Sporty dan Mampu Milik: Ini Kasut Kanak-Kanak Mesra Bajet untuk Semua Aktiviti

Sporty dan Mampu Milik: Ini Kasut Kanak-Kanak Mesra Bajet untuk Semua Aktiviti
Fesyen


Perasan tak, bila bawa anak kecil ke taman permainan, mereka boleh berlari dan bermain tanpa henti tidak kiralah berapa lama pun masa diberi. Ini kerana kebanyakkan kanak-kanak dari semua peringkat umur sememangnya menikmati sukan dan aktiviti seperti berlari, melompat dan sebagainya. Kadang-kala disebabkan terlalu aktif, kasut yang mereka gunakan akan mudah terkoyak atau rosak. Penting untuk ibu bapa mencari kasut sukan yang selesa dan tahan lasak untuk melindungi kaki anak anda daripada sebarang bahaya atau kecederaan ketika di luar rumah. Berikut adalah senarai kasut terbaik dan mampu milik sesuai untuk semua aktiviti untuk anak-anak anda.

NikeCourt Legacy

NikeCourt Legacy
The NikeCourt Legacy membawa gaya tenis klasik untuk kanak-kanak dengan saiz dari ukuran 1.5 hingga 13.5 UK. Anda boleh membuat pesanan online dan menikmati perkhidmatan penghantaran. Terdapat 6 warna dan reka bentuk yang berbeza untuk dipilih. Sole getah dengan corak herringbone memberikan daya cengkaman dan gaya warisan. Selain itu, pengikat tali getah dan tali belakang dengan kait dan kait menjadikan ianya mudah untuk dipakai dan ditanggalkan.

Kelebihan NikeCourt Legacy

  • Material tahan lasak
  • Mudah untuk dipakai dan ditanggalkan
  • Tapak getah dengan corak herringbone untuk si kecil yang aktif
  • Selesa dan ringan

Kekurangan NikeCourt Legacy

  • Reka bentuk kasut Nike yang sempit dan ketat bagi sesetengah orang.

Info Nike Court Legacy

Jenama: Nike
Harga: RM145

Decathlon 550 I Move Gym

Decathlon 550 I Move Gym
Kasut ini direka untuk kanak-kanak berusia antara umur satu hingga enam tahun, di mana kaki memainkan peranan penting dalam perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Rekaannya menjadikan kasut ini mempunyai tahap fleksibiliti maksimum dan membantu sokongan pada kaki kanak-kanak terutama ketika berlari. Menariknya, insole kasut ini boleh ditanggalkan bagi membantu anda memilih saiz yang betul.

Kelebihan Decathlon 550 I Move Gym:

  • Mudah bernafas
  • Sangat fleksibel
  • Mudah untuk dipakai
  • Tapak kasut dengan grip yang bagus
  • Material tahan lasak
  • Selesa dan ringan

Kekurangan Decathlon 550 I Move Gym:

  • Pilihan gaya terhad

Info Decathlon 550 I Move Gym:

Jenama: Decathlon
Pilihan warna: Biru navy, pink
Harga: RM59

Puma Evolve Run Mesh Alternative Closure Sneakers Kids

Puma Evolve Run Mesh Alternative Closure Sneakers Kids
Kasut ini direka untuk kanak-kanak yang aktif berlari sesuai dengan gaya sporty kasut ini. Ianya juga direka ringan memudahkan pergerakkan kanak-kanak dan sungguh mudah untuk dipakai mahupun ditanggalkan. Pelapik socks SOFTFOAM+ untuk memberikan keselesaan dan kusyen yang unggul untuk setiap langkah pengembaraan mereka. Disebabkan rekaannya yang cantik, kasut ini juga sesuai digayakan ke pelbagai majlis.

Kelebihan Puma Evolve Run Mesh Alternative Closure Sneakers Kids:

  • Pembinaan but rendah
  • Anyaman pada lidah dan tumit
  • Lapisan mesh
  • Mudah untuk dipakai dan ditanggalkan
  • Tapak tengah berkusyen untuk keselesaan

Kekurangan Puma Evolve Run Mesh Alternative Closure Sneakers Kids:

  • Harga sedikit mahal berbanding pilihan lain

Info Puma Evolve Run Mesh Alternative Closure Sneakers Kids:

Jenama: Puma
Pilihan warna: Hitam, merah
Harga: RM175

Adidas TENSAUR Run Kids’ Shoes

Adidas TENSAUR Run Kids' Shoes
Siapalah yang tidak kenal dengan jenama Adidas ni kan? Khas untuk kanak-kanak yang aktif, Adidas Tensaur Run Juniors Shoes ini adalah pilihan terbaik. Rekaan dalaman kasut ini membuatkan kaki kanak-kanak terasa selesa walau di mana mereka berada. Bahagian atas yang boleh bernafas memastikan kaki tetap sejuk manakala tapak kaki yang ringan melindungi langkah mereka. Padding dalaman yang sangat baik juga melindungi kaki serta mampu memberikan ketahanan yang lama.

Kelebihan Adidas TENSAUR Run Kids’ Shoes:

  • Jenama popular boleh dipercayai
  • Tapak tengah dan tapak luar EVA yang ringan
  • Bahagian atas campuran mesh
  • Dibuat dengan siri bahan kitar semula.
  • Sesuai untuk aktiviti lasak

Kekurangan Adidas TENSAUR Run Kids’ Shoes:

  • Bentuk tapak kasut agak bulky

Info Adidas TENSAUR Run Kids’ Shoes:

Jenama: Adidas
Pilihan warna: Hitam, pink, orange
Harga: RM169

ADIDAS X DISNEY PRINCESS BREAKNET

ADIDAS X DISNEY PRINCESS BREAKNET
Khas untuk si kecil yang gemarkan karakter ‘Princess Disney’, anda perlu dapatkan kasut ini! Adidas X Disney kali ini memberikan rekaan terbaru dengan menampilkan corak puteri-puteri Disney yang sememangnya digemari oleh kanak-kanak. Kasut ini menampilkan bahagian atas kulit sintetik yang tahan lasak untuk menahan haus dan lusuh biasa dan dua tali cangkuk dan gelung untuk pemakaian selesa sepanjang hari.

Kelebihan ADIDAS X DISNEY PRINCESS BREAKNET:

  • Sesuai untuk pemakaian hari-hari biasa
  • Bahagian atas kulit sintetik
  • Lapisan tekstil untuk keselesaan
  • Grafik Disney Princesses, ©Disney
  • Pelapik EVA sockliner
  • Tapak luar getah

Kekurangan ADIDAS X DISNEY PRINCESS BREAKNET:

  • Tiada design untuk kanak-kanak lelaki

Info ADIDAS X DISNEY PRINCESS BREAKNET:

Jenama: Adidas
Pilihan warna: Pink dan putih
Harga: RM 129

Hanya kerana kanak-kanak cepat membesar dan lasak tidak bermakna ia tidak berbaloi untuk membeli kasut berkualiti baik yang akan menjaga kaki mereka. Tidak semestinya kasut yang berjenama popular itu mahal, kerana terdapat juga kasut berjenama seperti Puma dan Adidas yang dijual dengan harga masuk akal sesuai dengan kualiti yang ditawarkan.

Sedikit tip untuk mencari kasut terbaik untuk kanak-kanak adalah faktor ketahanan, pemilihan saiz yang betul kerana kanak-kanak cepat membesar dan juga reka bentuk kasut tersebut agar mereka selesa ketika menggunakannya.



Related posts