Cuba 5 Penyegar & Pewangi Kenderaan Ini Agar Pemanduan Lebih Tenang Di Sepanjang Perjalanan

Cuba 5 Penyegar & Pewangi Kenderaan Ini Agar Pemanduan Lebih Tenang Di Sepanjang Perjalanan
Kereta dan motosikal


Penyegar dan pewangi kenderaan antara aksesori yang penting bagi mengelakkan bau tidak menyenangkan semasa pemanduan terutama bila balik kampung. Siapa yang tak mahu hidu benda-benda wangi kan? Lebih-lebih lagi, jika pemilik kereta gemar menyimpan kasut, makan di dalam kereta, berdepan cuaca hujan atau persekitaran kotor.

Setiap pemilik kenderaan pasti mempunyai cita rasa penggunaan pewangi kenderaan berbeza. Selalunya produk penyegar atau pewangi kenderaan menggunakan kandungan bahan semula jadi seperti alam sekitar, bunga-bungaan, buah-buahan dan tumbuhan hijau seringkali dijadikan haruman untuk pewangi kenderaan kerana mampu memberikan mood segar. Cuma yang membezakan harga setiap jenama penyegar dan pewangi kenderaan itu adalah kualiti, kandungan, tahap wangian.

Tepuk dada, tanya selera! Tidak salah jika kenderaan anda jenama ‘biasa-biasa’ tapi ingin menggunakan haruman kenderaan lebih ekslusif. Begitu juga sebaliknya! Ingin haruman lebih tenang ketika memandu? Cuba lima jenama berbeza setiap haruman daripada jenama tempatan juga antarabangsa iaitu Little Joe Malaysia, VANZO, Ecoquote, Diptyque dan Jo Malone.

Little Joe Malaysia 3D Car Air Freshener

Little Joe Malaysia 3D Car Air Freshener
Comel, berwarna-warni dan wangi! Itu adalah komen rata-rata pengguna tegar penyegar dan pewangi kenderaan Little Joe Malaysia 3D Car Air Freshener di laman sosial mereka. Tidak dinafikan karektor ‘patung mini’ melekat di ruang penyaman udara kenderaan menjadi tarikan sesiapa sahaja untuk memilikinya. Telah diedarkan di lebih 70 buah negara, wangian Little Joe Malaysia 3D Car Air Freshener dihasilkan secara individu oleh profesional wangian di Itali. Little Joe Malaysia 3D Car Air Freshener dihasilkan menggunakan hanya bahan terbaik yang tersedia untuk memberikan kualiti tertinggi dalam wangian penyegar udara kenderaan.

Kesegaran Little Joe Malaysia 3D Car Air Freshener mampu bertahan sehingga 45 hari, selamat digunakan tanpa bahan kimia berbahaya, dan dijamin tiada masalah tumpahan cecair. Little Joe Malaysia 3D Car Air Freshener memiliki pelbagai warna dan haruman iaitu Black Velvet, Pacific Splash, Funky Vanilla, Cool Mint, Passion, Spicy Velvet, Cherry, dan Strawberry. Little Joe Malaysia juga menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menyaksikan peminat Harimau Malaya berpeluang mendapatkan penyegar udara edisi khas Little Joe-Harimau Malaya. Penyegar udara kereta edisi khas Little Joe-Harimau Malaya yang berbentuk 3D itu merupakan rekaan pertama di Malaysia dan tidak menggunakan cecair pewangi.

Kelebihan Little Joe Malaysia 3D Car Air Freshener

  • Harga berpatutan
  • Wangiannya tahan hingga 45 hari
  • Ekstrak haruman intipatinya dihasilkan di Itali
  • Tidak berasaskan cecair yang mudah tumpah atau bocor

Kekurangan Little Joe Malaysia 3D Car Air Freshener

  • Bentuknya menarik perhatian kanak-kanak. Hindari dari masuk ke dalam mulut

Spesifikasi Little Joe Malaysia 3D Car Air Freshener

Saiz & isipadu 21g
Jangka Hayat 45 hari
Harga RM18.90

VANZO LX Dashboard Series Car Freshener

VANZO LX Dashboard Series Car Freshener
VANZO LX Dashboard Series Car Refresher merupakan pewangi yang dapat menyelesaikan masalah bau dalam kenderaan menggunakan teknologi canggih Odour Emulsion Filtering Technology (OEF) dari Jepun. Teknologi OEF dapat menghapuskan bau hapak dahulu dan mengeluarkan wangian kemudian. VANZO LX Dashboard Series Car Refresher mendapat pengiktirafan Sijil Antarabangsa SGS dan mendapat pengesahan bebas dari bahan kimia bahaya serta selamat digunakan. VANZO LX Dashboard Series Car Refresher tampil dengan rekabentuk mewah iaitu siri Gentleman khusus buat lelaki dan Goddess untuk wanita. Bau wangian siri gentleman atau Black Code memiliki bau campuran sitrus dan kayu yang segar. Manakala bau wangian siri goddess atau White Musk & Rose memiliki bau gabungan kasturi dan bunga ros yang lembut dan segar mampu tahan sehingga 60 hari penggunaan. Lebih menarik, VANZO LX Dashboard Series Car Refresher ini diperbuat daripada kulit PU buatan tangan sebagai penutup dan kaca pada bahagian botol.

Kelebihan VANZO LX Dashboard Series Car Freshener

  • Bebas bahan kimia
  • Mendapat pengiktirafan Sijil Antarabangsa SGS
  • Harga berpatutan
  • Haruman sesuai untuk semua pemilik kenderaan lelaki atau wanita

Kekurangan VANZO LX Dashboard Series Car Freshener

  • Kebocoran cecair boleh menyebabkan warna konsol penghawa dingin lusuh

Spesifikasi VANZO LX Dashboard Series Car Freshener

Saiz & isipadu 65ml/ 210g
Jangka Hayat 60 hari
Harga RM29.00

Ecoquote AirZone Fibre Wick Air Freshener Eco-Friendly Natural

Ecoquote AirZone Fibre Wick Air Freshener Eco-Friendly Natural
Ecoquote AirZone Fibre Wick Air Freshener Eco-Friendly Natural produk buatan Malaysia bebas bahan kimia seperti formaldehyde, toluene dan benzene diiktiraf IFRA, REACH & Allergen. Produk pewangi kenderaan yang mengandungi bahan tersebut boleh memberi kesan sampingan seperti pening, loya atau pedih apabila menghidu. Ciri-ciri ini, Ecoquote AirZone Fibre Wick Air Freshener Eco-Friendly Natural menjadi pewangi kenderaan kesihatan era baru dan selamat untuk diguna. Selain itu, pembungkusan Ecoquote AirZone Fibre Wick Air Freshener Eco-Friendly Natural juga boleh dikitar semula dan selamat untuk alam semulajadi.

Ecoquote AirZone Fibre Wick Air Freshener Eco-Friendly Natural tidak mudah cair jika kenderaan diletakkan di tengah panas dan bertindak sebagai agen penghapus segala bauan. Aroma bunga dan buah daripada pewangi kenderaan Ecoquote AirZone Fibre Wick Air Freshener Eco-Friendly Natural seperti Citrus, Vanila Boquete, Mix Flora, Aqua, Fruit Exotique, Mango, Strawberry, Lavender, Orchard Blush, Fresh Lemon, Peach, dan Honey Dew memberikan sentuhan wangian tahan lama sehingga 60 hari. Pewangi kenderaan ini membantu menghilangkan bau lembap dan hapak serta mengembalikan kesegaran ruang kereta dengan sangat pantas terutama pada hari hujan.

Kelebihan Ecoquote AirZone Fibre Wick Air Freshener Eco-Friendly Natural

  • Tiada bahan kimia
  • Tahan lama dan tidak mudah cair
  • Bungkusan boleh kitar semula
  • Menghilangkan bau hapak dan lembap ketika hujan

Kekurangan Ecoquote AirZone Fibre Wick Air Freshener Eco-Friendly Natural

  • Sukar ditemui di pasaran

Spesifikasi Ecoquote AirZone Fibre Wick Air Freshener Eco-Friendly Natural

Saiz & isipadu 25cm x 18 cm x 5cm
Jangka Hayat 60 hari
Harga RM9.80

Diptyque Car Diffuser

Diptyque Car Diffuser
Sejak 1961 jenama ekslusif Diptyque dipercayai untuk mengharumkan ruang, bercitarasa mewah dan inovatif. Diptyque bukan sekadar popular dengan jenama tradisi wangian badan buatan Perancis tetapi juga untuk kenderaan untuk kegunaan lebih tiga bulan. Diptyque Car Diffuser dihasilkan dengan bauan mewah dan aroma yang menyegarkan ruang kenderaan. Diptyque Car Diffuser boleh digunakan dua cara samada digantungkan atau klip pada bahagian penghawa dingin. Reka bentuk Diptyque Car Diffuser memberikan gaya lama Gatsby glam sesuai untuk pemilik kenderaan yang memiliki citarasa tinggi. Ada beberapa bauan Diptyque Car Diffuser yang boleh dipilih seperti ,34 Boulevard Saint-Germain, Amber, Figuier, Baes, Tubereuse, Rose, Fleur d’oranger, Mimosa, dan Gingembre.

Kelebihan Diptyque Car Diffuser

  • Aroma mewah dan ekslusif
  • Sesuai untuk semua pemilik kenderaan lelaki atau wanita
  • Wangian tahan lama 3 hingga 6 bulan
  • Wangian tahan lama

Kekurangan Diptyque Car Diffuser

  • Harga tinggi dipasaran
  • Jenama menjadi sasaran produk tiruan

Spesifikasi Diptyque Car Diffuser

Saiz & isipadu 21g
Jangka Hayat 3-6 bulan
Harga RM483.00

Jo Malone Car Diffuser

Jo Malone Car Diffuser
Jo Malone jenama yang diasaskan oleh wanita British ‘Jo Malone’, bukanlah satu yang asing dalam dunia pembuatan haruman seperti cologne, wangian badan, sabun mandi, losyen, dan lilin wangian. Dalam katalongnya, jenama ini dibarisi dengan pelbagai haruman ikonik, aromanya pelbagai, dari yang ringan hinggalah yang mewah menusuk. Jangan tidak tahu jenama ini juga ada menghasilkan haruman untuk kenderaan iaitu Jo Malone Car Diffuser aroma yang sama untuk wangian badan atau lilin wangian. Salah satu haruman paling ikonik Jo Malone Car Diffuser ialah bauan Peony & Blush Suede. Usia haruman ini sudah berdekad dan kekal menjadi antara bau yang paling dicari-cari oleh penggemar Jo Malone sehingga ke hari ini. Selain baunya yang menyegarkan, antara faktor lain yang membuatkan Peony & Blush Suede begitu masyhur adalah kerana aromanya yang mudah disatukan dengan bau-bauan yang lain. Antara yang secocok diganding bersama untuk wangian kenderaan ialah Wood Sage & Sea Salt dan juga Lime Basil & Mandarin yang menyuntik rasa buah-buahan yang lebih dingin tahan hingga 3 bulan penggunaannya.

Kelebihan Jo Malone Car Diffuser

  • Tempoh bau haruman di dalam kenderaan tahan lama
  • Bau ekslusif dan mewah
  • Kandungan bahan pewangi kereta adalah selamat
  • Terdapat pek isian semula yang lebih jimat

Kekurangan Jo Malone Car Diffuser

  • Harga tinggi di pasaran
  • Jenama menjadi sasaran produk tiruan

Spesifikasi Jo Malone Car Diffuser

Saiz & isipadu 12g
Jangka Hayat 3 bulan
Harga RM162.00

Menjadi satu kemestian setiap pemilik kenderaan inginkan kereta mereka berbau harum. Antara sebab penggunaan penyegar dan pewangi kenderaan adalah untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan di dalam kereta seperti bau makanan, peluh pada kusyen kenderaan, atau lembapan pada karpet kaki. Selain itu juga penggunaan penyegar dan pewangi kenderaan adalah cara terbaik untuk memberi ketenangan di jalan raya serta berada dalam keadaan selesa dan segar. Walau bagaimanapun jangan lupa untuk menyemak setiap kandungan bahan pewangi kenderaan terlebih dahulu sebelum membeli. Pastikan anda memilih pewangi kenderaan yang dijual di pasaran dengan jenama yang selamat dan dipercayai.

Tempat sebenar bagi meletakkan penyegar juga pewangi kenderaan ( bukan jenis tergantung) ialah di tempat bawah kaki bahagian penumpang hadapan yang berdekatan dengan penyaman udara. Ini terbukti berkesan kerana udara diserap daripada bahagian bawah dan akan dikeluarkan melalui penyaman udara kenderaan.



Related posts