Untuk Peminat Kopi Segera! 5 Pilihan Paling ‘Best’ Dan Sedap Anda Perlu Cuba

Untuk Peminat Kopi Segera! 5 Pilihan Paling ‘Best’ Dan Sedap Anda Perlu Cuba
Makanan dan minuman


Cara penyediaannya yang mudah menarik perhatian penggemar kopi untuk membelinya. Kini terdapat lambakkan jenama ataupun brand mengeluarkan produk kopi segera kerana permintaan yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia. Kopi segera adalah kopi yang dihasilkan daripada ekstrak kopi kering diproses dengan pelbagai perisa atau perasa dan pengguna hanya perlu mencampurkan serbuk kopi ini bersama air panas dan nah, siap untuk dinikmati.

Untuk anda yang benar-benar meminati kopi dan tidak mempunyai masa untuk membeli atau menyediakan kopi menggunakan mesinnya, kopi segera adalah pilihan bijak. Ada juga sesetengah kita menyediakan stok kopi segera di rumah untuk dihidangkan kepada tetamu mengejut yang datang berkunjung ke rumah. Ianya sungguh mudah dan cepat!
Ini antara pilihan kopi segera terbaik untuk anda:

Nescafe Latte Caramel Coffee

Nescafe Latte Caramel Coffee

Rasanya jenama Nescafe ni terkenal bukan sahaja dalam kalangan penggemar kopi, malah yang tidak minat kopi pun mesti pernah dengar nama Nescafe ni kan? Ia merupakan antara jenama kopi terkenal di serata dunia kerana menawarkan pelbagai pilihan produk berunsurkan kopi. Perisa Latte Caramel Coffee ini adalah antara yang diminati ramai. Ia adalah kopi putih berperisa caramel bersama susu dan tiada rasa pahit selepas anda menikmatinya. Kopinya berasal dari Brazil dan sehingga kini setiap produknya dihasilkan dengan gabungan kacang kopi yang berkualiti tinggi

Kelebihan

  • Tiada rasa pahit
  • Pelbagai perisa lain
  • Gabungan kacang kopi berkualiti tinggi
  • Jenama terkenal di seluruh dunia

Kekurangan

  • Tidak semua menggemari rasa karamel

Spesifikasi

Jenama Nescafe
Bahan utama Karamel, kopi putih
Jumlah paket 20
Isi Kandungan per paket 25g
Harga RM 11.90

OldTown White Coffee (Hazelnut)

OldTown White Coffee (Hazelnut)

Khas buat penggemar kopi putih, produk berjenama OldTown adalah pilihan terbaik untuk anda cuba. Campuran kopi putih 3 dalam satu ini diperbuat daripada kacang kopi Liberika, Robusta dan Arabica yang berkualiti tinggi. Kesemua kopi tersebut diproses dengan suhu yang sempurna dan prosedur pembuatan kopi sebenar. Jenama OldTown ini lebih terkenal di Ipoh Perak kemudian berkembang ke serata Malaysia. Kopi berperisa Hazelnut ini sungguh enak diserikan dengan aroma kopi putih pastinya menjadi kegemaran ramai.

Kelebihan

  • Pilihan perisa unik seperti hazelnut, gula tebu semulajadi
  • Diperbuat dari kacang kopi terbaik
  • Isi kandungan setiap paket lebih berat

Kekurangan

  • Jenama ini pernah viral dengan tuduhan palsu

Spesifikasi

Jenama OldTown White Coffee
Bahan utama kopi putih, hazelnut
Jumlah paket 15
Isi Kandungan per paket 40g
Harga RM 15.60

Kopiko

Kopiko

Dahulu jenama Kopiko ni terkenal dengan gula-gula berperisa kopi, jangan tidak tahu ia juga mempunyai produk kopi segeranya sendiri. Kopiko adalah jenama Indonesia dan produknya mula memasuki Malaysia pada tahun 2001. Istimewa kopi segera ini adalah ia mempunyai kandungan asid yang rendah sesuai untuk penggemar kopi yang perutnya sensitif.

Kelebihan

  • Kandungan asid rendah
  • Kopi dipanggang pada suhu terkawal
  • Diperbuat dari kacang kopi terbaik
  • Jumlah paket lebih banyak dengan harga yang murah

Kekurangan

  • Jarang dijual di kedai runcit biasa

Spesifikasi

Jenama Kopiko
Bahan utama Kopi Low Acid
Jumlah paket 24
Isi Kandungan per paket 20g
Harga RM 9.90

PappaRich Stevia White Coffee

PappaRich Stevia White Coffee

Tidak menggunakan gula, kopi jenama PappaRich ini dihasilkan dengan ekstrak stevia yang merupakan pengganti gula semulajadi lebih baik daripada gula putih. Kandungan kalorinya juga rendah berbanding jenama kopi lain yang menggunakan gula putih. Kopi segera ini diperbuat daripada ekstrak kacang Robusta terpilih dan tenusu daripada New Zealand.

Kelebihan

  • Menggunakan stevia pengganti gula putih
  • Sesuai untuk pengidap kencing manis
  • Rendah kalori
  • Diperbuat dari kacang kopi Robusta terbaik
  • Bahan tenusu daripada New Zealand

Kekurangan

  • Jenama kopi segera keluaran PappaRich masih baru

Spesifikasi

Jenama: PapaRich
Bahan utama Stevia, Kopi Robusta
Jumlah paket 12
Isi Kandungan per paket 30g
Harga RM 16 ++

Moccona

Moccona

Ia adalah jenama kopi buatan Belanda dan masih baru di pasaran Malaysia. Produk Moccona baru dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan enam perisa unik yang boleh didapati di pasar raya dan kedai serbaneka bermula Oktober ini. Jenama kopi adalah yang paling digemari di Australia dan ia diperbuat daripada dua jenis biji kopi terbaik di dunia iaitu Arabica dan Robusta. Enam perisa uniknya adalah, Moccona Classic Medium Roast, Moccona Classic Dark Roast, Moccona Classic Decaffeinated, Moccona Espresso Style, Moccona Indulgence dan Moccona Hazelnut.

Kelebihan

  • 6 perisa unik
  • Jenama terkenal di Australia
  • Diperbuat daripada biji kopi terbaik Arabica dan Robusta

Kekurangan

  • Jualan masih terhad di beberapa kedai terpilih
  • Tidak mudah dibawa travel

Spesifikasi

Jenama Moccona
Bahan utama Arabica, Robusta
Jumlah paket
Isi Kandungan per paket 100g/ 200g
Harga RM 20.90

Produk berunsurkan kopi segera kini semakin mendapat tempat di hati pengguna kerana ianya mudah disediakan. Sesuai juga untuk anda yang sibuk dan memerlukan minuman berunsurkan kopi sebagai minuman kegemaran. Pilihan ini diharap dapat membantu anda dalam memilih kopi segera terbaik bagi memulakan hari anda.

Setiap individu mempunyai citarasa berbeza untuk pilihan kopi mereka. Walaupun rasanya sedap, namun pengambilan minuman segera tanpa kawalan atau secara berlebihan adalah tidak baik untuk kesihatan.



Related posts