasa sedutan kuat
  • Kuasa bateri tahan lama

Kekurangan

  • Filter perlu ditukar setiap 2 bulan
  • Harga sangat mahal

Spesifikasi

Tempoh masa bekerja 120- 180 minit
Tempoh pengecasan 3 jam
Bateri 3,300 mAh
Kuasa sedutan 1800 Pa
Berat 3.37kg
Kapasiti bekas habuk 295ml
Harga RM 5,999

Penggunaan robot vacuum dilihat sangat relevan dengan gaya hidup masa kini. Jika anda berminat atau sedang berkira-kira untuk membeli robot vacuum, pastikan anda melihat fungsi serta kelebihan robot vacuum ini agar ia dapat membantu anda dalam memudahkan urusan membersihkan rumah dengan efisien.

Adakah ia berbaloi untuk dibeli? Tidak dinafikan harganya sedikit mahal malah kerja yang dilakukan sebenarnya boleh dilakukan anda sendiri secara manual. Namun, untuk anda yang benar-benar sibuk kehadiran si robot ‘maid’ ini pasti menggembirakan anda.



Related posts