Mencari Kelengkapan & Perkakasan Rumah? Jom Singgah Di ‘Home and Living Stores’ Sekitar KL & Selangor

Mencari Kelengkapan & Perkakasan Rumah? Jom Singgah Di ‘Home and Living Stores’ Sekitar KL & Selangor
Lain-lain


Elemen dekorasi memainkan peranan penting kerana ruang kediaman tidak lagi hanya menjadi ruang untuk beristirahat semata-mata, malah untuk menerima kunjungan tetamu. Bukan itu sahaja, ruang pejabat atau ruang bekerja juga perlu dititikberatkan. Pemilihan material taktil seperti kusyen hiasan dan bantal lembut, selain ambal wool bulu yang dapat mengurangkan bunyi pada deria pendengaran. Tidak dilupakan, eksplorasi deria bau dengan lilin haruman dan diffuser yang dapat menyerlahkan wangian pada segenap ruang kediaman rumah. Jangan dilupakan juga ruang dapur, meja makan haruslah mempunyai kemudahan lengkap untuk santapan seperti pinggan, sudu, garfu, napkin atau bunga hiasan.

Walaupun bukan bergelar seorang pereka hiasan dalaman, hari ini ramai yang mempunyai kelebihan dan kreativiti tersendiri untuk mempersiapkan kediaman sendiri atau ruang bekerja untuk tampil lebih selesa, bergaya, elegan atau glamor. Tidak kiralah persiapan bermula hanya mahu menukar sofa atau perabot baru, menambah aksesori dan perhiasan seperti pasu, dulang mahupun mencipta konsep baru untuk nafas baru, anda boleh realisasikannya mengikut cara sendiri. Caranya dengan berkunjung ke Home and Living Stores, di situ menawarkan pelbagai produk kelengkapan dan perkakasan rumah. Ada banyak idea dan dekorasi yang boleh diguna pakai untuk kediaman anda. Jika anda berada di sekitar Kuala Lumpur (KL) atau negeri Selangor, jom cari kelengkapan dan perkakasan untuk kediaman atau ruang pejabat di 5 premis Home and Living Stores terpilih ini.

Mencari Kelengkapan & Perkakasan Rumah? Jom Singgah Di 5 ‘Home and Living Stores’ Sekitar KL & Selangor

Objet, Sunway Pyramid

Objet, Sunway Pyramid
Objet, jenama kelengkapan dan perkakasan kediaman berciri minimalis dan mewah, wajib dikunjungi terletak di dalam pusat membeli-belah Sunway Pyramid. Produk keluaran Objet lebih kepada konsep gaya Eropah, ringkas, moden dan pastinya unik! Objet menawarkan koleksi tersendiri dengan harga berpatutan seperti bantal, set persalinan bilik tidur, permaidani, kutleri, pinggan mangkuk, alat tulis, pasu bunga, kotak penyimpanan kosmetik, bakul penyimpanan pakaian, cawan, rak mini dan lain-lain lagi. Objet direka untuk melengkapkan setiap ruang kediaman rumah, dari dapur ke ruang makan, ruang tamu ke bilik tidur dan bilik mandi. Jika kalian ingin menukar gaya tatarias rumah, pasti berbaloi untuk datang Objet! Jika mencari wangian untuk kediaman, cuba wangian keluaran Objet yang merupakan jenama unik mereka serta bestselling! Bentuknya juga sangat unik, terdapat lilin wangi, aromaterapi dalam tin atau peresap. Harumannya juga sangat ringan dan tidak menyengat, yang pasti menjadi senjata rahsia menambah citarasa rumah!

Kelebihan Objet, Sunway Pyramid

  • Berciri minimalis dan mewah
  • Konsep gaya Eropah, ringkas, moden
  • Harga berpatutan
  • Ada jualan atas talian

Kekurangan Objet, Sunway Pyramid

  • Tiada pilihan perabot besar

Spesifikasi Objet, Sunway Pyramid

Hubungi https://www.instagram.com/objethome/
https://shopee.com.my/objethome
Lokasi LG1.96 Sunway Pyramid Shopping Mall, 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway 47500 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi Buka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam

Nitori, Lalaport BBCC

Nitori, Lalaport BBCC
Umum mengetahui Lalaport Bukit Bintang City Centre (LaLaport BBCC) merupakan pusat beli-belah terbaru di Kuala Lumpur berkonsepkan gaya hidup Jepun. Lalaport BBCC yang telah dibuka kepada umum pada Januari 2022 lalu membawa lebih 400 jenama sendiri yang popular dari negara Jepun.
Antara jenama membuat kemunculan pertama di Malaysia adalah sebuah kedai perabot, kelengkapan dan perkakasan kediaman iaitu Nitori. Ramai juga menganggap Nitori seperti IKEA versi Jepun. Walau bagaimanapun, kedua-dua jenama besar ini tetap ada kelainannya tersendiri. Buat anda yang menggemari konsep minimalis dan ringkas seperti Muji, produk jualan di Nitori pasti menambat hati.
Antara produk kelengkapan rumah yang ada di sini seperti sofa, set bilik tidur, aksesori dapur, perabot ruang pejabat, perabot kanak-kanak, barangan elektrik, bidai, langsir, bingkai gambar, ruang kebun, barangan kaca dan sebagainya. Selain berkualiti, harga yang berpatutan dan lebih jimat, Nitori sememangnya syurga buat individu yang suka mendekorasi rumah. Nitori juga menyediakan perkhidmatan secara atas talian. Pelanggan boleh membuat pembelian di laman web Nitori atau di platform Shopee iaitu Nitori Malaysia Official Store.

Kelebihan Nitori, Lalaport BBCC

  • Produk buatan Jepun yang berkualiti
  • Berkonsep minimalis dan ringkas
  • Ruang premis besar, bersih dan selesa
  • Perkhidmatan secara atas talian

Kekurangan Nitori, Lalaport BBCC

  • Caj penghantaran
  • Kurang produk berwarna-warni

Spesifikasi Nitori, Lalaport BBCC

Hubungi https://www.nitori.my/
https://www.instagram.com/nitorimalaysia/
Lokasi Level 3- 10B & 11A, LaLaport Bukit Bintang City Centre, No 2, Jalan Hang Tuah, 55100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi Buka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam

Janine Kuala Lumpur, Great Eastern Mall

Janine Kuala Lumpur, Great Eastern Mall
Bagi individu penggemar koleksi Botanic Garden, di Janine Kuala Lumpur terdapat lebih 150 rekaan koleksi tersebut iaitu sebahagian daripada 300 produk lain. Selain berkunjung ke premis Janine Kuala Lumpur bertempat di Great Eastern Mall, pembeli juga boleh mendapatkan pelbagai produk berjenama seperti perabot,bidai, set bilik tidur, pinggan mangkuk, kertas dinding, dan perhiasan rumah lain secara atas talian. Janine Kuala Lumpur, jenama Home and Living Store dipercayai tubuhkan pada tahun 1982, turut menyediakan reka bentuk yang elegan, mewah dan fabrik rumah bercitarasa klasik dan moden. Janine Kuala Lumpur lebih dikenali penggemar dalam gaya seperti kontemporari, chinoiserie, Eropah, moden, unik dan tradisional. Janine Kuala Lumpur turut menyediakan khidmat rundingan profesional antaranya menyediakan reka bentuk rumah klasik dan canggih, memberi nasihat dalaman kepada pelanggan serta menawarkan perundingan reka bentuk untuk projek kediaman dan komersial.

Kelebihan Janine Kuala Lumpur, Great Eastern Mall

  • Lebih 150 koleksi rekaan Botanic Garden
  • Jenama dipercayai sejak 1982
  • Reka bentuk yang elegan, mewah
  • Menyediakan khidmat rundingan profesional

Kekurangan Janine Kuala Lumpur, Great Eastern Mall

  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi Janine Kuala Lumpur, Great Eastern Mall

Hubungi https://janine.com.my/
https://www.instagram.com/janinekualalumpur/
Lokasi Lot 8, Level 1, Great Eastern Mall, 303, Jln Ampang, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Waktu Operasi Buka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 7 malam

HOHM, Pavilion Bukit Jalil

HOHM, Pavilion Bukit Jalil
Pernah ke IKEA? Pastinya rata-rata penduduk Lembah Klang atau kawasan sekitar sering berkunjung ke Home and Living Store popular itu. Namun untuk kelainan, apa kata kunjungi HOHM yang terletak di dalam pusat membeli belah Pavilion Bukit Jalil. HOHM, premis jualan berkonsep keperluan rumah terbesar di Malaysia khas untuk peminat dekorasi kediaman. HOHM mencipta konsep gaya hidup ‘fesyen rumah’ yang mampu milik. HOHM mengutamakan kemampuan, pilihan dan kualiti. Pelanggan pasti terpikat dan kagum dengan kepelbagaian produk yang terunggul oleh pasukan HOHM profesional yang dinamik.
Di HOHM terdapat lebih 10,000 produk berkualiti terletak di premis berkeluasan 58,000 kaki persegi. Antara produk jualan yang ditawarkan di HOHM seperti set pinggan mangkuk, barang keperluan dapur, lilin wangi, bingkai gambar, jam, set katil, cadar, comforter, bantal, hiasan rumah, barangan elektrik, set sofa, tanaman, perabot mini, ruang pejabat dan banyak lagi. Di HOHM produk terdiri daripada pelbagai bentuk dan warna, pelanggan boleh suai padan mengikut tema idaman.

Kelebihan HOHM, Pavilion Bukit Jalil

  • Harga berpatutan
  • Terdapat lebih 10,000 produk
  • Produk unik dan kreatif
  • Berkualiti

Kekurangan HOHM, Pavilion Bukit Jalil

  • Caj penghantaran
  • Tiada jualan atas talian

Spesifikasi HOHM, Pavilion Bukit Jalil

Hubungi https://www.instagram.com/hohmmalaysia
https://www.facebook.com/HOHMMalaysia/
Lokasi HOHM, Lot L4.30.01, L4.30.02, L4.82,00, Level 4, Pavilion Bukit Jalil, Persiaran Jalil Utama, Bandar Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi Buka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam
Promosi Mid-Year Clearance sehingga 75%

King Living, IPC Shopping Centre

King Living, IPC Shopping Centre
King Living menawarkan rekaan perabot dan aksesori kediaman yang ringkas tetapi penuh fungsi dan inovasi. Bertempat di IPC Shopping Centre, Home and Living Stores yang berasal dari Australia ini berpengalaman sejak tahun 1977. King Living mengetengahkan rangkaian sistem sofa, meja kopi, bangku, meja makan, perabot landskap luar, reka bentuk dan inovasi kamar beradu seperti katil, unit storan dan tilam. Untuk kebanyakkan produk sofa, King Living menawarkan pilihan fabrik premium dan kulit mewah sebagai kemasan atau sarung perabot. Semua sarung boleh ditanggalkan sepenuhnya, dan boleh digantikan sama ada pada satu bahagian atau keseluruhan perabot dengan penggantian profesional. Jenama yang mendapat pengiktirafan oleh Australian Design House mengekalkan komitmen terhadap jaminan kualiti buatan tangan dan kecemerlangan dalam reka bentuk, selain menetapkan piawaian tertinggi dalam setiap rekaan. Setiap produk King Living direka bentuk dengan jaminan selama 25 tahun untuk kualiti yang tahan lasak dengan keselesaan maksimum. King Living adalah lebih dari sekadar ruang pamer yang mana menawarkan pengalaman untuk pengguna yang tidak berkompromi mengenai gaya, fleksibiliti, ketahanan dan keselesaan abadi di kediaman.

Kelebihan King Living, IPC Shopping Centre

  • Jaminan selama 25 tahun untuk kualiti
  • Produk yang ringkas tetapi penuh fungsi
  • Mendapat pengiktirafan oleh Australian Design House
  • Kualiti tahan lasak

Kekurangan King Living, IPC Shopping Centre

  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi King Living, IPC Shopping Centre

Hubungi https://www.kingliving.my/home
Lokasi King Living, IPC Shopping Centre, L1.06, Level 1 IPC Shopping Centre No. 2, No. 2, Jalan PJU 7/2 Mutiara, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi Buka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam

Merehatkan diri di ruang kediaman atau bekerja pada ruang tertentu pastinya mahukan kedamaian dan keselesaan. Dengan dekorasi dan bantuan kelengkapan sesuatu ruang yang ditawarkan di banyak premis home and living stores pastinya keadaan itu dapat direalisasikan. Selain fungsinya yang memenuhi kehendak tertentu, rekaan yang menarik menambahkan lagi tarikan sebagai pelengkap dekorasi untuk menyempurnakan gaya sebuah ruang. Jangan lupa dapatkan panduan juga pandangan mengenai kehendak dekorasi kalian daripada pakar kediaman yang disediakan di kebanyakan home and living stores. Pastinya mereka yang berpengalaman akan menghulurkan bantuan dan berkongsi idea dengan senang hati dengan anda.

Apabila ingin melakukan dekorasi pada sesuatu kediaman atau pejabat, fahami dan kenali keperluan serta fungsi sesuatu ruang itu. Kemudian serasikan gaya hidup penghuni atau pekerjanya sebelum membuat pilihan dalam mencorakkan keindahan dan kesempurnaan tata hias dekorasi. Sebagai pengguna juga pembeli anda berhak membelek atau memegang produk yang dihajati sebelum membeli.



Related posts