Berkualiti & Mampu Terbang Jauh. Ini 5 Dron Popular Dan Terkini Mengikut Bajet Anda

Berkualiti & Mampu Terbang Jauh. Ini 5 Dron Popular Dan Terkini Mengikut Bajet Anda
Peralatan kamera dan fotografi


Dron adalah singkatan kepada Dynamic Remotely Operated Navigation Equipment merujuk kepada mana-mana unpiloted aircraft. Dron merupakan peralatan teknologi tinggi yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan belia muda dan juga professional. Teknologi dron semakin popular terutamanya dalam kalangan peminat fotografi serta videografi tempatan dan antarabangsa kerana gajet ini mampu merakam foto dan video udara dengan pantas dan berkualiti.

Antara 5 dron popular dan terkini mengikut bajet diinginkan berada di pasaran ketika ini seperti DJI Mavic 3 Classic, DJI Air 2S, Altair Falcon Beginner Drone W/AHP Autonomous Hover & Positioning System, Drocon Blue Bugs 3, dan Parrot ANAFI Ai.

Walau bagaimana pun sebelum membuat keputusan memiliki peranti moden ini, pastikan anda mengetahui syarat dan peraturan untuk terbangkan dron di Malaysia. Ini kerana penggunaan dron yang semakin berleluasa berpotensi untuk mendedahkan risiko tertentu kepada pemilik dron termasuk membabitkan isu keselamatan dan pencabulan privasi.

Tanpa pendedahan, pengetahuan dan kemahiran terhadap keperluan undang-undang, batasan penerbangan dan latihan yang betul, ia dikhuatiri akan mengakibatkan kejadian yang tidak diingini seperti mendatangkan kecederaan dan kematian seterusnya menyebabkan pemilik dron berdepan dengan tindakan undang-undang.

Disebabkan itu, kerajaan Malaysia telah mengeluarkan peraturan dan garis panduan bagi memastikan teknologi ini selamat digunakan untuk melindungi kepentingan pelbagai pihak dalam masyarakat.

DJI Mavic 3 Classic

DJI Mavic 3 Classic
DJI telah melancarkan dron terkini untuk pasaran Malaysia iaitu DJI Mavic 3 Classic yang menampilkan kamera Hasselblad untuk kebolehan videografi berkualiti tinggi setanding dron premium. DJI Mavic 3 Classic boleh diterbangkan sejauh 15 kilometer selama 46 minit dengan fungsi ActiveTrack 5.0 yang boleh menjejak subjek dengan tepat sewaktu penerbangan.
DJI Mavic 3 Classic memiliki fungsi Cruise Control bagi menetapkan kelajuan yang sekata untuk mengurangkan sebarang getaran pada rakaman video. DJI Mavic 3 Classic masih mempunyai fungsi yang sama dengan dron lain dalam siri Mavic 3 Series, seperti kamera 20MP dengan sensor CMOS 4/3″, tempoh penerbangan selama 46 minit dan sistem transmisi video O3+.
Kamera DJI Mavic 3 Classic boleh merekod video dalam resolusi sehingga 5.1K pada kadar 50 fps menggunakan encoder H.264 dan H.265. Untuk rakaman gerak perlahan pula, ia boleh merekod sehingga 200 fps dalam resolusi 1080p.

Kelebihan DJI Mavic 3 Classic

  • Kamera menawarkan fungsi QuickShots, timelapse, hyperlapse dan panorama
  • Mempunyai teknologi Hasselblad Natural Colour Solution
  • Jarak fokal 24mm dengan nilai apertur f/2.8 hingga f/11 dan 12.8
  • Menyokong fotografi RAW 12-bit, rakaman video dalam D-Log 10-bit
  • Penjejakan dan pengelakan AI yang baik

Kekurangan DJI Mavic 3 Classic:

  • Ketiadaan lensa telefoto pada kameranya

Spesifikasi DJI Mavic 3 Classic:

Berat: 895g
Tempoh Jaminan: 1 Tahun
Harga: Bermula RM6,879.00 – RM7,579.00

DJI Air 2S

DJI Air 2S
DJI Air 2S merupakan dron popular berbentuk kompak memiliki teknologi lebih matang secara jitu sperti mana dron kecil lain. DJI Air 2S mampu dimuatkan dengan enjin elektronik yang dapat menampung beban tinggi. Enjin elektroniknya amat efisien daripada segi ‘heat dissipation’ (pelesapan haba) yang membolehkan ia mampu terbang dengan lebih lama.
Walaupun DJI Air 2S bersaiz kecil dan ringan, ia mampu terbang sjauh selama 30 minit. DJI Air 2S menggabungkan reka bentuk kompak DJI Mavic Air 2 dan kualiti imej Mavic 2 Pro, ia merupakan pilihan yang terbaik untuk merakam video dan foto udara berkualiti tinggi walaupun pada malam hari. DJI Air 2S menggunakan MasterShots untuk mencipta kandungan secara automatik berdasarkan templat bertema.
Mod FocusTrack pula untuk menjejak subjek dalam pelbagai cara, manakal mod QuickShot untuk melakukan manuver penerbangan automatik dan mod Hiperlapse untuk video selang masa. DJI Air 2S mempunyai penderia 20MP 1 inci yang lebih besar dan diselitkan ke dalam reka bentuk boleh lipat badannya seberat 595g. DJI Air 2S boleh dijadikan alternatif yang ideal untuk digunakan semasa melancong bercuti merakam dari perspektif baharu dan unik.

Kelebihan DJI Air 2S:

  • Sensor 1 inci 20 MP
  • Kualiti imej yang hebat
  • Kecil dan ringan
  • Boleh diterbangkan pada waktu malam.
  • Sesuai untuk aktiviti dalaman dan luaran.

Kekurangan DJI Air 2S:

  • Controller tidak boleh dilipat
  • Tiada bukaan aperture

Spesifikasi DJI Air 2S:

Berat: 595g
Tempoh Jaminan: 12 Bulan
Harga: RM5,799.00

Altair Falcon Beginner Drone w/AHP Autonomous Hover & Positioning System

Altair Falcon Beginner Drone w/AHP Autonomous Hover & Positioning System
Altair Falcon Beginner Drone w/AHP Autonomous Hover & Positioning System antara yang paling sesuai untuk individu yang belum mahir menggunakan dron kerana mempunyai butang kunci yang mudah dikawal. Malah dron ini sangat mesra kanak-kanak dan mudah dikendalikan oleh si kecil. Altair Falcon Beginner Drone w/AHP Autonomous Hover & Positioning System boleh dilipat dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja, drone ini juga boleh membuat sebanyak 360 pusingan dengan kelajuan tinggi.
Altair Falcon Beginner Drone w/AHP Autonomous Hover & Positioning System menawarkan dron berkualiti tinggi serta kemampuan merakam pada pelbagai sudut yang menarik buat pencipta konten di luar sana walaupun datang dengan pakej harga mampu milik. Kelengkapan keselamatan pada dron juga sama seperti model lain. Ia boleh mengesan halanangan daripada semua arah. Altair Falcon Beginner Drone w/AHP Autonomous Hover & Positioning System dilengkapi dengan kamera 720p, berbilang mod penerbangan dan dua bateri yang boleh tahan sehingga 20 minit penerbangan pada jarak 125 meter.

Kelebihan Altair Falcon Beginner Drone w/AHP Autonomous Hover & Positioning System:

  • Mesra kanak-kanak
  • Putaran 360 darjah.
  • Harga berpatutan dan mampu milik
  • Kamera 720p HD terbina boleh mengambil video secara langsung dan fotografi pegun

Kekurangan Altair Falcon Beginner Drone w/AHP Autonomous Hover & Positioning System:

  • SD Kad tidak disertakan

Spesifikasi Altair Falcon Beginner Drone w/AHP Autonomous Hover & Positioning System:

Berat: 116g
Tempoh Jaminan: N/A
Harga: RM589.94 ($129.80 usd)

Drocon Blue Bugs 3

Drocon Blue Bugs 3
Drocon juga merupakan jenama dron yang popular seperti jenama Falcon seuai untuk begginer. Drocon Blue Bugs 3, hadir dengan warna biru siri yang dicadangkan untuk kalian yang baru pertama kali ingin menerbangkan dron sendiri, malah sangat mesra kanak-kanak. Drocon Blue Bugs 3 terbang lebih pantas dan memiliki bateri tahan lama. Ia boleh merakam dalam format HD yang cantik dilengkapi dengan motor tanpa berus.
Motor ini menjadikannya cukup berkuasa sehingga boleh terbang dalam keadaan berangin dengan dua kelajuan untuk masa penerbangan sekitar 18 sehingga 20 minit. Drocon Blue Bugs 3 mempunyai kelajuan rendah dan tinggi yang menjadikan kawalan dron lebih mudah dikendalikan.
Lekapan kamera 4K membolehkan pemilik Drocon Blue Bugs 3 memasang kamera tindakan seperti GoPro, Xiaomi atau Xiaoyi anda sendiri. Drocon Blue Bugs 3 boleh diterbangkan pada waktu malam kerana memiliki lampu LED sendiri. menjadikannya sesuai untuk penerbangan malam.

Kelebihan Drocon Blue Bugs 3:

  • Harga berpatutan dan mampu milik
  • Warna badan biru yang menarik
  • Mesra kanak-kanak
  • Memiliki lampu LED boleh diterbangkan waktu malam
  • Mempunyai 2 tahap kelajuan untuk terbang rendah dan tinggi

Kekurangan Drocon Blue Bugs 3:

  • Tempoh pengecasan yang panjang

Spesifikasi Drocon Blue Bugs 3:

Berat: 1.4 kg
Tempoh Jaminan: N/A
Harga: RM318.10 ($69.99 usd)

Parrot ANAFI Ai

Parrot ANAFI Ai
Dron jenama Parrot adalah dron premium popular keluaran negara Perancis. Siri Parrot ANAFI Ai merupakan dron terkini sambungan 4G pertama terdapat di pasaran. Parrot ANAFI Ai telah ditambah baik daripada siri Parrot lain sedia ada dengan komponen baharu yang penting, agar lebih berkeupayaan untuk terbang tanpa had penghantaran.
Sambungan 4G pada Parrot ANAFI Ai menawarkan penghantaran jarak jauh pada jalur frekuensi rendah pada 700MHz – 900MHz. Pengguna Parrot ANAFI Ai tidak memerlukan langganan 4G daripada Parrot, sebaliknya boleh menggunakan mana-mana kad SIM yang mampu menghantar data berfungsi dengan semua telefon pintar.
Untuk penerbangan Beyond Visual Line of Sight (BVLOS), Parrot ANAFI Ai boleh terus berhubung walaupun ada halangan. Ia memiliki keselamatan setiap data yang di bawa dan melindungi kedua-dua integriti samada perisian atau privasi data pengguna.
Parrot ANAFI Ai memiliki kualiti kamera HDR 4K dan merupakan penyelesaian terbaik untuk merakam video berkualiti tinggi dan gambar yang menakjubkan. Parrot ANAFI Ai hadir dengan penderia Quad Bayer 48 MP menawarkan ketepatan yang sama seperti dron dengan sensor 1″ 20MP. Setiap gambar boleh ditangkap pada 1fps, 2x lebih pantas daripada mana-mana dron.

Kelebihan Parrot ANAFI Ai:

  • Ketepatan pengimejan 48 MP dengan kamera 4K 60fps / HDR10 yang stabil
  • Memiliki sambungan 4G pertama
  • Rakaman video dan gambar berkualiti tinggi
  • Ciri keselamatan melindungi kedua-dua integriti perisian dan privasi data

Kekurangan Parrot ANAFI Ai:

  • Untuk pasaran Malaysia sangat terhad
  • Harga tinggi

Spesifikasi Parrot ANAFI Ai:

Saiz / Berat: 10.2 kg
Tempoh Jaminan: 2 tahun
Harga: RM18,180.00 ($4,000 USD)

Summary

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia CAAM sebagai agensi kawal selia yang bertanggungjawab mengenai penggunaan dron di Malaysia terus giat dan aktif memberikan penerangan serta pendedahan kepada orang ramai betapa pentingnya penggunaan dron secara terkawal dan selamat. Antara langkah dan strategi yang sudah diambil oleh CAAM termasuk mengeluarkan Arahan Penerbangan Awam khusus kepada pengendali dron. CAAM juga berhasrat memperkenalkan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 bagi tujuan menambah baik serta mendokong industri dron untuk mencapai potensi penuh dan seterusnya ke tahap yang lebih tinggi. Untuk maklumat lebih lanjut layari https://www.mot.gov.my/en/aviation/operators/drone-operation atau https://www.caam.gov.my/public/unmanned-aircraft-system-uas/

CAAM juga akan memperkenalkan satu sistem bagi mengurus dan memantau aktiviti dron yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Trafik ‘Unmanned Aircraft System’ (UAS) atau ‘UTM System’, dijangka beroperasi hujung tahun 2023. Menerusi sistem itu, individu yang ingin membeli dron mengikut kategori sama ada di kedai atau secara dalam talian, mereka perlu mengemukakan kad pengenalan atau lesen yang dikeluarkan oleh CAAM. Sistem itu bertujuan memantau keseluruhan aktiviti penerbangan dron sama ada ia bagi tujuan komersial atau rekreasi.



Related posts