12 Pilihan Pewangi Kenderaan Terbaik Di Malaysia 2022. Hilang Bau Hapak, Segar Sepanjang Pemanduan

12 Pilihan Pewangi Kenderaan Terbaik Di Malaysia 2022. Hilang Bau Hapak, Segar Sepanjang Pemanduan
Kereta dan motosikal


Wangian bukan sekadar membangkitkan semangat dan keceriaan, sebaliknya haruman membuatkan kita lebih berkeyakinan serta berada dalam keadaan selesa dan segar. Selain penggunaan pewangi pada badan, bau-bauan juga turut dijadikan sebagai ‘aksesori wajib’ dalam setiap pemilik kenderaan.

Pemilihan pewangi kenderaan yang tepat mengikut personaliti membantu mengimbangi emosi sepanjang hari ketika mengendali kenderaan. Penggunaan pewangi kereta adalah cara terbaik untuk mengembalikan ‘mood’ dan ketenangan di jalan raya akibat kesesakan jalan raya atau perjalanan yang jauh. Bila ‘mood’ seseorang itu baik, pemanduan juga akan sempurna dan lancar.

Menjadi satu kemestian setiap pemilik kenderaan inginkan kereta mereka sentiasa segar dan wangi. Antara sebab penggunaan pewangi kereta adalah untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan di dalam kereta seperti bau makanan, peluh pada kusyen kenderaan, atau lembapan pada karpet kaki. Antara 12 pewangi kenderaan terbaik di Malaysia untuk tahun 2022 menjadi pilihan ramai adalah seperti berikut.

VANZO Gentleman Series (Black Code) 70ml

VANZO Gentleman Series (Black Code) 70ml
VANZO jenama pewangi steril kesihatan merupakan pewangi yang dapat menyelesaikan masalah berbau dalam kereta dengan teknologi eksklusif. VANZO memperkenalkan siri pewangi kereta dengan penampilan mewah iaitu siri gentleman khusus buat lelaki VANZO Gentleman Series (Black Code) 70ml. VANZO Gentleman Series (Black Code) diperbuat daripada kulit PU buatan tangan sebagai penutup dan kaca pada bahagian botol.

Bau VANZO Gentleman Series (Black Code) memiliki bau campuran sitrus dan kayu yang segar seumpama daya tarikan lelaki kacak. Wangian siri baru juga dimodulasi sebanyak 132 kali sehingga jadi wangian istimewa. VANZO Gentleman Series (Black Code) menghapuskan bau yang tidak menyenangkan mengguna pakai teknologi canggih Odour Emulsion Filtering Technology (OEF) dari Jepun. VANZO Gentleman Series (Black Code) selamat untuk digunakan dan tidak membahayakan kesihatan mendapat pengiktirafan Sijil Antarabangsa SGS bebas dari bahan kimia bahaya.

Kelebihan VANZO Gentleman Series (Black Code)

  • Nyah bau hapak dengan formulasi Odour Emulsion Filtering Technology (OEF)
  • Reka bentuk menawan
  • Dimodulasi sebanyak 132 kali
  • Akuan Sijil Antarabangsa SGS bebas kimia

Kekurangan VANZO Gentleman Series (Black Code)

  • Menjadi sasaran produk tiruan

Spesifikasi VANZO Gentleman Series (Black Code)

Saiz & isipadu 70ml
Jangka Hayat 60 Hari
Harga RM39.90

L’ORIGINAL Car Fragrance 0.08oz

L'ORIGINAL Car Fragrance 0.08oz
L’ORIGINAL Car Fragrance 0.08oz pewangi kenderaan khas untuk individu bercita rasa mewah. Reka bentuk L’ORIGINAL Car Fragrance 0.08oz penuh bergaya, ergonomik dan dikagumi menggunakan aloi aluminium berteknologi tinggi terkini. Ia bebas kebocoran, tahan lasak dan mudah digunakan serta diisi semula. L’ORIGINAL Car Fragrance 0.08oz tersedia dalam lima jenis bauan terpilih iaitu Cool Black, Galaxy Silver, Royal Gold, Champagne Gold dan Rose Gold.

L’ORIGINAL Car Fragrance 0.08oz mendapat kerjasama dan sentuhan daripada pengeluar minyak wangi mewah terkemuka di seluruh UK dan Perancis. Wangian L’ORIGINAL Car Fragrance 0.08oz biasanya bertahan sehingga sebulan mengeluarkan wangian secara perlahan. L’ORIGINAL Car Fragrance 0.08oz diperakui oleh badan pewangi IFRA untuk memastikan ia mematuhi ujian keselamatan yang paling ketat dan bebas bahan kimia berbahaya.

Kelebihan L’ORIGINAL Car Fragrance 0.08oz

  • Reka bentuk mewah bergaya
  • Kejasama dengan pengeluar minyak wangi ternama
  • Bebas kebocoran
  • Tahan lasak
  • Perakauan IFRA

Kekurangan L’ORIGINAL Car Fragrance 0.08oz

  • Harga mahal
  • Isipadu sedikit

Spesifikasi L’ORIGINAL Car Fragrance 0.08oz

Saiz & isipadu 0.08oz
Jangka Hayat 30 Hari
Harga RM220

AMBI PUR Car Mini Clip Vanilla Bliss Car Air Freshener 2.2ml

AMBI PUR Car Mini Clip Vanilla Bliss Car Air Freshener 2.2ml

AMBI PUR adalah jenama wangian kereta popular di Malaysia dan mudah ditemui di pasaran. AMBI PUR Car Mini Clip Vanilla Bliss Car Air Freshener 2.2ml dibangunkan dengan teknologi penghapus bau yang luar biasa. Mampu bertahan hingga 30 hari, ekstrak Vanilla Bliss yang terkandung dalam pewangi kenderaan ini memberi haruman tenang dan kesegaran untuk ruangan dalam kenderaan. Selain itu AMBI PUR Car Mini Clip Vanilla Bliss Car Air Freshener 2.2ml mampu menyah bau yang kuat melekat pada kenderaan terutama bahagian kerusi dan karpet dengan pantas. Terdapat lapan haruman pilihan lain untuk AMBI PUR Car Mini Clip Car Air Freshener 2.2ml selain Vanilla Bliss iaitu seperti Lavender Comfort, Light Citrus, Thai Dragon Fruit, Sky Breeze, New Zealand Spring, Fresh Sky, Fresh & Fruity, Linen & Sky, dan Downy.

Kelebihan produk

  • Harga berpatutan
  • Terdapat 9 haruman pilihan
  • Hilang bau busuk dengan pantas
  • Mudah jumpai di pasaran

Kekurangan produk

  • Tidak sesuai diletakkan di tempat panas dan bersuhu tinggi
  • Memedihkan mata. Sekiranya bersentuhan dengan kulit atau mata, segera basuh dengan air.

Spesifikasi produk

Saiz & isipadu 2.2ml
Jangka Hayat 30 Hari
Harga RM9.80– RM11.90

Bath & Body Works Car Fragrance – GINGHAM 6ml

Bath & Body Works Car Fragrance - GINGHAM 6ml

Bath & Body Works, jenama haruman popular berasal dari Amerika Syarikat terkenal dengan barisan produk wangian dan penjagaan diri untuk lelaki dan wanita. Selain itu, jenama yang semakin diterima di Malaysia ini turut menawarkan pilihan produk berupa pewangi untuk kenderaan. Antara haruman yang menjadi pilihan tertinggi pengguna Bath & Body Works di seluruh dunia ialah GINGHAM. Bath & Body Works Car Fragrance – GINGHAM 6ml mengandungi ekstrak Freesia Biru, Peach Putih dan Clementine Segar, kombinasi ideal untuk pemanduan yang hebat! Walau bagaimanapun sebelum memilih untuk memiliki pewangi kenderaan daripada Bath & Body Works ini, pastikan anda mempunyai ‘Car Fragrance Holder’ nya terlebih dahulu untuk kegunaan kali pertama. Ada pelbagai bentuk dan tema rekaan ditawarkan mengikut cita rasa anda! Untuk bauan seterusnya, anda hanya perlu membeli pek isian semula pewangi kenderaan yang dijual berasingan.

Kelebihan produk

  • Ada puluhan pilihan bauan yang pelbagai untuk lelaki dan wanita
  • Tempoh bau haruman di dalam kenderaan tahan lama
  • Bau ekslusif dan mewah
  • Kandungan bahan pewangi kereta adalah selamat

Kekurangan produk

  • Car Fragrance Holder dijual berasingan
  • Harga tinggi di pasaran untuk pembelian kali pertama

Spesifikasi produk

Saiz & isipadu 6ml
Jangka Hayat 60 hari
Harga RM22

Little Trees Car Fragrance

Little Trees Car Fragrance

Little Trees Car Fragrance juga tidak kurang popular nya. Jika anda perasan, barisan produk wangian ini dijual di pelbagai lokasi dan premis perniagaan dari jalanan hingga ke gedung perniagaan besar seperti di pasar, kedai mamak, kedai runcit, kedai serbaguna, bengkel kereta, butik pakaian dan hotel. Pewangi kenderaan jenama Little Trees ini sangat terkenal di negara Amerika Syarikat dan Eropah selain dijual di 153 buah negara lain. Little Trees berbeza dengan jenama pewangi kenderaan lain kerana tidak berasaskan cecair, gel atau lilin selain terbukti selamat untuk pengguna. Datang dalam puluhan jenis bau serta fungsi, Little Trees Car Fragrance hanya perlu digantungkan sahaja dan haruman kekal tahan sehingga 7 minggu. Jenama ini juga sering menjadi pilihan pemilik kenderaan yang merokok kerana dapat menyerap bau busuk terutama bau asap rokok dalam kenderaan.

Kelebihan produk

  • Tidak berasaskan cecair yang mudah tumpah atau bocor
  • Hanya perlu digantungkan sahaja
  • Bau tahan lama
  • Harga murah

Kekurangan produk

  • Boleh merosakkan cat di papan pemuka jika tidak digantung dengan betul
  • Jenama sering menjadi sasaran produk palsu

Spesifikasi produk

Saiz & isipadu 4 inci
Jangka Hayat 7 minggu
Harga RM6.99 – RM14.50

GLADE Sensation Car Air Freshener – Jasmine 8g

GLADE Sensation Car Air Freshener – Jasmine 8g

Aroma bunga Jasmine daripada pewangi kenderaan GLADE Sensation Car Air Freshener – Jasmine 8g memberikan sentuhan wangian ekstrak bunga tahan lama dalam kenderaan anda sehingga 60 hari. Pewangi kenderaan ini membantu menghilangkan bau lembap dan hapak serta mengembalikan kesegaran ruang kereta dengan sangat pantas terutama pada hari hujan. Sama seperti jenama AMBI PUR, GLADE juga adalah jenama wangian kereta popular di Malaysia dan mudah ditemui di pasaran.

Kelebihan produk

  • Harga berpatutan
  • Menghilangkan bau hapak dan lembap ketika hujan
  • Mudah jumpai di pasaran
  • Ada isian semula yang lebih menjimatkan

Kekurangan produk

  • Tidak sesuai diletakkan di tempat panas dan bersuhu tinggi
  • Kebocoran cecair boleh menyebabkan warna konsol penghawa dingin lusuh

Spesifikasi produk

Saiz & isipadu 8g
Jangka Hayat 60 hari
Harga RM12.30

CARALL Dolly Kiss 1627 White Musk Car Air Freshener 60ml

CARALL Dolly Kiss 1627 White Musk Car Air Freshener 60ml

Pewangi kenderaan jenama CARALL Dolly Kiss 1627 White Musk Car Air Freshener 60ml pernah tular di sosial media dan laku di pasaran e-dagang dek haruman baunya yang ‘lekat’ wangi selama 24 jam. Selain 1627 White Musk, siri CARALL Dolly Kiss datang dalam dua jenis bauan lagi iaitu 1626 Floral Sexy dan 1628 Sexy Rich yang turut berbau lembut, harum dan mendamaikan sesuai untuk pemilik kenderaan wanita. Produk buatan Jepun ini tahan lama sehingga 60 hari kerana teksturnya berbentuk gel dan bukan cecair. CARALL Dolly Kiss 1627 White Musk Car Air Freshener 60ml tidak mudah cair jika kenderaan diletakkan di tengah panas dan bertindak sebagai agen penghapus segala bauan.

Kelebihan produk

  • Berbau lembut sesuai untuk kenderaan wanita
  • Tahan lama dan tidak mudah cair
  • Harga berpatutan untuk bau mewah
  • Pilihan bau harum lain 1626 Floral Sexy dan 1628 Sexy Rich

Kekurangan produk

  • Sukar ditemui di pasaran
  • Jenama sering menjadi sasaran produk palsu

Spesifikasi produk

Saiz & isipadu 60ml
Jangka Hayat 60 hari
Harga RM23.90-RM25.90

Meguiar’s Air Re-Fresher 57g

Meguiar's Air Re-Fresher 57g

Bagi pemilik kenderaan berkapasiti besar seperti van, SUV, pacuan empat roda dan lori, pewangi jenama Meguiar’s Air Re-Fresher 57g sangat familiar buat mereka. Produk ini juga pernah tular di media sosial kerana keberkesanannya menghilangkan bau yang kurang menyenangkan atau terlampau busuk. Untuk kenderaan biasa seperti kereta juga disarankan menggunakan khidmat kepakaran si Meguiar’s Air Re-Fresher 57g kerana mampu menyegarkan keseluruhan kereta dan menghilangkan bau yang sangat tidak menyenangkan seperti bau durian atau bau bangkai. Pewangi kenderaan ini tidak perlu diletakkan di dalam kenderaan sepanjang masa, hanya biarkan semburan secara automatik selama 15 minit dengan tingkap dan pintu ditutup tanpa penumpang. Kemudian buka kenderaan anda selama 15 minit lagi dan hasilnya akan mula dirasai.

Kelebihan produk

  • Wangian tahan lama
  • Bukan untuk kegunaan harian, cukup beberapa kali rutin semburan
  • Menghilangkan bau busuk yang ketara dalam ruang kenderaan
  • Berbaloi untuk kenderaan besar seperti van, SUV, pacuan empat roda dan lori

Kekurangan produk

  • Harga mahal dipasaran
  • Tempat meletakkan pewangi ini perlukan ruang rata yang besar

Spesifikasi produk

Saiz & isipadu 57g
Jangka Hayat Tahan sehingga 60 hari bergantung kepada penggunaan
Harga RM46.75

Refresh Your Car! Dual-Scent Oil Diffuser Fresh Strawberry & Cool Lemonade Scented Gel 71g

Refresh Your Car!  Dual-Scent Oil Diffuser Fresh Strawberry & Cool Lemonade Scented Gel 71g

Refresh Your Car! jenama pewangi kenderaan dari Amerika Syarikat menawarkan kelainan kepada pemilik kenderaan yang sering berdepan dengan cuaca panas dan lembap yang memberi kesan kepada pemanduan setiap hari. Wangian segarnya mampu bertahan lama seharian sehingga 30 hari. Refresh Your Car ditawarkan dalam empat jenis format berbeza namun dalam bauan yang sama iaitu jenis stik melintang, klip mini, dua haruman dan tin gel. Selain Refresh Your Car! Dual-Scent Oil Diffuser Fresh Strawberry & Cool Lemonade Scented Gel 71g, terdapat tiga lagi pilihan haruman untuk dipilih seperti Alpine & Summer; Pina & Mango Mandari; dan New Car & Cool Breez.

Kelebihan produk

  • Harga murah dipasaran
  • Sesuai untuk semua pemilik kenderaan lelaki atau wanita
  • Datang dalam dua bauan untuk satu pewangi
  • Mudah didapati di pasaran

Kekurangan produk

  • Tidak sesuai diletakkan di tempat panas dan bersuhu tinggi
  • Untuk pakai dan buang. Tiada refill

Spesifikasi produk

Saiz & isipadu 71g
Jangka Hayat 30 hari
Harga RM5-RM7.90

Dexandra Blooming Forest Air Freshener 10ml

Dexandra Blooming Forest Air Freshener 10ml

Dexandra Blooming Forest Air Freshener 10ml produk pewangi kenderaan keluaran tempatan menjadi pilihan ramai kerana bebas methanol. Seratus peratus ekstrak haruman intipatinya diimport dari Perancis dan tidak mengandungi bahan yang membahayakan pengguna kenderaan. Melalui portal rasmi jenama ini, baunya juga dipercayai dapat meningkat dan merangsang sistem otak. Dexandra Blooming Forest Air Freshener 10ml merupakan antara 10 haruman pilihan tertinggi pengguna Dexandra kerana mampu bertahan sehingga 45 hari. Bau Blooming Forest amat segar, tenang dan lembut seperti berada di puncak gunung. Pilihan bau wangian lain seperti Vanilla Fresh, Cupcake Cream,Coffee Warm, Passion Fine, Passion Fruit, Fiesta Vienna, Roasted Caramel, Rose Forest, dan Violet Ocean.

Kelebihan produk

  • Harga berpatutan
  • Baunya dapat meningkat dan merangsang sistem otak
  • Wangiannya tahan sehingga 45 hari
  • Ekstrak haruman intipatinya diimport dari Perancis

Kekurangan produk

  • Tidak sesuai diletakkan di tempat panas dan bersuhu tinggi
  • Kebocoran cecair boleh menyebabkan warna konsol penghawa dingin lusuh

Spesifikasi produk

Saiz & isipadu 10ml
Jangka Hayat 45 hari
Harga RM10

Farcent Green Scented Leaf Car Air Vent Perfume 7ml

Farcent Green Scented Leaf Car Air Vent Perfume 7ml

Bagi pencinta alam menghijau, pewangi kenderaan Farcent Green Scented Leaf Car Air Vent Perfume 7ml sangat sesuai untuk diletakkan dalam kereta anda! Produk pewangi kenderaan popular dari negara Taiwan ini memberikan rasa kesegaran dalam setiap ruang kabin daripada bau busuk dan hapak sehingga 4 ke 6 minggu. Reka bentuk sehelai daun memberi nilai tambah pada pemandangan dalaman kenderaan anda.

Kelebihan produk

  • Berbau segar dedaun hijau
  • Tahan sehingga 4 ke 6 minggu
  • Harga berpatutan
  • Haruman sesuai untuk semua pemilik kenderaan lelaki atau wanita

Kekurangan produk

  • Bekas cecair mudah terbuka
  • Tidak sesuai diletakkan di tempat panas dan bersuhu tinggi

Spesifikasi produk

Saiz & isipadu 7ml
Jangka Hayat 4 hingga 6 minggu
Harga RM16.90

100% Organic Air Fresheners Coffee Bali 20g

100% Organic Air Fresheners Coffee Bali 20g

Ketika musim durian saban tahun, tidak sah jika kenderaan tidak melekat bau raja buah ini. Sehari dua mungkin masih boleh diterima bau tersebut ada dalam kenderaan, namun jika berhari-hari pasti memualkan pemandu dan penumpang kenderaan. Jangan tidak tahu, pewangi kenderaan diberi nama 100% Organic Air Fresheners Coffee Bali 20g bukan hanya digilai peminat aroma kopi namun sangat laris bak pisang goreng panas ketika musim durian baru-baru ini. Pewangi kenderaan diperbuat daripada biji kopi terpilih, tiada bahan kimia, 100% organik dan semulajadi ini tular di media sosial dek keberkesanannya menghilang bau kurang menyenangkan terutama bau durian dan juga asap rokok. Sifat higroskopis kopi pada 100% Organic Air Fresheners Coffee Bali 20g menyerap setiap molekul gas dan air di udara, mengurangkan bau yang tidak menyenangkan.

Kelebihan produk

  • Tiada bahan kimia
  • 100% organik dan semula jadi
  • Menyerap bau busuk seperti asap rokok dan durian
  • Harga murah

Kekurangan produk

  • Bau tidak tahan lama hanya untuk 3 minggu pertama
  • Sukar ditemui di kedai biasa selain pasaran e-dagang

Spesifikasi produk

Saiz & isipadu 20g
Jangka Hayat 3 minggu
Harga RM5.80

Setiap pemilik kenderaan mempunyai cita rasa penggunaan pewangi kenderaan berbeza. Kandungan bahan semula jadi seperti buah-buahan dan tumbuhan hijau seringkali dijadikan haruman untuk pewangi kenderaan kerana mampu memberikan mood segar. Ekstrak bunga-bungaan seperti mawar dan lavender pula mampu memberi kesan haruman lebih memikat, tenang dan romantik. Penggunaan sandalwood memberikan kesan haruman yang maskulin dan bergaya, lebih sesuai untuk kenderaan milik seorang lelaki berbanding wangian berasaskan bunga. Sekiranya anda seorang yang yakin dan feminin haruman flora pasti menyerlahkan keyakinan ketika pemanduan.

Sebaik sahaja masuk ke dalam kenderaan, penyaman udara di pasang, haruman daripada pewangi pasti menusuk hidung dan segenap ruang. Namun, adakah anda sedar ada setengah-setengah produk pewangi kenderaan mempunyai kandungan yang sangat bahaya dan tidak baik untuk kesihatan? Oleh itu jangan lupa untuk memeriksa setiap kandungan bahan pewangi kenderaan terlebih dahulu sebelum membeli. Pastikan anda memilih pewangi kenderaan yang dijual di pasaran dengan jenama yang selamat dan dipercayai.



Related posts