• HOME
  • New Article
  • Fesyen
  • Tingkatkan Sistem Imun Dengan 5 Suplemen Vitamin C Di Malaysia: Tersedia Untuk Semua Peringkat Umur (Berstatus Halal)

Tingkatkan Sistem Imun Dengan 5 Suplemen Vitamin C Di Malaysia: Tersedia Untuk Semua Peringkat Umur (Berstatus Halal)

Tingkatkan Sistem Imun Dengan 5 Suplemen Vitamin C Di Malaysia: Tersedia Untuk Semua Peringkat Umur (Berstatus Halal)
Fesyen


Ramai memiliki sistem imun yang rendah dek kekurangan vitamin C dalam badan lantaran kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Bagi menangani masalah ini, anda disarankan mengambil vitamin C dalam bentuk suplemen untuk menikmati kesan dengan lebih cepat. Vitamin C juga dikenali sebagai asid askorbik ialah nutrien yang mempunyai peranan sebagai antioksida yang menghalang radikal bebas daripada membuat kerosakan pada sel badan. Vitamin C dianggap berperanan dalam meningkatkan daya tahan badan (sistem imun) terhadap anda tidak mudah diserang jangkitan kuman atau penyakit berjangkit seperti selesema atau influenza. Ia penting untuk membina sistem imunisasi yang kuat lagi kebal.

Bukan itu sahaja, malah pengambilan suplimen vitamin C dikatakan dapat membantu memutihkan kulit dan menghasilkan kulit yang cantik dan berseri. Hari ini untuk pasaran Malaysia, terdapat pelbagai jenama suplemen vitamin C yang dijual kepada orang ramai. Ia tersedia untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak hingga dewasa dengan pelbagai perisa yang sedap seperti Blackmores Buffered C 30s Sustained Release, Champs Vitamin C 100mg Sugar Free Strawberry Flavour Chewable Tablet 100s, Enervon-C Plus Vitamin C + B Complex, Flavettes Vitamin C Blackcurrant 250MG, dan BIOLIFE Mega C Plus Bioflavonoid. Paling menarik, kelima-lima jenama vitamin C ini adalah berstatus Halal dan baik untuk diamalkan.

Blackmores Buffered C 30s Sustained Release

Blackmores Buffered C 30s Sustained Release
Blackmores jenama suplemen semula jadi berpengalaman lebih dari 87 tahun dipercayai pengguna tanpa memberi kompromi dalam kualiti. Untuk suplemen vitamin C, Blackmores Buffered C 30s Sustained Release dicadangkan untuk pengguna dewasa dengan kadar penyerapan yang berpanjangan melepaskan nutrien secara perlahan dalam jangka masa 8 jam. Ia juga akan memastikan vitamin C ini sentiasa tersedia ketika tubuh memerlukannya. Berstatus Halal, Blackmores Buffered C 30s Sustained Release, bertekstur lembut dan sesuai untuk perut kerana formulasinya asidnya sangat rendah. Tiada sebarang tambahan yis, gluten, gandum, derivatif susu, pengawet, perisa tiruan atau pemanis, Blackmores Buffered C 30s Sustained Release dirumus khas dengan kandungan bioflavonoid, termasuk rutin dan hesperidin. Blackmores Buffered C 30s Sustained Release terlibat dalam banyak proses biologi seperti meningkatkan sistem imun dan pembuatan kolagen, protein penting dalam badan.

Kelebihan Blackmores Buffered C 30s Sustained Release:

  • Tanpa perasa tiruan, pengawet dan gluten
  • Membekalkan vitamin C secara berperingkat lebih 8 jam
  • Mudah ditelan
  • Harga berpatutan

Kekurangan Blackmores Buffered C 30s Sustained Release:

  • Tidak disarankan untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Spesifikasi Blackmores Buffered C 30s Sustained Release:

Bilangan: 30 tablet
Cadangan penggunaan: 1 tablet sehari ketika makan
Harga: RM28.00

CHAMPS Vitamin C 100mg Sugar Free Strawberry Flavour Chewable Tablet 100s

CHAMPS Vitamin C 100mg Sugar Free Strawberry Flavour Chewable Tablet 100s
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak dalam aspek kesihatan terutama memastikan anak mendapat sumber vitamin C mencukupi. Sama ada diambil menerusi pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar atau makanan tambahan dalam bentuk tablet, harus dijadikan amalan setiap hari. CHAMPS Vitamin C 100mg Sugar Free Strawberry Flavour Chewable Tablet 100s, tablet mudah kunyah tanpa gula mampu memberi kesan kepada pelbagai komponen maklum balas daya tahan badan kanak-kanak.
CHAMPS Vitamin C 100mg Sugar Free Strawberry Flavour Chewable Tablet 100s varian vitamin C berperisa straweberi bagi membantu menggalakkan sistem imun kanak-kanak berusia dua tahun dan ke atas. Perisa strawberi ini menyertai rangkaian perisa sedia ada seperti perisa oren dan anggur hitam. CHAMPS Vitamin C 100mg Sugar Free Strawberry Flavour Chewable Tablet 100s turut diperkaya dengan Zink. Ia memberi manfaat mikronutrien yang penting pada tahap optimum kepada kanak-kanak dalam perisa menarik yang sesuai dengan cita rasa mereka. CHAMPS Vitamin C 100mg Sugar Free Strawberry Flavour Chewable Tablet 100s berstatus Halal dan diformulasi dengan kualiti yang tertinggi untuk membantu sistem imunisasi untuk mengelakkan jangkitan penyakit juga bakteria.

Kelebihan CHAMPS Vitamin C 100mg Sugar Free Strawberry Flavour Chewable Tablet 100s:

  • Mudah dikunyah
  • Tanpa bahan pengawet dan perasa tiruan
  • Mempunyai rasa yang sedap iaitu perisa strawberi masam dan manis
  • Memberi manfaat mikronutrien

Kekurangan CHAMPS Vitamin C 100mg Sugar Free Strawberry Flavour Chewable Tablet 100s:

  • Tidak sesuai untuk bayi 24 bulan ke bawah

Spesifikasi CHAMPS Vitamin C 100mg Sugar Free Strawberry Flavour Chewable Tablet 100s:

Bilangan: 100 tablet
Cadangan penggunaan: Diambil dua kali sehari, sebelum atau selepas makan. Umur 1 – 3 tahun (1-2 tablet), Umur 4 – 8 tahun (1-3 tablet), Umur 9 – 12 tahun (1-5 tablet) atau mengikut arahan doktor
Harga: RM29.52

Flavettes Vitamin C Blackcurrant 250mg (100s)

Flavettes Vitamin C Blackcurrant 250mg (100s)
Vitamin C jenama Flavettes merupakan keluaran Duopharma Biotech Bhd tampil sebagai farmaseutikal pertama di Malaysia menerima pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bagi produk onkologi. Flavettes Vitamin C Blackcurrant 250mg paling laris dalam kategori produk penguat imun mampu melindungi badan daripada kekurangan sistem immuniti dan bertindak sebagai antioksidan untuk membantu menenuhkan radikal bebas. Flavettes Vitamin C Blackcurrant 250mg (100s) mudah diserap oleh badan dan memiliki 5 kali lebih banyak nutrien berfungsi secara sinergi untuk membantu mengekalkan dan menyokong pertahanan semula jadi dalam badan. Setiap tablet Flavettes Vitamin C Blackcurrant 250mg (100s) mengandungi 99mg asid askorbik dan 173mg natrium askorbat bersamaan dengan 250mg vitamin C. Mempunyai rasa buah blackcurrant yang menyenangkan, Flavettes Vitamin C Blackcurrant 250mg (100s) sesuai untuk kegunaan seisi keluarga. Selain itu, kandungan sumber mineralnya membantu menjadikan kulit dan rambut kelihatan lebih sihat.

Kelebihan Flavettes Vitamin C Blackcurrant 250mg (100s):

  • Kegunaan seisi keluarga
  • Mempunyai rasa yang enak
  • Bertindak sebagai antioksidan
  • Membantu menjadikan kulit dan rambut sihat

Kekurangan Flavettes Vitamin C Blackcurrant 250mg (100s):

  • Mengandung aspartame dan tidak sesuai untuk phenylketonurics

Spesifikasi Flavettes Vitamin C Blackcurrant 250mg (100s):

Bilangan: 100 tablet
Cadangan penggunaan: 2 ke 4 biji sehari selepas makan
Harga: RM23.60

BIOLIFE Mega C Plus Bioflavonoid

BIOLIFE Mega C Plus Bioflavonoid
BIOLIFE Mega C Plus Bioflavonoid merupakan vitamin C dalam sachet yang pertama wujud di Malaysia. Vitamin C jenama ini boleh larut dalam air dalam bentuk kalsium askorbat dan tidak menganggu perut. Ia bertindak sebagai antioksidan di dalam badan, membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas. Bioflavonoid juga ditambah kepada vitamin C bagi membantu penyerapan dan penggunaan optimum. Ia terlibat dalam banyak proses biologi dan membantu melindungi sel daripada kerosakan. BIOLIFE Mega C Plus Bioflavonoid diiktiraf Halal dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai produk kesihatan menyeluruh disamping perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan melalui peningkatan dan inovasi berterusan. BIOLIFE Mega C Plus Bioflavonoid dirumus dengan kandungan sebanyak 1000mg vitamin C untuk kesihatan badan yang optimal dan bioflavonoids untuk memaksimakan keberkesanan suplemen ini. Dengan teknologi pelepasan secara berperingkat, BIOLIFE Mega C Plus Bioflavonoid memberikan perlindungan sepanjang hari, membantu menguatkan tahap imun badan anda.

Kelebihan BIOLIFE Mega C Plus Bioflavonoid:

  • Larut dalam air
  • Tidak mengganggu perut
  • Sel dilindungi daripada kerosakan akibat radikal bebas
  • Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Kekurangan BIOLIFE Mega C Plus Bioflavonoid:

  • Bau bahan perkumuhan yang keluar kurang menyenangkan

Spesifikasi BIOLIFE Mega C Plus Bioflavonoid:

Bilangan: 30 sachets
Cadangan penggunaan: 1 sachet setiap hari, larutkan dalam 125ml air
Harga: RM42.70

Enervon-C Plus Vitamin C + B Complex

Enervon-C Plus Vitamin C + B Complex
Enervon-C Plus Vitamin C + B Complex mengandungi vitamin C 500mg dan diperkaya vitamin B kompleks untuk booster harian pengguna. Enervon-C Plus Vitamin C + B Complex merupakan salah satu vitamin tambahan terbaik untuk kesihatan dan sesuai untuk kegunaan ibu hamil. Antara manfaat lain bagi Enervon-C Plus Vitamin C + B Complex ialah menguatkan gigi, rambut, kuku dan tulang yang lebih sihat. Ia mempunyai nutrisi penting yang diperlukan untuk membantu menjaga sistem ketahanan tubuh dengan penambahan nutrien lain. Enervon-C Plus Vitamin C + B Complex membantu memperkuatkan sistem ketahanan tubuh dan juga membantu menurunkan rasa lelah dan stress berpanjangan. Berstatus Halal dari Indonesia, suplemen ini juga dirumus agar mudah untuk ditelan mengikut keperluan dan kesesuaian keadaan kesihatan. Satu biji Enervon-C Plus Vitamin C + B Complex membantu pengguna mendapatkan keperluan harian vitamin C dan B complex yang mencukupi bagi tubuh badan.

Kelebihan Enervon-C Plus Vitamin C + B Complex:

  • Sesuai untuk kegunaan ibu hamil
  • Mudah ditelan
  • Menguatkan gigi, rambut, kuku dan tulang yang sihat
  • Boleh dijadikan booster harian jika stress

Kekurangan Enervon-C Plus Vitamin C + B Complex:

  • Sukar diperolehi di pasaran

Spesifikasi Enervon-C Plus Vitamin C + B Complex:

Bilangan: 32 tablet
Cadangan penggunaan: Satu kapsul sehari selepas makan
Harga: RM19.90

Vitamin C membantu menghasilkan kologen, manakala protein membantu memulihkan luka. Individu mengambil suplemen vitamin C kerana beberapa sebab termasuk untuk membantu melawan jangkitan, mengurangkan kesakitan selepas pembedahan atau tekanan darah rendah. Mineral tembaga terbabit dalam penghasilan tenaga dan membantu membentuk tisu penghubung yang memberikan struktur kepada badan. Terdapat bukti menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C pada jumlah yang banyak (lebih 1,500mg) boleh mengurangkan penyerapan mineral tembaga. Oleh itu pengambilan vitamin C dalam dos berlebihan dapat menimbulkan kesan samping yang boleh menyebabkan masalah kesihatan. Sekiranya memilih untuk mengambil produk vitamin C sebagai suplemen, pastikan anda mengambil dalam dos yang betul dan suplemen yang berkualiti.

Ramai mengambil suplemen vitamin C sebagai makanan tambahan untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri. Ada segelintir yang menggabungkan pengambilan vitamin C dengan pelbagai jenis suplemen dalam satu masa. Namun tahukah anda, terdapat kombinasi suplemen yang perlu dielakkan. Ini kerana, mungkin suplemen tidak hanya berinteraksi antara satu sama lain, tetapi berinteraksi dengan ubat-ubatan yang diambil dan sebab itu, penting untuk mengetahui potensi interaksi setiap suplemen. Pastikan dapatkan nasihat pakar atau pakar perubatan terdekat anda.



Related posts