10 Port Gerai Burger Jalanan Wajib Cuba Di Lembah Klang. Padu & Sedap!
Sebut sahaja gerai burger jalanan, ramai akan terbayang akan keenakan rasanya yang unik, berbeza dengan kebanyakan burger yang disajikan di restoran makanan segera, kafe ternama atau hotel. Di sebalik hidangan jalanan yang pada asasnya cuma menggunakan bahan ringkas iaitu roti, daging, timun, sos dan salad ia berjaya menyatukan pelbagai kaum di Malaysia. Burger jalanan menjadi lambang makanan ringan yang ringkas malah turut menjadi pilihan popular sebagai menu sampingan tanpa mengira latar belakang dan usia.
Hidangan burger tidak terhad sebagai menu untuk waktu tertentu kerana ia boleh dinikmati sepanjang masa malah ada premis yang menyajikannya hingga lewat malam dan awal pagi ketika sebelum pandemik. Walaupun hidangan burger jalanan cukup ringkas tetapi sangat mengenyangkan.
Banyak juga ‘port’ gerai burger jalanan yang padu dan sedap sekitar Lembah Klang dan menjadi tumpuan warga kota makan terutama pada malam hari. Kalian lapar? Ini antara pilihan gerai burger jalanan pilihan ramai wajib cuba!
Daily Burger Sri Gombak
Daily Burger Sri Gombak telah beroperasi sejak tahun 1995 iaitu selama 26 tahun di Sri Gombak. Terkenal dengan kepingan nanas dalam burger tersebut, Daily Burger terus menyajikan makanan ekonomi ini kepada penduduk tempatan terutama di sekitar Gombak hingga larut malam. Menu yang mendapat perhatian pelanggan di gerai burger jalanan ini semestinya burger rusa, burger arnab dan burger kambing dijual dengan harga serendah RM4. Diusahakan oleh Encik Mahadi berasal dari Kedah, kini Daily Burger Sri Gombak mempunyai 8 warung burger, 2 kendera saji, dan sebuah kedai membekal barangan burger untuk peniaga setempat.
Kelebihan produk
- Menggunakan produk asas yang Halal jenama Ramly
- Istimewa kepingan nanas
- Mempunyai menu burger ‘rare’ iaitu rusa,arnab dan kambing
- Dibuka hingga tengah malam
Kekurangan produk
- Gerai jualan sentiasa ramai dan perlu menunggu giliran
- Lokasi susah parkir
Spesifikasi produk
Lokasi | No 3, Jalan SG 1/11, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor |
---|---|
Waktu Operasi | 12:30pm – 12am |
Hubungi | https://www.facebook.com/Daily-burger-sri-gombak-100927214802027/ |
Harga | RM2 – RM9 |
Syukor Burger
Bergelutan di era pandemik Covid-19 ini bukan mudah sebenarnya untuk kekal bertahan. Salah langkah dan percaturan boleh terus menjerat diri. Hakikatnya itulah realiti yang terjadi ketika dunia diuji dengan wabak pandemik itu. Namun bagi Syukor Burger, jenama tersebut tiba-tiba ‘meletup’ dan menjadi pilihan ramai untuk mencuba burger sebesar saiz kepala kanak-kanak iaitu saiz 5’. Percubaan menjual burger tersebut mencipta ‘fenomena’ apabila terjual satu juta unit beberapa bulan lalu. Menggunakan tagline bukan burger biasa, burger yang mempunyai roti lembut dan daging patty yang tebal dijual dengan harga bermula RM6.50 hingga RM10.90 untuk tiga sahaja jenis menu iaitu burger daging, burger ayam dan burger kambing.
Kelebihan produk
- Berat setiap patty 145g
- Ada penghantaran menggunakan khidmat Grabfood dan Foodpanda
- Sos merupakan resipi tersendiri
- Sebiji burger bersaiz besar, saiz 5’
Kekurangan produk
- Tambahan sayuran hanya menggunakan salad tanpa hirisan bawang atau timun
- Harga sedikit mahal
Spesifikasi produk
Lokasi | (klik di sini) https://www.facebook.com/SyukorBurgerSelangor/ https://www.facebook.com/syukorburgerKL |
---|---|
Waktu Operasi | 2.30 pm – 10 pm |
Hubungi | 011-3553 4899 |
Harga | Burger daging RM6.50, Burger ayam RM6.50, Burger kambing RM 8.50 |
Brader John Uptown Burger
Pernah dicalonkan sebagai finalis dalam Anugerah Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) terbitan TV3 Media Prima untuk kategori Burger Jalanan Popular, Brader John Uptown Burger ini menjadi port pilihan ramai untuk ‘tapau’ burger tersedap di Uptown. Sebut sahaja burger yang anda mahukan samada daging, kambing, udang, atau ikan, semuanya ada di Brader John Uptown Burger. Jika anda mempunyai selera besar, cuba menu yang diberi nama ‘Master Burger’ iaitu burger dengan dua daging disaluti sos istimewa, dua keju, dan sebiji telur dadar. Paling istimewa, setiap pelanggan diberikan layanan yang sangat baik dan mesra oleh ‘Brader John’ yang ramah. Mungkin itu antara ‘pelaris’ pelanggan rasa tertarik untuk mengunjungi gerai burger jalanan ini.
Kelebihan produk
- Sos istimewa resepi sendiri
- Layanan baik daripada peniaga
- Menggunakan barang asas burger daripada pelbagai jenama popular
- Ada lebih 20 pilihan menu burger
Kekurangan produk
- Lokasi susah parkir
- Harga sedikit mahal
Spesifikasi produk
Lokasi | Jalan SS21/58, Damansara Utama, Petaling Jaya |
---|---|
Waktu Operasi | Dibuka setiap hari Isnin hingga Sabtu jam 4 petang hingga 10 malam |
Harga | RM5-RM20.50 |
OM Burger
Pasti ramai yang mengenali OM Burger yang terletak di Ukay Heights, Ampang sudah beroperasi lebih 20 tahun. Mana tidaknya, sebiji burger untuk dimakan itu juga turut dikenali sebagai ‘burger sampah’ dek kerana rupa sajiannya yang ‘seram’. Sama seperti gerai burger jalanan yang lain, OM Burger menawarkan menu seperti burger ayam, dan daging dan penambahan menu hotdog. Tiada yang istimewa dengan rupa sajian yang dihasilkan kerana kelihatan sangat comot dengan daging yang digoreng dalam marjerin yang bertakung, sos melimpah dah telur dadar tanpa bentuk khusus. Namun, sekali gigitan, terasa lupa sebentar dunia sebenar. Ramai yang mengatakan walaupun seakan ‘burger sampah’ tetapi mempunyai rasa yang amat lazat.
Kelebihan produk
- Harga berpatutan
- Sos istimewa
- Resipi ‘burger sampah’ turun temurun lebih 20 tahun
- Ada beberapa cawangan boleh dikunjungi
Kekurangan produk
- Gerai jualan sentiasa ramai dan perlu menunggu giliran
- Tidak sesuai untuk individu yang berdiet
Spesifikasi produk
Lokasi | Berhadapan Seven Eleven, Jalan Ayer Kerja Lama, Ukay Heights, 68000 Ampang, Selangor |
---|---|
Masa Operasi | Setiap hari dari jam 7pm hingga 12pm |
Hubungi | https://www.instagram.com/om.burger/?hl=ms |
Harga | RM2-RM18 |
Burger Bakar Kaw Kaw
Pernah tular suatu ketika dahulu sebagai pelopor hidangan burger bakar di Lembah Klang sejak tahun 2011, penangan Burger Bakar Kaw Kaw masih sama sehingga hari ini. Ketika zaman popularnya, ada yang sanggup beratur panjang hingga 2 ke 3 jam semata-mata untuk merasai kenikmatan sajian ini. Diasaskan oleh seorang wanita, Burger Bakar Kaw Kaw yang terletak di Wangsa Maju mempunyai beberapa lagi cawangan lain antara yang tidak kurang popularnya juga ialah di Waterfront Ampang. Ada 20 jenis burger untuk dipilih seperti Kaw Kaw Single Beef Baconizer Cheezy, Kaw Kaw Double Beef Turkeynizer, Kaw Kaw Triple Chicken Cheese dan juga Kaw Kaw Burger Kahwin. Harga yang ditawarkan pula adalah bermula dari RM 10.50 sehingga RM37.
Kelebihan produk
- Terdapat 20 jenis burger yang ditawarkan untuk memenuhi selera pelanggan.
- Premis semakin selesa
- Ada beberapa cawangan boleh dikunjungi
- Kualiti menu burger berstatus ‘A’
Kekurangan produk
- Harga sedikit tinggi
- Lokasi susah parkir
Spesifikasi produk
Lokasi | Jalan 4A/27A, Seksyen 2, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur |
---|---|
Waktu Operasi | Dibuka setiap hari 7 hari seminggu bermula 6 petang sehingga 2 pagi |
Hubungi | https://www.facebook.com/burgerbakarkawkaworiginal/ |
Harga | RM 10.50 – RM37 |
Burger Bakar Abang Burn
Suatu ketika dahulu, pengusaha burger bakar tumbuh bagai cendawan selepas hujan dengan pelbagai resepi ‘home made’ yang mencuri perhatian peminat burger. Burger Bakar Abang Burn jenama burger bakar dari kaki lima yang masih bertahan hingga hari ini. Kalau anda peminat keju pasti teruja dengan menu di Burger Bakar Abang Burn, kerana hampir semua jenis keju idaman ada di sini. Cuba pesan ‘burger keju banjir’ yang disaluti dengan keju premium untuk hidangan Burger Bakar Ayam XL, Toppings Galore – Chicken Chop atau Burger Bakar Daging XL. Jenama Burger Bakar Abang Burn yang dibina kini telah menjadi buruan daripada peminat burger kerana kreativiti, selain kelainan rempah yang diadun menjadikan patty benar-benar memukau selera penggemar burger.
Kelebihan produk
- Kualiti menu burger ala premium
- Pelbagai pilihan keju
- Ada beberapa cawangan boleh dikunjungi
- Ada penghantaran menggunakan khidmat Grabfood dan Foodpanda
Kekurangan produk
- Harga sedikit tinggi
- Gerai jualan sentiasa ramai dan perlu menunggu giliran
Spesifikasi produk
Lokasi | Dagang Avenue Food Court, Jalan Dagang B/3a, Taman Dagang, 55100 Kuala Lumpur, Selangor |
---|---|
Waktu Operasi | 12pm-10 pm |
Hubungi | https://burgerabangburn.beepit.com/ https://www.facebook.com/abangburn/ |
Harga | RM5-RM30 |
Man Burger Kukus LAVA
Man Burger Kukus LAVA menggunakan teknik ‘kukus dan grill’, maka daging burger akan menjadi lebih lembut dan mudah dikunyah. Jus berperisa dalam daging juga dapat dikekalkan kerana dagingnya tidak akan ditekan-tekan seperti burger biasa yang digoreng di atas kuali leper hingga menyebabkan jus dalam daging menjadi kering. Mr Krabs Burger adalah burger signature di Man Burger Kukus LAVA. Warna merah seakan ketam dan mempunyai kepingan daging seakan mata tampak comel dan mencuit hati seakan watak kartun dalam Spongebob.
Kelebihan produk
- Ada penghantaran menggunakan khidmat Grabfood dan Foodpanda
- Resepi sendiri daging burger
- Daging berjus
- Layanan baik daripada peniaga
Kekurangan produk
- Tidak sesuai untuk individu yang berdiet
- Lokasi sukar mendapat pakir
Spesifikasi produk
Lokasi | G19- Gerai Majlis Sebelah Shell, Bandar Baru Sg Buloh, Selangor |
---|---|
Waktu Operasi | Setiap Selasa hingga Ahad 2pm – 12am |
Hubungi | https://www.facebook.com/ManBurgerKukusLava/ https://waiz.my/ekad/burger-lava/ |
Harga | RM5.50 – RM20 |
Burger Baek @Bandar Sunway
Pengunjung ke Burger Baek @Bandar Sunway kebanyakannya berhasrat menikmati kelazatan burger dimakan bersama sos ekslusif olahan sendiri oleh pengusahanya. Burger istimewa yang menjadi pilihan ramai pastinya Crispy Chicken Burger Baek dengan harga serendah RM4 sahaja. Kelaziman burger dinikmati bersama sos cili atau tomato tetapi Burger Baik cuba mempelbagaikan rasa menerusi tiga jenis sos resepi sendiri dituang dalam satu burger iaitu cili, lada hitam dan mayonis bersama-sama dengan lemak masam keju. Pilihan daging sebagai bahan asas yang sering dicari pelanggannya adalah daging dan ayam, ditawarkan dengan harga ditentukan mengikut kuantiti dan ramuan lain yang menyedapkan rasa burger.
Kelebihan produk
- Harga berpatutan
- Sos istimewa hasil resipi sendiri
- Menggunakan bahan mentah daripada jenama dipercayai
- Rasa Crispy Chicken Burger Baek seakan restoran makanan segera
Kekurangan produk
- Gerai jualan sentiasa ramai dan perlu menunggu giliran
- Lokasi sukar mendapat parkir
Spesifikasi produk
Lokasi | Jalan PJS 8/14, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya |
---|---|
Waktu Operasi | Setiap hari kecuali Ahad (4pm hingga 12pm) |
Hubungi | https://www.facebook.com/burgerbaeksunway/ |
Harga | RM2-RM6.00 |
Sixty Bites Burger @TTDI
Sixty Bites Burger @TTDI walaupun hanya beroperasi dengan membuka kiosk bergerak di tepi kaki lima, lokasi burger ini tersenarai dalam foodadvisor. Dek kerana itu, gerai burger Sixty Bites Burger @TTDI sangat dikenali dan menerima kunjungan ramai saban hari. Menggunakan pati burger ribeye, burger yang dihasilkan sangat juicy disaluti bersama onion jem, pickles dan cheddar cheese. Fuhhh terbaik!
Kelebihan produk
- Resepi sendiri daging burger
- Harga berpatutan
- Daging berjus
- Layanan baik daripada peniaga
Kekurangan produk
- Tiada khidmat penghantar makanan
- Perlu menunggu giliran agak lama
Spesifikasi produk
Lokasi | Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur |
---|---|
Waktu Operasi | Isnin hingga Sabtu dari 3pm-12am |
Hubungi | https://www.facebook.com/morbites |
Harga | RM2-RM25 |
Burger Bobby Simpang 3
Jika sanggup beratur panjang untuk sebiji burger yang lazat dan padu, dicadangkan untuk mencuba Burger Bobby Simpang 3. Disebabkan pernah mendapat anugerah burger terbaik di Lembah Klang oleh Bloggers Choice Award Timeout KL, ramai pelancong asing yang datang ke gerai Burger Bobby Simpang 3 untuk ‘layan’ burger kaki lima ini. Pelanggan pasti teruja dengan Lamb Tiesto, atau boleh juga mencuba Triple Special Cheese. Walaupun hasilnya nampak selekeh, namun rasanya sangat mengkagumkan. Bersiap sedia juga dengan rasa lada hitam dan lelehan sos yang mencomotkan anda.
Kelebihan produk
- Harga berpatutan
- Tersenarai dalam laman sesawang Asia Food
- Tidak ‘kedekut’ bahan & sos istimewa resepi sendiri
- Penerima Bloggers Choice Award
Kekurangan produk
- Gerai jualan sentiasa ramai dan perlu menunggu giliran
- Tidak ada khidmat penghantaran terus ke rumah
Spesifikasi produk
Lokasi | No. 5, Jalan AU 5C/1 di Lembah Keramat, Kuala Lumpur |
---|---|
Waktu Operasi | 4PM – 2AM |
Hubungi | https://www.facebook.com/pages/Burger-Bobby-Simpang-3/180054108705209 https://www.facebook.com/BobbyBurgerSimpang3/ |
Harga | RM2.70 – RM17.00 |
Sebut sahaja burger, maka minda kita sepantas kilat akan memproses maklumat memberikan keputusan bahawa burger itu adalah burger Ramly. Jenama itu seolah-olah sudah melekat dan terbenam baik dalam pemikiran bawah sedar kita. Malahan burger Ramly ini cukup popular di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat, bangsa dan latar belakang. Pelopor gerai burger jalanan di Malaysia pastinya label Ramly Burger, sehingga hari ini, jenama ini menjadi pilihan kebanyakkan peniaga gerai burger jalanan menjadikan produk mereka sebagai bahan asas. Namun sajian dan ciptaan lain adalah resepi kreativiti seseorang peniaga itu sendiri untuk melazatkan lagi hidangan sebiji burger jalanan.
Ramai berpendapat burger yang dijual di tepi-tepi jalan oleh peniaga yang membuka gerai kecil adalah paling sedap berbanding di restoran ternama dan terkemuka. Daging, salad cincang, tomato, timun, dan sos dan tambahan telur untuk kategori ‘special’. Selain ‘special’, ada inovasi berlaku ke atas burger selepas itu. Mayonis dan bahan perasa lain ditambah memang membuatkan kita menjilat jari. Walau bagaimanapun, tahap kebersihan di setiap premis jualan makanan atau pengendali makanan itu adalah perkara utama yang perlu anda perhatikan. Selamat menjamu selera!