5 Kereta Terbaik Di Malaysia 2022 Bawah RM100K

5 Kereta Terbaik Di Malaysia 2022 Bawah RM100K
Kereta dan motosikal


Kereta merupakan satu keperluan hari ini. Semua sudah makmum tempoh pendaftaran kenderaan bagi menikmati insentif pengecualian cukai dilanjutkan sehingga 31 Mac 2023. Lanjutan tempoh pendaftaran kenderaan itu adalah satu penyelesaian bagi mengimbangi kepentingan pengguna dan hasil cukai negara yang perlu ditingkatkan semula pasca-pandemik bagi memastikan kebajikan rakyat Malaysia serta kesejahteraan ekonomi negara terus terpelihara. Perkembangan berkenaan juga sangat positif kepada sektor automotif Malaysia kerana memberikan keterlihatan permintaan yang sihat untuk tempoh suku tahun hadapan.

Menerusi inisiatif itu, ia menggalakkan pengguna berbelanja ketika krisis dengan baik sekali gus membantu ekonomi berkembang. Jangan ketinggalan, rebut peluang memiliki kereta idaman baharu secepat mungkin kerana insentif ini menawarkan penjimatan tinggi dan berbaloi sekali. Anda mencari kereta terbaik dan hemat pada poket? Ini cadangan 5 jenama kereta terbaik di Malaysia untuk tahun 2022 bajet di bawah RM100,000.00. Pasti berbaloi untuk dimiliki!

Proton Iriz Active 2022

Proton Iriz Active 2022
Proton Iriz Active 2022 diperkenalkan ke pasaran tempatan Ogos 2022 lalu dengan bahagian luaran dan dalaman dipertingkatkan termasuk kotak gear. Proton Iriz Active 2022 mempunyai reka bentuk dan prestasi terkini model hatchback segmen-B tampil dengan tiga varian iaitu 1.3L Standard CVT, 1.6L Executive CVT dan 1.6L Active CVT. Ia dikuasakan dengan enjin 1,597cc, 4 silinder selari, 16 injap DOHC, VVT yang menjana 109PS pada 5,750 rpm dan 150Nm pada 4,000 rpm.
Sesuai disasarkan buat golongan muda, Proton Iriz Active 2022 dilengkapi enam pengecas USB dengan tiga di hadapan, dua untuk belakang dan satu pada cermin pandang belakang. Ia juga datang dengan kamera undur dan pengesan parkir hadapan dan belakang serta butang mod ECO bagi indikasi pengendalian untuk penggunaan bahan api lebih efisien.
Selain sistem keterhubungan termaju 4G dan sambungan wi-fi di ruang kabin, ia juga datang dengan sistem penapis udara N95 untuk kualiti udara lebih baik. Ciri lain disertakan antaranya ialah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Pengagihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA) dan Kawalan Kestabilan Elektronik.

Kelebihan Proton Iriz Active 2022

  • Bahagian kabin tampil kemasan hitam daripada material separuh kulit dan fabrik
  • Suspensi hadapan MacPherson Strut
  • Ada 6 beg keselamatan SRS
  • Harga berbaloi dan berpatutan

Kekurangan Proton Iriz Active 2022

  • Rekaan rim aloi tidak begitu sepadan dengan konsep kenderaan

Spesifikasi Proton Iriz Active 2022

Pasaran https://www.proton.com/find-a-car/iriz
Enjin 1,597cc
Warna Oren Citric, Merah Passion, Perak Armour, Kelabu Jet, Biru Ocean dan Ruby
Harga Bermula RM49,000.00

Perodua Alza Serba Baharu

Perodua Alza Serba Baharu
Menampilkan rekaan lebih elegan, Perodua Alza Serba Baharu dibangunkan dengan kerjasama pereka serta jurutera Malaysia dan Daihatsu Motor Co, Jepun. Ditawarkan menerusi tiga varian iaitu 1.5L X, 1.5L H dan 1.5L AV memiliki ruang dalamannya cukup selesa dan luas malah unjuran kaki untuk penumpang belakang juga amat memuaskan.
Perodua Alza Serba Baharu dikuasakan enjin 1,496cc, 4 silinder, DOHC, EFI, dwi VVTi yang mampu menjana 104.6 kuasa kuda (hp) pada 6,000rpm dan tork 138Nm pada 4,200rpm menerusi kotak gear D-CVT. Capaian penggunaan bahan api juga menunjukkan kenderaan ini menjimatkan. Barisan tempat duduk kedua sudah mempunyai corong penyaman udara di bahagian bumbung penumpang, ia cukup menyamankan.
Bagi menambah keselesaan, kerusinya juga boleh dilaras ke hadapan dan belakang. Sistem keselamatan terbaik juga ditawarkan pada Perodua Alza Serba Baharu seperti enam beg keselamatan, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Bantu Brek (BA), Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC), Bantuan Mula Bukit (HSA), Perakam Video Digital Bersepadau (DVR) dan monitor pandangan 360 darjah dan Isofix. Ia juga datang dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Perodua menerusi Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) 3.0, Bantuan Pemanduan, Bantuan Parkir dan Bantuan Lampu Hadapan.

Kelebihan Perodua Alza Serba Baharu

  • Mempunyai sistem infotainmen bersaiz sembilan inci
  • Ruangan kabin dengan tujuh tempat duduk
  • Dilengkapi 6 beg keselamatan
  • Tampil premium dengan kerusi kulit dan fabrik dwi-ton

Kekurangan Perodua Alza Serba Baharu

  • Tempoh menunggu tempahan agak lama

Spesifikasi Perodua Alza Serba Baharu

Pasaran https://www.perodua.com.my/our-models/new-alza.html
Enjin 1,496cc
Warna Kelabu Vintage, Hitam Elegan, Merah Garnet, Perak Glittering dan Putih Ivory
Harga Bermula RM62,500.00

Honda City Hatchback

Honda City Hatchback
Honda City Hatchback ditawarkan dengan pilihan tiga varian iaitu 1.5 S, 1.5 E dan 1.5 V. Dihasilkan tanpa but belakang, Honda City Hatchback dijana dengan enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC berkuasa 121 PS dan tork puncak 145 Nm. Honda City Hatchback menampilkan konfigurasi Ultra Seat, menawarkan empat larasan tempat duduk fleksibel iaitu mod Refresh, Long, Tall dan Utility.
Honda City Hatchback menerima perincian standard termasuk lampu hadapan projektor halogen dengan lampu nyalaan siang LED, lampu belakang LED, rim aloi 15-inci kemasan perak, sistem masuk tanpa kunci bersama butang penghidup enjin, pendingin hawa manual, upholsteri fabrik, pemain audio biasa dengan hubungan Bluetooth serta empat pembesar suara.
Model pertengahan petrol 1.5 E pula ditambah dengan rim aloi kemasan dua tona, penghidup enjin kawalan jauh, sistem pendingin hawa automatik zon tunggal, pedal penukar gear, cruise control, sistem infotainmen dengan skrin sesentuh 8-inci bersama sokongan Apple Carplay dan Android Auto serta kamera undur.
Manakala, model tertinggi dengan enjin petrol 1.5 V pula menerima tambahan perincian seperti lampu hadapan LED sepenuhnya bersama lampu kabus hadapan LED, rim aloi 16-inci kemasan dua tona, serta sistem audio yang menampilkan lapan pembesar suara. Bagi aspek keselamatan, Honda City Hatchback untuk pasaran Malaysia diberikan standard dengan empat beg udara dan juga sistem kestabilan kenderaan elektronik. Model tertinggi petrol 1.5 V menerima tambahan beg udara tirai dan kamera titik buta Honda LaneWatch.

Kelebihan Honda City Hatchback

  • Gaya luaran premium
  • Kabin yang luas
  • Memiliki konfigurasi Ultra Seat selesa
  • Fungsi lebih berteknologi dan terkini

Kekurangan Honda City Hatchback

  • Bentuk lebih kurang sama siri sedan

Spesifikasi Honda City Hatchback

Pasaran https://www.honda.com.my/model/city-hatchback
Enjin 1.5L DOHC i-VTEC
Warna Ignite Red, Meteorite Grey Metallic, Platinum White, Crystal Black Pearl dan Lunar Silver Metallic
Harga Bermula RM75,670.00

GAC GS3

GAC GS3
Kenderaan SUV GAC GS3 model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari China dan dilancarkan di Malaysia pada awal tahun 2022. GAC GS3 mempunyai dua varian iaitu premium dan standard.
GAC GS3 dikuasakan dengan enjin 1.5 liter dengan Dual-CVVT dan teknologi kawalan pembakaran dalaman dipatenkan, model canggih berkenaan juga dilengkapi dengan enjin empat silinder yang mampu menjana kuasa 114ps dan tork 150Nm. Ia memiliki gabungan gaya dinamik, aspek keselamatan, keselesaan kelas pertama, penjimatan bahan api dan prestasi terbaik diberikan kepada pengguna seluruh dunia.
GAC GS3 mempunyai rekaan Flaying Dinamic Wing 3.0 pada gril hadapan menyerlahkan lagi kemasan krom pada lampu utama jenis projektor. Kemasan pada bahagian bawah bampar yang disambungkan dengan lampu kabus menjadikan penampilan kenderaan lebih menyerlah.
Tahap keselamatan pemanduan GAC GS3 dipertingkatkan memiliki enam beg udara, pengesan titik buta, kawalan kestabilan elektronik, isyarat berhenti kecemasan dan amaran tali pinggang keledar untuk semua penumpang disediakan.
GAC GS3 memiliki sistem kawalan suhu bersama penapis PM2.5 untuk udara ruang kabin yang lebih segar. GAC GS3 bukan sahaja mempunyai ruang kabin yang lebih luas dengan saiz 1,500 milimeter, tempat duduk belakangnya yang ergonomik turut menjadikan perjalanan lebih menyeronokkan.

Kelebihan GAC GS3

  • Penjimatan bahan api
  • Ruang penumpang yang luas
  • Reka bentuk Flaying Dinamic Wing 3.0 dan elegan
  • Tahap keselamatan pemanduan GAC GS3 dipertingkatkan

Kekurangan GAC GS3

  • Power delivery tidak konsisten

Spesifikasi GAC GS3

Pasaran https://www.gac-motor.com/en/models/GS3/overview.html
Enjin 1.5L
Warna Lunar grey, Ivory white, Starlight silver, Elegant black dan Rosefinch red
Harga Bermula RM88,800.00

Toyota Veloz

Toyota Veloz
Model crossover ciri premium serba baharu dengan tujuh tempat duduk, Toyota Veloz adalah model pengganti Toyota Avanza ditawarkan dengan varian 1.5 serba baharu yang mempunyai spesifikasi tertinggi dan boleh ditempah di semua bilik pameran sah Toyota.
Toyota Veloz sesuai untuk keluarga, dilengkapi dengan ciri tersendiri iaitu ruang dalaman yang lebih besar bersaiz kenderaan pelbagai guna (MPV). Toyota Veloz menampilkan reka bentuk dinamik yang menyerlah dan progresif, sesuai untuk generasi hari ini dan akan datang.
Prestasi pemanduan Toyota Veloz lebih unggul berbanding Avanza sebelumnya dengan platform dan suspensi pacuan roda hadapan (FWD) baharu. Model serba baharu ini menggunakan enjin 1.5L yang sangat cekap (2NR-VE) dengan anjakan berurutan CVT 7-kelajuan yang menyediakan transmisi kuasa cekap untuk pecutan lancar dan berkuasa, sambil memastikan kecekapan bahan api yang sangat baik. Toyota Veloz hadir dengan ciri keselamatan Toyota seperti kawalan jelajah adaptif dan sistem prapelanggaran terbaharu dan lengkap dengan paparan audio tanpa wayar dan sistem telematik kenderaan.

Kelebihan Toyota Veloz

  • Rupa dan kualiti dalaman kelas premium
  • Memiliki lebih port pengecasan
  • Ruang penumpang sangat luas iaitu sebesar MPV segmen-C
  • Lima tahun waranti bermula pada tarikh didaftarkan dengan jarak tanpa had.

Kekurangan Toyota Veloz

  • Ruang kargo terhad

Spesifikasi Toyota Veloz

Pasaran https://toyota.com.my/vehicles/mpv/all-new-veloz-OT
Enjin 1,500cc
Warna Silver Metallic with Black Roof, Blue Metallic with Black Roof, White, Metallic Bluish Black, dan Red Metallic.
Harga Bermula RM95,000.00

Mengikut statistik, membeli dan memiliki kereta baharu adalah 99 peratus kurang mengalami kerosakan berbanding kereta terpakai. Ini kerana seratus peratus daripada alat ganti kereta baharu dalam keadaan yang baik berbanding dengan kereta terpakai. Jaminan adalah sangat penting jika gearbox atau enjin rosak, kilang akan menggantikan yang baru tanpa mengenakan wang. Anda juga pasti berasa tenang dan aman jika memiliki kereta baharu, tanpa perlu memikirkan soal kesulitan setiap kali kereta rosak, keselamatan kereta ketika bergerak dan juga duit sentiasa ‘terbang’ dek kerana kereta lama sering mendatangkan masalah.

Masih belum dapat buat keputusan kereta terbaharu jenama apa menjadi pilihan hati? Kebiasaannya sebelum membuat sebarang keputusan untuk membeli kenderaan, pelbagai perkara harus dititikberatkan seperti keluasan, harga, kegunaan atau keselesaan pemanduan. Jangan lupa juga fikirkan untuk jangka masa lama, adakah jenis kendaraan tersebut masih selesa untuk akan datang jika memiliki keluarga besar. Atau adakah alat ganti mudah untuk di cari dan servis mesra dengan bajet yang dimiliki. Apa pun tepuk dada tanyalah selera.



Related posts