Kes Covid-19 Kembali Meningkat: Ini 5 Pelitup Muka Terbaik Untuk Perlindungan Diri Dan Keluarga

Kes Covid-19 Kembali Meningkat: Ini 5 Pelitup Muka Terbaik Untuk Perlindungan Diri Dan Keluarga
Fesyen


Kes Covid-19 nampaknya sudah mula meningkat kembali. Baru-baru ini, dua sub-varian bagi Omicron yang dikenali sebagai JN. 1 dan HK.3 telah dikenalpasti merebak di Sarawak. Jika tidak ditangani dengan baik, ada kemungkinan varian-varian ini akan tersebar meluas di seluruh Malaysia.

Sebagai persediaan awal, langkah pencegahan perlulah dilakukan segera. Memandangkan kita mempunyai pengalaman berhadapan dengan kes-kes Covid-19 sebelum ini, tidaklah menjadi masalah yang besar untuk memulakan langkah-langkah tersebut. Selain ubat-ubatan yang perlu dibeli dan disimpan, pembelian stok pelitup muka adalah di antara langkah pertama yang tidak boleh dipandang enteng.

Pemakaian pelitup muka perlu diutamakan, tidak perlu menunggu arahan daripada pihak berwajib kerana ia adalah kawalan kendiri yang perlu diterapkan oleh anda. Berikut adalah 5 pelitup muka terbaik untuk perlindungan diri dan keluarga anda.

Callie 3 Ply Surgical Face Mask Ultra Blackout

Callie 3 Ply Surgical Face Mask Ultra Blackout
Produk pelitup muka buatan Malaysia ini didatangkan dengan saiz dewasa iaitu 175mm x 175mm. Ia berwarna hitam sepenuhnya dan mempunyai 50 keping pelitup muka jenis ikatan telinga pada setiap kotak. Diperakui dengan sijil ISO 3485:2016, pelitup muka ini adalah bergred pembedahan dengan 3 lapisan yang mampu memberi perlindungan sehingga 95% terhadap subomikron. Ianya sangat selesa dipakai melalui reka bentuknya yang memudahkan anda bernafas seperti biasa walau mulut anda ditutup sepenuhnya.

Pelitup muka ini telah mendapat kelulusan dari MDA, FDA dan CE menjadikan ianya telah diperakui dan selamat untuk digunakan. Dari segi harganya, pelitup muka ini adalah mampu milik kerana ia hanya berharga RM 29.90 untuk 50 keping. Buat anda yang mencari-cari pelitup muka dalam kuantiti yang banyak untuk dipakai buang, Callie 3 Ply Surgical face mask ultra blackout ini adalah solusinya.

Kelebihan Callie 3 Ply Surgical Face Mask Ultra Blackout:

  • Selesa dipakai
  • Perlindungan 95% subomikron
  • Reka bentuk yang memudahkan pernafasan

Kekurangan Callie 3 Ply Surgical Face Mask Ultra Blackout:

  • Saiz hanya untuk dewasa sahaja

Spesifikasi Callie 3 Ply Surgical Face Mask Ultra Blackout:

Bilangan lapisan: 3
Kuantiti: 50 keping
Warna: Hitam
Harga: RM 29.90

Durio 542 Active Carbon 4 Ply Surgical Face Mask

Durio 542 Active Carbon 4 Ply Surgical Face Mask
Bersaiz 175mm x 95mm, pelitup muka buatan Malaysia ini didatangkan dengan variasi warna yang pelbagai iaitu putih, hitam dan kelabu. Setiap kotak mempunyai 40 keping pelitup muka yang mempunyai 4 lapisan gred pembedahan dengan salah satunya ialah lapisan karbon yang mampu menyerap dan menghalang bau-bauan busuk. Keempat-empat lapisan pada pelitup muka ini melindungi hidung dan mulut sebanyak 98% ke 99% dari sebarang titisan, cecair, partikel dan bakteria. Reka bentuk pelitup muka ini agak pendek namun mempunyai kelebaran standard bagi memudahkan ianya melekap di bahagian hidung dan mulut anda. Dan ikatan pelitup muka ini adalah jenis ikatan telinga. Dari segi harga, pelitup muka ini juga mampu milik kerana ianya berharga RM 29.90 bagi 40 keping. Buat anda yang mencari pelitup muka yang selesa, jenama Durio ini bakal menjanjikan keselesaan buat anda.

Kelebihan Durio 542 Active Carbon 4 Ply Surgical Face Mask:

  • Pilihan warna banyak
  • Mempunyai 4 lapisan termasuk 1 lapisan karbon
  • Melindungi hidung dan mulut sebanyak 98% ke 99%

Kekurangan Durio 542 Active Carbon 4 Ply Surgical Face Mask:

  • Saiz hanya untuk dewasa sahaja
  • Sekotak hanya 40 keping

Spesifikasi Durio 542 Active Carbon 4 Ply Surgical Face Mask:

Bilangan lapisan: 4
Kuantiti: 40 keping
Warna: Hitam / putih / kelabu
Harga: RM 29.90

Himaya Premium 4 Ply Hijab Medical Face Mask 50’s Sweet Rose Gold

Himaya Premium 4 Ply Hijab Medical Face Mask 50's Sweet Rose Gold
Dikhaskan untuk wanita berhijab, Himaya premium menawarkan pelitup muka dengan ikatan kepala bagi memudahkan wanita berhijab memakainya. Pelitup muka premium dengan gred perubatan ini mempunyai 4 jenis lapisan yang mampu melindungi dari 96% bakteria dan 98% partikel. Didatangkan dengan 50 keping pelitup muka, Himaya memilih warna sweet rose gold sebagai warna pelitup mukanya bagi menampilkan ciri-ciri feminism pada reka bentuknya. Bersaiz 150 mm x 150 mm, material pada pelitup muka ini diperbuat daripada material yang lebih lembut dan premium untuk mengelakkan alergi pada kulit muka daripada pemakaian pelitup muka yang lama. Khas untuk anda yang berhijab, anda boleh mendapatkan pelitup muka premium ini dengan harga hanya RM 34.90.

Kelebihan Himaya Premium 4 Ply Hijab Medical Face Mask 50’s Sweet Rose Gold:

  • Material premium
  • Ikatan kepala khas untuk wanita berhijab
  • Melindungi dari 96% bakteria dan 98% partikel
  • 50 keping bagi setiap pembelian satu kotak

Kekurangan Himaya Premium 4 Ply Hijab Medical Face Mask 50’s Sweet Rose Gold:

  • Harga sedikit mahal berbanding jenama lain

Spesifikasi Himaya Premium 4 Ply Hijab Medical Face Mask 50’s Sweet Rose Gold:

Bilangan lapisan: 4
Kuantiti: 50 keping
Warna: Sweet Rose Gold
Harga: RM 34.90

Iconic Medicare 4-Ply Signature Black Medical Face Mask

Iconic Medicare 4-Ply Signature Black Medical Face Mask
Pelitup muka berjenama Iconic Medicare ini dilindungi dengan 4 lapisan yang mampu melindungi anda dari bakteria sebanyak 99.9% dan partikel sebanyak 99%. Boleh dikatakan peratus perlindungannya agak tinggi berbanding jenama-jenama lain. Berwarna hitam dan mempunyai 50 keping dalam setiap kotak pembelian, pelitup muka ini didatangkan dengan tali ikatan telinga. Material pelitup muka ini sangat lembut dan premium, untuk menjamin keselesaan ketika anda memakainya. Selain itu, materialnya juga adalah jenis hypoallergenic serta kalis air yang dibuat khas bagi kegunaan kulit-kulit muka yang sensitif. Reka bentuknya juga dibuat dengan menjadikan keselesaan sebagai elemen utama. Diperbuat di Malaysia, pelitup muka ini telah menerima kelulusan dari MDA dan CE.

Kelebihan Iconic Medicare 4-Ply Signature Black Medical Face Mask:

  • 4 lapisan perlindungan
  • Perlindungan dari bakteria sebanyak 99.9% dan partikel sebanyak 99%
  • 50 keping dalam setiap kotak
  • Tali jenis ikatan telinga
  • Material hypoallergenic dan kalis air.

Kekurangan Iconic Medicare 4-Ply Signature Black Medical Face Mask:

  • Saiz untuk dewasa sahaja

Spesifikasi Iconic Medicare 4-Ply Signature Black Medical Face Mask:

Bilangan lapisan: 4
Kuantiti: 50 keping
Warna: Hitam
Harga: RM 25.00

Neutrovis MONSTA BOBOIBOY 4-Ply Premium Kids Face Mask 30s – Elemental Hero Edition

Neutrovis MONSTA BOBOIBOY 4-Ply Premium Kids Face Mask 30s – Elemental Hero Edition
Pelitup muka untuk kanak-kanak juga perlu dititikberatkan. Buat anda yang mencari pelitup muka yang sesuai untuk kanak-kanak dari segi reka bentuk dan keselesaan, Neutrovis telah melancarkan pelitup muka 4 lapisan khas buat kanak-kanak dengan menampilkan karakter dari Boboiboy. Dengan saiz 145 mm x 90 mm, pelitup muka ini mempunyai 2 jenis reka bentuk. Ia mampu melindungi dari bakteria sehingga 98% dan partikel sebanyak 96%. Pelitup muka ini berkesan untuk menyekat zarah yang hidup (viable) dan tidak hidup (nonviable) seperti bakteria, debunga, habuk, titisan, dan debunga dari persekitaran kita. Ia sangat sesuai untuk kulit yang sensitif. Diperakui oleh MDA dan CE, pelitup muka ini adalah keluaran terhad kolaborasi di antara Neutrovis dan Monsta. Dengan harga hanya RM 28.90 untuk 30 keping, anda boleh membuat anak-anak anda tersenyum dengan memberikan perlindungan kepada mereka menerusi pelitup muka ini.

Kelebihan Neutrovis MONSTA BOBOIBOY 4-Ply Premium Kids Face Mask 30s – Elemental Hero Edition:

  • 4 lapisan khas menampilkan karakter Boboiboy
  • Keluaran edisi terhad
  • Melindungi dari bakteria sehingga 98% dan partikel sebanyak 96%
  • Diperakui MDA dan CE

Kekurangan Neutrovis MONSTA BOBOIBOY 4-Ply Premium Kids Face Mask 30s – Elemental Hero Edition:

  • Harga agak mahal untuk 30 keping pelitup muka

Spesifikasi Neutrovis MONSTA BOBOIBOY 4-Ply Premium Kids Face Mask 30s – Elemental Hero Edition:

Bilangan lapisan: 4
Kuantiti: 30 keping
Warna: Karakter Boboiboy
Harga: RM 28.90

Pemilihan pelitup muka adalah sangat penting. Untuk memilih pelitup muka yang sesuai dengan keperluan dan keadaan persekitaran, anda perlu mengambil tahu berkenaan fungsi asas lapisan pelitup muka. Pelitup muka yang efektif mampu menyekat zarah hidup dan tidak hidup seperti bakteria, debunga, habuk, titisan, dan debunga. Dalam pemilihan pelitup muka, juga perlu mempertimbangkan keselesaan, terutama bagi individu yang memiliki kulit sensitif. Pilihan pelitup muka yang tepat dapat membantu melindungi diri daripada risiko penularan penyakit dan menjaga kesihatan pernafasan. Oleh itu, pemilihan pelitup muka yang baik adalah langkah proaktif dalam memelihara kesihatan dan keselamatan diri.

Seeloknya pilihlah pelitup muka yang membuatkan anda selesa untuk memakainya, ini kerana penggunaan pelitup muka adalah sangat lama lebih-lebih lagi jika anda bekerja dan berada di persekitaran luar untuk satu tempoh yang sangat panjang.



Related posts