8 Drama Korea Trending Terkini: Wajib Add-On Dalam Senarai Tontonan Mei 2024

8 Drama Korea Trending Terkini: Wajib Add-On Dalam Senarai Tontonan Mei 2024
Gaya hidup


Kalau anda minat tengok drama Korea, anda kena try tengok yang popular sekarang ni! K-Drama memang tak pernah mengecewakan, terutamanya yang terhangat dan paling best untuk tahun 2024. Ada banyak drama Korea yang best gila dengan rating tinggi. Anda boleh pilih dari drama-drama romantis yang mengaduk perasaan sampai ke drama yang penuh dengan aksi seru. Jangan ketinggalan trend, ada lebih kurang 8 drama yang tengah on trend sekarang ni. Dengan plot dan jalan cerita yang menarik serta penuh kejutan, pastinya akan membuat penonton teruja. Jangan lupa untuk sentiasa mengemas kini senarai K-Drama anda dan nikmati pengalaman menonton yang mengasyikkan. Jangan lupa share kepada keluarga dan kawan-kawan supaya mereka pun boleh enjoy drama-drama baru ni! Selamat menonton!

Queen of Tears

Queen of Tears

Queen of Tears drama tulisan penulis naskhah terkenal, Park Ji-eun, yang telah menghasilkan pelbagai drama hit romantik Korea seperti Crash Landing on You. Saluran televisyen tvN menjadi penyiar rasmi di kaca televisyen manakala Netflix menjadi saluran aplikasi berbayar rasmi untuk siri drama ini.
Pelakon Korea termahal, Kim Soo Hyun, membintangi drama yang sedang trending bukan sahaja di negara Korea Selatan malah diseluruh dunia disamping aktres Kim Ji-Won. Kedua-dua pelakon hebat ini telah menghidupkan watak pasangan suami isteri yang bergelut dengan kehidupan alam berumah tangga yang datang daripada latar belakang berbeza.

Queen of Tears

Terdapat banyak aspek yang menjadi tarikan penting dalam drama Queen of Tears, antaranya watak Baek Hyun Woo (Kim Soo Hyun) perlu duduk serumah dengan keluarga mentuanya. Dia turut berdepan krisis hidup dalam cinta, kerjaya, serta perkahwinan yang penuh dilema. Bermula sebagai pemuda kampung yang belajar bersungguh-sungguh menjadi peguam dan kemudian mendapat kerja di sebuah syarikat ternama.
Selepas itu, dia dipertemukan dengan seorang wanita bernama Hong Hae Hin (Kim Ji-Won), cucu jutawan kepada pegasas Syarikat Queen. Mereka jatuh cinta dan mendirikan rumah tangga. Tiga tahun berlalu, tanpa dijangka, pasangan ini berdepan penyeksaan tinggal bersama dan inginkan perceraian. Namun ada pelbagai kisah, rahsia dan halangan untuk merealisasikannya selepas Hong Hae Hin disahkan menghidap kanser otak.

Queen of Tears

Seperti nama judulnya, penonton disarankan menyediakan beberapa kotak tisu ketika menonton drama Queen of Tears ini kerana bakal dipertontonkan dengan pelbagai babak yang boleh menitikan air mata. Dek meraih ranting yang luar biasa setiap episod, terbaru menurut laporan Star News, pasukan produksi Queen of Tears dalam proses untuk menghasilkan 2 episod tambahan khas. Bermaksud drama ini kemungkinan akan mempunyai 18 episod secara keseluruhan. Untuk 2 episod istimewa tersebut, format dan penampilan pelakon utama masih belum diputuskan dan masih lagi dalam perbincangan. Adakah akan menjadi kenyataan? Nantikan..

Butiran tentang Queen of Tears:

Trailer: https://www.youtube.com/watch?v=Gg2D8zrzlOA
Genre: Percintaan, kekeluargaan
Jumlah episod: 16
Tayangan: 9 Mac 2024 – 28 April 2024
Pelakon: Kim Ji-Won, Kim Soo-Hyun, Park Sung-Hoon, Kwak Dong-Yeon, Lee Joo-Bin, Kim Kap-Soo, Lee Mi-Sook, Jung Jin-Young, Na Young-Hee, Kim Jung-Nan

Chief Detective 1958

Chief Detective 1958

Drama Korea trending berjudul Chief Detective 1958 merupakan sekual daripada salah satu siri rancangan televisyen paling digemari di negara Korea Selatan tidak lama dahulu. Chief Detective 1958 dibintangi oleh pelakon ternama Lee Je-Hoon dan Lee Dong-Hwi disiarkan di saluran berbayar Disney+ Hotstar bermula 19 April lalu.
Chief Detective 1958 mencipta sejarah untuk saluran televisyen MBC dengan mencapai penarafan perdana tertinggi bagi kategori drama Jumaat sehingga Sabtu dalam sejarah rangkaian. Episod pertama drama ini mendapat rating purata di seluruh negara sebanyak 10.1 peratus, menjadikan Chief Detective 1958 program paling banyak ditonton dalam apa jua bentuk yang disiarkan pada hari Jumaat. Penulis skrip Kim Young-shin, mengilhamkan Chief Detective 1958 seorang lagenda detektif hebat dengan berlatar belakang daerah Seoul era 70an dan 80an.

Chief Detective 1958

Pengarahnya sutradara Kim Sung-hoon telah menampilkan plot baharu yang hebat dan lebih segar untuk diterima penonton generasi hari ini. Chief Detective 1958 mengangkat kisah seorang detektif yang dilabel sebagai pemberontak selepas berulang kali menentang dasar kerajaan serta sistem ketenteraan.
Terperangkap dengan tugas kemanusian, keghairahan detektif dan pasukannya kembali bangkit ketika mereka berusaha menangkap pembunuh yang paling dikehendaki dan berbahaya. Pelbagai aksi lucu dan dramatik dalam suasana retro disajikan kepada penonton, pastinya penuh debaran dan tidak kering gusi. Apakah kesudahan misi detektif ini dan pasukannya? Saksikan keseluruhan 10 episod Chief Detective 1958.

Butiran tentang Chief Detective 1958:

Trailer: https://www.youtube.com/watch?v=xdJJtb5daxs
Genre: Aksi, Komedi
Jumlah episod: 10
Tayangan: 19 April 2024 – 18 Mei 2024
Pelakon: Lee Je-Hoon, Lee Dong-Hwi, Choi Woo-Sung, Yoon Hyun-Soo, Seo Eun-Su

Frankly Speaking

Frankly Speaking

Drama berjudul Frankly Speaking sebelum ini terlebih dahulu diperkenalkan dengan judul No Secrets. Namun pada peringkat terakhir nama Frankly Speaking menjadi pilihan bagi drama bergenre romantik komedi ini. Episod pertama Frankly Speaking bakal dipertontonkan secara tayangan perdana di saluran JTBC dan Netflix bermula 1 Mei 2024. Walaupun belum ditayangkan kepada umum, namun drama Korea Frankly Speaking ini sudah menjadi sebutan dan bualan ramai sebagai sebuah drama Korea yang bakal trending.
Frankly Speaking, dibintangi oleh pelakon popular Go Kyung-Pyo sebagai Song Ki-Baek dan Kang Han-Na melakonkan watak On Woo-Ju. Frankly Speaking merupakan karya Choi Kyung-sun dan diarahkan oleh Jang Ji-yeon mengisahkan Song Ki-Baek (Go Kyung-Pyo), seorang juruhebah radio yang baik hati, bijak berkata-kata dan sopan.

Frankly Speaking

Namun suatu hari, dia mula hilang kawalan ke atas lidah dan fikirannya selepas mengalami kemalangan renjatan elektrik. Song Ki-Baek mula bercakap tanpa berfikir serta menyakitkan hati individu lain. Kehidupan Song Ki-Baek yang dahulunya sempurna menjadi kucar-kacir dan huru-hara selepas kejadian itu. Dia bersungguh-sungguh ingin menamatkannya malah cuba menutup mulut daripada bercakap benar dan kejam.
Hal ini menarik minat On Woo-Ju (Kang Han-Na), seorang penulis rancangan hiburan di televisyen yang bijak. Sebuah program televisyen khas diwujudkan untuk Song Ki-Baek dek kerana percakapannya yang sentiasa benar, lebih lantang dan kasar. Apa yang berlaku di antara mereka dan bagaimana cinta mekar antara mereka di tengah-tengah keadaan huru-hara ini?

Frankly Speaking

Drama dengan 12 episod ini turut dibantu pelakon sokongan seperti pelakon Shin Jung Keun sebagai Song In Soo (bapa Ki Baek), Kang Ae Shim sebagai No Yoo Jung (ibu Ki Baek), Hwang Sung Bin sebagai Song Woon Baek (abang Ki Baek), Lee Jin Hyuk sebagai Song Pung Baek (abang Ki Baek), Go Gyu Pil sebagai Yoon Ji Hoo (juruhebah JBC), Baek Joo Hee sebagai Ohn Bok Ja (ibu angkat Woo Joo), dan Kim Sae Byeok sebagai Chae Yeon (Penerbit JBC).

Butiran tentang Frankly Speaking:

Trailer: https://www.youtube.com/watch?v=_0G-_lK8rFE
Genre: Komedi, Romantik
Jumlah episod: 12
Tayangan: 1 Mei 2024 – 6 Jun 2024
Pelakon: Ko Kyoung-Pyo, Kang Han-Na, Joo Jong-Hyuk

The Atypical Family

The Atypical Family

Beberapa barisan K-drama keluaran JTBC sedang menunggu giliran untuk ditayangkan di saluran Netflix untuk bulan Mei 2024, termasuk drama percintaan fantasi berjudul The Atypical Family. The Atypical Family juga bakal mengikut jejak langkah drama Frankly Speaking apabila dikatakan bakal trending dan menjadi tontonan ramai peminat drama Korea Mei ini.
The Atypical Family diarahkan oleh pengarah hebat Jo Hyun Taek, ditulis oleh penulis skrip Joo Hwa Mi dan dilakonan pelakon handalan seperti Jang Ki Yong dan Chun Woo Hee. Pelakon lain terlibat termasuk Go Doo Shim, Kim Su Hyun, Park So Yi, Ryu Abel, Oh Man Seok, dan ramai lagi dijadualkan menemui penonton bermula 4 Mei 2024, setiap Sabtu dan Ahad sebanyak 12 episod.

The Atypical Family

The Atypical Family berkisar tentang Bok Gwi Joo, yang dilahirkan dalam keluarga yang memiliki kuasa ajaib berbeza. Dia mempunyai keupayaan untuk mengimbas kembali kenangan yang menggembirakan dari masa lalunya. Namun, akibat kemalangan yang dahsyat, dia kehilangan seseorang yang penting dalam hidupnya. Insiden itu mendorongnya menjadi murung dan akhirnya seluruh ahli keluarga kehilangan kuasa.
Walau bagaimanapun, pertemuan dengan Do Da Hae tanpa diduga mengubah gelombang kuasa dalam hidupnya dan mungkin menjadi kunci untuk mengembalikan kuasa ajaib mereka sekeluarga. Adakah seluruh keluarga Bok Gwi Joo kembali memiliki kuasa yang hebat? Dan siapakah Do Da Hae yang sebenarnya? Jangan lupa tonton The Atypical Family!

Butiran tentang The Atypical Family:

Trailer: https://www.youtube.com/watch?v=3jv1AB_0RLA
Genre: Fantasi, Romantik
Jumlah episod: 12
Tayangan: 4 Mei 2024 – 9 Jun 2024
Pelakon: Jang Ki-Yong, Chun Woo-Hee, Ko Du-Shim, Soo-Hyun, Park So-Yi, Oh Man-Seok, Kim Keum-Soon, Ryu Abel, Roy

The Midnight Romance at Hagwon

The Midnight Romance at Hagwon
The Midnight Romance at Hagwon atau sebelum ini dikenal dengan judul Graduation akan mula tayangan pada tayang perdana di saluran tvN bermula 11 Mei 2024. The Midnight Romance at Hagwon disutradarai oleh Ahn Pan Seok yang sebelum ini terkenal dengan drama Secret Love Affair, One Spring Night dan Something in the Rain. The Midnight Romance in Hagwon adalah drama romantis baru bakal trending di tvN dibintangi oleh Jung Ryeo Won (Seo Hye Jin) dan Wi Ha Joon (Lee Joon Ho) sebagai pelakon utama.
The Midnight Romance at Hagwon mengangkat kisah daerah di Daechi, sebuah kawasan pendidikan swasta paling kompetitif di Korea. Dramanya berkisah tentang Seo Hye Jin seorang instruktur guru persendirian wanita popular di sebuah akademi yang berkerja keras membantu pelajarnya termasuk Lee Joon Ho untuk masuk ke universiti berprestasi terhebat.
Setelah dewasa, Lee Joon Ho kembali semula ke akademi tersebut sebagai instruktur tenaga pengajar junior. Hal ini karena dia tidak dapat melupakan cinta pertamanya terhadap guru akademinya sendiri iaitu Seo Hye Jin. Lee Joon Ho rela melepaskan kesempatan bekerja di perusahaan besar yang lebih terjamin demi kembali ke Hagwon. Meski Seo Hye Jin terus menolak, Lee Joon Ho tidak menyerah untuk mendekati Seo Hye Jin. Adakah cinta Seo Hye Jin dan Lee Joon Ho bakal terpaut? Tonton keseluruhan 16 episod The Midnight Romance at Hagwon ini sehingga penghujung bulan Jun 2024 nanti.

Butiran tentang The Midnight Romance at Hagwon:

Trailer: https://www.youtube.com/watch?v=caxYwSyDddM
Genre: Melodrama, Komedi, Romantik
Jumlah episod: 16
Tayangan: 11 Mei 2024 – 30 Jun 2024
Pelakon: Jung Ryeo Won, Wi Ha Joon, So Ju Yeon, Kim Song Il, Jang In Sub, Ahn Hyun Ho

The Player 2: Master of Swindlers

The Player 2: Master of Swindlers
“Player 2: Master of Swindlers” merupakan sequel kepada siri popular OCN pada tahun 2018, “The Player”. Kisahnya mengenai sekumpulan penipu mahir yang berani mengambil tindakan menentang penjenayah kaya dunia yang selalu terlepas daripada hukuman. Menggunakan kekuatan bersama, Kang Ha Ri (Song Seung Heon), Im Byeong Min (Lee Si Eon), Do Jin Ung (Tae Won Seok), dan Cha Je I (Jang Gyu Ri) mencuri wang kotor daripada golongan kaya yang jahat. Namun, adakah rancangan terbaru mereka akan berjaya sepenuhnya? Penuh dengan aksi tanpa henti, siri aksi Korea Selatan yang mendebarkan pada tahun 2024 ini diarahkan oleh Go Jae Hyun dan So Jae Hyun.

Butiran tentang The Player 2: Master of Swindlers:

Genre: Aksi, Komedi, Ngeri
Jumlah episod: 12
Pelakon: Song Seung Heon, Oh Yeon Seo, Tae Won Seok, Lee Si Eon, Jang Gyu Ri
Trailer: https://www.youtube.com/watch?v=NjN_ZRm_6f8

Lovely Runner

Lovely Runner
Dalam dunia gemerlap kemasyhuran, Ryu Seon Jae bersinar sebagai selebriti terkemuka, memukau perhatian sejak debutnya. Walaupun nampak seperti kehidupan yang sempurna, industri hiburan yang penuh tekanan telah membuatnya amat letih. Im Sol, seorang peminat tegar, memendam cinta penuh kasih terhadap Ryu Seon Jae. Kemalangan sewaktu kecil menghancurkan impiannya, namun muzik Ryu Seon Jae di radio memberinya penghiburan dan menjadikannya peminat setia.
Naratif ini mengambil giliran yang menyentuh hati apabila Im Sol, yang terkejut dengan berita kematian tragis Ryu Seon Jae, mengalami keajaiban takdir. Dia kembali ke masa lalu, 15 tahun yang lalu, dan bertemu Ryu Seon Jae semasa dia berusia 19 tahun di sekolah menengah. Im Sol berdepan dengan cabaran besar untuk mengubah masa depan Ryu Seon Jae, didorong oleh tekad yang kuat untuk mengelak tragedi yang akan datang.
“Lovely Runner,” dibintangi oleh Lee Seung-Hyub, Byeon Woo-seok, dan Kim Hye-yoon, telah memecah rekod untuk Pre-Order Stok Tertinggi dalam Sejarah Album OST Korea. Lovely Runner OST adalah runut bunyi asli untuk drama televisyen tvN, Lovely Runner. Ia menampilkan Eclipse, N.Flying, Minnie dari (G)I-DLE, Umji dari VIVIZ, Jongho dari ATEEZ, Ha Sung Woon dan artis-artis lain.

Butiran tentang Lovely Runner:

Genre: Komedi, Fantasi, Muzik
Jumlah episod: 16
Pelakon: Byeon Woo Seok, Kim Hye Yoon, Lee Seung Hyub, Song Geon Hee
Trailer: https://www.youtube.com/watch?v=5kk0dYa8Ccc

The 8 Show

The 8 Show
“The 8 Show” di Netflix, berdasarkan siri webcomic hit Bae Jin-soo, Money Game dan Pi Game, mengisahkan 8 orang yang memerlukan wang diundang untuk menyertai rancangan realiti Money Game. 8 peserta ini perlu tinggal di studio yang hanya terdiri daripada dinding konkrit. Jika mereka berjaya bertahan selama 100 hari, mereka boleh membahagikan hadiah kemenangan sebanyak 44.8 bilion won secara sama rata. Namun, setiap perbelanjaan mereka, termasuk keperluan seperti makanan, air, elektrik, dikenakan 1,000 kali ganda harga biasa dan akan ditolak daripada hadiah kemenangan.
The 8 Show
Lapan peserta ini akan dimainkan oleh Ryu Jun-yeol dari Reply 1988, Chun Won-hee dari Unlocked, Park Jeong-min dari Hellbound, Lee Yul-eum dari Nevertheless, Park Hae-joon dari Arthdal Chronicles, Lee Joo-young dari Believer, Moon Jeong-hee dari Times dan Bae Sung-woo. “The 8 Show” menjanjikan drama yang mendebarkan dan penuh dengan cabaran, pastinya menarik minat penonton setia Netflix.

Butiran tentang The 8 Show :

Genre: Komedi, Drama, Misteri
Jumlah episod: 8
Pelakon: Ryu Jun Yeol, Chun Woo Hee, Park Jeong Min, Lee Yeol Eum, Park Hae Joon, Lee Joo Young, Moon Jung Hee, Bae Sung Woo
Trailer: https://www.youtube.com/watch?v=zvowLTLYJN0

K-Drama memang tak pernah mengecewakan! Siri-siri K-Drama yang mendapat rating tinggi dan sedang trending sekarang ini sangat popular. Dengan plot dan jalan cerita yang menarik serta penuh kejutan, pastinya akan membuat penonton teruja. Jangan lupa untuk sentiasa mengemas kini senarai K-Drama anda dan nikmati pengalaman menonton yang mengasyikkan. Selamat menonton!



Related posts