12 Label Tudung Popular Di Malaysia Wajib Ada Dalam Almari Setiap Hijabista & Muslimah 2022

12 Label Tudung Popular Di Malaysia Wajib Ada Dalam Almari Setiap Hijabista & Muslimah 2022
Fesyen


Bertudung menjadi satu aliran tersendiri dalam dunia fesyen masa kini. Dengan permintaan yang tinggi dalam pasaran, setiap wanita berhijab hari ini boleh memilih tudung kesukaan mereka mengikut ciri masing-masing. Tudung memainkan peranan dalam diri setiap individu Muslim kerana ia memberikan identiti dan personaliti kepada si pemakai.

Golongan wanita bertudung kini semakin obses untuk memakai hijab mengikut fesyen dan trend terkini, walapun dah berpuluh koleksi tudung yang ada dalam wardrobe, mereka tetap akan membeli tudung baharu. Maka ramai usahawan tudung tumbuh bagaikan cendawan sejak beberapa tahun kebelakangan ini di Malaysia untuk memenuhi permintaan tersebut.

Beberapa jenama telah memonopolikan pasaran tudung ini dan mendapat tempat dalam kalangan wanita yang bertudung. Tidak keterlaluan untuk mengatakan Malaysia antara negara yang terkedepan menghasilkan pelbagai koleksi tudung bukan sahaja kelihatan cantik untuk berfesyen malah pemilihan tekstil juga sesuai dengan cuaca di negara ini.

Bagi si hjabista atau muslimah bertudung, berkepelbagaian jenama pada hari ini memberi variasi kepada mereka. Ada beratus jenama tudung di Malaysia samada berdaftar atau tidak, tetapi 12 jenama ini paling popular dan menjadi buruan ramai untuk dijadikan koleksi harian Malaysia 2022.

Radiusite

Radiusite

Radiusite kekal sebagai jenama tudung pilihan utama wanita selain mempunyai pengikut yang ramai di media sosial. Radiusite sentiasa mempertingkatkan kualiti produk bersama rekaan bermutu dan memikat membabitkan kualiti rekaan, fabrik dan perincian digunakan demi rasa selesa serta kelihatan anggun digayakan.

Radiusite menggunakan fabrik sifon, kapas dan moss crepe, untuk hampir semua jenis tudung kerana bahan itu mempunyai keistimewaan sebagai fabrik versatil disebabkan kegunaannya yang pelbagai, material ini tampil dengan gred tertentu bergantung pada ketebalan dan kualitinya. Perincian seperti manik, batu permata dan renda untuk jenama Radiusite tidak terlalu sarat hanya pada bahagian tertentu misalnya bahagian atas atau tepi saja.
Batu permata pula dijahit kemas supaya tidak tanggal manakala renda menggunakan jenis tidak berbulu dan mudah diurus. Radiusite menyediakan hampir semua warna untuk setiap rekaan, membolehkan pelanggan membuat pilihan bergantung kepada acara mereka.

Kelebihan Radiusite

  • Kualiti produk diakui
  • Perincian manik, batu permata dan renda tidak terlalu sarat
  • Selesa dengan fabrik istimewa
  • Mempunyai hampir semua warna untuk setiap rekaan
  • Tersedia rekaan untuk kanak-kanak

Kekurangan Radiusite

  • Menjadi sasaran produk tiruan

Spesifikasi Radiusite

Saiz, jenis & warna Pelbagai. Tudung sarung, Scarf, Bawal, Shawl, tudung kanak-kanak
Material Kapas, Silk, Sifon, Moss Crepe
Harga RM28 – RM250

Tudungruffle

Tudungruffle

Jika dahulu tudung bawal hanya dikenali sebagai tudung ‘kampung’, tidak moden dan urban tetapi menerusi rekaan yang diubah suai, tudung jenis ini semakin diminati. Ia sesuai digayakan untuk semua acara termasuk majlis eksklusif dan perkahwinan.

Tudungruffle antara jenama awal yang mengangkat tudung bawal sehingga popular hari ini. Tudungruffle mengubah suai dan mencuba idea yang lebih berani dan segar maka terhasillah tudung Chicnones iaitu kombinasi selendang dan bawal yang memberikan tumpuan kepada wanita yang inginkan penggayaan selendang tetapi bersengkuap bawal.
Menggunakan fabrik berkualiti, rekaan Chicnones mengetengahkan sifon dan voile pada bahagian sengkuap. Namun untuk rekaan mewah edisi khas yang digayakan raja sehari Tudungruffle menggunakan material satin sutera dengan sentuhan lebih glamor. Selain itu Tudungruffle juga memperkenal rekaan berpotongan ropol mengambil inspirasi daripada pelanggan yang sentiasa menyokong dan menghargai hasil kerjanya selama ini. Juga tudung bercetak menggunakan fabrik satin yang semakin digilai ramai.

Kelebihan Tudungruffle

  • Fabrik berkualiti
  • Jenama awal yang mengangkat tudung bawal
  • Selesa dan tidak panas
  • Harga berpatutan

Kekurangan Tudungruffle

  • Tidak mempunyai warna pelbagai. Lebih kepada warna pastel

Spesifikasi Tudungruffle

Saiz, jenis & warna Pelbagai. Tudung sarung, Scarf, Bawal, Shawl, Tudung Bercorak
Material Kapas, Silk, Sifon, Moss Crepe
Harga RM49 – RM89

Naelofar

Naelofar

Jenama yang diasaskan ikon fesyen dan selebriti popular Neelofa menjadi contoh dalam industri Muslimah Fesyen. Bertemakan konsep segar, tudung jenama Naelofar menjadi kegilaan bagi wanita bertudung yang suka bergaya. Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, Naelofar Hijab berjaya mencetus fenomena dengan rekaan shawl, bawal dan turban sekali gus menjadi trend setter fesyen berhijab di Malaysia. Harga bagi setiap tudung yang dijual sangat berpatutan dan mampu milik.

Kelebihan produk :

  • Sesuai dengan cuaca di Malaysia yang panas dan hujan sepanjang tahun
  • Sehelai tudung yang tampak eksklusif
  • Harga berpatutan
  • Mengeluarkan pelbagai saiz labuh tudung

Kekurangan produk:

  • Produk tiruan sering menyasarkan jenama ini
  • Saiz tidak sesuai untuk kanak-kanak

Spesifikasi produk

Saiz, jenis & warna: Pelbagai dalam siri bawal, turban, shawl & instant shawl
Material: Pelbagai. Campuran poliester dan sifon, cotton

Duckscarves

Duckscarves

Vivy Yusof merupakan pengasas Duckscarves berjaya melonjakkan jenama ini berada sebaris dengan nama-nama popular lain yang lebih dahulu berada di pasaran sebelum ini. Duckscarf merupakan produk di bawah Fashion Valet dianggap sangat premium menjadi kegilaan wanita berhijab. Menjadi kebanggaan bagi setengah-setengah wanita apabila dapat memakai tudung jenama ini kerana begitu ekslusif. Sudah pasti harga yang dipasarkan agak tinggi berbanding jenam-jenama lain. Teknologi fabrik yang digunakan menjadikan tudung ini selesa untuk dikenakan dan paling penting reka coraknya yang cantik dan sesuai dipakai pelbagai golongan usia.

Kelebihan produk :

  • Tekstil berkualiti
  • Ada beberapa cawangan butik untuk dikunjungi
  • Penggunaan kain campuran poliester dan sifon adunan tekstil yang baik
  • Corak dan gaya tudung terkini

Kekurangan produk:

  • Harga mahal
  • Tudung edisi terhad, cepat habis dipasaran dalam masa beberapa jam sahaja

Spesifikasi produk

Saiz, jenis & warna: Pelbagai
Material: campuran poliester dan sifon

Ariani

Ariani

Tudung jenama Ariani antara jenama popular yang sering digayakan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza (Duta Ariani). Sebelum ini ramai yang menganggap tudung keluaran Ariani adalah khas untuk golongan wanita berumur dan berstatus tinggi. Tetapi selepas penampilan Mira Filzah sebagai ikon Ariani yang terkini merubah corak dan tanggapan pelanggan terhadap jenama tudung Ariani. Ramai pelanggan baru yang mula tertarik dengan variasi Ariani terbaru kerana mempunyai corak, material dan warna yang lebih segar.

Kelebihan produk :

  • Jenis kain tudung yang selesa dengan cuaca di Malaysia.
  • Harga mampu milik untuk setiap golongan
  • Material berkualiti
  • Corak dan warna pilihan pelbagai

Kekurangan produk:

  • Dianggap jenama untuk golongan berstatus
  • Produk tiruan sering menyasarkan jenama ini

Spesifikasi produk

Saiz, jenis & warna: Pelbagai
Material: campuran poliester dan sifon, cotton

Fareha

Fareha

Team pemasaran untuk jenama tudung Fareha memang memainkan peranan yang cukup baik memasarkan jenama ini untuk dikenali beberapa tahun sahaja. Mana tidaknya, kanak-kanak kecil juga mengenali jenama ini menerusi pelbagai iklan di kaca televisyen atau radio. Jenama tudung Fareha antara fenomena terbaru dalam kalangan wanita, terutama dalam siri tudung bawal yang dihasilkan. Ramai hijabista dan wanita Muslim bertudung berpeluang memakai tudung ekslusif tetapi dengan harga yang rendah dengan jenama Fareha.

Kelebihan produk :

  • Material sejuk dan selesa
  • Warna dan corak yang pelbagai
  • Harga berpatutan
  • Mudah untuk didapatkan di pasaran

Kekurangan produk:

  • Harga berlainan setiap ejen
  • Tiada corak kosong dan satu warna sahaja

Spesifikasi produk

Saiz, jenis & warna: Pelbagai variasi jenis tudung bawal
Material: campuran cotton

Bokkita

Bokkita

Bagi wanita yang tidak sempat untuk mengenakan hijab dalam tempoh yang singkat, jangan risau kerana tudung segera Bokitta mungkin boleh jadi penyelamat anda. Tanpa menggunakan pin (pinless) dan hanya perlu sarung ke kepala, penampilan anda lengkap dalam masa beberapa saat sahaja. Bokikita menjadi kegemaran ramai hijabista dan wanita bertudung yang inginkan gaya ringkas tetapi masih tampak ekslusif dan mahal.

Kelebihan produk :

  • Bergaya dengan pantas
  • Mempunyai pelbagai warna pilihan
  • Selesa dan tidak panas
  • Berkonsep sarung tetapi nampak ekslusif

Kekurangan produk:

  • Harga mahal
  • Sukar bezakan produk tulen dan tiruan

Spesifikasi produk

Saiz, jenis & warna: Pelbagai warga dan corak tudung jenis sarung
Material: campuran poliester dan sifon, cotton

Sugarscarf

Sugarscarf

Bagi peminat warna pastel, Sugarscarf pasti menjadi pilihan kerana seringkali datang dalam variasi warna ini. Warna-warna tudung yang sangat fresh dan tekstur kain yang senang dibentuk mengikut gaya terkini. Corak dan warnanya mudah dipadankan dengan pakaian harian, pasti tidak memeningkan kepala. Seiring dengan permintaan tudung dalam kalangan pengguna wanita urban Malaysia, jenama Sugarscarf sentiasa menghasilkan tudung yang berkualiti dan selesa serta memberikan identiti tersendiri kepada si pemakai.

Kelebihan produk :

  • Warna pastel yang ceria
  • Harga mampu milik mengikut poket masing-masing
  • Tudung mudah dibentuk
  • Jenis kain tudung yang selesa dengan cuaca di Malaysia

Kekurangan produk:

  • Pilihan terhad
  • Dikenali pengguna urban

Spesifikasi produk

Saiz, jenis & warna: Corak pelbagai dan seringkali datang dalam warna pastel
Material: campuran poliester dan sifon

Alhumaira

Alhumaira

Jenama Alhumaira bertapak agak lama di Malaysia, jenama hijab yang sinonim dengan corak abstrak dan cetakan flora sebagai simbolik dalam rekaan tudungnya masih kekal menampilkan ciri kesopanan pemakai. Terdapat dalam beberapa jenis warna dan gaya, jenama tudung Alhumaira ini mementingkan gaya yang minimalis dan eksklusif kepada si pemakai untuk tampil cantik sepanjang hari. Alhumaira mempunyai beberapa butik antaranya di Selangor iaitu di Shah Alam dan Bangi selain di Alor Setar, Kedah. Ejen Alhumaira juga terdapat di Brunei, Singapura dan Thailand. Koleksi Alhumaira yang berlainan sememangnya bakal memenuhi cita rasa wanita masa kini.

Kelebihan produk :

  • Kolaborasi dengan kristal Swarovski sebagai hiasan di tudung
  • Menggunakan fabrik khas daripada kapas viscose premium
  • Harga berpatutan
  • Selesa dipakai untuk tempoh yang lama

Kekurangan produk:

  • Dikenali pengguna urban
  • Gemar menggunakan corak yang minima

Spesifikasi produk

Saiz, jenis & warna: Pelbagai dan warna polos
Material: Kapas viscose premium, satin, sutera

Tudung People

Tudung People

Tudung People, tudung untuk semua! Sebut sahaja Tudung People, sangat dekat dengan golongan muda. Mempunyai pelbagai warna dan corak, ianya sangat sesuai bagi digayakan oleh setiap wanita. Bukan sahaja mesra poket, Tudung People ini juga telah mengeluarkan pelbagai jenis tudung untuk golongan kanak-kanak perempuan yang ingin bertudung. Material Tudung People dihasilkan menggunakan bahan yang selesa terutama dengan cuaca negara kita

Kelebihan produk :

  • Selesa dan tidak panas
  • Sesuai untuk kanak-kanak
  • Harga berpatutan mengikut jenis tudung
  • Berkualiti dan ekslusif

Kekurangan produk:

  • Fokus untuk golongan muda
  • Produk hanya ada di premis tertentu

Spesifikasi produk

Saiz, jenis & warna: Pelbagai
Material: Kain kapas Jepun untuk keselesaan ringan, heavy chiffon, opaqueness dan lyra kapas.

Bawal Exclusive

Bawal Exclusive

Wanita hari ini tidak lagi berkira-kira melabur duit untuk sehelai tudung walaupun datang dengan harga tinggi. Keutamaan pastinya keselesaan menjadi faktor daya beli yang utama. Bawal Exclusive merupakan jenama tudung paling lama bertahan di pasaran sehingga ke hari ini. Ia juga adalah jenama tudung eksklusif yang cukup gah di negara ini dan sering menjadi pilihan Muslimah bercita rasa tinggi.

Kelebihan produk :

  • Seni hiasan dan warna yang menata hias tekstil menjadi pilihan
  • Material tudung bawal yang selesa
  • Mudah dipadankan dengan pelbagai design dan warna pakaian
  • Mudah dibentuk

Kekurangan produk:

  • Mahal
  • Produk tiruan sering menyasarkan jenama ini

Spesifikasi produk

Saiz, jenis & warna: Pelbagai
Material: cotton, batuan kristal Swarovski

Kekaboo

Kekaboo

Kekaboo sangat dikenali oleh peminat tudung bawal ataupun tudung empat segi. Tudung jenama Kekaboo menggunaan fabrik yang lembut dan ringan. Dipadatkan dengan ciri fabrik yang tidak licin, tidak luntur warnanya apabila dipakai dan dibasuh beberapa kali membuatkan ia berjaya menambat hati pelanggan untuk terus setia kepada jenamanya. Jenama tudung Kekaboo mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pengeluar tudung popular di Malaysia. Kekaboo adalah satu-satunya pengeluar tudung yang memiliki kilangnya sendiri di negara ini yang mana ia dilengkapi dengan 14 pencetak tudung bawal.

Kelebihan produk :

  • Corak tudung yang lebih kreatif dan memenuhi cita rasa
  • Dipadatkan dengan ciri fabrik yang tidak licin
  • Warna tidak luntur selepas dibasuh
  • Tudung mudah dibentuk terutamanya bahagian sengkuap

Kekurangan produk:

  • Corak tudung tidak akan ditambah selepas ia habis dijual
  • Tudung hanya berwarna lembut dan tidak terlalu terang

Spesifikasi produk

Saiz, jenis & warna: Pelbagai. Mempunyai saiz berbidang besar, jadi ia sesuai untuk wanita berbadan besar yang mementingkan aurat dan keselesaan.
Material: Penggunaan fabrik yang lembut dan ringan.

Trend penggayaan fesyen hijab semakin popular. Melihat kepada persaingan pasaran itu, ramai pereka fesyen tudung mendaftarkan rekaan tudung mereka untuk menjadikannya sebagai hak eksklusif sehingga memberi impak besar dalam industri fesyen tudung tanah air. Untuk menghasilkan sehelai tudung, pelbagai jenis fabrik yang digunakan seperti renda, sutera dan sebagainya. Pemilihan jenis kain , corak dan warna bergantung kepada banyak faktor seperti cuaca, dan status individual. Tetapi yang pasti setiap jenama tudung masing-masing mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri. Bergantung kepada pelanggan untuk memilih corak dan penggayaan yang mana sesuai dengan penampilan mereka.

Berhijab adalah tuntutan Islam untuk golongan hawa. Justeru persepsi hijab sukar untuk berfesyen dan tidak selesa untuk wanita bekerjaya adalah tidak tepat sama sekali. Semakin ramai Muslimah kini bijak bergaya tidak kira untuk fesyen harian atau menghadiri majlis tertentu. Ada yang gemarkan fesyen tudung sarung, ada pula yang selesa menggayakan selendang, tidak kurang masih ramai yang tetap memilih tudung bawal walaupun ia dianggap agak ketinggalan. Tidak kira apa juga jenis tudung mahupun gaya dihasilkan, hampir setiap daripada golongan itu lebih sukakan fesyen tudung terkini namun mudah digayakan. Tepuk dada tanya selera, jenama tudung yang mana menjadi idaman hati.



Related posts