Bakal Berlangsung Tidak Lama Lagi. Ini 5 Penganjuran & Acara Besar Untuk Tahun 2022 Paling Ditunggu-Tunggu!

Bakal Berlangsung Tidak Lama Lagi. Ini 5 Penganjuran & Acara Besar Untuk Tahun 2022 Paling Ditunggu-Tunggu!
Lain-lain


Hampir dua tahun banyak pengajuran dan acara besar dibatalkan selepas ia tertunda lekoran penularan wabak Covid-19. Selain aktiviti persembahan dan konsert tidak dibenarkan pelbagai program sukan, kemasyarakatan dan pelancongan juga ditangguh sekali gus memberi kesan yang buruk buat ekonomi negara juga dunia. Tahun 2022 membuka tirai dengan pengumuman yang dinanti-nantikan ramai. Pemimpin tertinggi mengumumkan peralihan fasa dari pandemic ke endemik, sekaligus membenarkan penganjuran acara berskala besar diadakan sekali gus merancakkan kembali industri penganjuran acara.

Peralihan ke fasa endemik nampaknya membuka gerbang luas buat penganjur acara besar merealisasikan pelbagai agenda untuk dirancang. Bukan setakat acara tertunggak, malah acara baharu. Semestinya kelonggaran untuk mengadakan penganjuran serta acara besar semula pasti menghidupkan kembali banyak penganjur yang sudah gulung tikar atau tinggal nyawa-nyawa ikan. Tahun 2022 sudah pun memasuki separuh daripada perjalanan, antara penganjuran dan acara besar sudah ditetapkan dalam kalendar serta bakal diadakan bermula Jun sehingga hujung tahun ini seperti Great British Circus Malaysia 2022, Nigel Ng’s ‘Haiyaa World Tour’, A Night with Aina Abdul 2.0, Merdeka Karnival 2022 dan Justin Bieber’s ‘Justice Word Tour’.

Great British Circus Malaysia 2022 (3 Jun – 26 Jun 2022)

Great British Circus Malaysia 2022 (3 Jun – 26 Jun 2022)
Individu yang suka menonton sarkas pasti biasa mendengar nama Great British Circus. Kini, buat pertama kali peminat sarkas di negara berpeluang menyaksikan persembahan sarkas daripada Great British Circus Malaysia 2022 yang hebat. Kumpulan ini akan berada di beberapa buah negeri di Malaysia, bermula dengan acara pembuka tirai di Kuala Lumpur. Great British Circus Malaysia 2022 membuat pelbagai bentuk persembahan yang telah dirancang khas untuk penonton di Malaysia termasuk adegan akrobatik yang hebat.

Persembahan Great British Circus Malaysia 2022 bakal berlangsung selama dua jam turut memaparkan adegan aksi seperti berjalan di atas wayar oleh artis trapez juga persembahan jenaka badut. Terdapat juga mini zoo haiwan peliharaan untuk kanak-kanak berseronok pastinya menjadi acara yang menyeronokkan untuk seisi keluarga!

Tiket untuk kanak-kanak pada hari biasa (Isnin hingga Jumaat) bermula harga RM25-RM60 dan dewasa RM40-RM80. Pada hujung minggu, cuti umum atau cuti sekolah tiket untuk kanak-kanak bermula pada harga RM30-RM70 dan dewasa RM50-RM100. Terdapat tiga zon tempat duduk iaitu Zon Standard, Hot Seat dan VIP. Waktu persembahan pada hari biasa bermula pada jam 8.30 malam, manakala pada hunjung minggu atau cuti sekolah ada dua pilihan waktu iaitu bermula jam 5.30 petang dan 8.30 malam.

Keistimewaan

  • Jika tiket online habis dijual, pengunjung boleh membeli di kaunter khas
  • Ada 3 zon pilihan tempat duduk
  • Terdapat pelbagai persembahan acrobat, badut, dan aksi
  • Aktiviti keluarga mini zoo haiwan peliharaan

Kekurangan

  • Harga berubah mengikut hari tertentu

Spesifikasi produk

Hubungi https://www.greatbritishcircus.com/
https://www.ticket2u.com.my/
Tarikh 3 Jun 2022 hingga 26 Jun 2022
Lokasi Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Harga RM25.00 – RM100.00

Nigel Ng’s ‘Haiyaa World Tour’ (17 Jun 2022)

Nigel Ng's ‘Haiyaa World Tour’ (17 Jun 2022)
Nigel Ng seorang rakyat Malaysia yang merupakan pelawak berpangkalan di London. Beliau menjadi sensasi dan viral di dunia kerana wataknya sebagai ‘Uncle Roger’ seorang lelaki Asia yang sering menyelar cara chef terkenal di dunia atau orang perseorangan menyediakan hidangan Nasi Goreng. Trademark ‘haiyaa’ sudah sebati dalam diri Uncle Roger dan mengundang gelak tawa ramai pengikutnya.

Ingin menyaksikan persembahannya dengan lebih dekat? Nigel Ng’s ‘Haiyaa World Tour’ bakal menemui penonton pada 17 Jun 2022 bertempat di Dewan Plenari KLCC. Nigel Ng’s ‘Haiyaa World Tour’ telah membuat siri jelajah bermula November 2021 di seluruh benua Eropah dan Amerika, kemudian kini tiba dia Asia Pasifik termasuk Malaysia.

Nigel Ng pasti menjadi kebanggan rakyat Malaysia dalam menceburi litar komedi kerana semua tiket persembahannya habis dijual, membuktikan beliau disukai dan mendapat penyokong yang ramai. Tiket untuk Nigel Ng’s ‘Haiyaa World Tour’ di Malaysia boleh didapati dengan harga bermula RM128, RM188 dan RM228.

Keistimewaan

  • Pelawak bertaraf antarabangsa rakyat Malaysia
  • Lokasi persembahan dan acara yang selesa
  • Harga tiket berpatutan

Kekurangan

  • Hanya berlangsung satu hari

Spesifikasi produk

Hubungi https://www.livenation.my/
http://www.prworldwidelive.com/
Tarikh 17 Jun 2022
Lokasi Dewan Plenari, KLCC
Harga RM128.00 – RM228.00

A Night with Aina Abdul 2.0 (25 & 26 Jun 2022)

A Night with Aina Abdul 2.0 (25 & 26 Jun 2022)
Aina Abdul penyanyi sensasi wanita Malaysia terkini bakal mengadakan konsert A Night with Aina Abdul 2.0 pada 25 dan 26 Jun 2022 bertempat di Istana Budaya. Pada konsert tersebut Aina Abdul bakal menyanyikan hampir 30 buah lagu untuk sebuah konsert berdurasi dua jam. A Night with Aina Abdul 2.0 bakal memberikan kepuasan yang maksimum kepada peminat dan penonton bersama band iringan yang diketuai Mac Chew dan Jenny Chin di samping nama-nama besar lain seperti Jamie Wilson, Wan Gigi, Andy Peterson, John Thomas, Pa’ang, Jae Sern dan ramai lagi. A Night with Aina Abdul 2.0 juga menjanjikan susunan muzik terbaik serta pemuzik profesional yang bakal menemaninya Semua penonton yang hadir akan mendapat hadiah istimewa dari Aina Abdul Entertainment. A Night with Aina Abdul 2.0 membawa konsep ‘modern and clean’ pada malam gilang-gemilang dan dikhabarkan penyanyi tersebut akan memperagakan lapan busana daripada lapan pereka fesyen tanah air.

Keistimewaan

  • Hampir 30 buah lagu akan dipersembahkan
  • Diiringi pemuzik profesional dan ternama
  • Membawa konsep ‘modern and clean’
  • Pengunjung akan menerima cenderamata istimewa

Kekurangan

  • Tiket cepat habis dan sukar dimiliki

Spesifikasi produk

Hubungi https://www.ticket2u.com.my/
Tarikh 25 & 26 Jun 2022
Lokasi Istana Budaya, Kuala Lumpur
Harga RM113.36 – RM1,246.96

Karnival Merdeka 2022 (31 Ogos 2022)

Karnival Merdeka 2022 (31 Ogos 2022)
Malaysia adalah sebuah negara yang merdeka serta berdaulat, dan bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-65 tahun pada Ogos ini. Karnival Merdeka dan Sambutan Hari Kebangsaan tahun 2022 ini antara acara tahunan yang sentiasa dinanti-nantikan rakyat Malaysia dan juga pelancong luar. Kemeriahan sambutannya yang berwarna-warni ditambah dengan laungan lagu tema dan patriotik secara tidak langsung akan menguatkan lagi rasa kecintaan rakyat kepada negara. Sambutan bulan kemerdekaan tahun ini bakal diraikan sangat meriah oleh rakyat berbilang kaum setelah dua tahun sambutan tersebut sedikit sepi.

Acara utama dan Karnival Merdeka 2022 terutamanya pada Sambutan Ambang Kemerdekaan dan Pergerakan Hari Kebangsaaan bakal membabitkan kehadiran orang awam secara fizikal setelah beralih ke fasa endemik tidak seperti dua tahun sudah di setiap negeri. Di Kuala Lumpur bakal menyaksikan orang ramai akan berkumpul di Dataran Merdeka. Dataran bersejarah yang menjadi lokasi tumpuan setiap kali sambutan ambang merdeka itu dipenuhi pengunjung tempatan pelbagai lapisan termasuk kanak-kanak serta pelancong asing. Pengunjung akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan menarik di pentas utama dan dimeriahkan dengan persembahan artis popular.

Keistimewaan

  • Persembahan dan aktiviti diadakan percuma
  • Kemunculan ramai selebriti dan artis membuat persembahan
  • Sambutan berwarna-warni dan meriah

Kekurangan

  • Kawasan utama sesak
  • Kawasan parkir terhad

Spesifikasi produk

Hubungi https://www.penerangan.gov.my/japenv2/
Tarikh Malam 31 Ogos 2022
Lokasi Dataran Merdeka, Kuala Lumpur & seluruh negeri di Malaysia
Harga Percuma

Justin Bieber’s ‘Justice Word Tour’ (22 Oktober 2022)

Justin Bieber's ‘Justice Word Tour’ (22 Oktober 2022)
Pembukaan sempadan antarabangsa sepenuhnya selepas dua tahun bukan sahaja bakal merancakkan kembali ekonomi negara malah juga menandakan kembalinya penganjuran konsert bertaraf antarabangsa seperti Justin Bieber’s ‘Justice Word Tour’. Bintang pop terkenal Justin Bieber telah memilih 20 buah negara termasuk Malayasia untuk konsert mega Justin Bieber’s ‘Justice Word Tour’. Justin Bieber’s ‘Justice Word Tour’ di Malaysia akan diadakan pada 22 Oktober 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Selain Malaysia, penyanyi kelahiran Kanada itu dijangka membuat persembahan terbuka di Jakarta, Nagoya, Osaka, Tokyo yang merangkumi 100 hari sehingga tahun 2023. Selain negara-negara Asia, Justin Bieber juga memilih membuat persembahan istimewanya untuk peminat di Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, United Kingdom, Australia, New Zealand, Afrika Selatan dan Timur Tengah. Justin Bieber’s ‘Justice Word Tour’ sangat dinanti-nantikan oleh semua peminat Bieber di Malaysia, buktinya tiketnya sudah habis dijual untuk tempoh masa yang sangat singkat.

Keistimewaan

  • Konsert dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kesihatan
  • Pengunjung perlu melengkapkan vaksinasi COVID-19
  • Konsert mega artis antarabangsa pertama diadakan di Malaysia

Kekurangan

  • Tiket hampir habis

Spesifikasi produk

Hubungi http://www.prworldwidelive.com/
Tarikh 22 Oktober 2022
Lokasi Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Harga RM288 – RM2,088

Impak penganjuran acara, carnival, persembahan atau konsert sememangnya cukup besar dan beri sumbangan dalam industri pelancongan, hiburan serta acara. Semestinya penganjuran ini untuk menjana ekonomi negara secara tidak langsung. Industri ini menjadi lubuk pendapatan kerana jualan tiketnya laris sejak berzaman lagi. Era sebelum Covid-19, kehadiran pelancong luar yang datang untuk menyaksikan atau menonton apa jua acara atau konsert di negara kita memang sangat luar biasa sambil melancong pada masa sama. Suasana itulah juga yang pastinya diinginkan baik badan pelancongan mahupun organisasi besar pihak penganjur. Aliran pendapatan yang terjejas teruk sewaktu pandemik dulu perlu dikembalikan semula. Jom sama-sama menyokong kembali serta memeriahkan kembali industri acara dan persembahan ini.

Krisis pandemik Covid-19 yang melanda dunia turut memberi kesan kepada industri penganjuran dan acara. Penganjuran acara antarabangsa berpotensi sebagai landasan dalam mempromosikan semula sektor negara. Pelancong asing yang menyertai acara besar selalunya akan berkongsi secara langsung gambar dan pengalaman mengenai acara, sambutan atau persembahan di Malaysia. Pelancong akan berkongsi pengalaman menarik mengenai keunikan Malaysia sebagai destinasi acara besar wajib untuk dikunjungi. Promosi seperti inilah paling tinggi kesannya ke arah mempromosikan kembali Malaysia!



Related posts