5 Pilihan Berus Gigi Elektronik Boleh Anda Cuba Hari Ini Untuk Gigi Bersih & Gusi Sihat

5 Pilihan Berus Gigi Elektronik Boleh Anda Cuba Hari Ini Untuk Gigi Bersih & Gusi Sihat
Peralatan rumah


Asas dalam penjagaan diri adalah dengan mempunyai gigi bersih, gusi sihat dan nafas tidak berbau. Jadi, pastikan anda memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk kesihatan gigi serta gusi, sekali gus melawan bakteria yang mungkin menyebabkan nafas berbau. Kesihatan gigi yang baik memberi pengaruh besar kepada penampilan dan senyuman seseorang. Memberus gigi adalah amat penting kerana ia berkesan membuang sisa dan plak dari permukaan gigi dan gusi. Selain itu, memberus juga merangsang gusi untuk memastikannya sihat.

Tidak semua orang tahu memilih berus gigi yang betul adalah faktor utama dalam penjagaan oral mulut. Apa kata cuba pilih berus gigi moden iaitu berus gigi elektronik. Berus gigi elektronik boleh membuang plak dengan lebih baik dan lebih cepat. Selain itu, dengan reka bentuk khas, ia juga mampu untuk membersihkan kawasan yang sukar dicapai dengan mudah. Ini antara 5 pilihan berus gigi elektronik boleh anda cuba hari ini untuk kesihatan gigi dan gusi berpanjangan.

Philips HX9912 DiamondClean 9000 Sonic Electric Toothbrush with App

Philips HX9912 DiamondClean 9000 Sonic Electric Toothbrush with App
Bagi memastikan kebersihan gigi dan gusi, Philips memperkenalkan berus gigi elektronik khas untuk lelaki dan wanita iaitu Philips HX9912 DiamondClean 9000 Sonic Electric Toothbrush with App. Datang dalam warna hitam dan merah jambu dengan reka bentuk elegan, anda hanya perlu memegang berus dan biarkan peralatan moden ini menjalankan tugasnya. Berus Philips HX9912 DiamondClean 9000 Sonic Electric Toothbrush with App akan memastikan fluorida disampaikan dalam mulut dengan lebih baik sehingga capaian jauh yang tidak boleh dilakukan berus gigi biasa. Hanya tiga hari penggunaan, gigi anda dijamin memberi keputihan berbeza berbanding sebelum ini dengan menyingkirkan 100 peratus kekotoran. Ia menyamai 31,000 kali memberus menggunakan berus gigi biasa pada setiap satu minit penggunaannya. Mempunyai 4 mode berlainan dan 3 intensiti (rendah, sederhana, tinggi) berus gigi elektronik ini juga dilengkapi dengan smart sensors untuk memberi amaran jika terdapat tekanan ketika kerja memberus berlangsung. Sonicare app pula diwujudkan untuk melaporkan tahap kesihatan gigi untuk rujukan anda.

Kelebihan produk :

  • Pemegang ergonomik yang selesa dengan butang tutup & buka ditempat sesuai
  • Mempunyai 4 mode berlainan dan 3 intensiti (rendah, sederhana, tinggi)
  • Saiz berus dan reka bentuk bulu mengikut saiz mulut anda
  • Membersih di celahan gigi dan kawasan yang sukar dicapai dengan efektif

Kekurangan produk:

  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi produk

Tempoh Jaminan: 2 tahun
Jangka Hayat Bateri: 14 hari penggunaan setiap hari
Harga: RM770.00 – RM799.00

Oral-B iO Series 9 Rechargeable Electric Toothbrush

Oral-B iO Series 9 Rechargeable Electric Toothbrush
Oral-B, jenama penjagaan gigi yang dipercayai di Malaysia. Memahami kepentingan penjagaan gigi Oral-B pakar penjagaan mulut lebih dari 57 tahun pengalaman memperkenalkan Oral-B iO Series 9 Rechargeable Electric Toothbrush. Jika harga tidak menjadi beban dan masalah buat anda, Oral-B iO Series 9 Rechargeable Electric Toothbrush adalah berus gigi elektronik bergaya terbaik buat anda dengan pilihan warna hitam, merah jambu dan putih. Dengan penggunaan yang betul, berus gigi elektronik ini mampu untuk menanggalkan sehingga 99 peratus plak pada sudut 16 darjah secara berkesan terutama di bahagian yang sukar dicapai dalam mulut. Anda tidak perlu memberus gigi dengan keras, biarkan berus gigi moden lembut ini mengambil tugas sekaligus mengelakkan kecederaan gigi dan mencegah gusi menyusut. Getaran mikronya memberi keselesaan optimum dalam mulut seakan berus pembersih di klinik gigi. Inovasi rangkaian produk kesihatan Oral-B ini direka untuk membantu pengguna tanpa perlu bersusah payah. Antaranya fungsi 3D Teeth Tracking dan AI Recognition diwujudkan bagi memudahkan pemilik merujuk kawasan setiap batang gigi dalam mulut melalui aplikasi gajet anda untuk tindakan selanjutnya. Hebat bukan?

Kelebihan produk :

  • Getaran mikronya memberi keselesaan optimum
  • Fungsi 3D Teeth Tracking dan AI Recognition mengesan setiap batang gigi
  • Ada 3 pilihan warna iaitu hitam, merah jambu dan putih
  • Menanggalkan sehingga 99 peratus plak

Kekurangan produk:

  • Harga tinggi di pasaran
  • Berus perlu ditukar untuk tempoh 3 bulan sekali

Spesifikasi produk

Tempoh Jaminan: 2 tahun
Jangka Hayat Bateri: 1 bulan penggunaan setiap hari
Harga: RM1,499.00

FOREO ISSA 3

FOREO ISSA 3
FOREO sinonim dengan jenama penjagaan diri diperbuat daripada silikon lembut buatan negara Sweeden. Untuk penjagaan oral, FOREO ISSA terkenal dengan beberapa produk berus gigi elektroniknya untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Terbaru, dan bakal memasuki pasaran Malaysia pada 3 November 2021, FOREO ISSA 3 tampil dengan berus gigi elektronik kepala berus hybrid yang unik. Ia adalah gabungan silikon anti bakteria dan PBT polimer yang sangat lembut membantu mengurut gigi serta gusi dengan selesa. FOREO ISSA 3 berfungsi membuang plak dengan lebih baik dan lebih cepat. Selain itu, dengan reka bentuk berus khas 360 darjah, ia juga mampu untuk membersihkan kawasan yang sukar dicapai seperti belakang gigi geraham dan garisan gusi dengan mudah. Menggunakan kuasa elektrik, berus gigi terbaharu FOREO ISSA 3 dapat mengurangkan masalah gusi dan membuang 90 peratus kekotoran pada gigi. Dicadangkan dua minit setiap kali penggunaan. Hadir dengan pilihan warna hitam, merah jambu, pudina, FOREO ISSA 3 berus gigi elektronik yang ergonomik terbukti secara klinikal dapat mengurangkan gingivitis dan meningkatkan kesihatan mulut secara keseluruhan sebanyak 140 peratus.

Kelebihan produk :

  • Kadar Desibel Rendah. Kadar bising kurang untuk pengalaman menggosok gigi yang menyenangkan.
  • Kepala berus yang padat memberikan keselesaan dan akses yang lebih mudah untuk mulut
  • Kalis Air. Bahagian dalam ditutup rapi untuk mengelakkan kemasukan air.
  • Sensasi menggosok gigi yang berkuasa tetapi lembut pada gusi.

Kekurangan produk:

  • Harga tinggi di pasaran
  • Sukar untuk ditemui

Spesifikasi produk

Tempoh Jaminan: 2 tahun
Jangka Hayat Bateri: 1 tahun untuk penggunaan setiap hari
Harga: RM701.00

Ordo Sonic+ Electric Toothbrush

Ordo Sonic+ Electric Toothbrush
Bakteria dalam mulut akan mereputkan gigi secara perlahan-lahan sekiranya tiada tindakan diambil. Walaupun gosok gigi setiap hari, mulut masih berbau dan gusi berdarah? Tukarlah kepada berus gigi elektronik Ordo Sonic+ Electric Toothbrush. Pasti dapat menyelesaikan semua masalah gigi anda! Kadar bulu berus hujungnya yang bulat dan lembut sehingga 99.5 peratus, sesuai untuk individu yang mempunyai masalah gigi dan gusi sensitif. Datang dengan pilihan warna putih/silver, kelabu dan rose gold seberat 235 gram setiap satu, Ordo Sonic+ Electric Toothbrush dilengkapi 4 pilihan mod iaitu membersih, memutih, mengilap dan penjagaan gusi sensitif. Ordo Sonic+ Electric Toothbrush berkesan menghilangkan semua masalah gigi dan dijual dipasaran dengan harga mampu milik.

Kelebihan produk :

  • Berus gigi ringan
  • Kalis air
  • Harga berpatutan
  • Berus lembut

Kekurangan produk:

  • Sukar untuk ditemui di pasaran biasa

Spesifikasi produk

Tempoh Jaminan: 1 tahun
Jangka Hayat Bateri: Tahan 3 minggu untuk setiap hari penggunaan
Harga: RM284.44

Brudee Sonic ONE

Brudee Sonic ONE
Anda pasti sedia maklum tentang harga berus gigi elektrik yang berkemungkinan mencecah sehingga harga ribuan ringgit. Jangan risau, Brudee Sonic ONE akan menjadi penyelamat gigi anda! Dengan harga mampu milik, berus gigi elektronik ini dapat membersihkan gigi anda dengan sempurna. Berusnya yang kecil dan nipis dapat mencapai celahan gigi yang jauh ke dalam dengan mudah. Paling penting berusnya sangat lembut untuk individu yang mempunyai masalah gigi serta gusi sensitif. Brudee Sonic ONE dicipta dengan teknologi Quad-Interval membantu memberikan peringatan mengubah aktiviti gosokan setiap 30 saat untuk pembersihan menyeluruh. Mempunyai 3 mod iaitu untuk sensitif, memutih dan membersih, kelajuannya boleh mencapai sehingga 32,000 putaran setiap minit. Brudee Sonic ONE mempunyai tiga pilhan warna iaitu putih, kelabu dan merah jambu telah diiuji secara klinikal terbukti mampu menghilang lebih 10 kali masalah plak. Jika anda tidak menyukai fungsi Brudee Sonic ONE dalam masa 30 hari selepas pembelian, anda boleh mengembalikannya semula dan menerima bayaran penuh.

Kelebihan produk :

  • Berus gigi ringan dan sesuai untuk kegunaan ketika melancong (travel-friendly)
  • Tempoh jaminan sepanjang hayat
  • Harga berpatutan
  • Pengecasan bateri pantas tanpa wayar

Kekurangan produk:

  • Sukar untuk ditemui di pasaran biasa

Spesifikasi produk

Tempoh Jaminan: Sepanjang hayat
Jangka Hayat Bateri: Tahan 60 hari untuk penggunaan setiap hari
Harga: RM269.00

Penjagaan kesihatan oral anda berada pada tahap terbaik jika membersihkan gigi menggunakan berus sesuai dan teknik memberus yang betul. Ini dapat mengurangkan peningkatan plak dan menjadikan gigi serta gusi lebih sihat. Jika anda yang mempunyai gigi sensitif penggunaan berus gigi elektronik dengan bulu lembut atau ultra-lembut sangat disarankan. Pilihlah berus gigi elektronik dengan saiz dan bentuk yang anda suka. Paling penting selesa untuk dimasukkan ke dalam mulut selain mudah digunakan.

Berus gigi elektronik selalunya menggunakan kuasa bateri yang boleh dicaj dari semasa ke semasa. Berus ini bergerak secara berputar apabila butang mula ditekan, kelajuan putaran adalah ditetap atau mungkin boleh dipilih mengikut kesesuaian anda bergantung kepada produk yang dibeli. Jika anda pengguna kali pertama, ini mungkin antara pengalaman mendebarkan menggunakan berus gigi moden sebegini. Jangan segan untuk meminta nasihat atau rujukan daripada promoter produk bertauliah atau doktor gigi anda. Saranan daripada mereka penting agar anda memahami kaedah penggunaan, fungsi gerakan berus, dan tahap keselamatan produk berus gigi elektronik tersebut.



Related posts