Usah Biarkan Bibir Merekah! Ini 10 Jenama ‘Lip Balm’ Terbaik Wajib Cuba

Usah Biarkan Bibir Merekah! Ini 10 Jenama ‘Lip Balm’ Terbaik Wajib Cuba
Kesihatan dan kecantikan


Perasan tak, bila dah make up cantik-cantik, pakai blusher, eyeliner, dan tiba masa nak pakai lipstick, bibir pula merekah! Lipstick pada bibir yang merekah? No way! Ramai sebenarnya terlepas pandang soal penjagaan bibir ni. Sebab itulah perlunya memakai pelembab bibir atau lebih popular dengan panggilan ‘lip balm’.

Jangan salah sangka, pelembab bibir ni bukan hanya berfungsi untuk melembabkan bibir sahaja. Sesetengah lip balm mampu memberi manfaat lain antaranya perlindungan daripada sinaran UV dan merawat bibir yang gelap. Sebab itulah sebagai pengguna, anda perlu tahu apa kelebihan dan kekurangan setiap produk pelembab bibir yang ada di pasaran.

Jangan pening, jom lihat antara senarai pilihan lip balm terbaik untuk anda cuba.

Burt’s Bees Tinted Lip Balm

Burt’s Bees Tinted Lip Balm

Pelembab bibir keluaran Burt’s Bees ini datang dengan beberapa pilihan warna disamping memberi kelembapan penuh pada bibir anda. Istimewanya pelembab bibir ini, ia diperbuat daripada ramuan semulajadi seperti madu lebah, ekstrak tumbuh-tumbuhan dan mentega shea. Ia dikatakan mampu memberi kelembapan pada kulit bibir sehingga 8 jam lamanya.

Kelebihan

  • Pilihan warna menarik
  • Tiada parabens
  • Kelembapan sehingga 8 jam
  • Kandungan berunsurkan bahan semulajadi
  • Sesuai untuk kegunaan seharian

Kekurangan

  • Harga agak mahal

Spesifikasi

Saiz 4.25g
Jenis / warna Hibiscus, Zinnia, Red Dahlia, Rose, Pink Blossom, Sweet Violet
Kandungan Anti-oxidants, Fragrance-free, Paraben-free, Sulphate-free, Vitamins, AHAs,Cocos Nucifera (Coconut) Oil, Olus (Vegetable Oil, Huile Vegetale), Cera Alba (Beeswax, Cire D’abeille), Olea Europaea (Olive) Fruit Oil, Candelilla Cera (Euphorbia Cerifera Wax, Cire De Candelilla), Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil, Aroma (Flavor)*, Lanolin, Butyrospermum Parkii (Shea) Butter, Ricinus Communis (Castor) Seed Oil, Cananga Odorata Flower Wax, Jasminum Officinale (Jasmine) Flower Wax, Ammonium Glycyrrhizinate, Tocopherol, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Glycine Soja (Soybean) Oil, Canola Oil (Huile De Colza). May Contain: Alumina, Ci 77891 (Titanium Dioxide), Ci 75470 (Carmine), Ci 77491, Ci 77492, Ci 77499 (Iron Oxides). *Natural Flavor
Harga RM54

Vaseline Lip Therapy Rosy

Vaseline Lip Therapy Rosy

Jenama Vaseline boleh dikatakan agak popular dalam kalangan rakyat Malaysia dek kerana harganya yang mampu milik dan pelbagai rangkaian produknya di pasaran tempatan. Vaseline Lip Therapy Rosy ini mempunyai aroma bunga ros dengan formulasi khas melembapkan bibir dengan sedikit warna merah yang lembut.

Kelebihan

  • Kelembapan berpanjangan
  • Aroma bunga ros
  • Memberi sedikit warna merah pada bibir
  • Mudah didapati
  • Harga mampu milik

Kekurangan

  • Cara pemakaian kurang praktikal / bersih menggunakan jari atau spatula kecil

Spesifikasi

Saiz 7g
Jenis/Warna Merah
Kandungan Petrolatum, Flavor, Red 30 Lake, Yellow 5 Lake
Harga RM 14.30

NIVEA Lip Ultra Care & Protect Caring Lip Balm

NIVEA Lip Ultra Care & Protect Caring Lip Balm

Bukan hanya melembapkan bibir, NIVEA Lip Ultra Care & Protect Caring Lip Balm juga mampu melindungi bibir dari sinaran UVA dan UVB yang berbahaya dan mengelakkan bibir hitam. Ia dirumus dengan SPF 30 dan diuji secara dermatologi. Dengan kandungan minyak jojoba dan shea butter, ianya memastikan bibir anda lembap sentiasa sehingga 24 jam.

Kelebihan

  • Mengandungi SPF30
  • Aroma yang menyenangkan
  • Melindungi bibir dari sinaran UV
  • Melindungi bibir menjadi gelap
  • Diuji secara dermatologi
  • Perlindungan sehingga 24 jam

Kekurangan

  • Tiada pilihan warna

Spesifikasi

Saiz 4.8g
Jenis/Warna Tiada pilihan warna
Kandungan Octyldodecanol, Ricinus Communis Seed Oil, Hydrogenated Rapeseed Oil, Cera Alba, Homosalate, Octocrylene, Cetyl Palmitate, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Ethylhexyl Salicylate, Cetyl Ricinoleate, Bis-Diglyceryl Polyacyladipate-2, Cetearyl Alcohol, Butyrospermum Parkii Butter, Persea Gratissima Oil, Simmondsia Chinensis Seed Oil, Tocopheryl Acetate, BHT, Limonene, Geraniol, Linalool, Benzyl Alcohol, Parfum, CI 77891, CI 77492
Harga RM 11.29

Sebamed Lip Defense Triple Protection SPF 30

Sebamed Lip Defense Triple Protection SPF 30

Kadang-kala dengan minum air secukupnya tidak cukup untuk menjaga kelembapan bibir. Lebih-lebih lagi jika anda selalu terdedah kepada cahaya terik matahari. Seperti mana kulit muka memerlukan krim perlindungan sinaran UV matahari, begitu juga bibir anda. Perlindungan terbaik daripada Sebamed Lip Defense Triple Protection SPF 30 dapat melindungi bibir daripada kerosakan serta luka akibat terlalu kering. Ia diperkaya dengan minyak jojoba dan vitamin E untuk merawat bibir anda agar kekal sihat, cerah dan lembap.

Kelebihan

  • Mengandungi minyak jojoba dan vitamin E
  • SPF30 melindungi dari sinaran UV
  • Sesuai untuk bibir sensitif
  • Melindungi bibir dari menjadi gelap

Kekurangan

  • Tiada pilihan warna

Spesifikasi

Saiz 4.8g
Jenis/Warna Tiada warna
Kandungan Caprylic/Capric/Succinic Triglyceride, Cera alba, Isoamyl p-Methoxycinnamate, Ricinus communis oil, Caprylic/ Capric Triglyceride, Ethylhexyl Salicylate, Tocopheryl Acetate, C12-15 Alkyl Benzoate, Oryza Sativa Bran Wax, Simmondsia Chinensis Seed Oil, Glyceryl Ricinoleate, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Bisabolol, Parfum.
Harga RM 13.52

Fresh Sugar Tinted Lip Treatment Sunscreen

Fresh Sugar Tinted Lip Treatment Sunscreen

Pilihan lip balm daripada Fresh ini sungguh menarik kerana ia mempunyai pelbagai jenis warna. Ia juga didatangkan dengan perlindungan SPF 15 dan khasiat tambahan yang mampu membuatkan bibir anda segar dan sihat. Sesetengah pilihan warnanya akan menampakkan bibir anda seakan mempunyai warna semula jadi merah jambu.

Kelebihan

  • Diperkaya dengan vitamin C dan E
  • Melindungi bibir daripada sinaran UV
  • Warna yang ketara pada bibir
  • Memberi kelembapan pada bibir berpanjangan
  • Bebas paraben

Kekurangan

  • Harga yang mahal

Spesifikasi

Saiz 4.3g
Jenis/Warna 13 jenis warna berbeza
Kandungan Clean at Sephora, Hyaluronic Acid, Paraben-free, Sulphate-free
Octinoxate (Ethylhexyl Methoxycinnamate): 7.49%, Oxybenzone (Benzophenone-3): 2.00% Other Ingredients: Beeswax (Cera Alba), Ricinus Communis (Castor) Seed Oil, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Hydrogenated Olive Oil Decyl Esters, Vitis Vinifera (Grape) Seed Oil, Fragrance (Parfum), Copernicia Cerifera (Carnauba) Wax, Triticum Vulgare (Wheat) Germ Oil, Limnanthes Alba (Meadowfoam) Seed Oil, Persea Gratissima (Avocado) Oil, Limonene, Citral, Sucrose Tetrastearate Triacetate, Benzyl Benzoate, Linalool, Prunus Armeniaca (Apricot) Kernel Oil, Benzyl Alcohol, BHT, Retinyl Palmitate, Ascorbyl Tetraisopalmitate, Tocopherol, Ribes Nigrum (Black Currant) Seed Oil, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil, Geraniol, Citronellol, Ascorbyl Palmitate.
Harga RM103

Maybelline New York Baby Lip Love Color Pink

Maybelline New York Baby Lip Love Color Pink

Jenama Maybelline memang terkenal dengan pelbagai barangan alat kosmetik dan sangatlah mudah untuk didapati. Pergi sahaja ke mana-mana drugstore seperti Watsons atau Guardian, pasti ada produk Maybelline ni. Untuk perlindungan bibir, Baby Love Color Pink dikatakan mampu memberikan kelembapan sehingga lapan jam lamanya. Ia juga dapat membantu menonjolkan warna bibir anda agar ia lebih berseri dan sihat.

Kelebihan

  • Harga mampu milik
  • Melembutkan bibir
  • Memberi kelembapan sehingga 8 jam
  • Memberi warna merah semulajadi pada bibir

Kekurangan

  • Hanya 2 pilihan warna

Spesifikasi

Saiz 4.5g
Jenis/Warna Pink
Kandungan POLYBUTENE, OCTYLDODECANOL, ISOPROPYL MYRISTATE, ETHYLHEXYL METHROXYCINNAMATE, OZOKERITE, PETROLATUM, DIISOSTEARYL MALATE, VP/HEXADECENE COPOLYMER, CERESIN, ETHYLHEXYL SALICYLATE, PARAFFIN, TRIMETHLOLPROPANE TRIISOSTEARATE, CANDELLILA CERA / CANDELLILA WAX, SILICA DIMETHYL SILYLATE, POLYETHYLENE, POLYGLYCERYL – 2 TRIISOSTEARATE, TOCOPHERYL ACETATE, PARFUM / FRAGRANCE, JOJOBA ESTERS, BENZYL BENZOATE, BHT, BISABOLOL, BENZYL ALCOHOL, ETHYLHEXYL PALMITATE, DIPALMITOYL HYDROXYPROLINE, CARTHAMUS TINCTORIUS OIL / SAFFLOWER SEED OIL, HEXYL CINNAMAL, LINALOOL, IRVINGIA GABONENSIS KERNEL BUTTER, SYNTHETIC FLUORPHLOGOPITE, TRIBEHENIN, VACCINIUM ANGUSTIFOLIUM (BLUEBERRY) FRUIT EXTRACT, SILICA, HYDROGENATED COCO-GLYCERIDES, LUFFA CYLINDRICA / LUFFA CYLINDRICA SEED OIL, SORBITAN ISOSTEARATE, TIN OXIDE, PALMITOYL OLIGOPEPTIDE,[+/- MAY CONTAIN; CI 77891 / TITANIUM DIOXIDE, MICA, CI 15850 / RED 6, CI 15850 / RED 7 LAKE, CI 45410 / RED 28, CI 15985 / YELLOW 6 LAKE, CI 75470 / CARMINE, CI 77491, CI 77492 / IRON OXIDES, CL 77120 / BARRIUM SULFATE, CI 77510 / FERRIC FERROCYANIDE].(F.I.L. B38401/2)
Harga RM10.45

Kiehl’s Facial Fuel No-Shine Moisturizing Lip Balm

Kiehl's Facial Fuel No-Shine Moisturizing Lip Balm

Perlindungan bibir bukan hanya untuk kaum wanita, lelaki juga mengalami masalah bibir kering hingga merekah. Bezanya, kebanyakkan lelaki kurang ambil peduli sehinggalah ia menjadi teruk. Pelembab bibir jenama Kiehl’s ini dikhaskan untuk kaum lelaki dengan rumusan tanpa kilat di bibir. Tidaklah segan bila ‘bro’ nak pakai nanti. Kemasan ‘matte finish’ selepas memakai lip balm ini seakan anda tidak memakai apa-apa pada bibir. Yang penting, bibir terjaga.

Kelebihan

  • Dikhaskan untuk lelaki
  • Tanpa kesan kilat
  • Rumusan ‘matte finish’
  • Kelembapan berpanjangan
  • Mudah untuk diguna

Kekurangan

  • Harga agak mahal

Spesifikasi

Saiz 4.4g
Jenis/Warna Tiada warna
Kandungan Squalane, Ethexyl Palmitate, Cera Microcristalina wax, Polyethylene, Isopropyl Palmitate, Prunus Armeniaca, Kernel Oil, Aricot kernel oil, Shea Butter, Ozokerite, Mentha piperita oils, Jojoba butter, Almond oils, Sodium saccharin, Limonene
Harga RM42 – RM66

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

Tidur dengan Laneige Lip Sleeping Mask dan bangun dengan bibir yang lembut dan gebu. Anda juga boleh gunakan ia sebagai pelembab bibir seharian untuk perlindungan terbaik. Formulanya juga mempunyai vitamin C, Shea butter dan hyaluronic asid yang sememangnya bagus untuk kulit.

Kelebihan

  • Membersihkan sel kulit mati
  • Kelembapan sepenuhnya
  • Bebas paraben
  • Bauan yang wangi
  • Ramuan berkualiti tinggi

Kekurangan

  • Mengandungi alkohol
  • Berminyak dan kurang sesuai untuk kulit alergi

Spesifikasi

Saiz 20g
Jenis/Warna Berry
Kandungan Diisostearyl Malate, Hydrogenated Polyisobutene, Phytosteryl/Isostearyl/Cetyl/Stearyl/Behenyl Dimer Dilinoleate, Hydrogenated Poly(C6-14 Olefin), Polybutene, Microcrystalline Wax, Butyrospermum Parkii (Shea) Butter, Synthetic Wax, Euphorbia Cerifera (Candelilla) Wax, Sucrose Tetrastearate Triacetate, Butylene/Ethylene/Styrene Copolymer, Ethylene/Propylene/Styrene Copolymer, Astrocaryum Murumuru Seed Butter, Dimethicone, Polyglyceryl-2 Diisostearate, Dehydroacetic Acid, Methicone, Copernicia Cerifera (Carnauba) Wax, Polyglyceryl-2 Triisostearate, Polyhydroxystearic Acid, Water, Potassium Alginate, Glycerin, Propanediol, Alcohol, Chenopodium Quinoa Seed Extract, Vaccinium Angustifolium (Blueberry) Fruit Extract, Coffea Arabica (Coffee) Seed Extract, Lycium Chinense Fruit Extract, Sapindus Mukurossi Fruit Extract, Vaccinium Macrocarpon (Cranberry) Fruit Extract, Fragaria Chiloensis (Strawberry) Fruit Extract, Rubus Idaeus (Raspberry) Fruit Extract, Rubus Chamaemorus Seed Extract, Magnesium Sulfate, Calcium Chloride, Sodium Hyaluronate, Beta-Glucan, Manganese Sulfate, Zinc Sulfate, Ascorbyl Glucoside, Fragrance+/-CI 15850, CI 15850:1, CI 45410:1, CI 45380:2, CI 45380, CI 45410, CI 17200, CI 12085, CI 19140, CI 15985, CI 47005, CI 42090, Titanium Dioxide, CI 77499, CI 77491, Mica
Harga RM75

Link Sephora: https://www.sephora.my/products/laneige-lip-sleeping-mask/v/berry

Mentholatum Kitty Cat Therapy Lip Balm

Mentholatum Kitty Cat Therapy Lip Balm

Ianya mengandungi SPF 15 yang mampu melindungi bibir anda daripada sinaran berbahaya UV. Untuk anda yang gemarkan efek segar, Mentholatum Kitty Cat Therapy Lip Balm adalah pilihan terbaik kerana ia mempunyai rasa sejuk atau berangin pada bibir ketika memakainya. Produk ini turut diformulasi dengan ramuan bersifat anti-keradangan seperti Minyak Daun Eucalyptus Globulus dan Minyak daun Pinus Sylvestris.

Kelebihan

  • Mengandungi SPF15
  • Mengelakkan bibir menjadi hitam
  • Melegakan iritasi pada kulit bibir
  • Melindungi dan melembapkan bibir
  • Rasa sejuk Menthol pada bibir

Kekurangan

  • Tidak berwarna

Spesifikasi

Saiz 3.5g
Jenis/Warna Tiada warna
Kandungan Mineral Oil, Ozokerite, Petrolatum, Ethylhexy Methoxycinnamate, EthylhexySalicylate, Lanolin, Menthol, Camphor, Methyl Salicylate, Eucalyptus Globulus Leaf Oil,Pinus Sylvestris Leaf Oil
Harga RM 11 – RM 14.90

Innisfree Canola Honey Lip Balm Intensive Moisture

Innisfree Canola Honey Lip Balm Intensive Moisture

Produk ini mengandungi ekstrak madu Canola jeju dan minyak bunga matahari bagi membantu bibir anda menyerap nutrien penting agar bibir sentiasa segar dan lembap. Produk Innisfree ni memang terkenal di Korea dan pelbagai rangkaian produk kecantikannya dijual di Malaysia. Ia juga sesuai untuk anda yang mempunyai bibir sensitif.

Kelebihan

  • Membantu mencegah kulit bibir kering
  • Ramuan istimewa madu canola Jeju dan minyak bunga matahari
  • Sapuan menyerap dengan baik
  • Sesuai untuk kegunaan harian
  • Harga mampu milik

Kekurangan

  • Harga sedikit mahal untuk saiz yang kecil

Spesifikasi

Saiz 3.5g
Jenis/Warna Tiada warna
Kandungan PETROLATUM, POLYGLYCERYL-2 TRIISOSTEARATE, DIISOSTEARYL MALATE, MINERAL OIL, JOJOBA ESTERS, HYDROGENATED POLYISOBUTENE, MEADOWFOAM DELTA-LACTONE, POLYETHYLENE, MICROCRYSTALLINE WAX, PHYTOSTERYL HYDROXYSTEARATE, HYDROGENATED COCO-GLYCERIDES, EUPHORBIA CERIFERA (CANDELILLA) WAX, MANGIFERA INDICA (MANGO) SEED BUTTER, CERESIN, PRUNUS AMYGDALUS DULCIS (SWEET ALMOND) OIL, TRIHYDROXYSTEARIN, PHENOXYETHANOL, CAPRYLYL GLYCOL, TOCOPHERYL ACETATE, CAMELLIA JAPONICA SEED OIL, SIMMONDSIA CHINENSIS (JOJOBA) SEED OIL, GLYCERYL CAPRYLATE, CAMELLIA SINENSIS LEAF EXTRACT, HONEY EXTRACT, CITRUS UNSHIU PEEL EXTRACT, OPUNTIA COCCINELLIFERA FRUIT EXTRACT, ORCHID EXTRACT, CAMELLIA JAPONICA LEAF EXTRACT, BRASSICA NAPUS SEED OIL, FRAGRANCE
Harga RM 25 – RM 28

Bibir yang kering bukan sahaja mencacatkan solekan atau penampilan anda, malah ianya juga menyakitkan jika tidak dirawat. Kenalpasti terlebih dahulu jenis kulit bibir anda sebelum membeli lip balm ni okay? Selamat mencuba!

Ramai terlepas pandang kepentingan SPF dalam produk wajah juga bibir. Jika anda seorang yang aktif dan kerap terdedah pada sinaran matahari, pilih produk yang mengandungi kandungan SPF tinggi untuk perlindungan terbaik.



Related posts