Tahap Keselamatan Dipertingkat Dengan 5 Jenama Kunci Pintu Digital Pintar Dipercayai Di Malaysia Ini

Tahap Keselamatan Dipertingkat Dengan 5 Jenama Kunci Pintu Digital Pintar Dipercayai Di Malaysia Ini
Peralatan rumah


Dalam memasuki era digital, hampir kebanyakkan barangan atau produk diubahsuai atau direnovasikan menjadi lebih ‘pintar’ untuk menambah baik kegunaannya dan yang pasti memudahkan setiap penggunaannya. Jam pintar, peti ais pintar, kereta pintar, pintu rumah pun kena pintar juga tau!

Rumah adalah aset penting bagi setiap individu dan menambah lapisan perlindungan untuk rumah adalah perkara yang wajar dipertimbangkan. Sistem keselamatan bukan sahaja di rumah, malah di premis-premis tertentu seperti pejabat, kedai dan sebagainya penting agar anda boleh tidur lena di malam hari tanpa pening memikirkan kemungkinan rumah dipecah masuk perompak atau pencuri atau sesiapa sahaja yang berniat jahat.

Smart door lock, atau kunci pintu digital/pintar menjadi semakin popular di Malaysia terutama untuk rumah atau bangunan yang baru dibina. Hanya imbaskan cap jari atau menekan nombor rahsia, tanpa perlu kunci besi yang selalu diguna, anda boleh mengakses masuk ke rumah anda. Ini adalah 5 pilihan terbaik smart door lock yang ada di Malaysia.

Zeox Asia

Zeox Asia
Zeox Asia mengatakan lebih 500 kunci pintu terjual pada tahun pertama perniagaan mereka dan majoriti pelanggan mereka memberikan penilaian 5 bintang, menunjukkan betapa produk ini dipercayai dan berkualiti. Apa yang menarik mengenai jenama ini adalah, ia terdapat beberapa jenis yang boleh anda pilih mengikut material pintu anda seperti, pintu kayu, sliding, grill dan sebagainya. Anda boleh membuka pintu menggunakan cap jari, kata laluan, kad pintar atau juga kunci biasa. Ia juga mampu menyimpan sehingga 50 slot kad berbeza, 50 kata laluan berbeza dan 100 cap jari yang berbeza.

Kelebihan Zeox Asia:

  • Tahan lasak
  • Kalis air
  • Pelbagai ciri keselamatan
  • Sambungan aplikasi mudah alih
  • Auto lock
  • Amaran bateri lemah
  • Tahap keselamatan dual side

Kekurangan Zeox Asia:

  • Tiada alat kawalan jauh

Spesifikasi Zeox Asia:

Kaedah membuka kunci: Kod PIN, kad, cap jari, kunci mekanikal
Bekalan kuasa: DC 4.8-6v
Penggunaan memori maksimum: 50 slot kad berbeza, 50 kata laluan berbeza dan 100 cap jari yang berbeza.
Jenis pintu: Kayu, grill besi, sliding & kaca
Harga: RM 380 – RM 960

Samsung SHP DP728 Smart Digital Door Lock

Samsung SHP DP728 Smart Digital Door Lock
Sesuai untuk anda yang mempunyai keluarga besar atau anak-anak ramai, kunci pintu digital Samsung ini akan memberi notifikasi pada telefon anda sekiranya ada ahli keluarga yang tiba dan memasuki rumah. Terdapat juga log masuk/keluar untuk menjejak siapa yang meninggalkan rumah dan bila. Sistem keselamatan ini mempunyai 5 kaedah membuka kunci yang berbeza.

Anda boleh membuka kuncinya sama ada menggunakan aplikasi yang disambungkan dengan Bluetooth, kad atau teg RFID anda, pengimbas cap jari, kod laluan atau kekunci ganti. Lebih menarik lagi, fungsi Welcome feature yang ada dikuasakan oleh penderia IR di mana pad kekunci menyala apabila anda berada dalam lingkungan 50cm daripadanya. Ini juga mengesan aktiviti yang mencurigakan seperti rentak berulang-alik yang berterusan yang kemudiannya mengeluarkan siren amaran 60 saat.

Kelebihan Samsung SHP DP728 Smart Digital Door Lock:

  • Terbaik untuk pintu jenis kayu
  • Amaran suhu tinggi luar biasa seperti kebakaran
  • 5 kaedah membuka kunci berbeza
  • Welcome features dengan penderia IR
  • Mengesan aktiviti mencurigakan

Kekurangan Samsung SHP DP728 Smart Digital Door Lock:

  • Tiada bekalan kuasa kecemasan
  • Tidak sesuai untuk pintu kaca

Spesifikasi Samsung SHP DP728 Smart Digital Door Lock:

Kaedah membuka kunci: Kod PIN, kad, cap jari, kunci mekanikal
Bekalan kuasa: Bateri 4 AA
Penggunaan memori maksimum: 100 jenis cap jari berbeza, 30 slot kad RFID, 30 kod PIN< 5 kunci mekanikal
Jenis pintu: Kayu
Harga: RM 1,900

Philips Digital Lock Easy Key Alpha

Philips Digital Lock Easy Key Alpha
Ianya ringkas, namun sungguh berkesan dalam membantu meningkatkan tahap keselamatan rumah anda. Kunci Digital Philips Easy Key Alpha mempunyai 5 kaedah buka kunci yang tersedia, memudahkan anda untuk masuk walaupun pengimbas cap jari tidak berfungsi. Anda mempunyai pilihan untuk menggunakan kad anda, peranti bersambung Bluetooth, kata laluan nombor atau kunci mekanikal. Ini paling menarik, apabila memasukkan kata laluan, anda boleh memilih mana-mana nombor secara rawak dalam sebarang susunan asalkan anda juga memasukkan kata laluan sebenar dalam susunan berturut-turut. Ini membantu melindungi kata laluan anda daripada sesiapa sahaja yang mungkin mengintai. Perkara yang cukup baik dan mudah tentang kunci ini ialah, sekiranya pek bateri anda kehabisan, ia mempunyai bekalan kuasa kecemasan untuk berfungsi selama beberapa jam.

Kelebihan Philips Digital Lock Easy Key Alpha:

  • Mempunyai aplikasi
  • 5 kaedah membuka pintu
  • Bekalan kuasa kecemasan
  • Fungsi One-key outside forced lock dengan penggera jika sesiapa cuba membuka pintu dari dalam ketika anda tiada di rumah
  • Silinder kunci gred C yang menghalang sebarang bentuk kunci teknikal

Kekurangan Philips Digital Lock Easy Key Alpha:

  • Tiada alat kawalan jauh
  • Tidak sesuai untuk pintu kaca

Spesifikasi Philips Digital Lock Easy Key Alpha:

Kaedah membuka kunci: Kod PIN, kad, cap jari, kunci mekanikal, Bluetooth
Bekalan kuasa: Bateri 4 AA
Penggunaan memori maksimum: 100 jenis cap jari berbeza, 100 slot kad, 1 master PIN kod, 10 PIN kod pengguna, 1 one time PIN code
Jenis pintu: Kayu
Harga: RM 1,988

ZKTeco Biometric Fingerprint Door Lock GL300

ZKTeco Biometric Fingerprint Door Lock GL300
Kunci Pintu Cap Jari Biometrik ZKTeco GL300 ialah kunci digital pengesahan hibrid yang dibuat khusus untuk pintu kaca. Sangat sesuai untuk kegunaan pintu pejabat yang kebanyakannya menggunakan pintu jenis kaca. Ianya juga dilengkapi butang loceng pintu agar pelanggan boleh menekannya untuk masuk ke dalam. Anda boleh membuka kunci kunci digital ini menggunakan sama ada cap jari, kad MF atau kata laluan anda. Kini, tidak seperti kebanyakan kunci digital dalam senarai ini, ia dilengkapi dengan alat kawalan jauh dan bukannya sambungan Bluetooth. Kunci ini sangat mudah untuk dipasang kerana anda tidak perlu menggerudi dalam sebarang lubang. Anda hanya meletakkan kepingan pada kedua-dua belah satu sama lain dan ia terkunci secara automatik.

Kelebihan ZKTeco Biometric Fingerprint Door Lock GL300:

  • Sesuai untuk pintu jenis kaca
  • Mudah dipasang
  • Didatangkan dengan alat kawalan jauh
  • Sesuai untuk kegunaan pejabat
  • Dilengkapi loceng pintu

Kekurangan ZKTeco Biometric Fingerprint Door Lock GL300:

  • Hanya 3 kaedah membuka pintu
  • Tidak sesuai untuk jenis pintu lain

Spesifikasi ZKTeco Biometric Fingerprint Door Lock GL300:

Kaedah membuka kunci: Cap jari, kad RFID, kata laluan, alat kawalan jauh
Bekalan kuasa: Bateri 4 AA
Penggunaan memori maksimum: 100 jenis cap jari berbeza, kata laluan dan kad
Jenis pintu: Kaca
Harga: RM 805

Hafele Smart Digital Lock PP9000

Hafele Smart Digital Lock PP9000
Bila dah semuanya menggunakan kata laluan ni, potensi untuk terlupa tu memang tinggi. Jadi untuk memastikan keselamatan terjamin, pintu boleh dibuka dengan melalui kunci Bluetooth yang dikawal oleh aplikasi, pengimbas cap jari, kad pintar, pin dan kunci mekanikal. Jika kata laluan tersilap 10 kali, kunci digital akan dibekukan selama 5 minit untuk mengelakkan penceroboh daripada menceroboh masuk ke rumah anda. Ia juga mempunyai bekalan kuasa kecemasan untuk menyandarkannya sekiranya anda terlupa menukar bateri.

Kunci pintar ini sangat sesuai untuk pintu jenis kayu dan ianya akan mengunci secara automatik sebaik sahaja anda menutup pintu anda. Ia juga mempunyai ciri pengesahan berganda apabila, setelah diaktifkan, memerlukan anda menggunakan 2 daripada 4 kaedah membuka kunci; yang anda tidak boleh gunakan ialah kunci mekanikal. Menarik lagi, terdapat juga mod senyap yang anda boleh aktifkan apabila anda mahu.

Kelebihan Hafele Smart Digital Lock PP9000:

  • Direka untuk keselamatan jika terdapat kebakaran, pengodaman dll
  • Pintu akan terkunci sendiri secara automatik
  • 5 jenis kaedah mengunci
  • Bekalan tenaga kecemasan
  • Sesuai untuk pintu kayu

Kekurangan Hafele Smart Digital Lock PP9000:

  • Tidak sesuai untuk jenis pintu kaca
  • Harga jauh lebih mahal

Spesifikasi Hafele Smart Digital Lock PP9000:

Kaedah membuka kunci: Cap jari, alat kawalan Bluetooth, kod PIN, kad pintar, kunci mekanikal
Bekalan kuasa: 8AA Alkaline
Penggunaan memori maksimum: 1 pin master, 10 pin pengguna, 100 jenis cap jari, 100 kad RFID
Jenis pintu: Kayu
Harga: RM 2, 688

Kalau dah upgrade kereta, rumah, jangan lupa upgrade juga sistem keselamatan kediaman atau premis. Apa yang penting, anda perlu pastikan kunci digital tersebut bersesuaian dengan keperluan rumah atau pejabat anda. Penting juga untuk anda memilih kunci digital yang tahan lasak terutama terhadap perubahan cuaca di Malaysia ni kan.

Kunci digital pintar dengan tahap keselamatan maksimum adalah terbaik terutama, yang memiliki ciri tambahan seperti alat penggera, kamera dan log masuk/keluar untuk menjejak siapa yang meninggalkan rumah anda dengan waktu yang tepat.



Related posts