• HOME
  • New Article
  • Fesyen
  • Jangan Pandang Ringan Virus COVID-19! Pilih 10 Jenama Pelitup Muka Yang Paling Sesuai Untuk Perlindungan Anak Anda

Jangan Pandang Ringan Virus COVID-19! Pilih 10 Jenama Pelitup Muka Yang Paling Sesuai Untuk Perlindungan Anak Anda

Jangan Pandang Ringan Virus COVID-19! Pilih 10 Jenama Pelitup Muka Yang Paling Sesuai Untuk Perlindungan Anak Anda
Fesyen


Kita masih belum menang, itu yang dapat dikatakan melihat kepada situasi negara yang masih dilanda virus membunuh Covid-19. Bermula dengan pandemik, siapa sangka ia bakal menjadi endemik. Peralihan fasa endmik Covid-19 yang dijangka tidak lama lagi bukan bermakna Malaysia sudah mengaku kalah untuk berjuang melawan virus ini. Ia realiti yang perlu diterima semua pihak.

Malah, menurut kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, hakikat bahawa mungkin ‘titik akhir’ adalah mengklasifikasikan pandemik Covid-19 kepada endemik bukan sahaja berlaku di negara ini, tapi turut dinyatakan oleh beberapa negara lain. Justeru apa yang penting, rakyat perlu faham yang kita semua terpaksa hidup dengan virus ini. Pematuhan SOP adalah perlu serta kesedaran dalam menjaga kebersihan serta keselamatan diri masing-masing agar tidak dijangkiti.

Pemilihan pelitup muka jangan dipandang enteng. Ini kerana pemilihan pelitup muka untuk kanak-kanak yang sesuai, selesa dan selamat daripada bakteria mahupun virus semestinya penting. Kadang-kala pening juga nak buat pilihan sebab terdapat pelbagai jenis pelitup muka kanak-kanak di pasaran terdiri daripada jenis perubatan dan fabrik yang kebanyakkannya kurang menepati ciri dan keberkesanan terutama ketika berada di tempat sesak.

Jom kita lihat beberapa pilihan pelitup muka yang ada di pasaran sesuai untuk kanak-kanak.

Iconic Medicare

Iconic Medicare

Iconic Medicare menghasilkan pelitup muka pakai buang untuk pelbagai peringkat umur iaitu dewasa sehinggalah kanak-kanak. Ia dihasilkan oleh pengilang PPE terkemuka di Malaysia yang membekalkan dan mengeksport pelitup muka pakai buang premium 3 lapis. Pelitup muka ini dibuat dengan bahan premium agar si pemakai lebih selesa, tidak sesak nafas dan sesuai dengan kulit sensitif. Apa yang menariknya, ia dijual dengan pelbagai jenis corak yang comel seperti dinosaur agar si kecil teruja untuk memakainya.

Kelebihan:

  • Pelbagai corak comel
  • Sesuai kulit sensitif
  • Menggunakan bahan premium
  • ISO13485: 2016, standard antarabangsa untuk Pengurusan Kualiti Peranti Perubatan
  • BFE > 99% ,PFE > 98%

Kekurangan:

  • Jarang didapati di kedai biasa, boleh dibeli secara online atau farmasi terpilih

Spesifikasi:

Jumlah lapisan : 3
Guna semula / Pakai buang : Pakai buang
Jumlah pelitup muka : 50 helai/ kotak
Had umur : 4 hingga 12 tahun
Harga : RM 35

Oura Asia

Oura Asia

Oura Asia mengeluarkan pelitup muka kanak-kanak yang disematkan dengan bahan antimikrob secara kekal. Ia merupakan jenama dari Amerika Syarikat dan telah melancarkan Active Mask Jr dan Air Mask Jr. 2.0 yang menggabungkan keupayaan membunuh kuman dan memudahkan untuk bernafas. Setiap pelitup mukka Oura Jr. diperbuat daripada lapisan fabrik gred perubatan yang ditenun rapi dan disematkan dengan partikel oksida perak dan titanium dioksida secara kekal agar menapis dan membunuh kuman dan patogen. Jadinya, sesuai untuk kanak-kanak yang aktif sebab ia juga direka bagi menghapuskan molekul dan bakteria yang menjadi punca bau busuk.

Kelebihan:

  • Boleh diguna semula

  • Dibuat daripada lapisan fabrik gred perubatan

  • Boleh menapis dan membunuh kuman dan patogen
  • Boleh hapuskan molekul dan bakteria punca bau busuk pada fabrik
  • Selesa untuk bernafas
  • Sesuai untuk kegunaan harian

Kekurangan:

  • Harga yang mahal

Spesifikasi:

Jumlah lapisan : 3
Guna semula / Pakai buang : Guna semula
Jumlah pelitup muka : 1
Had umur : 4 hingga 12 tahun
Harga : RM 135 – RM 150

COSWAY

COSWAY
Rasanya pasti ramai yang biasa dengar jenama COSWAY ni kan. Selain pelitup muka jenama ini menjual pelbagai jenis barangan lain yang pastinya mempunyai peminat tersendiri di Malaysia ni. Uniknya mengenai pelitup muka COSWAY ARL ini adalah ianya berbentuk 3D. Ya, dengan reka bentuk 3D ini akan memudahkan kanak-kanak untuk bernafas dengan lebih selesa. Ia juga menggunakan material yang lembut kepada kulit. Tali gelung telinganya juga direka agar lebih selesa untuk kanak-kanak.

Kelebihan:

  • Bentuk 3D
  • Material lembut kepada kulit
  • Tali gelung telinga yang tidak menyakitkan
  • 95% Bacterial Filtration Efficiency (BFE)

Kekurangan:

  • Tidak mempunyai corak menarik

Spesifikasi:

Jumlah lapisan : 3
Guna semula / Pakai buang : Pakai buang
Jumlah pelitup muka : 30
Had umur : 3 hingga 6 tahun / 6 hingga 12 tahun
Harga : RM 21
Link Website COSWAY : https://cosway.com.my/product/3d-children-disposable-face-mask-555200613532/

Jovian

Jovian
Kalau musim raya je mesti ada yang cari baju raya di Jovian kan? Ha, bukan hanya baju, tapi Jovian sudah pun keluarkan pelbagai jenis pelitup muka dengan pelbagai corak khas untuk peminatnya. Pelitup muka 3 lapis Monogram direka dengan sentuhan eksklusif dari cetakan signature monogram berhuruf ‘J’ di seluruh bahagian. Apa yang menarik adalah setiap pelitup muka dibungkus secara individu dan mudah untuk disimpan di dalam kereta, masukkan ke dalam beg tangan dan sebagainya. Barulah ibu bapa yakin dengan tahap kebersihan pelitup muka untuk dipakai kepada anak- anak kan?

Kelebihan:

  • Pelbagai warna sesuai untuk kegunaan pengguna
  • Dibungkus secara individu demi kebersihan
  • Nampak lebih eksklusif
  • Mudah dibawa ke mana sahaja
  • Mudah untuk bernafas
  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Bacterial Filtration Efficiency (BFE) ≥ 95%
  • Particle Filtration Efficiency (PFE) ≥ 98%

Kekurangan:

  • Tiada corak ceria seperti kartun atau haiwan untuk tarik perhatian kanak-kanak
  • Tidak dijual di kedai- kedai biasa

Spesifikasi:

Jumlah lapisan : 3
Guna semula / Pakai buang : Pakai buang
Jumlah pelitup muka : 30
Had umur : (kanak-kanak)
Harga : RM 25

Max Fashion

Max Fashion
Antara tarikan utama kanak-kanak ni adalah corak yang menarik. Yelah, nak suruh kanak-kanak pakai pelitup muka bukan mudah tau. Sebab sesetengah kanak-kanak akan merasa rimas dan tidak selesa dengannya. Bagaimanapun, SOP tetap perlu dipatuhi dan keselamatan kanak-kanak perlu diambil kira. Nak pujuk kanak-kanak, belikan sahaja pelitup muka jenama Max Fashion ni. Corak menarik bermotifkan haiwan pasti disukai kanak-kanak. Pelitup muka ni bukan sahaja dapat beri perlindungan dari pencemaran dan mikrob berbahaya, tetapi juga memberi gaya unik untuk kanak-kanak. Apa yang penting, setiap pelitup muka ni diperbuat daripada kain yang berkualiti dan lembut kepada kulit.

Kelebihan:

  • Boleh diguna berulang kali
  • Corak haiwan unik
  • Selesa untuk dipakai
  • Tali gelung telinga yang boleh diubah suai mengikut bentuk muka
  • Harga mampu milik

Kekurangan:

  • Tidak dijual di kedai-kedai biasa atau di farmasi

Spesifikasi:

Jumlah lapisan :
Guna semula / Pakai buang : Guna semula
Jumlah pelitup muka : 1
Had umur : (kanak-kanak)
Harga : RM 25

AIRINUM

AIRINUM
Lite Air Mask adalah topeng udara yang boleh digunakan semula yang melindungi daripada pencemaran udara, asap dan bakteria. Dibuat dengan bahan mesh udara 3D ringan dan tali gelung telinga yang elastik, Lite Air Mask memberikan keseimbangan luar biasa antara perlindungan hebat, ringan dan sungguh selesa selain reka bentuk 3D yang unik. Ia didatangkan dengan empat size berbeza termasuk saiz untuk kanak-kanak. 5 lapisan filter pada pelitup muka ini menggunakan teknologi terbaik!

Kelebihan:

  • Perlindungan terbaik
  • Tali gelung telinga elastik tidak menyakitkan
  • Dibuat daripada bahan mesh udara 3D yang ringan
  • Boleh dicuci dan diguna semula
  • Mempunyai filter terbaik untuk menapis udara dengan tempoh guna selama 100 jam
  • Terdapat 8 pilihan warna

Kekurangan:

  • Harga yang mahal
  • Tiada corak menarik untuk kanak-kanak

Spesifikasi:

Jumlah lapisan : 5 KN95
Guna semula / Pakai buang : Guna semula
Jumlah pelitup muka : 1
Had umur : (kanak-kanak)
Harga : RM 199

NEUTROVIS

NEUTROVIS
Jenama NEUTROVIS ni boleh dikira agak popular di Malaysia. Pergi je ke mana-mana farmasi, pasti jumpa pelitup muka jenama ni. Pelitup Separuh Muka Premium jenama Neutrovis mengungguli kadar bacaan melebihi 98% BFE (Kecekapan penapisan bakteria) dan 96% PFE (Kecekapan penapisan zarah) yang berfungsi untuk menghalang bakteria, pencemaran, debunga dan habuk dari persekitaran anda. Pelitup muka ini tampil dengan corak menarik dengan fabrik premium bukan tenunan gred perubatan yang lebih lembut untuk membantu mengurangkan iritasi pada kulit jika memakainya dalam tempoh yang lama. Sesuailah dengan kanak-kanak yang aktif kan.

Kelebihan:

  • Mudah dibeli
  • Corak dan warna menarik untuk kanak-kanak
  • Fabrik premium
  • 98% BFE, 96% PFE
  • Selesa untuk digunakan kanak-kanak
  • Bernafas dengan selesa
  • Sesuai untuk kegunaan harian

Kekurangan:

  • Corak terhad untuk kanak-kanak

Spesifikasi:

Jumlah lapisan : 3
Guna semula / Pakai buang : Pakai buang
Jumlah pelitup muka : 50
Had umur : 4-15 tahun
Harga : RM 32.90

Durio

Durio
Lapisan kalis air luar pada pelitup muka ini secara efektif dapat menyekat cairan dan titisan sementara lapisan penyerap dalaman yang sangat lembut serta tidak kasar pada kulit, menyerap kelembapan dari mulut dengan berkesan untuk meningkatkan keselesaan pemakai. Bukan itu sahaja, untuk gelung telinga, reka bentuk yang rata dan bahan mudah direnggangkan dapat mengurangkan ketidakselesaan pada telinga pemakai terutama apabila memakai pelitup muka untuk jangka masa panjang. Durio tidak hanya mengambil berat soal bahan mentah yang digunakan tetapi juga persekitaran produksi di mana setiap produk dihasilkan dalam ruangan terkawal yang sesuai dengan keperluan ISO-13485, mengelakkan kemungkinan terjadinya pencemaran atau kecacatan kualiti. Dengan meletakkan jaminan kualiti sebagai keutamaan, Durio melabur untuk mendapatkan pengujian kecekapan penapisan zarah bagi memastikan kecekapan penapisan yang boleh dipercayai.

Kelebihan:

  • Tidak kasar pada kulit
  • Corak Ejen Ali and Pokemon mampu menarik perhatian kanak-kanak
  • Diperbuat daripada bahan melt blown secara elektrostatik berkualiti tinggi untuk penapisan tahan lama dan tinggi
  • Reka bentuk gelung telinga yang selesa
  • Sesuai untuk kegunaan harian
  • Mudah untuk bernafas
  • PFE 0.1 µm >98% ,BFE 3.0 µm >99%

Kekurangan:

  • Pilihan corak menarik untuk kanak- kanak sangat terhad

Spesifikasi:

Jumlah lapisan : 3 & 4
Guna semula / Pakai buang : Pakai buang
Jumlah pelitup muka : 40
Had umur : (Kanak-kanak)
Harga : RM 22 – RM26

Yuka Zan

Yuka Zan
Dalam banyak-banyak pelitup muka, jenama Yuka Zan ni antara yang paling mudah anda nak jumpa. Pergi je ke Watson atau mana-mana farmasi akan ada je bungkusan-bungkusan kecil pelitup muka Yuka Zan. Apa yang menarik, pelitup muka ini sesuai untuk ibu bapa yang tidak mahu membeli dalam kuantiti yang banyak. Contohnya, jika anda berada di luar, dan pelitup muka anak anda kotor dan perlu ditukar segera. Beli je sebungkus pelitup muka Yuka Zan yang mengandungi hanya 10 helai dengan harga yang sangat mampu milik. Sesuai untuk dibawa ketika melancong kerana anda tidak perlu bawa sekotak pelitup muka yang kadang-kala memakan ruang.

Kelebihan:

  • Corak haiwan dan dinosaur yang comel
  • Selamat dan selesa untuk kulit wajah
  • Melindungi kanak-kanak daripada bakteria, virus dan habuk serta partikel mikro yang boleh menyebabkan alergi
  • Bungkusan kecil yang mudah dibawa
  • Harga mampu milik
  • Mudah didapati di Watson atau mana-mana farmasi

Kekurangan:

  • Gelung telinga perlu diikat sendiri jika terlalu panjang

Spesifikasi:

Jumlah lapisan : 3
Guna semula / Pakai buang : Pakai buang
Jumlah pelitup muka : 10
Had umur : 4-15 tahun
Harga : RM 7

UNIQLO AIRism

UNIQLO AIRism
Jangan tak tahu, Uniqlo mula menghasilkan topeng muka ini selepas mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan. Apa yang menarik, pelitup muka ini diperbuat daripada kain 3-lapisan AIRism yang mempunyai ketahanan 99% Bacterial Filtration Efficiency (BFE). Penutup muka ini juga dikatakan dapat menyekat water droplets, partikel bakteria serta debunga. Bahagian dalam penutup muka ini pula diperbuat daripada fabrik khas yang lembut untuk menjamin keselesaan berpanjangan kepada para pengguna. Fabrik AIRism ini terbukti selesa untuk dipakai dan sebenarnya ia juga digunakan Uniqlo untuk menghasilkan pakaian dalam. Kalau dari segi penjimatan, topeng muka ini dijamin tahan untuk digunakan sehingga 20 cucian.

Kelebihan:

  • Selesa untuk digunakan
  • 3 lapisan berkualiti
  • Lapisan ketiga mampu melindungi dari sinaran UV dengan UPF50+
  • Filter yang menapis 99% bateria
  • Boleh dicuci sehingga 20 kali

Kekurangan:

  • Tidak dijual di kedai-kedai biasa
  • Tiada corak menarik

Spesifikasi:

Jumlah lapisan : 3
Guna semula / Pakai buang : Guna semula
Jumlah pelitup muka : 3
Had umur : ( Kanak-kanak)
Harga : RM 39.90

Pelitup muka adalah satu langkah pencegahan yang penting dalam mengelakkan penyebaran penyakit saluran pernafasan yang tersebar melalui virus termasuk Covid-19. Dengan cara ini, kita dapat melindungi orang yang sihat daripada dijangkiti atau mencegah orang yang dijangkiti daripada menjangkiti orang lain. Bagaimanapun, penggunaan pelitup muka harus diamalkan bersama dengan penjagaan kebersihan tangan dengan kerap, penjarakan fizikal yang selamat. Ingat, kita masih belum menang!

Pengambilan vaksin adalah keputusan bijak, namun ianya masih belum diluluskan kepada kanak-kanak. Justeru, sebagai ibu bapa, anda perlu bijak dalam melindungi anak masing-masing dengan langkah-langkah sebaiknya seperti pemakaian pelitup muka. Nak beli pelitup muka atau ‘face mask’ ni bukan boleh sebarangan.



Related posts