5 Pilihan Penapis Air Di Pasaran Untuk Kualiti Air Minuman Terbaik

5 Pilihan Penapis Air Di Pasaran Untuk Kualiti Air Minuman Terbaik
Peralatan rumah


Air merupakan sumber yang sangat penting di dalam kehidupan. Sumber air yang bersih amat diperlukan untuk diminum dan digunakan untuk tujuan lain seperti mandi, memasak dan mencuci. Ini kerana air yang disalurkan ke setiap rumah bukanlah 100% bersih. Kualiti air yang tercemar dan diminum boleh menyebabkan penyakit-penyakit seperti keracunan makanan dan taun. Jadi memang tidak boleh dinafikan, penapis air merupakan salah satu keperluan penting yang perlu ada di setiap rumah. Jom kita lihat 5 jenis penapis air dari pelbagai jenama yang terbaik untuk anda.

Cuckoo Prince Top

Cuckoo Prince Top
Merupakan salah satu penapis air yang mempunyai reka bentuk paling ‘minimalis’. Sesuai untuk anda yang sukakan sesuatu yang ringkas tetapi nampak elegan. Dengan reka bentuk ‘slim design’, semestinya ia tidak memakan ruang dapur dan sinki anda. Penapis air ini juga lebih ringan jika dibandingkan dengan penapis air yang lain, iaitu hanya seberat 11.1 kg sahaja. Selain itu, warnanya juga turut menarik perhatian iaitu Metallic Rose Gold. 3 suhu air ditawarkan oleh penapis air ini iaitu suhu sejuk, panas dan suhu bilik.

Teknologi Cuckoo Prince Top ini lebih berbeza dengan model-model Cuckoo yang lain kerana ianya boleh menghasilkan air sejuk, air panas dan air suhu bilik tanpa memerlukan tangki. Voice Guide juga merupakan salah satu ciri-ciri menarik bagi penapis air ini, Voice guide ini akan membantu apabila anda memilih tetapan suhu dan lain-lain, ia akan bersuara dan berkata-kata untuk menyatakan pilihan tetapan anda. Menarik bukan? Pilihan yang tepat untuk anda yang mencari penapis air yang ‘minimalis’ tetapi berteknologi tinggi.

Kelebihan

  • Slim design
  • 3 suhu
  • In & Out sterilisation
  • Vocal guide
  • Jimat tenaga elektrik

Kekurangan

  • Harganya sedikit mahal jika dibeli secara terus tanpa bayaran bulanan

Spesifikasi

Model Cuckoo Prince Top
Dimensi Lebar 170 mm, Panjang 468 mm, Tinggi 408 mm & Berat 11.1 kg
Teknologi penapisan Nano Positive Filtration System (Mineral & Mild Alkaline)
Harga RM 4800 / Bulanan RM 160

Klik sini untuk membeli penapis air untuk kualiti air minuman terbaik

Joven JP 2000

Joven JP 2000
Mudah, murah dan berprestasi tinggi. Ini adalah tiga perkataan yang menggambarkan betapa berkualitinya Joven JP 2000 ini. Bagi pengguna yang mencari penapis air biasa dan tidak terlalu mahal, Penapis air Joven JP 2000 ini menawarkan penapisan dan pembersihan air hampir sama dengan jenama-jenama lain. Ia datang dengan tiga lapisan tapisan iaitu (Non woven fabric filter) dan (Powdered activated carbon) untuk memberikan kuasa penapisan yang efektif. Tiga lapisan tapisan ini mampu menyingkirkan hampir 99.9% klorin daripada air paip dan bahan pencemar yang lain.

Selain itu, ia juga dicipta dengan saiz yang kecil supaya tidak banyak ruang yang diperlukan untuk pemasangan dan penggunaan. Penapis air ini juga datang dengan fungsi injap dwi pilihan, pengguna boleh memilih untuk menggunakan air paip yang ditapis untuk kegunaan memasak dan minum serta air paip yang tidak ditapis untuk kegunaan mencuci. Ia juga menggunakan material yang tahan karat (stainless steel) pada saluran keluar air membolehkan ia menghalang pembentukan karat dalam mengekalkan kualiti air yang disalurkan. Joven JP 2000 bukan penapis air yang boleh dipandang rendah, biarpun murah ianya tetap berkualiti.

Kelebihan

  • Pemasangan mudah
  • Injap pemilih fungsi dwi
  • Diperbuat daripada plastik gred makanan
  • 3 lapisan penapis
  • Harga mampu milik

Kekurangan

  • Tekanan air rendah
  • Air mudah terpercik

Spesifikasi

Model Joven JP 2000
Dimensi 215mm x 120mm x 254mm
Teknologi penapisan Tiga lapisan tapisan iaitu (Non woven fabric filter) dan (Powdered activated carbon)
Harga RM 139

Klik sini untuk membeli penapis air untuk kualiti air minuman terbaik

Tankless LG PuriCare™ Water Purifier

Tankless LG PuriCare™ Water Purifier
Siapa sangka, jenama LG yang popular dengan barangan-barangan elektrik juga turut menawarkan produk penapis air yang berteknologi tinggi. Datang dengan reka bentuk slim design yang sangat kompak, ianya turut menampilkan ciri-ciri moden iaitu tanpa tangki. Dengan teknologi tanpa tangki ini, air akan terus ditapis dalam beberapa saat sahaja. Ini bermakna anda boleh terus minum air yang telah ditapis tanpa perlu menunggu ianya disimpan di dalam tangki simpanan dahulu.

Dengan rekaan fungsi seperti Induction Heating System (IH) dan Inverter Compressor, tiga pilihan air dapat diminum secara terus iaitu air panas, sejuk dan suhu bilik. Selain itu, penapis air ini juga turut mempunyai paip air yang boleh diubah pada 180° darjah dimana ianya membolehkan anda mengambil air dari depan, kiri ataupun kanan penapis air. Dengan sistem tiga tapisan iaitu Ultra Filtration (UF), penapis air ini berpotensi untuk menyingkirkan bahan kotoran seperti kuman, logam berat, zarah-zarah halus dan pelbagai lagi secara tidak langsung menghapuskan bau-bauan yang kurang elok pada air yang disalurkan. Jadi jika anda inginkan penapis air yang berprestasi tinggi sesuai dengan harganya, tidak salah jika anda memilih Tankless LG Puricare ini.

Kelebihan

  • Bentuk yang ergonomik
  • 3 suhu: Sejuk, Panas dan Suhu Bilik
  • Slim Design; bentuk yang kompak dan elegan
  • Tap air 180 darjah
  • 3 lapisan penapis

Kekurangan

  • Harga yang mahal

Spesifikasi

Model Tankless LG PuriCare™ Water Purifier with 3-stage filtration & Tankless Hot / Cold / Ambient, Shiny Rose
Dimensi 170mm x 396mm x 380mm
Teknologi penapisan Tiga lapisan tapisan (Ultrafiltration) iaitu (Pre Carbon Block + Filter), (UF Membrane Filter) dan (Post Carbon Filter)
Harga RM 4,480

Klik sini untuk membeli penapis air untuk kualiti air minuman terbaik

Bacfree Watero

Bacfree Watero
Seiring dengan perkembangan teknologi yang berevolusi sentiasa, penapis air juga turut tidak ketinggalan. Bacfree menawarkan penapis air pintar, sesuatu yang baru di pasaran. Tanpa pemasangan yang rumit, ia datang dengan reka bentuk yang minimalis dan kompak, mudah dibawa dan dipasang di mana sahaja. Penapis air Bacfree Watero bukan sekadar menapis air, ianya turut membantu memanaskan air dalam hanya 3 saat sehingga 5 suhu pemanasan yang ditetapkan iaitu (25, 45, 60, 85, 100 celsius) mengikut kesesuaian penggunaan.

Selain itu, ia juga turut didatangkan dengan child safety lock, khusus untuk mengelakkan anak-anak kecil daripada terkena air panas dan one touch mummy button yang telah ditetapkan untuk membancuh susu formula bayi. Ianya memudahkan urusan ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil. Terdapat 5 lapisan tapisan untuk penapis air ini menjadikan air yang disalurkan lebih selamat diminum 100%. Untuk kesemua fungsi dan ciri ini, penapis air Bacfree Watero sememangnya menjadi pembelian yang berbaloi untuk anda.

Kelebihan

  • Plug and Play, tidak perlu pemasangan yang rumit
  • Kecil dan kompak, mudah dibawa ke mana sahaja
  • 5 suhu: (25, 45, 60, 85, 100 celsius)
  • Child safety lock
  • One touch mummy button untuk bancuh susu

Kekurangan

  • Harga yang mahal

Spesifikasi

Model Bacfree Watero
Dimensi 270mm x 340mm x 352mm
Teknologi penapisan Ultrafiltration (UF) Polypropylene Filter, Pre-activated Carbon Filter, Ultrafiltration Membrane Filter, Post-activated Carbon Filter dan UV (Ultraviolet) Disinfection.
Harga RM 1980

Klik sini untuk membeli penapis air untuk kualiti air minuman terbaik

SK Magic JIK.SOO RICH

SK Magic JIK.SOO RICH
SK Magic Jik.Soo Rich menawarkan satu kelainan, selain datang dengan tiga suhu air utama iaitu sejuk, panas dan suhu bilik, ianya turut dilengkapi dengan fungsi ice maker. Anda tidak perlu lagi menunggu ais membeku di peti sejuk ataupun membeli ais di kedai-kedai berhampiran. Untuk ais kiub, terdapat dua butang untuk anda memilih saiz ais kiub yang anda inginkan, dan kapasiti untuk ais kiub pada penapis air ini juga agak banyak iaitu 750g. Selain itu terdapat juga fungsi smart watering, iaitu anda boleh memilih jumlah air yang anda perlukan melalui tetapan yang telah tersedia pada penapis air, mudah dan cepat kan? Hanya 10 saat diperlukan untuk menyejukkan air 3L iaitu bersamaan dengan 25 gelas sekaligus, satu ciri-ciri yang bagus buat anda yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.

Reka bentuk nya juga kecil dan elegan, tidak memakan ruang yang banyak di dapur anda selain ianya juga ringan kerana tidak bertangki. Lebih menarik, ianya turut dilengkapi dengan Sistem Pensterilan UV automatik dan menggunakan paip 304 keluli tahan karat pada setiap saluran air untuk menjamin air yang sangat bersih dan terhindar dari pencemaran. 2 dalam 1, dengan satu harga, apa tunggu lagi? SK Magic Jik.Soo Rich sentiasa bersedia berkhidmat untuk anda.

Kelebihan

  • Fungsi Ice Maker
  • 750g kapasiti ice maker
  • Smart watering
  • 10 saat untuk menyejukkan air 3L

Kekurangan

  • Harga yang mahal

Spesifikasi

Model SK Magic JIK.SOO RICH
Dimensi 25.5 cm
Penggunaan tenaga elektrik Teknologi penapisan: Sistem Nano-Filtering
Harga RM 6800

Klik sini untuk membeli penapis air untuk kualiti air minuman terbaik

Walaupun ada di antara penapis-penapis air terletak dalam kategori harga bukan mampu milik, namun terdapat banyak jenama yang menawarkan servis sewa bulanan kepada penggunanya dengan harga mampu milik seperti RM 200 sebulan.

Penapis air boleh dikategorikan sebagai produk yang akan digunakan untuk jangka masa panjang. Pastikan anda membuat pilihan tepat! Ini kerana kualiti air yang baik juga sedikit sebanyak mempengaruhi kesihatan dan kehidupan anda dan keluarga.



Related posts