Si Comel Pasti Lebih Sihat Dengan 5 Pilihan Makanan Terbaik Khas Untuk Kucing

Si Comel Pasti Lebih Sihat Dengan 5 Pilihan Makanan Terbaik Khas Untuk Kucing
Haiwan Peliharaan


Jangan tidak tahu, kucing juga memerlukan diet yang sihat dengan pengambilan makanan berkualiti untuk kekal aktif dan tidak sakit. Sesetengah kucing yang tidak mendapat nutrisi baik makanan atau tidak terjaga soal pemakanannya, mudah sakit dan mengalami masalah pencernaan.

Sebab itulah, wujudnya pelbagai pilihan makanan kucing premium terbaik yang menggunakan sumber dari bahan-bahan berkualiti seperti campuran protein, pre dan probiotik, zat mineral dan vitamin yang tinggi. Sesetengahnya dijual dengan harga agak tinggi namun berbaloi untuk si manja. Jom lihat antara senarai jenama makanan kucing terbaik ada di pasaran kini;

Royal Canin

Royal Canin
Jenama ini adalah antara jenama yang dipercayai kerana ia menawarkan pelbagai jenis makanan kucing untuk keperluan, umur, saiz dan baka yang berbeza. Ia juga sesuai untuk anda yang mencari makanan kucing untuk kucing yang mempunyai masalah perut sensitif. Royal Canin dapat membantu untuk melancarkan pencernaan dan menjadikan si comel anda bebas dari masalah bulu bergumpal atau hairball. Teksturnya juga memudahkan kucing untuk makan dan dihadam dengan sempurna. Menariknya, makanan ini juga dapat membantu melindungi kucing anda daripada jangkitan kuman dan kutu.

Kelebihan

  • Sesuai untuk kucing dengan perut sensitif
  • Melancarkan pencernaan
  • Membantu masalah hairball
  • Mudah dihadam
  • Lindung kucing dari jangkitan kuman dan kutu

Kekurangan

  • Harga mahal

Spesifikasi

Jenama Royal Canin
Berat 0.4kg-10kg
Harga RM 22- RM 330

Whiskas

Whiskas
Jaranglah pencinta kucing tak kenal jenama ni. Silap-silap yang tak bela kucing pun kenal jenama Whiskas ni. Ia sangat popular dan menawarkan pelbagai makanan kucing kering dan basah untuk anak kucing serta kucing dewasa. Variasi makanan basahnya seperti Mackerel, Ocean fish, dan Mackerel dan Salmon adalah antara produk yang mendapat permintaan. Ia dilengkapi dengan 42 nutrien, vitamin A dan taurine untuk penglihatan yang baik.

Kelebihan

  • Dibuat dengan ikan segar dan disukai kucing
  • Pelbagai jenis variasi makanan basah dan kering
  • Dilengkapi 42 nutrien
  • Mengandungi vitamin A dan taurine
  • Harga berpatutan

Kekurangan

  • Corak dan warna setiap produk mengelirukan

Spesifikasi

Jenama Whiskas
Berat 70gram- 7kg
Harga RM 15- RM 68

Purina Pro Plan

Purina Pro Plan
Purina Pro Plan adalah salah satu daripada jenama makanan premium popular Purina. Ianya adalah makanan basah yang dilengkapi dengan nutrisi terbaik diperlukan kucing. Menariknya, produk ini tidak menggunakan sebarang jenis pewarna, perisa dan dan pengawet. Ia juga kaya dengan air dan serat yang membantu sistem pencernaan kucing kesayangan anda dalam menyerap nutrisi daripada makanan yang dimakan.

Kelebihan

  • Kaya dengan protein, serat dan air
  • Sesuai untuk kucing dengan masalah perut sensitif
  • Tanpa pengawet
  • Bahan-bahan premium

Kekurangan

  • Harga mahal
  • Tidak mudah ditemui di kedai haiwan

Spesifikasi

Jenama Purina
Berat sehingga 10kg
Harga RM250++

Power Cat

Power Cat
Produk ini juga semakin mendapat tempat di Malaysia. Power Cat dihasilkan dengan bahan semulajadi dan tanpa bahan pengawet, pewarna tiruan mahupun garam tambahan. Antara produk terbarunya adalah Super Premium Powercat dengan 4 varian menarik seperti Kitten Formula, Ocean Fish with Hokkaido scallops, Pacific Tuna dan Atlantic Salmon. Segalanya dirumus khas dengan pelbagai vitamin dan mineral bermanfaat untuk kesihatan kucing.

Kelebihan

  • Kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral
  • Tanpa pengawet, pewarna tiruan atau garam tambahan
  • Mudah cerna
  • Sumber protein yang baik
  • Bahan-bahan premium

Kekurangan

  • Pilihan kurang sikit berbanding dengan brand lain

Spesifikasi

Jenama Power Cat
Berat 1Kg-10kg
Harga RM16 – Rm 90++

BlackWood

BlackWood
Ia merupakan produk makanan kucing premium dengan pelbagai manfaat untuk kucing anda. Proses penyediaannya begitu eksklusif kerana dimasak perlahan dengan jumlah kecil untuk memastikan kesegarannya. Produk utama berunsurkan ayam mengandungi protein ayam semulajadi untuk otot tanpa lemak, omega 3 dan 6 untuk kesihatan kulit si manja serta vitamin dan mineral, taurine, asid amino dan pelbagai.

Kelebihan

  • Bahan premium
  • Kaya dengan nutrisi dan vitamin terbaik seperti omega 3 dan 6, taurine, asid amino
  • Tanpa pengawet dan pewarna tiruan
  • Mudah cerna
  • Sumber protein yang baik

Kekurangan

  • Harga agak mahal

Spesifikasi

Jenama BlackWood
Berat 6kg
Harga RM118++

Pilihan makanan di atas ini sesuai untuk anda yang benar-benar mahukan yang terbaik untuk si comel. Lebih-lebih lagi kucing yang sensitif dengan makanan yang diambil. Walaupun dijual dengan harga yang mahal, lebih mahal dari harga makanan manusia, namun ianya berbaloi dengan manfaat yang ada di dalamnya.

Memilih makanan kucing terbaik untuk haiwan kesayangan anda tidaklah semudah. Mereka mempunyai keperluan pemakanan yang berbeza pada peringkat yang berbeza dalam kehidupan mereka. Anak kucing membesar dengan cepat dalam masa yang singkat, memerlukan nutrien yang sesuai untuk menyokong pertumbuhan mereka tanpa merosakkan perut kecil mereka. Apabila mereka dewasa, keperluan mereka berubah. Apabila si comel menghampiri usia tua, keperluan mereka berubah lagi, jadi pemilik perlu memastikan kucing anda mendapat makanan kucing yang seimbang dan lengkap dengan semua nutrien yang diperlukan .



Related posts