Lebih Lentik, Lebih Volume Dengan 5 Pilihan Maskara Paling Best 2022 Ini

Lebih Lentik, Lebih Volume Dengan 5 Pilihan Maskara Paling Best 2022 Ini
Kesihatan dan kecantikan


Solekan tanpa maskara ibarat bunga tanpa kumbangnya, langit tanpa awannya. Ibarat tidak lengkap solekan tanpa sentuhan magis maskara ini. Ia bertujuan untuk melentikkan lagi bulu mata agar solekan wajah lebih menyerlah dan berseri.

Biasalah kalau bahagian mata diberi tumpuan lebih dalam solekan kerana mata merupakan antara tarikan utama pada wajah kita. Justeru pemilihan maskara yang betul dan bersesuaian adalah penting. Sesetengah maskara mempunyai fungsi kalis air dan dikhaskan untuk pemakaian tempoh yang lama.

Apa yang penting dalam pemilihan maskara ini adalah efek lentik dan memanjangkan bulu mata namun ia harus terlihat semula jadi, itu yang dicari-cari ramai gadis di luar sana. Jom lihat beberapa jenis maskara terbaik ada di pasaran Malaysia ini.

Maybelline Lash Sensational Sky High Mascara

Maybelline Lash Sensational Sky High Mascara
Siapa rajin layan Tiktok dan minat make up mesti selalu nampak review produk ini di fyp anda kan? Maybelline Sky High Mascara ini agak viral di media sosial dan antara produk terlaris Maybelline. Sesuai untuk wanita Asia yang kebanyakannya memiliki bulu mata pendek dan tipis, maskara ini dikatakan mampu menonjolkan lagi kewujudan bulu mata anda. Ianya kalis air dan sesuai untuk penggunaan tempoh yang lama.

Maskara ini mampu memberikan volum penuh dan panjang tanpa had. Berus maskara Flex Tower yang eksklusif bertujuan untuk memudahkan pemakaian. Sesuai untuk mata sensitif dan anda yang sering menggunakan contact lense.

Kelebihan

  • Efek bulu mata lebih lebat dan panjang
  • Sesuai untuk mata sensitif
  • Sesuai untuk pengguna contact lense
  • Kalis air
  • Jenama popular

Kekurangan

  • Sukar didapati kerana selalu sold out

Spesifikasi

Jenama produk Maybelline
Warna Hitam
Kalis air Ya
Harga RM 62

LENTIK by SO.LEK

LENTIK by SO.LEK
Ia merupakan jenama buatan lokal Malaysia yang terkenal dengan produk solekan dan kecantikan. Maskaranya dikatakan mampu memberi efek lentik semulajadi dan ketebalan bulu mata hanya dengan beberapa sapuan. Formulanya juga ringan serta tidak melekit sesuai untuk pemakaian sepanjang hari. Khas untuk anda yang mahukan seolekan lebih natural, ini adalah pilihan bijak. Kebanyakkan produk SO.LEK adalah mesra wuduk tau.

Kelebihan

  • Corkscrew membolehkan liputan maksimum untuk mencapai volum maksimum!
  • Efek bulu mata panjang
  • Mudah digunakan
  • Mudah dikeluarkan
  • Lebih ringan
  • Tidak bergumpal
  • Tanpa paraben
  • Bebas dari kekejaman

Kekurangan

  • Tidak dijual di drugstore biasa
  • Selalu sold out

Spesifikasi

Jenama produk LENTIK by SO.LEK
Warna Hitam
Kalis air Ya
Harga RM 25 – RM 39

RMS Straight Up™ Volumizing Peptide Mascara

RMS Straight Up™ Volumizing Peptide Mascara
Maskara ini menggunakan campuran bahan hidup yang kuat untuk menghasilkan bulu mata yang lebat, penuh, panjang, manakala pro peptides membantu menguatkan, melebatkan dan menyuburkan bulu mata yang kelihatan lebih sihat. Maskara ini adalah smudge-free dan mampu bertahan sehingga 12 jam penggunaan lamanya.

Kelebihan

  • Mampu bertahan hingga 12 jam
  • Smudge-free dan terasa ringan
  • Mengandungi bahan istimewa pro peptides
  • Menyuburkan bulu mata
  • Dibuat daripada bahan selamat dan tidak memberi kesan pada kesihatan dan alam sekitar

Kekurangan

  • Tidak dijual di drugstore biasa
  • Harga sangat mahal

Spesifikasi

Jenama produk RMS
Warna Hitam
Kalis air Ya
Harga RM 135

L’oreal Curl Impact Collagen Mascara

L'oreal Curl Impact Collagen Mascara
Siapalah yang tak pernah dengar nama brand L’oreal ni kan? Menarik produk kali ini adalah ia dicipta dengan inovasi berus rekaannya yang mampu mencapai dua sisi bulu mata untuk mencipta keseimbangan volum serta kelentikan bulu mata yang sempurna. Loreal Curl Impact Collagen Mascara direka dengan formula Collagen + Curl Fixing Complex mampu bertahan hingga 24 jam. Ia juga mampu memberikan 13 kali ganda volum dan kelentikan . Maskara ini juga adalah kalis air dan boleh ditanggalkan menggunakan air suam.

Kelebihan

  • Mampu bertahan hingga 24 jam
  • Jenama terkenal antarabangsa
  • Kalis air
  • Impak bulu mata lebih panjang,lebat dan lentik
  • Formula Collagène + Curl Fixing Complex
  • Inovasi berus terbaik

Kekurangan

  • Perlu dibersihkan dengan betul

Spesifikasi

Warna Hitam
Kalis air Ya
Harga RM 45- 58

Sugar Belle Cosmetic Lengthening Mascara

Sugar Belle Cosmetic Lengthening Mascara
Sugarbelle Cosmetics ialah jenama Malaysia yang menjual kosmetik dan penjagaan kulit tanpa paraben. Pengguna pastinya akan mendapatkan bulu mata yang lentik dan panjang semula jadi dengan Lengthening Mascara ini. Satu lapisan sapuan sudah mampu menampak hasil yang menakjubkan. Untuk kesan lebih dramatik, dua lapis sapuan boleh membantu. Ia juga tidak comot dan mudah ditanggalkan.

Kelebihan

  • Mudah dibersihkan
  • Tidak comot
  • Efek bulu mata lebih lebat dan panjang
  • Bebas paraben
  • Harga mampu milik

Kekurangan

  • Tidak dijual di drugstore biasa

Spesifikasi

Jenama produk Sugar Belle Cosmetic
Warna Hitam
Kalis air Tidak
Harga RM 65

Antara maskara yang digemari ramai adalah jenis kalis air kerana ia tidak akan menyebabkan mata anda kelihatan kotor dan bergumpal. Ia biasanya berkesan untuk menaikkan dan melentikkan bulu mata anda untuk jangka masa yang lama.

Namun, bukan setiap hari adalah hari kalis air. Penggunaan maskara sebegini tidak digalakkan dipakai setiap hari kerana ia tidak mudah ditanggalkan dan boleh menyebabkan bulu mata menjadi lemah dan akhirnya gugur.



Related posts