10 Laptop Gaming Berkuasa Tinggi Bermula dari RM2800 – Pilih yang Terbaik Mengikut Bajet Anda

10 Laptop Gaming Berkuasa Tinggi Bermula dari RM2800 – Pilih yang Terbaik Mengikut Bajet Anda
Permainan dan hobi


Bermain permainan video di laptop sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan buat mereka yang bergelar gamers. Berbeza dengan bermain di telefon, laptop gaming semestinya lebih menjamin kepuasan maksimum kepada gamers dari segi kualiti paparan grafik dan kelancarannya.

Tidak dinafikan untuk bermain permainan video di laptop, anda perlu sentiasa mengambil tahu tentang spesifikasi laptop yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman bagi mengelakkan laptop anda lagging. Lebih-lebih lagi jika melibatkan permainan video yang memerlukan paparan kualiti grafik yang tinggi.

Sudah semestinya anda perlukan laptop gaming yang berprestasi tinggi, menepati citarasa dan sesuai dengan permainan video yang anda mainkan. Jadi khusus buat para gamers dan pemula, berikut adalah 10 laptop gaming berprestasi tinggi yang perlu anda miliki mengikut bajet anda.

Asus ROG Zephyrus G16 (2024)

Asus ROG Zephyrus G16 (2024)
Asus ROG Zephyrus G16 adalah sebuah laptop gaming keluaran tahun 2024 yang dilengkapi dengan pemproses Intel Core Ultra 7 dan kad grafik NVIDIA Ge-Force RTX 4060. Kapasiti pemproses dan kad grafik yang tinggi bagi laptop gaming ini membolehkan ianya memainkan permainan video yang mempunyai kualiti grafik tinggi serta melakukan tugas-tugas yang berat seperti suntingan video dan 3D rendering. Laptop ini mempunyai reka bentuk nipis dengan paparan 16 inci beresolusi QHD dan kadar penyegaran 240 hz yang menghasilkan visual lebih tajam dan jelas, menjadikan ianya lebih elegan dan mudah dibawa ke mana sahaja. Bagi menambah keselesaan dan kepuasan, papan kekunci pada laptop ini dilengkapi dengan pencahayaan RGB dan audio berkualiti tinggi dari Dolby Atmos.

Kelebihan Asus ROG Zephyrus G16 (2024):

  • Prestasi tinggi
  • Paparan berkualiti tinggi
  • Reka bentuk ringkas dan ringan
  • Keyboard yang ergonomik.

Kekurangan Asus ROG Zephyrus G16 (2024):

  • Harga terlalu mahal

Spesifikasi Asus ROG Zephyrus G16 (2024):

Pemproses: Intel Core Ultra 7
Kad Grafik: NVIDIA Ge-Force RTX 4060
Ram: 16GB
Saiz Skrin: 16 Inci
Berat: 1.85 kg
Harga: RM 9,000 ke atas

MSI Titan 18 HX

MSI Titan 18 HX
Melalui kad grafik GPU NVIDIA GeForce RTX 4090, MSI Titan 18 HX adalah sebuah laptop gaming yang mempunyai kualiti visual terbaik dalam permainan video. Selain itu, pemproses yang digunakan ialah Core i9 HX Series generasi ke-14, iaitu i9-14900HX, yang menawarkan prestasi unggul dengan Max Turbo Frequency sehingga 5.8 GHz. Laptop ini tidak mempunyai masalah dari segi sistem penyejukan, kelengkapan port, sambungan, serta paparan skrin. Malah, papan kekunci menggunakan suis Cherry, yang biasa ditemui dalam laptop gaming kelas premium. Anda juga boleh menukar mod warna paparan skrin melalui ciri True Color. Jika skrin asalnya menggunakan standard 100% DCI-P3, anda boleh menyesuaikannya kepada standard sRGB yang mesra untuk penyuntingan foto dan video. Laptop ini boleh disambungkan sehingga empat monitor serentak. Ini akan memudahkan anda ketika mengendalikan projek besar. Menggunakan satu skrin dari MSI Titan 18 HX sahaja sudah cukup memuaskan. Skrinnya sangat luas dengan saiz 18 inci.

Kelebihan MSI Titan 18 HX:

  • Prestasi luar biasa
  • Kad grafik berkuasa tinggi
  • Skrin sangat luas sehingga 18 inci
  • Mod paparan warna skrin boleh diubah
  • Boleh disambungkan ke empat monitor serentak

Kekurangan MSI Titan 18 HX:

  • Harga terlalu mahal

Spesifikasi MSI Titan 18 HX:

Pemproses: Core i9 -14900HX
Kad Grafik: NVIDIA Ge-Force RTX 4090
Ram: 32GB
Saiz Skrin: 16 Inci
Berat: 3.6 kg
Harga: RM 21,000 ke atas

MSI Thin GF63

MSI Thin GF63
Untuk harga yang mampu miliki, Inilah dia laptop gaming yang berharga bawah RM5,000. Ia mempunyai kualiti dan prestasi keyboard yang sangat baik dari segi respon dan keselesaan papan kekunci. Laptop ini amat sesuai digunakan untuk bermain permainan video kategori mid range seperti Call of Duty dan Far Cry 3 tanpa masalah lagging. Ianya nipis dan ringan serta mempunyai kualiti binaan yang baik, mampu berdiri setanding dengan jenama-jenama mahal yang lain dari segi reka bentuk. Bagaimanapun, ketahanan bateri laptop ini memerlukan perhatian yang lebih kerana ianya tidak tahan lama dan anda perlu menyambungkannya kepada charger untuk penggunaan yang lama. Secara keseluruhan, laptop ini berbaloi untuk dibeli dan anda boleh pilih untuk dapatkan saiz RAM 8GB, 16GB atau 32GB mengikut bajet dan keperluan anda.

Kelebihan MSI Thin GF63:

  • Prestasi papan kekunci yang terbaik
  • Sesuai untuk permainan video mid range
  • Kualiti binaan yang baik
  • Harga mampu milik

    Kekurangan MSI Thin GF63:

    • Bateri tidak tahan lama
    • Paparan kurang memuaskan

    Spesifikasi MSI Thin GF63:

    Pemproses: ALDER LAKE 12TH GEN Intel® Core™ i5-12450H Processor
    Kad Grafik: RTX 4050, GDDR6 6GB
    Ram: 8GB, 16GB & 32GB
    Saiz Skrin: 15.6 Inci
    Berat: 1.86 kg
    Harga: RM 3,699

    Razer Blade 15

    Razer Blade 15
    Laptop gaming ini didatangkan dengan kad grafik yang terbaik iaitu NVIDIA® GeForce RTX™ 3070 Ti, ia membolehkan anda untuk bermain game yang memerlukan grafik yang tinggi. Selain itu, ia mempunyai kadar penyegaran yang tinggi (240Hz) untuk kualiti paparan yang baik ketika anda bermain permainan video. Mempunyai reka bentuk yang cantik, Razer Blade 15 mempunyai pelbagai port seperti USB 3.2 Gen 2 Type-A, Thunderbolt 4, HDMI 2.1, dan 3.5 mm headphone jack yang boleh anda gunakan dalam satu masa. Baterinya juga tahan lama, jadi anda tidak perlu risau jika mahu menggunakan laptop dalam jangka masa yang sangat lama. Harga laptop ini bukanlah mampu milik, tetapi amat berbaloi jika anda mempunyai bajet lebih.

    Kelebihan Razer Blade 15:

    • Reka bentuk yang cantik
    • Kadar penyegaran tinggi 240 hz
    • Mempunyai banyak port
    • Bateri tahan lama

    Kekurangan Razer Blade 15:

    • Skrin agak gelap

    Spesifikasi Razer Blade 15:

    Pemproses: Intel Core i7-11800H
    Kad Grafik: NVIDIA® GeForce RTX™ 3070 Ti
    Ram: 16GB
    Saiz Skrin: 15.6 Inci
    Berat: 2.01 kg
    Harga: RM 12, 488 keatas

    HP Victus Gaming Laptop 15-fa1231TX

    HP Victus Gaming Laptop 15-fa1231TX
    Sebagai sebuah jenama laptop yang agak terkenal, HP juga tidak terkecuali dalam memperkenalkan model-model laptop gaming, salah satunya ialah HP Victus Gaming Laptop 15-fa1231TX. Ia merupakan sebuah laptop gaming bajet yang berharga tidak lebih dari RM 3,000. Dilengkapi dengan pemproses Intel Core i5-12450 H dan menggunakan kad grafik GPU NVIDIA GeForce RTX 4050, laptop gaming ini tidak mempunyai masalah dan sangat lancar untuk permainan video beresolusi 1080p. Dengan paparan skrin 15.6 FHD IPS dan kadar penyegaran 144 hz, paparan visual pada laptop ini amat jelas untuk pengalaman permainan video yang lebih lancar. Jika permainan video anda memerlukan kelajuan tinggi dan storan yang lebih besar, anda boleh menambah dan juga menukar ram sehingga 32GB.

    Kelebihan HP Victus Gaming Laptop 15-fa1231TX:

    • Harga yang murah
    • Lancar untuk permainan video beresolusi 1080p
    • Paparan skrin yang jelas

    Kekurangan HP Victus Gaming Laptop 15-fa1231TX:

    • Reka bentuk kurang menarik
    • Tidak sesuai untuk permainan video bergrafik tinggi

    Spesifikasi HP Victus Gaming Laptop 15-fa1231TX:

    Pemproses: Intel Core™ i5-12450H
    Kad Grafik: NVIDIA GeForce RTX™ 4050
    Ram: 8 GB
    Saiz Skrin: 15.6 Inci
    Berat: 2.29 kg
    Harga: RM 2, 899 keatas

    Acer Nitro V 15 (ANC15-51-59MT)

    Acer Nitro V 15 (ANC15-51-59MT)
    Acer Nitro V15 dikuasakan oleh pemproses CPU Intel Core™ i5-13420H. Dari segi grafiknya pula, ia didatangkan dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4050 6GB GDDR6. Mempunyai kelajuan RAM 8GB yang boleh dinaiktaraf dan storan SSD 512 GB yang agak besar, anda boleh bermain permainan video anda tanpa sebarang lagging. Peranti ini juga mempunyai skrin 15.6 inci dengan kadar penyegaran 144 hz, yang memberikan paparan jelas pada skrin anda ketika bermain permainan video. Dengan berat 2.11 kg, harga bagi Acer Nitro V15 ini sangat mesra poket dan bajet anda iaitu bermula pada RM 3, 899 dengan pilihan warna hanya satu iaitu warna hitam.

    Kelebihan Acer Nitro V 15 (ANC15-51-59MT):

    • Harga yang murah dan mampu milik
    • Kelajuan dan storan yang agak besar
    • Paparan skrin yang jelas
    • Reka bentuk yang menarik

    Kekurangan Acer Nitro V 15 (ANC15-51-59MT):

    • Tidak sesuai untuk permainan video bergrafik tinggi

    Spesifikasi Acer Nitro V 15 (ANC15-51-59MT):

    Pemproses: CPU Intel Core™ i5-13420H
    Kad Grafik: NVIDIA GeForce RTX 4050 6GB GDDR6
    Ram: 8 GB
    Saiz Skrin: 15.6 Inci
    Berat: 2.11 kg
    Harga: RM 3, 899 keatas

    Lenovo Legion Pro 51 Gen 9

    Lenovo Legion Pro 51 Gen 9
    Lenovo Legion Pro 5i Gen 9 ialah sebuah laptop gaming dengan prestasi yang sangat tinggi. Dikuasakan oleh pemproses Intel Core i9-14900HX, storan SSD 1TB, dan RAM 32GB, laptop gaming ini mempunyai pemprosesan yang sangat pantas seperti penukaran video 4K. Dengan skrin bersaiz 16 inci beresolusi 2560 x 1600 serta kadar penyegaran 165Hz, dan menggunakan Nvidia G-Sync untuk pengalaman permainan yang lancar tanpa lagging.​ Dari segi reka bentuk, laptop gaming ini mempunyai engsel yang boleh dilipat hampir 180 darjah dan papan kekunci dengan pencahayaan RGB yang boleh dilaraskan. Walau bagaimanapun, hayat baterinya agak pendek, hanya sekitar 3 jam 43 minit semasa digunakan.

    Kelebihan Lenovo Legion Pro 51 Gen 9:

    • Pemprosesan yang sangat pantas
    • Paparan skrin yang jelas
    • Reka bentuk yang menarik, boleh dilipat hampir 180 darjah
    • Papan kekunci dengan pencahayaan RGB boleh laras
    • Harga yang agak berpatutan

    Kekurangan Lenovo Legion Pro 51 Gen 9:

    • Jangka hayat bateri yang pendek

    Spesifikasi Lenovo Legion Pro 51 Gen 9:

    Pemproses: Intel Core i9-14900HX
    Kad Grafik: Nvidia G-Sync
    Ram: 32 GB
    Saiz Skrin: 16 Inci
    Berat: 2.5 kg
    Harga: RM 6, 479 keatas

    Asus TUF Gaming A14

    Asus TUF Gaming A14
    Asus TUF Gaming A14 (2024) adalah salah satu laptop gaming dalam kategori harga dan bajet yang berpatutan. Dilengkapi dengan pemproses AMD Ryzen 9 7940HS atau Ryzen 7 7840HS dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4060, laptop ini menawarkan prestasi tinggi untuk permainan moden pada resolusi 1080p. Ia mempunyai kelebihan daya tahan bateri yang lama dimana ia mampu bertahan sehingga 10 jam, sangat jarang untuk laptop gaming. Dari segi prestasi, laptop gaming ini menunjukkan keupayaan pengendalian tugas berat seperti penyuntingan video dan permainan berat. Ia juga mempunyai sistem penyejukan yang cekap, membolehkan suhu kekal stabil. Reka bentuknya pula menampilkan casis yang tahan lasak dengan minimalis, sesuai untuk pengguna yang mencari gabungan antara fungsi gaming dan penggunaan harian. Papan kekunci yang selesa dan paparan dengan kadar penyegaran tinggi turut meningkatkan pengalaman pengguna secara keseluruhan.

    Kelebihan Asus TUF Gaming A14:

    • Bateri mampu bertahan sehingga 10 jam
    • Sistem penyejukan yang cekap
    • Reka bentuk tahan lasak dan minimalis
    • Papan kekunci yang selesa
    • Harga mampu milik

    Kekurangan Asus TUF Gaming A14:

    • Jangka hayat bateri yang pendek
    • Saiz skrin kecil

    Spesifikasi Asus TUF Gaming A14:

    Pemproses: AMD Ryzen 9 7940HS atau Ryzen 7 7840HS
    Kad Grafik: NVIDIA GeForce RTX 4060
    Ram: 16 GB
    Saiz Skrin: 14 Inci
    Berat: 1.46 kg
    Harga: RM 6, 479 keatas

    Illegear Onyx Pro

    Illegear Onyx Pro
    Illegear Onyx Pro adalah laptop gaming yang direka untuk kegunaan permainan video. Dengan material aloi magnesium, ia merupakan sebuah laptop gaming yang sangat ringan (1.55 kg) dan nipis (18 mm). Laptop ini dikuasakan oleh pemproses Intel Core i7 gen 9, dengan kad grafik GPU NVIDIA RTX 2060 atau RTX 2070, dan RAM sehingga 16 GB yang boleh dinaik taraf hingga 32 GB. Saiz Skrin paparan bagi Onyx Pro ini adalah IPS FHD 15.6 inci beresolusi tinggi 240Hz atau panel 4K AMOLED Samsung, kedua-duanya menyokong teknologi INFINIVISION bezel-less untuk pengalaman tontonan yang lebih imersif. Sistem audio pula menyokong THX Spatial Audio, menjadikannya sesuai untuk penyuntingan media dan permainan yang memerlukan kualiti bunyi tinggi​. Laptop ini menawarkan beberapa mod prestasi seperti Office, Turbo, dan Gaming yang boleh ditukar melalui butang khusus. Papan kekunci RGB dengan 4 zon warna serta Light Bar LED menambahkan elemen estetik yang menarik​.

    Kelebihan Illegear Onyx Pro:

    • Material aloi magnesium
    • Ringan dan nipis
    • Teknologi INFINIVISION bezel-less untuk tontonan imersif
    • Mod prestasi yang boleh ditukar melalui butang khusus
    • Papan kekunci RGB dan Light Bar LED
    • Harga mampu milik

    Kekurangan Illegear Onyx Pro:

    • Ketiadaan storan HDD
    • Bunyi kipas yang kuat untuk mod turbo

    Spesifikasi Illegear Onyx Pro:

    Pemproses: Intel Core i7 gen 9
    Kad Grafik: GPU NVIDIA RTX 2060 atau RTX 2070
    Ram: 16 GB – 32 GB
    Saiz Skrin: 15.6 Inci
    Berat: 1.55 kg
    Harga: RM 6, 499 ke RM 8,397

    Gigabyte G6X

    Gigabyte G6X
    Gigabyte G6X ialah sebuah laptop gaming kelas pertengahan yang direka untuk permainan video dan pengguna produktif. Ia dikuasakan oleh pemproses Intel Core i7-13650HX dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4060, serta dilengkapi dengan 32GB RAM DDR5 dan storan SSD PCIe 4.0 1TB. Ini menjadikannya salah satu pilihan yang baik untuk permainan dan penyuntingan video. Saiz paparan skrin untuk Gigabyte G6X ini adalah IPS 16 inci dengan resolusi 1920×1200 dan kadar segar semula 165Hz, yang mampu memberikan visual yang lancar tanpa lagging. Ia mempunyai tiga mod iaitu Performance, Entertainment, dan Silent yang membolehkan pengguna menyesuaikan penyejukan mengikut keperluan melalui aplikasi yang dinamakan Gigabyte Control Center dimana ia juga mampu mengawal pencahayaan RGB.

    Kelebihan Gigabyte G6X:

    • Harga berpatutan
    • Kawalan kipas dan pencahayaan RGB boleh disesuaikan melalui aplikasi Gigabyte Control Center.
    • Kelajuan SSD yang pantas

    Kekurangan Gigabyte G6X:

    • Bunyi kipas yang kuat untuk mod prestasi tinggi
    • Reka bentuk casis plastik yang kurang menarik

    Spesifikasi Gigabyte G6X:

    Pemproses: Intel Core i7-13650HX
    Kad Grafik: NVIDIA GeForce RTX 4060
    Ram: 32 GB
    Saiz Skrin: 16 Inci
    Berat: 1.63 kg
    Harga: RM 6, 365 keatas

    Selain bajet, untuk memilih laptop gaming anda memerlukan beberapa pertimbangan yang teliti terutama sekali dari segi prestasi pemproses dan kad grafik. Jika kedua-duanya berprestasi tinggi anda tidak akan menghadapi masalah lagging ketika menggunakan laptop gaming. Ini pastinya akan mengganggu keseronokan anda ketika bermain permainan video dan melakukan tugas berat seperti menyunting video. Selain itu, pilih paparan dengan resolusi FHD (1920×1080) atau lebih tinggi, serta kadar penyegaran sekurang-kurangnya 120Hz untuk pengalaman visual yang lancar, terutamanya dalam permainan pantas seperti FPS. Dan hayat bateri laptop gaming biasanya tidak lama, jadi pilihlah model laptop gaming yang mempunyai kemampuan hayat bateri yang lebih lama supaya memudahkan urusan anda ketika berada di tempat yang tidak mempunyai plug untuk mengecas.

    Laptop gaming kebiasaannya cepat panas, seeloknya anda memilih laptop gaming yang mempunyai sistem penyejukan yang terbaik supaya ia tidak mengganggu urusan anda.



Related posts