5 Pusat Servis Kenderaan Terbaik Di Petaling Jaya Menawarkan Khidmat Yang Berkualiti Tinggi

5 Pusat Servis Kenderaan Terbaik Di Petaling Jaya Menawarkan Khidmat Yang Berkualiti Tinggi
Gaya hidup


Percutian hujung tahun sudah bermula dan ramai yang telah merancang destinasi percutian bersama keluarga atau teman-teman. Setelah lama terkurung dalam rumah ketika kawalan pergerakkan, akhirnya kita berpeluang untuk menikmati percutian hujung tahun. Sebelum memulakan perjalanan untuk bercuti, pastikan kenderaan anda telah diselenggara dengan baik.

Penyenggaraan kenderaan adalah penting untuk memastikan kereta sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan mempunyai tahap operasi optimum. Kegagalan menghantar kenderaan ke pusat servis kenderaan untuk menjalani servis biasa atau berjadual boleh menyebabkan komponen kenderaan mengalami kerosakan yang serius. Terdapat banyak kes kerosakan kenderaan di tengah jalan yang juga menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas sekaligus terpaksa membatalkan percutiaan pada saat akhir. Sebelum melakukan perjalanan jarak jauh bawa kenderaan anda untuk diperiksa terlebih dahulu. Jika anda berada berhampiran Petaling Jaya, Selangor, ini antara pusat servis kenderaan yang dicadangkan untuk dikunjungi.

DTOX Car Service PJ Seksyen 8

DTOX Car Service PJ Seksyen 8
DTOX Car Service PJ Seksyen 8 merupakan pusat servis setempat untuk semua jenis kenderaan. DTOX bermaksud ‘Drive Thru Oil-Change Expert’ merupakan pusat servis kereta pandu lalu yang pertama seumpamanya di Malaysia, siap dalam tempoh kurang 30 minit tanpa perlu membuat temu janji. Pelanggan hanya perlu pandu masuk kenderaan ke beberapa bahagian yang disediakan, kemudian boleh pilih untuk berada di dalam kereta atau ke ruang rehat sambil menikmati secawan kopi yang enak! DTOX Car Service PJ Seksyen 8 menawarkan produk servis berkualiti, kemahiran dan perkhidmatan cemerlang dengan harga berpatutan. Menekan misi ‘We Change Your Oil, Not Your Schedule’, DTOX Car Service PJ Seksyen 8 berazam memberikan nilai terbaik dalam perkhidmatan kepada pelanggan dengan menekankan keselamatan, kualiti, kecekapan dan khidmatan pelanggan terbaik.

Kelebihan produk

  • Harga berpatutan
  • Lokasi strategik dan mudah dicari
  • Ada kemudahan ruang rehat dan minuman panas
  • Pusat servis yang bersih dan selesa
  • Semua cawangan dibuka setiap hari

Spesifikasi produk

Alamat 2, Lorong 8/1d, Seksyen 8 Petaling Jaya, 46050 Petaling Jaya, Selangor
Masa Beroperasi Buka setiap hari dari jam 8.30am hingga 6.30pm
Promosi Percuma pakej ‘disinfection service’ untuk pelanggan yang datang. Tempoh promosi adalah terhad.

Speed Line Tyres Services Centre Sdn Bhd

Speed Line Tyres Services Centre Sdn Bhd
Jika anda pemilik kepada kenderaan berjenama mewah, supercars, kereta continental atau Jepun, Speed Line Tyres Services Centre Sdn Bdn adalah pusat servis tayar dicadangkan untuk kalian yang berada berhampiran Petaling Jaya. Dibuka setiap hari Isnin hingga Sabtu, Speed Line Tyres Services Centre Sdn Bdn atau dikenali sebagai ‘Malaysia 1st BBS Flagship Store’ menawarkan servis tukar tayar premium, rim ekslusif dan alignment.
Di Speed Line Tyres Services Centre Sdn Bdn mempunyai lebih daripada 100 reka bentuk rim ekslusif dan unggul sesuai dengan kenderaan bercita rasa tinggi. 100 peratus produk di sini diimport daripada Jerman, UK, Amerika Syarikat dan Jepun. Setiap rim dipamirkan di Speed Line Tyres Services Centre Sdn Bdn dijamin tahan lasak dan tahan lama. Ia mampu menahan hentaman dan jalan berlubang dengan saiz tersedia dari 18 inci hingga 22 inci sahaja.

Kelebihan produk

  • 100 peratus produk di sini diimport dari luar negara
  • Dijamin tahan lasak dan tahan lama
  • Pusat sehenti tayar dan rim untuk kenderaan jenama mewah
  • Mempunyai lebih daripada 100 reka bentuk rim ekslusif

Kekurangan produk

  • Harga perkhidmatan tinggi

Spesifikasi produk

Alamat 47-1 & 47-2 Jalan Pju5/9, Dataran Sunway, Sunway Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Masa Beroperasi Dibuka Isnin hingga Sabtu dari jam 9am hingga 7pm. Tutup pada hari Ahad.
Promosi Rim jenama mewah pelbagai reka bentuk tersedia.

JS Tyre Auto Service (Castrol Auto Service Workshop)

JS Tyre Auto Service (Castrol Auto Service Workshop)
JS Tyre Auto Service (Castrol Auto Service Workshop) terletak di tengah-tengah Petaling Jaya merupakan pusat servis yang mendapat pengiktirafan sah daripada Castrol dengan sijil bengkel bertaraf 4 bintang. Dibuka hari Isnin hingga Sabtu, JS Tyre Auto Service (Castrol Auto Service Workshop) memenuhi semua keperluan pembaikan dan penyelenggaraan pada kenderaan terutamanya tayar. Kepakaran pusat servis ini adalah untuk kenderaan jenama Honda, tetapi setiap mekanik di sini turut berkemahiran dan mempunyai ilmu kepakaran untuk semua jenis kenderaan samada jenama tempatan, Jepun atau continental. Antara perkhidmatan yang disediakan di sini ialah Pembaikan & Penyelenggaraan Kenderaan; Penukaran Minyak; Perkhidmatan Penyaman Udara; Penyelenggaraan & Servis Brek; Jualan tayar & Pemasangan Tayar; dan Penyelenggaraan & Pembaikan Tayar.

Kelebihan produk

  • Mendapat pengiktirafan sah daripada Castro
  • Bengkel bertaraf 4 bintang
  • Kepakaran pusat servis ini untuk kenderaan jenama Honda
  • Memenuhi semua keperluan pembaikan terutamanya tayar

Kekurangan produk

  • Tutup pada hari Ahad

Spesifikasi produk

Alamat No 33, Perindustrian PJCT Jalan 51/225A, Petaling Jaya, 46100 Petaling Jaya, Selangor
Masa Beroperasi Dibuka Isnin hingga Sabtu dari jam 8am hingga 7pm. Ahad tutup.
Promosi Pusat servis terbaik untuk kenderaan jenama Honda.
Hubungi Laman web atau Facebook

KH Auto Service Centre

KH Auto Service Centre
Bagi penduduk sekitar Petaling Jaya, KH Auto Service Centre merupakan antara lokasi kegemaran untuk servis kenderaan. Buat masa ini di KH Auto Service Centre mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan seperti penjarakan sosial dan proses sanitasi di seluruh kawasan pusat servis. Sebelum membawa kenderaan ke KH Auto Service Centre, pelanggan diminta agar membuat tempahan tarikh dan masa terlebih dahulu kerana pusat servis ini sentiasa penuh dengan pelbagai jenis kenderaan yang memerlukan khidmat mereka. Khidmat dan kepakaran yang ditawarkan di KH Auto Service Centre termasuklah melakukan perkhidmatan am, membaiki kotak gear, menganalisis prestasi kenderaan, pembaikan dan penyelenggaraan. KH Auto Service Centre menerima semua jenis kenderaan dan komited untuk memberi khidmat terbaik.

Kelebihan produk

  • Menerima dan membaiki semua jenis kenderaan
  • Pusat servis yang dipercayai
  • Lokasi strategik dan mudah dicari
  • Mempunyai kakitangan yang terlatih dan berpengalaman

Kekurangan produk

  • Tutup pada hari Ahad

Spesifikasi produk

Alamat 65, Jalan PJS 1/48, Taman Petaling Utama, 46150 Petaling Jaya, Selangor
Masa Beroperasi Dibuka Isnin hingga Sabtu dari jam 9am hingga 6pm. Ahad tutup.
Pakej Membaiki dan penyelenggaraan semua jenis kenderaan.

I-Care Auto Service Centre

I-Care Auto Service Centre
iCare Auto Service Centre merupakan pusat servis kenderaan terletak di Petaling Jaya mempunyai kepakaran untuk kenderaan jenama Mercedes, Porsche, BMW, Hyundai dan Volvo. Terutamanya khidmat kepakaran untuk enjin, suspension, sistem brake, diagnostik, gearbox dan sistem penyaman udara dilakukan oleh juruteknik yang terlatih dan berpengalaman. Sebagai menghargai kepercayaan pelanggan, iCare Auto Service Centre menyediakan tempoh jaminan dari 6 bulan hingga setahun untuk kebanyakkan barang dan servis yang ditawarkan. Pengguna yang menghantar kereta untuk servis di I-Care Auto Service Centre boleh menikmati kemudahan yang disediakan seperti ruang menunggu yang selesa termasuk wifi dan minuman percuma.

Kelebihan produk

  • Beroperasi setiap hari
  • Pusat servis sehenti untuk kenderaan jenama mewah, continental, Korea
  • Mempunyai tempoh jaminan 6 hingga 12 bulan
  • Mempunyai kakitangan yang terlatih dan berpengalaman

Kekurangan produk

  • Harga perkhidmatan tinggi

Spesifikasi produk

Alamat 32-1, Jalan PJU 8/5B, Damansara Business Centre, Damansara Perdana 47820 Petaling Jaya Selangor
Masa Beroperasi Buka setiap hari dari jam 9.00am hingga 6.30pm
Promosi Memberi tempoh jaminan dari 6 bulan hingga setahun untuk kebanyakkan barang dan servis yang ditawarkan.

Penyelenggaraan biasa atau berjadual amat penting untuk dilakukan bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, selamat dan mempunyai tahap operasi optimum. Poket anda juga pasti lebih jimat jika kenderaan dalam keadaan baik, berbanding rosak di tengah jalan. Oleh itu, pastikan pemilik kenderaan mengikut jadual penyenggaraan kenderaan dengan tepat sebelum memulakan perjalanan di pusat servis kenderaan terbaik dan dipercayai supaya anda terlindung daripada sebarang situasi yang tidak diduga.

Anda digalakkan untuk mematuhi jadual servis kenderaan dengan menghantar kereta ke pusat servis tepat pada waktunya bagi menghindari sebarang kerosakan yang tidak dijangka. Ia juga akan meningkatkan jangka hayat kenderaan yang dijaga dengan baik dan keselamatan pemandu serta penumpang terjamin.



Related posts