Tingkatkan Kesejahteraan Anda: 5 Multivitamin untuk Memastikan Anda Lebih Kuat & Sihat

Tingkatkan Kesejahteraan Anda: 5 Multivitamin untuk Memastikan Anda Lebih Kuat & Sihat
Kesihatan dan kecantikan


Kepentingan untuk memenuhi keperluan nutrisi di dalam makanan seharian tidak boleh diambil ringan terutama keperluan untuk golongan dewasa, warga emas dan kanak-kanak. Kekurangan nutrisi atau zat dapat menjejaskan tahap kesihatan individu dan melemahkan sistem imun. Sistem imun setiap daripada kita seharusnya melindungi badan daripada jangkitan dan penyakit. Gaya hidup yang baik adalah jawapan bagi membantu anda menjadi lebih kuat dan sihat sentiasa. Salah satu aspek penting yang perlu dititikberatkan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup adalah daripada pemakanan. Individu yang kurang seimbang pemakanannya dikatakan lebih mudah dijangkiti penyakit dan lesu.

Diet yang seimbang dan pelbagai akan memberikan anda nutrien penting yang diperlukan badan. Zat boleh didapati di dalam makanan yang berkhasiat dengan kadar mencukupi setiap hari. Bahkan anda juga boleh ambil suplemen multivitamin jika perlu. Multivitamin merujuk kepada makanan tambahan yang mengandungi vitamin larut lemak iaitu vitamin A, D, E, serta K; vitamin larut air seperti B1, B2, B6, B12, C, Asid Folik, Niasin, Asid Pantothenik, Biotin; dan mineral-mineral penting seperti kalsium, fosforus, besi, iodin, magnesium, mangan, kuprum, atau zink.

Pengambilan suplimen multivitamin boleh memastikan nutrisi mencukupi diperlukan badan dalam keadaan tertentu. Malah ada pelbagai manfaat multivitamin yang lain antaranya dikatakan dapat mengurangkan risiko untuk mengidap penyakit kronik dan dapat mengurangkan masalah kemerosotan kognitif. Lima multivitamin dicadangkan untuk memastikan tubuh anda lebih kuat dan sihat adalah seperti berikut:

Cenovis 50 + Multi Vitamins & Minerals

Cenovis 50 + Multi Vitamins & Minerals
Cenovis produk jenama makanan kesihatan terkenal keluaran negara Australia, mengeluarkan suplimen multivitamin yang laris di pasaran antarabangsa iaitu Cenovis 50 + Multi Vitamins & Minerals. Cenovis 50 + Multi Vitamins & Minerals dirumus khas daripada 27 bahan terpilih sesuai untuk orang dewasa dan warga emas berumur 50 tahun ke atas. Dihasilkan tanpa yis, gluten, laktosa, perisa dan pemanis tiruan, Cenovis 50 + Multi Vitamins & Minerals sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan.
Multivitamin ini mengandungi vitamin dan mineral termasuk kalsium dan Vitamin D3 untuk membantu penyerapan kalsium, penting untuk mengekalkan kekuatan tulang individu lingkungan umur tersebut. Selain itu, Cenovis 50 + Multi Vitamins & Minerals hadir dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti Vitamin B1 dan B12, serta Asid Folik. Ia membantu menggalakkan dan mengekalkan fungsi jantung yang lebih sihat. Terdapat juga Vitamin B1 dan B5 pada Cenovis 50 + Multi Vitamins & Minerals untuk membantu menghasilkan tenaga pada tubuh badan.
Manakala kandungan Vitamin B1, Vitamin C, Zink pula sebagai menyokong sistem saraf yang kuat serta memastikan sistem imun anda berfungsi dengan baik. Cenovis 50 + Multi Vitamins & Minerals membantu dalam mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan umum dengan menyokong nutrien yang mungkin kurang melalui diet pemakanan harian anda.

Kelebihan Cenovis 50 + Multi Vitamins & Minerals

  • Khas untuk golongan dewasa berumur 50 tahun ke atas
  • Tanpa sebarang tambahan gluten, yis, pemanis dan pewarna tiruan
  • Miliki tambahan minyak ikan Cenovis dengan Omega-3
  • Dirumus khas daripada 27 bahan terpilih

Kekurangan Cenovis 50 + Multi Vitamins & Minerals:

  • Perlu simpan pada suhu bawah 25°C

Spesifikasi Cenovis 50 + Multi Vitamins & Minerals:

Kuantiti/isipadu: 200 tablet
Cadangan penggunaan: Ambil 2 tablet setiap hari dengan makanan
Harga: RM68.50

Eurobio Bio-Energee Active Formula

Eurobio Bio-Energee Active Formula
Ramai orang cenderung untuk makan secara tidak sihat dan tidak mempunyai diet yang seimbang. Ini menyebabkan pengambilan vitamin, mineral, antioksidan dan nutrien penting lain yang tidak mencukupi, dan akan membawa kepada jurang pemakanan ketara. Amalkan Eurobio Bio-Energee Active Formula dengan gabungan 24 vitamin dan mineral penting untuk jaminan nutrisi yang lengkap. Eurobio Bio-Energee Active Formula turut membantu mengisi jurang nutrisi, meningkatkan tenaga, mengekalkan keseimbangan nutrien dan kesihatan yang baik.
Dengan formula aktif, dos seharinya sudah mencukupi untuk mengekalkan kesihatan, tenaga, kecergasan dan kesejahteraan individu yang baik setiap hari. Ramuan yang terkandung pada Eurobio Bio-Energee Active Formula sesuai untuk kegunaan remaja, dewasa dan warga emas untuk mengisi kekosongan nutrisi daripada tabiat pemakanan dan diet yang tidak baik.
Pengambilan Eurobio Bio-Energee Active Formula secara berterusan juga membantu membekalkan tenaga untuk keperluan harian yang sibuk. Malah, mengandungi Kolin & Inositol untuk menyokong fungsi badan yang lebih kuat dan sihat. Eurobio Bio-Energee Active Formula dirumus dalam kapsul lembut atau tablet bersalut yang mudah ditelan. Ia juga bebas pengawet, perisa tiruan, yis, gluten, garam dan gula tambahan.

Kelebihan Eurobio Bio-Energee Active Formula:

  • Sesuai untuk kegunaan remaja, dewasa dan warga emas
  • Mengandungi 24 Vitamin & Mineral penting
  • Mudah ditelan
  • Bebas pengawet, perisa tiruan, yis, gluten, garam dan gula tambahan
  • Formula aktif jaminan nutrisi lengkap

Kekurangan Eurobio Bio-Energee Active Formula:

  • Perlu simpan di tempat yang sejuk dan kering

Spesifikasi Eurobio Bio-Energee Active Formula:

Kuantiti/isipadu: 120 softgel
Cadangan penggunaan: 1 kapsul softgel / tablet sekali sehari dengan makanan
Harga: RM121.44

LAC Men’s Mega Multi

LAC Men's Mega Multi
Tidak dinafikan multivitamin amat penting untuk tubuh manusia untuk kekal sihat dan kuat. Malah, bagi kaum lelaki juga pengambilan vitamin amat digalakkan. LAC Men’s Mega Multi adalah rangkaian multivitamin khas dicadangkan untuk lelaki. LAC Men’s Mega Multi dirumus dengan vitamin, mineral, antioksidan dan herba membantu menyokong badan kaum Adam ketika dalam keadaan stres, untuk mengekalkan pengeluaran tenaga, stamina dan kecergasan.
Tanpa sebarang bahan pengawet, perisa dan warna tiruan, LAC Men’s Mega Multi mengandungi 40 vitamin dan mineral yang telah diuji secara klinikal seperti Vitamin A, Vitamin C, Vitamin D2, Vitamin E, Vitamin B1, Vitamin B2, Niasin, Niacinamide, Vitamin B6, Asid Folik, Vitamin B12, Biotin, Kalsium, Iodin, Zink, Mangan, Ekstrak Daun Teh Hijau, Asid Alpha-Lipoik, Ekstrak Bunga Marigold, Ekstrak Bunga Marigold, Ekstrak Haematococcus Pluvialis, Vanadium (sebagai Natrium metavanadat), dan Ginseng Siberia Ekstrak Akar.
Lelaki yang mengamalkan diet seimbang dan multivitamin seperti LAC Men’s Mega Multi berupaya dapat meningkatkan tahap tenaga, stamina, kecergasan dan fungsi kognitif. Malah dengan LAC Men’s Mega Multi juga kurang kecenderungan untuk jatuh sakit, membolehkan seseorang itu berpegang pada rutin senaman biasa tanpa masalah kekejangan otot semasa bersukan.

Kelebihan LAC Men’s Mega Multi:

  • Mengandungi 40 vitamin dan mineral
  • Tanpa sebarang bahan pengawet, perisa dan warna tiruan
  • Telah diuji secara klinikal
  • Memberi lebih stamina

Kekurangan LAC Men’s Mega Multi:

  • Harganya dianggap mahal berbanding dengan jenama lain.

Spesifikasi LAC Men’s Mega Multi:

Kuantiti/isipadu: 90 tablet
Cadangan penggunaan: Ambil 1 tablet sehari sekali selepas makan
Harga: RM174.32

Puritan’s Pride ABC Plus Multivitamin and Multi-Mineral Formula

Puritan’s Pride ABC Plus Multivitamin and Multi-Mineral Formula
Dalam keadaan tekanan, biasanya mental dan fizikal berada dalam keadaan tegang dan menjejaskan kesihatan dalam badan. Justeru multivitamin dilihat membantu memainkan peranan dalam menjana tenaga untuk aktiviti tubuh lebih sihat dan kuat. Kini sesiapa sahaja boleh mendapatkan nutrien harian lengkap semudah ABC dengan makanan tambahan Puritan’s Pride ABC Plus Multivitamin and Multi-Mineral Formula. Jenama makanan kesihatan Puritan’s Pride telah berada di pasaran sejak tahun 1973, dicipta untuk menyediakan vitamin berkualiti dan produk berkaitan kesihatan umum.
Formula dinamik pada Puritan’s Pride ABC Plus Multivitamin and Multi-Mineral Formula ini menawarkan spektrum penuh vitamin dan mineral untuk gaya hidup sihat anda. Puritan’s Pride ABC Plus Multivitamin and Multi-Mineral Formula produk buatan USA telah diuji secara klinikal dan dinilai oleh pentadbiran bawah akta makanan dan ubat-ubatan. Bebas gluten, tanpa perisa tiruan, pemanis tiruan, pengawet, gula, laktosa, dan mudah ditelan, Puritan’s Pride ABC Plus Multivitamin and Multi-Mineral Formula direka khas untuk golongan dewasa berumur bawah 50 tahun.

Kelebihan Puritan’s Pride ABC Plus Multivitamin and Multi-Mineral Formula:

  • Mudah ditelan
  • Formula komprehensif dengan tahap mineral dan vitamin yang baik
  • Diperakui dan mendapat kelulusan
  • Tanpa sebarang pengawet, yis, gulaten, gula, soya dan laktosa

Kekurangan Puritan’s Pride ABC Plus Multivitamin and Multi-Mineral Formula:

  • Tidak sesuai untuk dewasa berusia 50 tahun ke atas
  • Sukar ditemui di pasaran tempatan

Spesifikasi Puritan’s Pride ABC Plus Multivitamin and Multi-Mineral Formula:

Kuantiti/isipadu: 100 Tablet
Cadangan penggunaan: Ambil satu tablet setiap hari, sebaik-baiknya dengan hidangan
Harga: RM50.88

KORDEL’S Nutritime Multivitamin Minerals

KORDEL'S Nutritime Multivitamin Minerals
KORDEL’S jenama makanan tambahan untuk kesihatan yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Untuk rangkaian multivitamin, KORDEL’S telah mengeluarkan KORDEL’S Nutritime Multivitamin Minerals untuk kegunaan semua peringkat umur bermula seawal usia 12 tahun. KORDEL’S Nutritime Multivitamin Minerals suplemen nutrisi lengkap yang menggabungkan vitamin, mineral dan nutrien yang diperlukan untuk mengekalkan metabolisme aktif dan kesihatan yang baik serta optimum.
Antaranya gabungan Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin B2, Nicotinamide, Asid Nikotinik, Kalsium Pantotenat, Vitamin B6, Vitamin B12, Asid Folik, Vitamin E6, Molibdenum, Kuprum, Kalium, Magnesium, Maganese, Zink, Natrium Klorida, Asid Glutamik, Ragi, Kalfa, Phosphate, Choline Bitartrate, Inositol, Betaine HCL, Methionine, Bioflavonoid, Rutin, Biotin, L-Lysine, dan Lesitin. Pada asalnya KORDEL’S Nutritime Multivitamin Minerals dirumus oleh Lelord Kordel untuk kegunaannya sendiri, tetapi hari ini ia telah membantu berjuta-juta orang di seluruh dunia menikmati kesihatan dan kecergasan yang lebih baik.
KORDEL’S Nutritime Multivitamin Minerals sesuai diamalkan indvidu yang mempunyai gaya hidup aktif dan mereka yang tidak memenuhi nutrisi lengkap dalam diet seharian dek kehidupan yang sibuk. Inovasi KORDEL’S Nutritime Multivitamin Minerals menggunakan gabungan nutrisi, berpotensi untuk membantu golongan yang kekurangan zat atau kurang sihat dengan menghasilkan tablet mudah ditelan. Selain itu, uji kaji terhadap KORDEL’S Nutritime Multivitamin Minerals mempunyai tahap penyerapan nutrisi yang baik di dalam badan.

Kelebihan KORDEL’S Nutritime Multivitamin Minerals:

  • Untuk kegunaan seawal usia 12 tahun
  • Tablet mudah ditelan
  • Mengekalkan metabolisme aktif
  • Tahap penyerapan nutrisi yang baik

Kekurangan KORDEL’S Nutritime Multivitamin Mineral:

  • Mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang mempunyai kecenderungan untuk mendapat Systemic Lupus Erythematosus harus berunding dengan doktor terlebih dahulu

Spesifikasi KORDEL’S Nutritime Multivitamin Minerals:

Kuantiti/isipadu: 30 tablet
Cadangan penggunaan: Ambil 1 tablet sekali setiap hari
Harga: RM26.00

Pengambilan suplemen multivitamin sebagai makanan tambahan sama ada berbentuk pil, kapsul, gel lembut, serbuk atau cecair semakin popular dalam kalangan masyarakat. Pastinya multivitamin diambil bertujuan untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri. Jika tubuh benar-benar memerlukan makanan tambahan, lebih digalakkan untuk memilih suplemen yang terhasil daripada bahan semula jadi tanpa tambahan bahan kimia. Pastikan juga suplemen multivitamin seperti di atas tidak diambil melebihi dos dan mengikut keperluan nutrisi harian kita. Sebaliknya jika diambil melebihi dos ditetapkan, kemungkinan ia menyebabkan keracunan pada tubuh.
Suplemen atau makanan tambahan seperti multivitamin boleh dijadikan amalan tambahan dalam keadaan tertentu kepada diet harian anda untuk kesihatan berterusan. Seeloknya, berbincang dengan doktor, pegawai farmasi atau pakar dietetik sebelum mengambil sebarang suplemen atau makanan tambahan. Pastikan kandungannya dilabel dengan tepat dan mendapat kelulusan.



Related posts