Harga Berbaloi Dengan Fungsi Menarik, Ini 5 Pilihan Terbaik ‘Thermo Pots’ Di Malaysia

Harga Berbaloi Dengan Fungsi Menarik, Ini 5 Pilihan Terbaik ‘Thermo Pots’ Di Malaysia
Peralatan rumah


Penggunaan thermo pots dalam kehidupan seharian boleh dikatakan penting, lebih-lebih lagi untuk mereka yang sudah berkeluarga. Dengan adanya produk ini, anda tidak perlu lagi risau air tidak cukup panas untuk digunakan malah ianya menjimatkan masa dan memudahkan kerja anda. Khas untuk anda yang sedang mencari pilihan thermo pots yang terbaik di pasaran, jom lihat senarai ini.

FABER 5L THERMO POT FTP ACQUA 50

FABER 5L THERMO POT FTP ACQUA 50
Produk ini dilengkapi dengan fungsi pendidihan dan kawalan suhu panas secara automatik. Dengan 6 pilihan suhu, anda boleh menetapkan sendiri tahap kepanasan air yang anda mahukan. Thermo pot ini juga dilengkapi dengan fungsi reboil dan menggunakan keluli tahan karat. Pengguna yang mempunyai anak kecil juga boleh menggunakan produk ini dengan selamat kerana fungsi ‘child lock’ nya.

Kelebihan

  • 6 suhu berbeza
  • Fungsi reboil
  • Dilengkapi ‘child lock’
  • Menggunakan bahan berkualiti keluli tahan karat

Kekurangan

  • Agak berat

Spesifikasi

Dispenser Auto pump dan sentuhan cawan
Berat 3.17KG
Power 1200W
Suhu 45˚C, 50˚C, 60˚C, 70˚C, 85˚C, 98˚C
Harga RM 189

Elba 5.0L Thermopot ELB-ETPF5018BR

Elba 5.0L Thermopot ELB-ETPF5018BR
Produk ini mempunyai ciri kekal hangat yang membolehkan air sentiasa panas sepanjang masa. Ia juga diperbuat daripada keluli tahan karat yang merupakan kualiti yang lebih tinggi yang boleh bertahan untuk tempoh yang lebih lama. Perlindungan Dry-boiled membantu anda kerana ianya akan berhenti dengan sendirinya jika air sudah tiada.

Kelebihan

  • Fungsi Dry-boiled protection
  • Fungsi Auto-reboil
  • Menggunakan bahan berkualiti keluli tahan karat

Kekurangan

  • Tiada pilihan suhu

Spesifikasi

Dispenser Auto pump dan sentuhan cawan
Berat 2.38kg
Power 730W
Suhu
Harga RM 145

Pensonic PTF-5001 5L Airpot PEN-PTF 5001

Pensonic PTF-5001 5L Airpot PEN-PTF 5001
Fungsi auto keep warm dan didih semulanya menjimatkan masa anda kerana anda boleh menggunakan air panas pada bila-bila masa yang anda mahukan. Keluli tahan karat yang digunakan menjadikan produk ini lebih tahan lama, selain reka bentuknya yang cantik. Hanya menggunakan 750W, ia pastinya penjimatan tenaga elektrik anda.

Kelebihan

  • Fungsi Auto-reboil
  • Menggunakan bahan berkualiti keluli tahan karat
  • Triple Overheating Protection
  • Warna dan design menarik

Kekurangan

  • Tiada pilihan suhu

Spesifikasi

Dispenser Auto pump dan sentuhan cawan
Berat 3kg
Power 750W
Suhu
Harga RM 145

Midea MTP-7065T Thermo Pot

Midea MTP-7065T Thermo Pot
Mempunyai 5 kawalan suhu bertahap, yang memungkinkan anda mengatur dan mengekalkan tahap kepanasan yang anda perlukan. Fungsi auto-reboil dan auto-cool pastinya dicari pengguna kerana ia sungguh menjimatkan masa. Produk ini juga mempunyai safety lock sesuai untuk anda yang mempunyai anak kecil.

Kelebihan

  • 5 kawalan suhu
  • Fungsi Auto-reboil
  • Fungsi Auto-cool
  • Menggunakan bahan berkualiti keluli tahan karat
  • Kunci keselamatan
  • Mudah digunakan

Kekurangan

  • Agak berat

Spesifikasi

Dispenser Auto pump dan sentuhan cawan
Berat 3.4KG
Power 630-750W
Suhu 40°, 50°, 60°, 85°, 98°
Harga RM 145

Philux Pro Thermo Pot 5.0L

Philux Pro Thermo Pot 5.0L
Walau jarang didengar jenama ini adalah antara pilihan yang terbaik di pasaran. Bahagian badannya diperbuat daripada bahan plastik tahan lasak yang tidak mudah pecah. Penutup yang mudah ditanggalkan memudahkan kerja pembersihan. Thermo pot jenama Philux ini juga dilengkapi dengan dry boiling protection agar penggunaanya lebih selamat. Ia juga akan berhenti operasi secara automatik jika tidak digunakan selama 48 jam.

Kelebihan

  • Fungsi Auto-reboil
  • Menggunakan bahan berkualiti keluli tahan karat
  • Kunci keselamatan
  • Perlindungan dry boiling
  • Mudah dibersihkan

Kekurangan

  • Tiada kawalan suhu

Spesifikasi

Dispenser Auto pump dan sentuhan cawan
Berat 2.75KG
Power 890W
Suhu
Harga RM 145

Penggunaan thermo pots memerlukan tenaga elektrik yang dipasang sepanjang masa. Jadi, buatlah pilihan bijak dengan memilih produk yang jimat penggunaan elektrik juga ya!

Terdapat lambakan produk ini di pasaran sehingga boleh rambang mata nak pilih yang mana satu. Apa yang penting, pastikan setiap produk elektrik yang dibeli mempunyai kelulusan sirim. Jangan abaikan keselamatan anda sekeluarga hanya kerana mahukan harga yang murah okay.



Related posts