Capai Berat Ideal Secara Sihat Di Pusat Pelansingan Badan Terbaik Malaysia

Capai Berat Ideal Secara Sihat Di Pusat Pelansingan Badan Terbaik Malaysia
Kesihatan dan kecantikan


Menjadi satu impian baik lelaki mahupun wanita, tua atau muda untuk memiliki bentuk tubuh ramping dan berat idea. Impian ini bukan saja untuk kelihatan menawan secara fizikal, namun juga untuk meningkatkan keyakinan diri dalam lingkungan sosial juga mendapat tahap kesihatan yang baik. Tetapi gaya hidup mewah dalam pemakanan tidak sihat dan tiada masa bersenam menyebabkan ramai rakyat Malaysia terjerat dengan masalah obesiti dan kegemukan. Laporan Semakan Populasi Dunia menunjukkan kadar obesiti di Malaysia adalah tertinggi di Asia Tenggara.

Namun begitu, ada yang enggan melakukan apa sahaja ikhtiar untuk menurunkan berat badan. Hendak seribu daya, tak hendak pasti beribu dalihnya. Ia peribahasa yang tepat ditujukan kepada mereka yang menggunakan 1,001 alasan untuk tidak berbuat apa-apa sedangkan berat badan semakin membimbangkan. Mahu capai berat ideal memerlukan sedikit pengorbanan, apa kata rajinkan diri ke lima pusat pelansingan badan terbaik di Malaysia ini. Paling penting kelima-lima pusat pelansingan badan ini menawarkan pakej penurunan badan secara sihat dan bertauliah.

Capai Berat Ideal Secara Sihat Di 5 Pusat Pelansingan Badan Terbaik Malaysia

MayFair Bodyline

MayFair Bodyline
MayFair Bodyline, pusat pelansingan badan dan kecantikan terbaik yang sudah bertapak di Malaysia selama 34 tahun. MayFair Bodyline peneraju utama dalam memberi khidmat pelangsingan, rawatan muka dan pusat spa yang diktiraf di dalam juga luar negara. MayFair Bodyline menawarkan beberapa kaedah popular pilihan pelanggan untuk mendapatkan berat yang ideal antaranya rawatan Slim Master Treatment, Vibe Kinetic Therapy, CLA Chili Slimming Treatment, dan HEAT Circulation Treatment.

Rawatan pemecahan lemak di MayFair Bodyline menggunakan mesin ultra-sound iaitu proses menghasilkan micro-bubble yang akan melanggar permukaan sel-sel lemak untuk disingkirkan daripada badan dengan selamat Setiap pelanggan di MayFair Bodyline akan mendapat nasihat dan khidmat daripada perunding profesional yang terlatih dan ahli terapi berpengalaman. MayFair Bodyline mempunyai banyak cawangan untuk dikunjungi iaitu di Pavilion KL, Mid Valley City, Cheras, Ampang, USJ, Puchong, Kota Damansara, Klang, Bangi, Balakong, Penang, Alor Setar, Sungai Petani, Ipoh, Kuantan, Seremban, Batu Pahat, Melaka, Muar, Kulai, dan Johor Bahru.

Kelebihan MayFair Bodyline

  • Mendapat pengiktirafan antarabangsa
  • Sudah bertapak di Malaysia selama 34 tahun
  • 4 Kaedah popular Slim Master Treatment, Vibe Kinetic Therapy, CLA Chili Slimming Treatment, dan HEAT Circulation Treatment
  • Mempunyai banyak cawangan

Kekurangan MayFair Bodyline

  • Kos agak tinggi

Spesifikasi MayFair Bodyline

Hubungi https://www.mayfairbodyline.com/mayfair/
https://www.facebook.com/MayfairBodylineMY/
Alamat 12-3A 3rd Mile Square, No. 151, Jalan Kelang Lama, Batu 3 1/2, 58100 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi Ahad hingga Jumaat. Dari jam 8 pagi hingga 7 malam
Pakej Harga Tidak Dinyatakan

Bizzy Body The Slimming Expert

Bizzy Body The Slimming Expert
Bizzy Body The Slimming Expert telah membantu menyelesaikan masalah berat badan ramai individu sejak 17 tahun lalu bermula 2005. Bizzy Body The Slimming Expert menjadi pilihan ramai selebriti ternama tanah air kerana pusat pelasingan ini mempunyai kepakaran yang diiktiraf selain menjanjikan keputusan yang memuaskan. Di Bizzy Body The Slimming Expert rawatan yang diberikan kepada pelanggan menggunakan penyelesaian secara saintifik bersama peralatan berteknologi tinggi dan kaedah tradisional yang selamat dan berkesan menyingkirkan lemak pada tubuh. Sebelum memberi ketetapan sesuatu pakej pelansingan badan, setiap pelanggan Bizzy Body akan dianalisi terlebih dahulu oleh pakar terlatih. Selalunya, setiap pelanggan akan menjalani program asas pelansingan badan seperti Ginseng Wrap, Catena Machine, Heat blanket dan E-Intense Machine. Bizzy Body The Slimming Expert mempunyai beberapa cawangan di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.

Kelebihan Bizzy Body The Slimming Expert

  • Menjadi pilihan selebriti
  • Menggunakan penyelesaian secara saintifik
  • Pakej pilihan Ginseng Wrap, Catena Machine, Heat blanket dan E-Intense Machine
  • Cawangan terpilih di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang

Kekurangan Bizzy Body The Slimming Expert

  • Kos tinggi

Spesifikasi Bizzy Body The Slimming Expert

Hubungi https://www.instagram.com/bizzybody_my/
Alamat Mid Valley Megamall, 59, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur,
Waktu Operasi Buka setiap hari dari jam 10.30 pagi hingga 9.30 malam
Pakej Harga Tertakluk kepada pakej (Badan perlu dianalisi terlebih dahulu)

Body Perfect Ladies Beauty & Slimming Heaven

Body Perfect Ladies Beauty & Slimming Heaven
Bagi anda yang ingin mendapatkan bentuk badan ideal dengan treatment mewah dan selesa bolehlah ke Body Perfect Ladies Beauty & Slimming Heaven. Pusat pelansingan ini mempunyai tiga cawangan di Lembah Klang iaitu di Mid Valley, The Intermark dan Sunway Pyramid. Body Perfect Ladies Beauty & Slimming Heaven telah ditubuhkan sejak 2002 memastikan setiap pendekatan program pelansingan badan yang dijalankan diiktiraf, selamat dan berkesan kepada setiap pelanggannya. Antara rawatan isitimewa pelansingan badan di Body Perfect Ladies Beauty & Slimming Heaven khas untuk pelanggan yang mempunyai masalah lemak degil, pengekalan air, selulit, kadar metabolik rendah, pengumpulan toksin, dan tanda regangan. Jika kos tidak menjadi satu masalah buat anda mendapatkan tubuh badan langsing dan menawan, maka Body Perfect Ladies Beauty & Slimming Heaven adalah lokasi dicadangkan!

Kelebihan Body Perfect Ladies Beauty & Slimming Heaven

  • Treatment mewah
  • Ada 3 cawangan di Mid Valley, The Intermark dan Sunway Pyramid
  • Kaedah digunakan selamat dan berkesan kepada setiap pelanggannya
  • Rawatan kahas untuk khas masalah lemak degil, pengekalan air, selulit

Kekurangan Body Perfect Ladies Beauty & Slimming Heaven

  • Kos tinggi

Spesifikasi Body Perfect Ladies Beauty & Slimming Heaven

Hubungi https://bodyperfect.com.my/aboutus/
https://www.facebook.com/BodyPerfectMalaysia/
Alamat Intermark Mall Unit 3-20, Third Floor, 348, Jln Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
Waktu Operasi Buka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 9 malam
Pakej Harga Tidak dinyatakan

Dorra Slimming Malaysia

Dorra Slimming Malaysia
Satu lagi pusat pelansingan badan terbaik di Malaysia dan menerima banyak anugerah pengiktirafan ialah Dorra Slimming Malaysia yang sudah beroperasi sejak tahun 2011. Dorra Slimming Malaysia 12 cawangan di Semenanjung Malaysia diasaskan oleh pakar dari Perancis. Sebelum ini terapi pelangsingan badan di Dorra Slimming yang unik dan berprestasi tinggi terbukti melalui kejayaan beribu-ribu wanita Perancis berjaya mendapat bentuk badan idaman.

Kemudian, formula yang digunakan di Dorra Slimming telah diperhalusi dan disesuaikan untuk memenuhi keperluan wanita Asia seperti di Malaysia. Di Dorra Slimming Malaysia, setiap pelanggan yang ingin mendapatkan bentuk badan ideal tidak mengamalkan diet tertentu, tiada pil juga tiada sebarang suntikan. Pasukan profesional Dorra Slimming Malaysia bersedia membantu pelanggan membuang lemak dan mendapatkan semula siluet yang sempurna dan menakjubkan dengan treatment istimewa (Cellulite Control Sculpting, Perfect S-shape Treatment, Infra Spa Capsule Treatment) yang jauh lebih selamat dan berpatutan.

Kelebihan Dorra Slimming Malaysia

  • Ada 12 cawangan
  • Tiada diet, tiada pil, tiada suntikan
  • Diasaskan oleh pakar dari Perancis
  • Pakej harga berpatutan

Kekurangan Dorra Slimming Malaysia

  • Untuk lebih berkesan perlu menggunakan beberapa produk sampingan

Spesifikasi Dorra Slimming Malaysia

Hubungi https://www.dorra.com.my
Alamat The Curve Lot 222, 2nd Floor, No. 6, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya Selangor
Waktu Operasi Buka setiap hari dari jam 10.30 pagi hingga 8.30 malam
Pakej Harga Pakej permulaan 30 sesi bermula hanya RM660.00

London Weight Management

London Weight Management
London Weight Management antara pusat pelansingan badan paling popular juga terbaik di Malaysia. Sejak tahun 2000, London Weight Management telah menawarkan program penurunan berat badan yang selamat, mudah dan berkesan untuk wanita mencapai berat badan yang ideal dan sihat. Di London Weight Management sentiasa memberikan perkhidmatan profesional dan berdedikasi agar setiap pelanggan mencapai hasil tubuh badan yang dia inginkan. Sebelum sesi pelansingan badan bermula, setiap pelanggan di London Weight Management akan mendapat penerangan khas daripada perunding bertauliah. Setiap masalah berat badan akan dianalisi secara terperinci dengan program rawatan yang bersesuai. Kaedah penurunan berat badan di London Weight Management menggunakan formulasi 100 peratus ekstrak botani semulajadi bersama teknologi pembakaran lemak terkini. Program pelangsingan badan London Weight Management dijamin tidak menggunakan sebarang pil, pembedahan, tiada senaman berat dan perlu berlapar.

Kelebihan London Weight Management

  • Formulasi 100 peratus ekstrak botani semulajadi
  • Tiada pil, pembedahan, tiada senaman berat dan perlu berlapar
  • Ada banyak cawangan di Malaysia
  • Memberikan perkhidmatan profesional

Kekurangan London Weight Management

  • Ada banyak sesi perlu diikuti sehingga mendapat tubuh ideal

Spesifikasi London Weight Management

Hubungi https://londonweight.com.my/
https://www.facebook.com/londonweightmy
Alamat AEON MALL Metro Prima, 1st floor, F19, 1, Jalan Metro Prima, Kepong, 52100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi Buka setiap hari dari jam 10.30 pagi hingga 8.30 malam
Pakej Harga Pakej permulaan 30 sesi bermula serendah RM600.00

Bagi merealisasikan impian memiliki berat badan ideal, ramai cuba berdiet serta mengikuti regim senaman yang ketat. Bagaimanapun, ada kalanya bentuk badan sempurna tetap gagal dicapai hanya dengan senaman dan diet ketat, masih ada lemak di sana sini, khususnya kawasan tertentu seperti perut, lengan, pinggang, pinggul dan dagu. Lebih parah apabila semakin berusia dan sekiranya tidak menjaga pemakanan serta mengamalkan gaya hidup sihat ia memberi kesan kepada pertambahan simpanan lemak pada tubuh. Bagaimanapun, lebihan lemak itu boleh dibuang menggunakan kaedah tertentu yang istimewa. Antaranya dengan berkunjung ke pusat pelansingan badan yang boleh membantu mengurangkan berat badan. Selalunya pusat pelansingan badan akan memberi jaminan penurunan berat badan akan berlaku dengan program mereka, jika tidak wang anda pasti akan dikembalikan.

Sekiranya anda membuat keputusan untuk mendapatkan berat badan ideal di pusat pelangsingan badan, paling penting pilih rawatan di pusat yang bertauliah dan berlesen. Pastikan anda mendapat penjelasan terlebih dahulu dengan pakar berpengalaman bagi memahami sepenuhnya pelan rawatan, pengalaman rawatan serta keputusan yang dijangkakan sebelum memulakan rawatan dengan mengambil kira jangkaan realistik badan seseorang.



Related posts