Peralatan Kelengkapan Rumah: 10 Pilihan Pembersih Vakum Cord-Free Terbaik Untuk Membersih Rumah Dengan Mudah

Peralatan Kelengkapan Rumah: 10 Pilihan Pembersih Vakum Cord-Free Terbaik Untuk Membersih Rumah Dengan Mudah
Peralatan rumah


Kebersihan lantai antara yang perlu diberikan perhatian dan dibersihkan selalu kerana mudah kotor dek pasir atau debu. Tanpa teknik dan peralatan yang betul, masa diambil bagi membersihkan seluruh ruangan mungkin memakan tempoh lebih lama. Cara terbaik dan mudah untuk membersihkannya adalah menggunakan peralatan dan kelengkapan rumah wajib seperti vakum.

Justeru, tidak hairan jika inovasi produk pembersihan dengan teknologi canggih mula mendapat perhatian ramai pengguna di negara ini. Sebagai contoh, penyapu yang digunakan sejak dahulu digantikan dengan pembersih vakum cord-free serba canggih dan moden. Kini, vakum cord-free yang digunakan secara meluas bukan sahaja dapat menjimatkan masa bahkan dapat mengurangkan penggunaan tenaga.

Lazimnya pengguna hari ini lebih gemar pembersih vakum cord-free kerana tugas membersihkan rumah pasti menjadi lebih mudah. Pembersih vakum cord-free tentulah lebih mudah diurus, ringan dan mampu menyedut habuk secara maksimum berbanding penyedut hampagas konvensional yang lain. Untuk menyedut habuk sawang pada siling rumah atau habuk halus di celah-celah perabot, ini antara 10 pilihan jenama terbaik pembersih vakum cord-free paling disyorkan.

Samsung BESPOKE Jet Premium All-In-One Vacuum Cleaner Digital Inverter Lightweight Design

Samsung BESPOKE Jet Premium All-In-One Vacuum Cleaner Digital Inverter Lightweight Design
Samsung mengeluarkan model utama pembersih vakum cord-free dengan citarasa mewah iaitu Samsung BESPOKE Jet Premium All-In-One Vacuum Cleaner Digital Inverter Lightweight Design dilengkapi dengan motor 210-air watt paling berkuasa. Ia berupaya menyedut setiap jenis kotoran dengan hanya sekali sedutan. Stesen pembersihan bersepadu Samsung BESPOKE Jet Premium All-In-One Vacuum Cleaner Digital Inverter Lightweight Design mampu menyedut serpihan daripada tong habuk vakum ke dalam beg kotoran luaran di dalam rak pengecasan, menjadikannya lebih bersih daripada kotoran. Ia juga hadir dengan kepala lantai dwi-berus yang unik bertujuan untuk menyedut kotoran lebih baik pada lantai kosong.
Samsung BESPOKE Jet Premium All-In-One Vacuum Cleaner Digital Inverter Lightweight Design memiliki kuasa bateri yang tahan lama dan boleh tanggal membenarkan sehingga 2 jam masa pembersihan untuk memerangkap 99.999 paratus habuk halus. Samsung BESPOKE Jet Premium All-In-One Vacuum Cleaner Digital Inverter Lightweight Design dengan gred profesional penapis HEPA yang berteknologi tinggi, menjadikannya lebih mesra pengguna, terutama yang mempunyai alahan dan asma.

Kelebihan Samsung BESPOKE Jet Premium All-In-One Vacuum Cleaner Digital Inverter Lightweight Design:

  • Stesen Pembersihan membolehkan anda mengosongkan tong sampah dengan mudah
  • Didatangkan dengan dua bateri yang boleh dicas serentak.
  • Bateri tahan sehingga 2 jam
  • Memerangkap 99.999% habus halus

Kekurangan Samsung BESPOKE Jet Premium All-In-One Vacuum Cleaner Digital Inverter Lightweight Design:

  • Memerlukan ruang tambahan untuk ‘Accessory Cradle’

Spesifikasi Samsung BESPOKE Jet Premium All-In-One Vacuum Cleaner Digital Inverter Lightweight Design:

Berat: 9.2kg
Tempoh Jaminan: 24 Bulan
Harga: RM3,399.00

Philips 8000 Series Aqua Plus Cordless Vacuum

Philips 8000 Series Aqua Plus Cordless Vacuum
Philips 8000 Series Aqua Plus Cordless Vacuum, gajet pembersih kompak yang mampu menghilangkan habuk dan membersihkan lantai dengan cara paling berkesan iaitu menyedut dan mengemop. Menawarkan pemegang ergonomik untuk pengguna, Philips 8000 Series Aqua Plus Cordless Vacuum dihasilkan dengan Philips PowerCyclone 10 iaitu teknologi tanpa beg terbaru yang membantu mengekalkan penyedutan lebih kuat dalam jangka masa yang lebih lama. Dilengkapi dengan muncung aqua unik, ia tidak hanya menyekat habuk dan kotoran, malah membersihkan permukaan lantai pada masa yang sama. Muncung aqua unik Philips 8000 Series Aqua Plus Cordless Vacuum mampu menyedut sehingga 360 darjah dan mengumpulkan sehingga 99.7 peratus habuk dan kotoran. Kain di bahagian bawah muncung mempunyai lapisan teknologi Always Clean yang membantu mencegah pertumbuhan bakteria, sekaligus memudahkan penjagaannya.
Philips 8000 Series Aqua Plus Cordless Vacuum dilengkapi lampu LED yang membolehkan pengguna melihat habuk, bulu, rambut atau serpihan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Philips 8000 Series Aqua Plus Cordless Vacuum dilengkapi bateri lithium-ion generasi 25.2V, kerja pembersihan boleh dilakukan sehingga 80 minit dengan mod TURBO yang lebih lama. Maka pembersihan lebih dari kawasan seluas 125m² boleh dilakukan dengan hanya sekali cas.

Kelebihan Philips 8000 Series Aqua Plus Cordless Vacuum:

  • Memvakum dan mengelap dalam satu masa
  • Menghapus hingga 99% bakteria
  • Mempunyai muncung sedutan 360 darjah untuk sedutan kering dan basah
  • Bateri tahan sehingga 80 minit
  • Berus turbo mini memudahkan pembersihan sudut sukar dijangkau

Kekurangan Philips 8000 Series Aqua Plus Cordless Vacuum:

  • Bunyi sedikit bising

Spesifikasi Philips 8000 Series Aqua Plus Cordless Vacuum:

Berat: 2.7kg
Tempoh Jaminan: 24 Bulan
Harga: RM2,499.00

Tineco Pure One S15 Smart High Intelligent Zero Tangle Cordless Stick Vacuum Cleaner

Tineco Pure One S15 Smart High Intelligent Zero Tangle Cordless Stick Vacuum Cleaner
Tineco Pure One S15 Smart High Intelligent Zero Tangle Cordless Stick Vacuum Cleaner mampu melaksanakan tugasan ‘deep cleaning’ lebih berganda untuk kawasan seluas 1399 kaki dengan sekali cas, dari siling ke lantai. Tineco Pure One S15 Smart High Intelligent Zero Tangle Cordless Stick Vacuum Cleaner boleh melakukan pembersihan dengan kepelbagaian mod mengikut kehendak pengguna. Paling menarik, produk ini memiliki 5 penapis berperingkat untuk menapis habuk sebesar 0.3mikron dengan 99.9% keberkesanan menangkap debu dan kotoran. Penerima Brand Choice Award fo Home and Living 2023, Tineco Pure One S15 Smart High Intelligent Zero Tangle Cordless Stick Vacuum Cleaner dengan Tineco iLoop Smart Sensor boleh dilaraskan secara automatik untuk isyarat sambungan wifi, tahap bateri dan jenis sedutan.
Teknologi Zero-tangle berserta lampu LED direka agar berusnya berkesan untuk mencapai dan memerangkap segala jenis bulu haiwan atau rambut dengan pencahayaan yang baik. Lebih-lebih lagi di bawah perabot dan sudut atau ruang yang sempit. Dengan Tineco Pure One S15 Smart High Intelligent Zero Tangle Cordless Stick Vacuum Cleaner, anda boleh menyelesaikan pelbagai tugas sebelum atau selepas pulang dari kerja dan memberi lebih fokus kepada keluarga.

Kelebihan Tineco Pure One S15 Smart High Intelligent Zero Tangle Cordless Stick Vacuum Cleaner:

  • Pengesanan pintar kotoran di lantai dan dalam permaidani
  • Sensor pintar iLoop melaraskan sedutan secara automatik
  • Penapisan HEPA 5 peringkat menangkap 99.9% zarah
  • Kuasa sedutan sehingga 125 Airwatts
  • Pensijilan SIRIM yang diakui

Kekurangan Tineco Pure One S15 Smart High Intelligent Zero Tangle Cordless Stick Vacuum Cleaner:

  • Hanya ada 1 pilihan warna iaitu putih

Spesifikasi Tineco Pure One S15 Smart High Intelligent Zero Tangle Cordless Stick Vacuum Cleaner:

Berat: 3kg
Tempoh Jaminan: 24 Bulan
Harga: RM1999.00

Panasonic MC-SB53KH147 Tangle-Free Cyclone Cordless Stick Vacuum Cleaner

Panasonic MC-SB53KH147 Tangle-Free Cyclone Cordless Stick Vacuum Cleaner
Panasonic Malaysia memperkenalkan model terkini pembersih vakum tanpa wayar bebas kusut Panasonic MC-SB53KH147 Tangle-Free Cyclone Cordless Stick Vacuum Cleaner dengan teknologi baharu. Panasonic MC-SB53KH147 Tangle-Free Cyclone Cordless Stick Vacuum Cleaner hadir dengan berus hebat berbentuk kon untuk mengumpul dan memindahkan rambut ke bahagian tengah kepala vakum yang lebih nipis sebelum rambut disedut masuk sepenuhnya. Menerusi teknologi berpaten unik, muncung serta dwi motor Panasonic MC-SB53KH147 Tangle-Free Cyclone Cordless Stick Vacuum Cleaner lebih berkuasa bebas dan kuat sedutan, ciri ekslusif bagi jenama serta membantu pengguna menjimatkan lebih banyak masa dan tenaga apabila membersihkan muncungnya.
Panasonic MC-SB53KH147 Tangle-Free Cyclone Cordless Stick Vacuum Cleaner turut disaluti plat ion yang turut melakukan kerja tambahan membasmi 99.9% bakteria, bulu haiwan dan rambut di lantai. Sementara itu, menerusi sensor habuk rumah yang terbina khas pada pembersih vakum ini, ia dapat memastikan ruang kediaman bebas habuk secara automatik berasaskan jumlah habuk yang dikesan. Bukan itu sahaja, reka bentuknya memudahkan kerja pembersihan habuk dan kotoran. Panasonic MC-SB53KH147 Tangle-Free Cyclone Cordless Stick Vacuum Cleaner seberat hanya 1.5 kilogram, mudah dikendalikan dan boleh dipanjangkan bagi membersihkan tempat lebih tinggi.

Kelebihan Panasonic MC-SB53KH147 Tangle-Free Cyclone Cordless Stick Vacuum Cleaner:

  • Ringan seberat 1.5kg
  • Kapasiti simpanan habuk 0.3 L
  • Bateri tahan sehingga 30 minit penggunaan
  • Miliki muncung tilam dan berus debu 2 hala untuk lebih capaian

Kekurangan Panasonic MC-SB53KH147 Tangle-Free Cyclone Cordless Stick Vacuum Cleaner:

  • Model terhad di pasaran

Spesifikasi Panasonic MC-SB53KH147 Tangle-Free Cyclone Cordless Stick Vacuum Cleaner:

Berat: 1.5kg
Tempoh Jaminan: 12 Bulan
Harga: RM1699.00

Dibea Diamond DC22 Floor Vacuum + BX500 Pro Handheld Vacuum

Dibea Diamond DC22 Floor Vacuum + BX500 Pro Handheld Vacuum
Dibea jenama perkakas rumah memperkenalkan pembersih vakum cord-free terkini iaitu Dibea Diamond DC22 Floor Vacuum + BX500 Pro Handheld. Ledakan teknologi mendorong Dibea Diamond DC22 Floor Vacuum + BX500 Pro Handheld dilancarkan pada harga yang cukup kompetitif dilengkapi dengan ciri kendalian mudah, ringan dan jaminan tempoh yang panjang. Dibea Diamond DC22 Floor Vacuum + BX500 Pro Handheld, gajet 3 dalam 1 datang dengan teknologi dwi-tangki yang hebat yang mengasingkan air bersih dan kotor untuk mencapai liputan menyeluruh ketika kerja pembersihan. Ia didatangkan dengan ciri tambahan seperti paparan status pembersihan yang melaras tetapan sedutan secara automatik mengikut tahap kekotoran dengan motor kuasa sedutan yang kuat. Reka bentuk ergonomik Dibea Diamond DC22 Floor Vacuum + BX500 Pro Handheld Vacuum Mesra, dilengkapi pek bateri berkuasa tinggi yang mampu berfungsi sehingga 30 minit sebelum perlu dicas semula. Bagi anda yang ingin menjadikan kerja mengemas rumah lebih praktikal, mudah dan cepat, pembersih vakum Dibea Diamond DC22 Floor Vacuum + BX500 Pro Handheld pasti tidak mengecewakan anda.

Kelebihan Dibea Diamond DC22 Floor Vacuum + BX500 Pro Handheld Vacuum:

  • Vakum yang ringan dan serba boleh sesuai untuk rumah atau kenderaan
  • Penyedutan yang kuat untuk menangkap kotoran
  • Hos fleksibel memanjangkan jangkauan dan kebolehgunaan
  • Hebat digunakan pada lantai keras dengan kepala penggelek lembut
  • Tempoh jaminan yang panjang

Kekurangan Dibea Diamond DC22 Floor Vacuum + BX500 Pro Handheld Vacuum:

  • Bateri tidak boleh ditanggalkan (untuk kegunaan jangka masa panjang)

Spesifikasi Dibea Diamond DC22 Floor Vacuum + BX500 Pro Handheld Vacuum:

Berat: 3.7kg
Tempoh Jaminan: 24 Bulan
Harga: RM1,299.00

Airbot Hypersonics Max Smart Cordless Vacuum Cleaner

Airbot Hypersonics Max Smart Cordless Vacuum Cleaner
Jenama terkenal dari negara China, Airbot menawarkan vakum cord-free Airbot Hypersonics Max Smart Cordless Vacuum Cleaner di mana kerja-kerja pembersihan lantai akan menjadi lebih mudah. Pembersih berteknologi ‘bijak’ dengan penawaran harga berpatutan ini lebih unik kerana berfungsi 2 dalam 1 untuk menyedut, mengelap dan membersihkan sekali gus. Kuasa dan kecekapan Airbot Hypersonics Max Smart Cordless Vacuum Cleaner mampu menghilangkan 99.97 peratus habuk halus, sisa makanan dan sampah-sampah kecil pada tempat yang sukar dicapai berbanding menggunakan penyapu.
Pemilik haiwan kesayangan dan mereka yang alergi terhadap habuk perlu memiliki Airbot Hypersonics Max Smart Cordless Vacuum Cleaner, pembersihan saintifik yang boleh membantu menyelesaikan masalah kebersihan di setiap kediaman. Motor BLDC Max pada Airbot Hypersonics Max Smart Cordless Vacuum Cleaner boleh meningkatkan kuasa vakum sehingga 33000Pa membolehkan kuasa sedutan lebih kuat dan menyeluruh. Dengan bateri Li-ion 2,200mAh yang dicas sepenuhnya, Airbot Hypersonics Max Smart Cordless Vacuum Cleaner boleh bekerja sepenuhnya tanpa sebarang ganguan sehingga lebih 30 minit.

Kelebihan Airbot Hypersonics Max Smart Cordless Vacuum Cleaner:

  • Fungsi 2 dalam 1, mengemop dan membersih
  • HEPA E13 yang menangkap 99.97% zarah
  • Sesuai untuk pemilik haiwan peliharaan berbulu
  • Ringan seberat 1.5kg

Kekurangan Airbot Hypersonics Max Smart Cordless Vacuum Cleaner:

  • Vakum stand dijual berasingan

Spesifikasi Airbot Hypersonics Max Smart Cordless Vacuum Cleaner:

Berat: 1.5kg
Tempoh Jaminan: 12 Bulan
Harga: RM799.00

Electrolux UltimateHome 300 Handstick Vacuum Cleaner

Electrolux UltimateHome 300 Handstick Vacuum Cleaner
Jenama kelengkapan rumah Electolux tampil memperkenalkan Electrolux UltimateHome 300 Handstick Vacuum Cleaner ciri utama yang menarik perhatian adalah sistem siklonik yang menawarkan pengalaman pembersihan lebih pantas, efisien serta prestasi optimum. Sambil menyedut kotoran, Electrolux UltimateHome 300 Handstick Vacuum Cleaner berkerja serentak sambil menawarkan jaminan pembasmian bakteria sehingga 99 peratus. Selain itu, teknologi Sistem Habuk Superior dan Teknologi BrushRollClean™ pula membantu Electrolux UltimateHome 300 Handstick Vacuum Cleaner mengasingkan udara dengan debu dengan baik bagi memastikan hayat dan prestasi vakum lebih berpanjangan. Dengan muncung sedutan Muncung Bed Pro Power™ dengan Cahaya UV180 darjah, Electrolux UltimateHome 300 Handstick Vacuum Cleaner boleh menyedut kuat kotoran pada setiap permukaan termasuk tempat yang sukar dicapai dan tersembunyi. Dari segi prestasi, vakum ini dilengkapi dengan pek bateri boleh tanggal berkuasa tinggi yang mampu berfungsi sehingga 40 minit sebelum perlu dicas semula. Electrolux UltimateHome 300 Handstick Vacuum Cleaner dimuatkan dengan pemisahan habuk siklon dan bekas habuk 0.5L yang berupaya mengumpul habuk dan mudah dibersihkan.

Kelebihan Electrolux UltimateHome 300 Handstick Vacuum Cleaner:

  • Muncung Bed Pro Power™ dengan Cahaya UV
  • Penapis alergi termaju dengan harga berpatutan
  • LED sebagai signal penyeduk habuk
  • Sistem Habuk Superior dan Teknologi BrushRollClean™

Kekurangan Electrolux UltimateHome 300 Handstick Vacuum Cleaner:

  • Bunyi sedikit menganggu

Spesifikasi Electrolux UltimateHome 300 Handstick Vacuum Cleaner:

Berat: 2.42kg
Tempoh Jaminan: 24 Bulan
Harga: RM620.00

Vizon J10 Cordless Stick Vacuum Cleaner 22,000PA Handheld Mop and Vacuum 2 in 1

Vizon J10 Cordless Stick Vacuum Cleaner 22,000PA Handheld Mop and Vacuum 2 in 1
Vizon J10 Cordless Stick Vacuum Cleaner 22,000PA Handheld Mop and Vacuum 2 in 1 dengan teknologi terbaharu dan termaju VIZON 2 mod kelajuan menjadikan kerja membersihkan lebih mudah dan pantas. Memiliki sistem filter penapisan HEPA mudah dibersihkan untuk memerangkap habuk, debu dan helaian rambut, Vizon J10 Cordless Stick Vacuum Cleaner 22,000PA Handheld Mop and Vacuum 2 in 1 sesuai untu kegunaan semua permukaan kayu, mozek dan karpet. Direka dengan tetapan dua kelajuan dioptimumkan, ringan serta tanpa wayar, Vizon J10 Cordless Stick Vacuum Cleaner 22,000PA Handheld Mop and Vacuum 2 in 1sangat mudah dikendalikan dengan kuasa sedutan sehingga 22000PA.
Sedutan yang kuat dibantu Fluffy Brush Bar Vizon J10 Cordless Stick Vacuum Cleaner 22,000PA Handheld Mop and Vacuum 2 in 1 mampu mengeluarkan habuk halus dan serpihan besar dari lantai. Ia juga akan menjadi kediaman lebih bersih kerana mesin penapisannya mampu menangkap 99 peratus zarah sekecil 0.3 mikron sekali gus menangkap habuk dan alergen bagi membersihkan udara. Vizon J10 Cordless Stick Vacuum Cleaner 22,000PA Handheld Mop and Vacuum 2 in 1 juga diperhebat dengan bateri 2000 mAh yang membolehkan berfungsi sehingga 40 minit.

Kelebihan Vizon J10 Cordless Stick Vacuum Cleaner 22,000PA Handheld Mop and Vacuum 2 in 1:

  • Penapisan HEPA menangkap 99% zarah
  • Sistem Penapisan Siklon Berbilang Peringkat
  • Ringan dan harga berpatutan
  • Bateri tahan sehingga 40 minit

Kekurangan Vizon J10 Cordless Stick Vacuum Cleaner 22,000PA Handheld Mop and Vacuum 2 in 1:

  • Reka bentuk hampir sama dengan kebanyakkan jenama biasa

Spesifikasi Vizon J10 Cordless Stick Vacuum Cleaner 22,000PA Handheld Mop and Vacuum 2 in 1:

Berat: 1.35kg
Tempoh Jaminan: 12 Bulan
Harga: RM349.00

Khind Cordless Vacuum Cleaner VC9692

Khind Cordless Vacuum Cleaner VC9692
Khind Cordless Vacuum Cleaner VC9692 dicipta dengan berat hanya 3.5-kilogram dan diklasifikasikan antara vakum tanpa wayar yang ringan, berbaloi untuk dimiliki. Diperkenalkan dengan harga yang berpatutan, Khind Cordless Vacuum Cleaner VC9692 memiliki 3 mod kelujuan yang berbeza untuk menyedut kotoran iaitu Tinggi, Pertengahan, dan Rendah. Menggunakan bateri litium boleh tanggal, masa pengecasan Khind Cordless Vacuum Cleaner VC9692 adalah sekitar 4 ke 5 jam untuk bateri tahan sehingga 42 minit masa penggunaan. Kepala berus berbentuk V pada Khind Cordless Vacuum Cleaner VC9692 sesuai untuk kegunaan lantai keras dan permaidani mencapai dengan berkesan habuk atau kotoran yang ada. Selain itu, dengan mesh logam dan sistem penapisan HEPA, semua kekotoran, seperti zarah habuk halus, akan dikeluarkan dari udara tanpa gagal setiap kali anda menggunakan Khind Cordless Vacuum Cleaner VC9692.

Kelebihan Khind Cordless Vacuum Cleaner VC9692:

  • Mempunyai lampu penunjuk bateri
  • Kepala berus berbentuk V
  • Memiliki jaring logam dan penapisan HEPA
  • Harga berpatutan

Kekurangan Khind Cordless Vacuum Cleaner VC9692:

  • Bunyi agak bising

Spesifikasi Khind Cordless Vacuum Cleaner VC9692:

Berat: 3.5kg
Tempoh Jaminan: 12 Bulan
Harga: RM299.00

Homi UltraBlow Hand Vacuum

 Homi UltraBlow Hand Vacuum
Homi UltraBlow Hand Vacuum pembersih vakum kompak ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan. Kecil-kecil cili api, Homi UltraBlow Hand Vacuum model ringan dengan berat 600-gram direka untuk menjadikan pembersihan lebih mudah dengan kuasa sedutan turbo 12000PA. Dengan ciri pembersihan lantai 6 kepala yang unik pada Homi UltraBlow Hand Vacuum, menjadikannya mudah dan efisien untuk bergerak ke sudut dan ruang sempit. Ia juga menampilkan pemegang ergonomik untuk memastikan cengkaman selesa dan mudah. Homi UltraBlow Hand Vacuum hadir dengan tempoh penggunaan yang memuaskan iaitu sekitar 45 minit disumbangkan oleh bateri sel berkapasiti tinggi yang terdapat pada pembersih vakum itu dengan tempoh pengecasan penuhnya selama dua ke tiga jam. Homi UltraBlow Hand Vacuum juga mempunyai penapis HEPA boleh guna semula dan kantung penyimpanan. Malah Homi UltraBlow Hand Vacuum menggabungkan dua kaedah pembersihan yang berkuasa iaitu tiupan habuk (30m/s) dan sedutan kuat untuk membantu menyingkirkan habuk terkumpul pada bila-bila masa sahaja. Ia pastinya meningkatkan persekitaran sihat dan memastikan rumah, kereta bebas habuk.

Kelebihan Homi UltraBlow Hand Vacuum:

  • Harga berpatutan
  • Ringan hanya seberat 600gram
  • Bersaiz kompak mudah untuk di bawa ke mana sahaja
  • Masa pengecasan yang singkat iaitu 2 ke 3 jam

Kekurangan Homi UltraBlow Hand Vacuum:

  • Pasaran masih terhad dan sukar untuk diperolehi

Spesifikasi Homi UltraBlow Hand Vacuum:

Berat: 0.6kg
Tempoh Jaminan: 12 Bulan
Harga: RM139.00

Permintaan terhadap produk pembersihan meningkat kerana kesedaran lebih tinggi dalam hal berkaitan kebersihan dalaman rumah. Pembersih vakum cord-free yang digunakan secara meluas bukan sahaja dapat menjimatkan masa bahkan dapat mengurangkan penggunaan tenaga dan kerja mengemas rumah menjadi satu rutin yang menyeronokkan. Selain menyedut habuk dan membersihkan kotoran, kebanyakkan model pembersih vakum cord-free terkini di Malaysia berupaya berfungsi sebagai mop mengelap cecair. Pastinya menjadikan fungsi pembersih vakum seperti ini benar- benar menjimatkan masa pengguna dalam melakukan kerja mengemas rumah.

Pelbagai lambakan jenama berlumba-lumba menawarkan produk pembersih vakum cord-free dengan pelbagai fungsi dan keistimewaan. Hinggakan ramai yang keliru untuk memilih yang mana satu peralatan elektrik paling sesuai untuk keperluan masing-masing. Apatah lagi dengan keadaan ekonomi ketika kini, pengguna pasti mula berhati-hati untuk mendapatkan barangan elektrik. Meskipun ia antara peralatan wajib ada zaman ini, namun pulangan yang diterima haruslah berbaloi dengan wang yang dilaburkan seperti jenama yang kami cadangkan di atas.



Related posts