
5 Top Filem Terbaik Adi Putra Mesti Tonton Sepanjang Zaman
Bahang filem epik naskhah tempatan ‘Mat Kilau’ sememangnya menjadi buah mulut orang ramai sejak dari tayangan rasminya beberapa minggu yang lalu. Nama aktor popular kelahiran Singapura iaitu Adi Putra (Dato’ Hj Mohamed Hadi Putera bin Halim) yang memegang watak utama sebagai Mat Kilau kembali meniti di bibir peminat filem tempatan dek penghayatan watak dan wajah tampannya.