Sokong Produk Kecantikan Lokal: Ini 5 Jenama Kosmetik di Malaysia Berbaloi Untuk Dimiliki

Sokong Produk Kecantikan Lokal: Ini 5 Jenama Kosmetik di Malaysia Berbaloi Untuk Dimiliki
Fesyen


Bagi mereka yang gemar membeli belah, acara jualan hujung tahun dan tahun baharu sudah tentu menjadi pilihan memandangkan ia sinonim dengan tawaran harga yang murah. Walau bagaimanapun, ramai memilih untuk berjimat cermat dalam berbelanja, menyaksikan peralihan trend pengguna yang mula membeli barangan jenama tempatan berbanding produk luar. Kini sambutan dan sokongan orang ramai terhadap produk tempatan terus meningkat. Selain harga ditawarkan berpatutan, rata-rata pengguna berpuas hati dengan produk Malaysia yang dikatakan setanding jenama antarabangsa.

Antara yang menjadi pilihan dan kegilaan adalah produk kecantikan lokal yang setanding jenama popular dunia. Penampilan menarik menerusi solekan cantik menawan menjadi idaman setiap wanita dan golongan ini pasti sanggup melakukan apa saja bagi memastikan wajah kelihatan jelita dan sempurna. Hari ini ada pelbagai jenama kosmetik lokal menjadi pilihan di hati setanding negara luar. Malah, ramai yang tidak percaya jenama tempatan yang berada sebaris kosmetik popular tersebut adalah buatan Malaysia. Lima jenama kosmetik di Malaysia paling berbaloi untuk dimiliki ketika ini ialah Alha Alfa Cosmetics, MERVE Cosmetics by Joy Revfa, SO.LEK Cosmetics, Kamelia Cosmetics, dan Nita Cosmetics. Jom sokong produk kita!

Ketahui jenama fesyen tempatan yang terkenal di seluruh negara dan antarabangsa, klik di sini untuk mengetahui jenama-jenama Malaysia yang membanggakan!

Alha Alfa Cosmetics

Alha Alfa Cosmetics
Memahami golongan wanita di negara ini sentiasa mahu tampil menawan, seorang jejaka, jurusolek terkenal tanah air dan usahawan muda iaitu Datuk Seri Alha Alfa atau nama sebenar beliau Abdul Al Halim Al Fadzil telah mencipta produk kecantikan yang dinamakan Alha Alfa Cosmetics. Alha Alfa Cosmetics mula bertapak sejak 2016, semakin dikenali dek kerap menaja pelbagai acara hiburan besar di Malaysia. Biarpun perlu bersaing dengan jenama sedia ada dalam pasaran, kosmetik jenama Alha Alfa tidak kurang hebatnya kerana terkenal dengan keistimewaan tersendiri.
Alha Alfa Cosmetics syarikat peneraju industri kosmetik dengan formulasi yang bebas daripada bahan berbahaya dan berisiko. Dihasilkan secara organik, Alha Alfa Cosmetics lulus ujian makmal dan mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia. Secara keseluruhannya, terdapat berpuluh jenis produk Alha Alfa Cosmetics termasuk gincu, pembayang mata, maskara, penutup cela, pemerah pipi dan bedak asas. Walaupun boleh dikatakan masih baru bertapak dalam dunia kosmetik, lelaki ini berbangga apabila produknya mudah didapati di ejen atau stokis seluruh Malaysia, termasuk negara jiran Brunei, Singapura dan Indonesia.

Kelebihan Alha Alfa Cosmetics:

  • Dihasilkan secara organik
  • Bebas daripada bahan berbahaya dan berisiko
  • Lulus ujian makmal
  • Produk diiktiraf KKM

Kekurangan Alha Alfa Cosmetics:

  • Menjadi sasaran produk tiruan

Spesifikasi Alha Alfa Cosmetics:

Lokasi: Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd. 13A-1, Jalan Putra 6, Taman Putra Kajang, 43000 Kajang, Selangor
Hubungi: 03-87308287
Laman web atau media sosial: laman web/ Instagram

MERVE Cosmetics by Joy Revfa

MERVE Cosmetics by Joy Revfa
MERVE Cosmetics by Joy Revfa diasaskan oleh usahawan sensasi Joy Revfa sejak tahun 2015 atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin. Sebelum pembabitannya dalam produk kosmetik MERVE Cosmetics, Joy Revfa terlebih dahulu dikenali di Indonesia melalui solekan SFX sehingga diberi kepercayaan menata rias selebriti terkemuka negara jiran itu. MERVE Cosmetics by Joy Revfa diformulasi agar bersesuaian dengan jenis kulit dan iklim di Malaysia, dihasilkan di kilang tempatan berstatus halal serta diiktiraf Amalan Pengilangan Baik (GMP). Penggunaan produk MERVE Cosmetics by Joy Revfa turut membantu mengatasi masalah wanita yang berdepan kesulitan dalam pemilihan produk wajah yang bersesuaian dan berkualiti.
Tagline ‘Cantik Bukan Lagi Fantasi’ bagi MERVE Cosmetics by Joy Revfa memiliki lebih daripada 30 produk kosmetik. Setiap produknya memiliki keistimewaan tersendiri seperti mampu bertahan pada wajah selama 24 jam dan reka bentuk yang menyenangkan mensasarkan kepada remaja perempuan, wanita berkerjaya serta suri rumah yang ingin bergaya dan tampak cantik. Setiap produk MERVE Cosmetics by Joy Revfa juga dihasilkan memenuhi permintaan dari segi pembungkusan, label, cara pemasaran dan turut memenuhi piawaian ISO.

Kelebihan MERVE Cosmetics by Joy Revfa:

  • Sesuaian dengan jenis kulit dan iklim di Malaysia
  • Berstatus halal
  • Memenuhi piawaian ISO
  • Harga berpatutan
  • Produk bertahan pada wajah selama 24 jam

Kekurangan MERVE Cosmetics by Joy Revfa:

  • Sukar ditemui di pasaran biasa kecuali stokis dan atas talian

Spesifikasi MERVE Cosmetics by Joy Revfa:

Lokasi: Merve Cosmetics Joy Revfa, PUJ 3/8, Taman Puncak Jalil 43300 Seri Kembangan, Selangor
Hubungi: 012-3608787
Laman web atau media sosial: Instagram/ Shopee

SO.LEK Cosmetics

SO.LEK Cosmetics
SO.LEK Cosmetics diasaskan oleh anak tempatan bernama Dahlia Nadirah Juhari yang meletakkan keyakinan jenamanya memiliki kualiti setanding produk luar negara. Umum mengetahui SO.LEK Cosmetics memberi tumpuan terhadap kesedaran mengenai Malaysia dan produk tempatan menerusi barisan nama produk di bawah jenama mereka. Sebahagian produk yang ditawarkan menggunakan nama klasik inspirasi legenda Malaysia (Mahsuri dan Tun Teja), nama bungaan serta alat tradisional (sitar, sape dan muzik gamelan).
Selain menjual kosmetik, SO.LEK Cosmetics mempunyai matlamat untuk memfokuskan betapa banyak dan cantiknya sejarah tradisi dan adat resam yang boleh diketengahkan. SO.LEK Cosmetics memiliki berpuluh produk kosmetiknya yang tersendiri terdiri daripada pengilat kuku, pemerah pipi, gincu bibir, celak mata dan banyak lagi. SO.LEK Cosmetics turut ditawarkan di rangkaian kedai kecantikan seperti Watsons seluruh negara, AirAsia, PlayUp dan platform e-dagang Grab juga Shopee. Malah lebih dibanggakan SO.LEK Cosmetics mendapat tempat di pasaran luar negara seperti Kanada dan United Kingdom.

Kelebihan SO.LEK Cosmetics:

  • Tema Malaysia diangkat sebagai nama bagi produk ini
  • Memiliki lebih 80 produk kecantikan
  • Terdapat di rangkaian kedai kecantikan seperti Watsons seluruh Malaysia
  • Mendapat tempat di pasaran Kanada dan United Kingdom

Kekurangan SO.LEK Cosmetics:

  • Stok terhad

Spesifikasi SO.LEK Cosmetics:

Lokasi: 13A, Jalan Tun Mohd Fuad 3, Taman Tun Dr Ismail 60000 Kuala Lumpur
Hubungi: 011-27276535
Laman web atau media sosial: laman web/ Instagram

Kamelia Cosmetics

Kamelia Cosmetics
Ramai menggemari Kamelia Cosmetics kerana membuat pengguna mengingat kembali zaman kecil mereka dan cerita Disney Fairytales. Jenama Kamelia Cosmetics telah diilhamkan oleh sifat berani, kewanitaan dan majestik yang ada pada ikan duyung. Kamelia Cosmetics terkenal selepas beberapa produk kecantikannya tular di beberapa media sosial seperti Twitter dan TikTok beberapa tahun lalu. Kamelia Cosmetics diasaskan oleh Kamelia Nisha sejak 2016 mempunyai peminat tersendiri khususnya dalam kalangan generasi muda.
Cinta Kamelia Nisha terhadap ikan duyung telah menjadi sumber inspirasi jenama ini. Kamelia Cosmetics tidak diuji pada haiwan, bebas daripada paraben, vegan dan yang paling penting mengandungi kandungan penjagaan kulit. Setiap bungkusan dan reka bentuk Kamelia Cosmetics mempunyai ciri unik tersendiri menjadikan antara jenama terhangat di pasaran tempatan dengan ‘range’ kosmetik seperti maskara, gincu bibir, pemerah bibir, pembayang mata, beauty blender dan bedak asas. Kamelia Cosmetics juga dihasilkan dalam formula yang unggul dengan harga yang berpatutan. Koleksi terlaris Kamelia Cosmetics adalah ‘The Mini Series’ ditawarkan dalam saiz kecil. Koleksi ini menampilkan tiga jenis produk iaitu Mini Mermaid Skin Flawless Filter Foundation, Mini Mermaid Matte Lip Crème dan Mini Mermaid Queen Gloss.

Kelebihan Kamelia Cosmetics:

  • Harga berpatutan
  • Pembungkusan dan reka bentuk menarik
  • Bebas daripada paraben dan vegan
  • Mengandungi kandungan penjagaan kulit

Kekurangan Kamelia Cosmetics:

  • Kurang pilihan warna

Spesifikasi Kamelia Cosmetics:

Lokasi: Kamelia Cosmetics Strand Mall 30-1, Jalan PJU 5/21, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Hubungi: 019-299 6848
Laman web atau media sosial: laman web/ Instagram

Nita Cosmetics

Nita Cosmetics
Kualiti setanding produk terkemuka, rangkaian produk Nita Cosmetics antara jenama tempatan yang dikagumi ramai. Pengasas Nita Cosmetics iaitu Aznita Zainul Azman menegaskan setiap produk di bawah jenama Nita Cosmetics direka berkualiti tinggi setanding produk jenama terkenal dunia lain seperti gincu yang dihasilkan dengan gabungan Vitamin E dan Aloe Vera agar sesuai untuk semua jenis bibir termasuk kering. Hadir dengan pelbagai warna kegemaran pengguna, gincu-gincu ini tahan lama sehingga 24 jam. Pelbagai produk kecantikan lain yang ditawarkan Nita Cosmetics malah mempunyai wide range colour untuk foundation daripada kulit cerah hingga gelap, sesuai dengan wajah kulit Asia.
Paling unik, Nita Cosmetics menamakan setiap produk mengikut tema Malaysia. Nita Cosmetics mempunyai tiga koleksi gincu terdiri daripada Traditional, Tropical dan Turkish yang setiap satu dilabel dengan nama kawasan tumpuan pelancong seperti Tioman dan Redang. Penjenamaan berkenaan sebagai strategi syarikat menempatkan produk di pasaran dan pada masa sama, cuba mempromosikan tempat menarik di Malaysia di mata dunia serta mendidik orang ramai khususnya pengguna mengenai budaya negara lain. Semua produk Nita Cosmetics boleh didapatkan secara offline di KLIA dan Suria KLCC serta laman e-dagang terkenal seperti Fashion Valet dan Zalora.

Kelebihan Nita Cosmetics:

  • Tahan lama sehingga 24 jam
  • Mengandungi kandungan gabungan vitamin E dan Aloe Vera
  • Pembungkusan dan reka bentuk menarik
  • Tema Malaysia diangkat sebagai nama produk

Kekurangan Nita Cosmetics:

  • Ada beberapa produk harga jauh lebih tinggi

Spesifikasi Nita Cosmetics:

Lokasi: 10, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Hubungi: 03-77338937
Laman web atau media sosial: laman web/ Instagram

Menjadi trend masyarakat hari ini yang ingin memiliki wajah cantik dan jelita bukan hanya golongan dewasa, malah remaja sehingga kanak-kanak belasan tahun. Berikutan itu wujud lambakan produk kosmetik tempatan yang pelbagai di pasaran Malaysia. Sejajar dengan Kempen Beli Barangan Malaysia oleh KPDNHEP, rakyat Malaysia dijemput untuk sama-sama membeli dan menyokong produk tempatan. Setiap perbelanjaan rakyat dapat membantu usahawan di negara kita menjana lebih pendapatan sekali gus memastikan ekonomi negara kekal berdaya saing.
Namun, obsesi pengguna yang ingin wajah cantik dengan solekan cepat membuatkan mereka lupa tentang aspek keselamatan dan akhirnya membawa kepada penyakit kronik yang berpunca daripada diri sendiri. Apa jua produk kecantikan lokal yang menjadi kegilaan anda hari ini, pastikan kosmetik tersebut bebas daripada bahan-bahan kimia terlarang seperti merkuri, hydroquinone dan tretinoin.



Related posts