Bandingkan 5 Model Terkini Kenderaan Terbaik Terdapat Di Malaysia: Meliputi Ciri, Fungsi, Keselesaan & Harga

Bandingkan 5 Model Terkini Kenderaan Terbaik Terdapat Di Malaysia: Meliputi Ciri, Fungsi, Keselesaan & Harga
Kereta dan motosikal


Purata pengguna kenderaan di Malaysia menukar kereta baharu adalah setiap lima tahun sekali. Adakah sudah sampai waktu untuk anda menukar kenderaan baru? Jika ya, situasi ini pasti mendorong anda untuk bertukar kereta lebih-lebih lagi jika kenderaan sedia ada sering rosak dan sudah ‘jemu’. Sebelum membuat sebarang keputusan untuk menukar kenderaan sedia ada dengan yang terkini tidak kira apa jua jenis model, pelbagai perkara harus dibandingkan terlebih dahulu. Selalunya faktor seperti ciri-ciri, harga, fungsi, keluasan, praktikal dan keselesaan sering menjadi antara bandingan utama sebelum membeli sesebuah kenderaan.

Jangan lupa juga fikirkan untuk jangka masa lama, adakah jenis kenderaan tersebut masih selesa untuk akan datang dan lokasi kegunaan kenderaan atau adakah alat ganti mudah untuk dicari dan servis mesra dengan bajet yang dimiliki. Jika anda tanya pada kami, ini antara 5 model terkini kenderaan terbaik yang ada di pasaran Malaysia yang boleh dicadangkan. Ayuh bandingkan!

Proton X90

Proton X90
Proton X90 kenderaan utiliti sukan (SUV) Serba Baharu memiliki empat varian untuk pilihan pembeli iaitu Standard, Executive, Flagship dan Premium. Perbezaan utama varian ini ialah samada pilihan konfigurasi enam dan tujuh tempat duduk. Model Proton X90 adalah yang pertama untuk Proton menggunakan enjin hibrid ringan menerusi 1.5TGDi dan Sinergi Motor Elektrik (EMS) 48V menjana kuasa 190PS dan tork 300Nm. Jika melalui lebuh raya dan jalan berbukit, pemanduan Proton X90 dapat dikendalikan dengan lancar dan pengendalian ideal pemandu menerusi tukaran gear 7 kelajuan dwi-klac (DCT), ia mendaki dengan baik. Satu elemen yang penting bagi Proton X90 ialah ruang dalaman cukup luas dan selesa malah duduk di kerusi baris kedua dengan kerusi kapten serta ruang yang cukup baik untuk kaki dan kepala termasuk pada baris ketiga. Malah Proton X90 memiliki bumbung panorama untuk varian flagship menambah ciri elegan dan premium yang boleh dibuka dan ditutup dengan hanya menekan butang. Proton X90 juga dilengkapi ciri keselamatan terbaik termasuk tiga ciri baharu yang pertama kali diperkenalkan iaitu Amaran Perlanggaran Belakang (RCW), Amaran Trafik Melintas Belakang (RCTA) dan Maklumat Papan Tanda Jalan (TSI).

Kelebihan Proton X90:

  • SUV dalam segmen-D
  • Rekaan luaran dengan kemasa hadapan Busur Ethereal diinspirasikan daripada corak songket
  • Memiliki ciri keselamatan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)
  • Enjin 1.5L TGDi dengan trenkuasa Sistem Motor Listrik Sinergi (EMS) 48V
  • Dilengkapi ruang kargo luas sehingga 2,050 liter

Kekurangan Proton X90:

  • Hanya varian Flagship dan Premium sahaja didatangkan dalam 6 warna pilihan

Spesifikasi Proton X90:

Pasaran: https://www.proton.com/en/find-a-car/protonx90
Enjin: 1.5L
Warna: Ruby Red, Snow White, Marina Blue, Cinnamon Brown, Armour Silver, Jet Grey
Harga: RM123,800 – RM152,800

Mazda CX-5 Baharu

Mazda CX-5 Baharu
Mazda CX-5 Baharu merupakan siri terlaris jenama Mazda ketika ini memiliki 4 gred berbeza iaitu varian 2.0G Mid, 2.0G High, 2.5G Turbo High dan 2.2d High. Ia boleh dikatakan sebagai kenderaan lengkap buat mereka yang mahukan kenderaan utiliti sukan (SUV) bergaya dan berprestasi. Hadir dengan falsafah rekaan Kodo- Soul of Motion, Mazda CX-5 dengan gaya futuristik dan elegan, ditambah dengan beberapa ciri terbaharu untuk kemudahan pengguna sejak ia diperkenalkan bermula 2015. Dilengkapi dengan Skyactiv Drive enam kelajuan automatik dengan mod manual, pacuan semua roda (AWD), Mazda CX-5 mampu mengalirkan tenaga dengan baik tanpa terasa kehilangan kuasa. G-Vectoring Control Plus (GVC Plus) dibantu dengan Stereng Bantu Kuasa Elektronik (EPAS) sesuai untuk keluar masuk parkir sempit. Mazda CX-5 Baharu memiliki kelebihan tersendiri turut dilengkapi ciri keselamatan terbaik seperti enam beg udara SRS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Kestabilan Dinamik dan Pengagihan Kuasa Brek Elektronik (EBD). Ia turut dilengkapi Sistem Kawalan Cengkaman, Lampu Isyarat Berhenti Kecemasan, Bantu Permulaan Bukit, Sistem Amaran Terkeluar Lorong (LDWS), Sistem Bantu Kekal Lorong (LAS), Amaran Perhatian Pemandu (DAA) dan Sistem Lampu Hadapan ‘Adaptive’ (AFS).

Kelebihan Mazda CX-5 Baharu:

  • Ruang but luas berkapasiti sehingga 442 liter.(Jika kerusi barisan belakang direbahkan, kapasiti seluas1,342 liter)
  • Kerusi pemandu memiliki 10 larasan elektrik dan kerusi penumpang 6 larasan
  • Fungsi ketersambungan Apple Carplay dan Android Auto
  • Ada 8 pilihan warna premium

Kekurangan Mazda CX-5 Baharu:

  • Suspensi agak keras

Spesifikasi Mazda CX-5 Baharu:

Pasaran: https://mazda.com.my/vehicles/mazda-cx-5
Enjin: 2.0G Mid, 2.0G High, 2.5G Turbo High dan 2.2d High
Warna: Sonic Silver, Deep Crystal Blue, Snowflake White Pearl, Jet Black, Machine Gray, Soul Red Crystal, Arctic White, Meteor Gray
Harga: RM138,000 – RM174,000

Volkswagen The Tiguan Allspace Life

Volkswagen The Tiguan Allspace Life
Volkswagen The Tiguan Allspace Life benar-benar menyajikan keselesaan terbaik. Bukan sekadar menawarkan 7 tempat duduk, SUV mantap ini menawarkan aspek praktikaliti lain termasuk kuasa yang cukup untuk diperah. Volkswagen The Tiguan Allspace Life berkongsi rekaan yang tajam dan dinamik seperti varian lain merangkumi gril hadapan dengan jalur lampu di antara lampu utama LED yang menjadi rekaan signatur Volkswagen. Elemen lain termasuklah rim aloi Frankfurt bersaiz 18 inci. Antara ciri standardnya memiliki sistem infohibur Discover Pro bersaiz 9.2 inci dengan ketersambungan aplikasi tanpa wayar, sistem navigasi, kawalan suara, pendingin hawa Climatronic 3-zon dan stereng sport multi-fungsi dibalut kulit. Dengan trenkuasa yang dimiliki, Volkswagen The Tiguan Allspace Life menjanjikan aspek penjimatan bahan api juga sangat baik iaitu sekitar 7.7 liter bagi setiap 100 kilometer. Untuk aspek keselamatan, Volkswagen The Tiguan Allspace Life tampil dengan enam beg udara, Kawalan Kestabilan elektronik (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek (BA), brek Multi-Pelanggaran, Intelligent Crash Response System (ICRS) dan Brek Parkir Elektronik (EPB). Sistem Lane Assist dan Driver Alert.

Kelebihan Volkswagen The Tiguan Allspace Life:

  • Jimat bahan api
  • Lampu utama dan belakang menggunakan LED sepenuhnya
  • Ruang but luas sehingga 1,775 liter
  • Didatangkan dengan lima warna dan dua kemasan
  • Warna dengan efek mutiara ditawarkan tanpa caj tambahan

Kekurangan Volkswagen The Tiguan Allspace Life:

  • Tidak mempunyai bantuan pemandu lanjutan ADAS

Spesifikasi Volkswagen The Tiguan Allspace Life:

Pasaran: https://www.volkswagen.com.my/
Enjin: Enjin turbo 1.4TSI atau 2.0TSI
Warna: Atlantic Blue, Platinum Grey, Pyrite Silver, Oryx White, Deep Black
Harga: RM 159,990– RM253,990

Lexus RX 350

Lexus RX 350
Lexus RX 350, kenderaan utiliti sukan (SUV) jenama mewah dihasilkan oleh syarikat automotif Toyota terkenal menerusi kombinasi prestasi, kualiti, keselesaan dan inovasi berteknologi tinggi. Merupakan generasi kelima sejak diperkenalkan pada 1998, Lexus RX 350 ditawarkan menerusi satu varian sahaja dibangunkan menggunakan platfrom GA-K. Lexus RX 350 dijana dengan enjin 2.4 liter empat silinder DOHC, Dwi-VVT-i pengecas turbo dengan transmisi automatik lapan kelajuan direct-shift (8AT) serta teknologi shift-by-wire. Ia tampil dengan ciri lebih elegan sebagai permulaan kepada arah rekaan baharu Lexus dengan elemen gril spindle gaya terkini yang pertama untuk jenama ini. Ruang kabin Lexus RX 350 berkonsepkan Tazuna memiliki suis di roda stereng bersepadu dengan ‘head-up display’ dan sistem infotainmen bersaiz 14 inci untuk pelbagai fungsi seperti radio dan navigasi bagi kemudahan perjalanan serta lebih fokus. Untuk ciri keselamatan Lexus RX 350 menampilkan Lexus Safety System+ (LSS+) dengan Paparan Pemandangan Panorama serta pandangan 360 darjah, dan Amaran Trafik Melintas Belakang. Selain itu ia dilengkapi dengan Sistem Amaran Pra-Perlanggaran (PCS), Kawalan Pelayaran Radar Dinamik (DRCC) dan Fungsi Mula dan Henti, Bantuan Mengesan Laluan (LTA) dan Amaran Kelauar Laluan (LDA), Sistem Pancaran Lampu Tinggi Adaptif dengan BladeScan (AHS) dan Bantuan Papan Tanda (RSA).

Kelebihan Lexus RX 350:

  • Miliki sistem pacuan semua roda (AWD) kawalan elektronik
  • Kedudukan memandu yang ergonomik
  • Tampil dengan rim aloi bersaiz 21 inci
  • Kualiti warna buatannya dengan teknologi sonic khusus Lexus
  • Pilihan lampu 64 warna menambah gaya premium

Kekurangan Lexus RX 350:

  • Ruang bagasi agak kecil

Spesifikasi Lexus RX 350:

Pasaran: https://www.lexus.com.my/en/models/rx.html
Enjin: 2.4L
Warna: Sonic Quartz, Sonic Iridium, Sonic Titanium, Graphite Black Glass Flake, Sonic Copper
Harga: RM468,888

Lotus Eletre

Lotus Eletre
Lotus Eletre merupakan kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama jenama Lotus. Lotus Eletre, SUV berprestasi tinggi (SUV-Hyper) elektrik (EV) sepenuhnya yang pertama di dunia sudah berada di dalam pasaran Malaysia sejak awal tahun 2023. Lotus Eletre ditawarkan menerusi tiga varian iaitu Eletre, Eletre S dan Eletre R dengan dua pilihan rangkaian kuasa kuda (hp) iaitu 603 hp atau 905 hp. Eletre R ialah SUV EV dwi-motor terpantas dunia dengan capaian kelajuan sifar ke 100km/j dalam tempoh kurang tiga saat serta jarak capaian perjalanan sehingga 490km (WLTP). Eletre dan Elere S mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 258 km/j dan jarak perjalanan 600 km (WLTP). Ketiga-tiga varian Lotus Eletre menggunakan bateri berkapasiti 112kWh dan pengecas 350kW yang membolehkan pengecasan pantas dari 10 ke 80 peratus dalam masa hanya 20 minit. Ia juga menerima pengecasan aliran ulang-alik (AC) 22kW sebagai ciri standard. Ruang dalaman menggunakan tekstil buatan tahan lasak dan gabungan bebenang ringan serta dilengkapi teknologi Lotus Hyper OS – Eletre iaitu mengetengahkan sistem operasi baharu untuk pemandu dan penumpang. Lotus Eletre memiliki teknologi Light Detection and Ranging (Lidar) boleh ubah pertama di dunia yang dipasang pada sebuah kereta pengeluaran bagi menyokong teknologi pemanduan pintar.

Kelebihan Lotus Eletre:

  • SUV berprestasi tinggi elektrik sepenuhnya pertama di dunia
  • Gaya mewah premium inspirasikan prestasi
  • Menjanjikan pecutan elektrik yang kuat
  • Pengecasan pantas

Kekurangan Lotus Eletre:

  • Tempat duduk terhad

Spesifikasi Lotus Eletre:

Pasaran: https://www.lotuscars.com/en-GB/eletre
Enjin: Dua motor elektrik (satu untuk setiap gandar) dengan kuasa bermula dari 603 hp – 905 hp
Warna: Solar Yellow, Stellar Black, Natron Red, Galloway Green, Blossom Grey, Kaimu Grey
Harga: RM578,000, RM648,000 dan RM798,000

Kenderaan merupakan satu keperluan hari ini. Aspek praktikaliti sering menjadi pertimbangan apabila ingin membeli sebuah kenderaan. Jika anda memiliki keluarga besar, sudah pasti aspek tempat duduk akan dinilai bagi memuatkan semua ahli keluarga, apatah lagi jika kenderaan terbabit menjadi tunggangan untuk pemanduan jarak jauh. Jadi, tunggu apa lagi. Jika anda penggemar jenama kenderaan terbaik di pasaran Malaysia seperti di atas, jangan segan silu untuk ke bilik pameran, memandu uji dan menempah model terkini ini segera.

Membeli dan memiliki kenderaan baharu semestinya kurang mengalami kerosakan berbanding yang terpakai. Ini kerana alat ganti kenderaan baharu dijamin dalam keadaan yang baik. Malah, jika memiliki kenderaan baharu, setiap kenderaan masih memiliki tempoh jaminan tertentu, semestinya sangat berbaloi buat pembeli.



Related posts