Jangan Kalut! Jom Last Minute Shopping Raya Dengan 5 Pilihan Baju Raya Di Online 2022!

Jangan Kalut! Jom Last Minute Shopping Raya Dengan 5 Pilihan Baju Raya Di Online 2022!
Fesyen


Istimewa raya kali ini sebab kita dapat balik kampung gais! Maklumlah, 2 tahun terpaksa beraya di perantauan. Mak ayah di kampung pun, 2 tahun juga kesedihan anak-anak tidak pulang ke rumah. Segalanya demi keselamatan bersama.

So dah dapat greenlight, apa lagi kan? Beraya sakanlah kita! Rasanya tak cukuplah sehelai baju raya, sebab raya kan sebulan? Hiks! Khas untuk anda yang masih tercari-cari baju raya untuk digayakan 1 syawal nanti, jom lihat senarai terbaik ni!

Camellia

Camellia
Jangan tak tahu, Camellia Empire adalah jenama terbaik yang bertujuan untuk menyediakan pakaian berkualiti terbaik untuk semua muslimah dengan rekaan yang kreatif dan moden, dan semestinya kesemuanya didatangkan dengan harga yang berpatutan. Harga dah baik, boleh lah beli lebih ni!

Kelebihan

  • Pilihan baju raya untuk seisi keluarga
  • Harga berpatutan
  • Pakaian berkualiti
  • Diskaun menarik

Kekurangan

  • Tiada untuk plus size

Spesifikasi

Nama jenama Camellia
Jenis baju Baju kurung moden, baju melayu, baju kanak-kanak
Facebook/ Instagram https://www.instagram.com/camelliaempire/?hl=en
Website https://www.camelliaempire.com/cahaya

Lily Petuna

Lily Petuna
Sesuai untuk anda yang mahukan konsep selesa, moden dan bergaya, Lily Petuna adalah pilihannya. Rekaannya seakan dicipta untuk wanita zaman kini yang elegan dan berani. Mereka menawarkan beberapa koleksi menarik seperti Lily The Klasika, Lily Baiduri, Frosted Collection dan banyak lagi. Selain daripada Baju Kurung Moden dan Baju Kebaya, anda juga boleh tampil elegan di pagi Raya dengan bermacam-macam pilihan baju kasual yang lain. Bukan itu sahaja, Lily Petuna turut menawarkan koleksi ‘Bridesmaid’ untuk bakal pengantin yang masih tercari-cari busana yang cantik dan berkualiti untuk pengapit mereka.

Kelebihan

  • Konsep selesa dan bergaya
  • Pelbagai pilihan baju kurung moden dan kebaya
  • Terdapat koleksi bridesmaid
  • Harga berpatutan

Kekurangan

  • Kebanyakkan baju free saiz
  • Tiada baju lelaki

Spesifikasi

Nama jenama Lily Petuna
Jenis baju Baju kurung moden dan kebaya
Facebook/ Instagram https://www.instagram.com/lilypetuna/?hl=en
Website https://www.lilypetuna.com/

Wanzar

Wanzar
Kebanyakkan rekaannya tampak simple namun sangat elegan dan berkonsepkan kontemporari. Pastinya banyak koleksi busana untuk mereka yang bercita rasa tinggi sampaikan rambang mata dibuatnya. Di Wanzar, anda boleh dapatkan Baju Melayu Teluk Belanga atau Cekak Musang untuk lelaki dewasa dan kanak-kanak malah terdapat lebih banyak fesyen menarik untuk wanita dan kanak-kanak perempuan di butik baju raya ini. Bukan baju raya je tau, baju nikah pun ada kalau ada yang dah planning nak melangsungkan perkahwinan tak lama lagi!

Kelebihan

  • Pilihan baju untuk seisi keluarga
  • Design menarik tampak elegan dan kontemporari
  • Baju Melayu Teluk Belanga dan juga Cekak Musang dijual
  • Harga berpatutan
  • Diskaun menarik
  • Baju nikah dijual

Kekurangan

  • Warna sedikit berbeza daripada gambar disebabkan pencahayaan

Spesifikasi

Nama jenama Wanzar
Jenis baju Baju kurung moden, baju melayu dan kanak-kanak
Facebook/ Instagram https://www.instagram.com/wanzar_/?hl=en
Website https://www.wanzar.com.my/wanzaraya2022

Leayna.co

Leayna.co
Baju kurung moden, kebarung dan kebaya, namakan sahaja semuanya dijual di sini. Sesuai untuk anda yang minat baju kurung yang bercorak, anda boleh survey dan beli dari kedai ini. Banyak pilihan dan saiz yang boleh anda pilih. Kain juga sangat selesa sehingga ramai yang memberikan review yang bagus.

Kelebihan

  • Corak cantik dan moden
  • Harga berpatutan di bawah RM200
  • Pelbagai pilihan baju dari baju kurang ke kebarung

Kekurangan

  • Tiada untuk mereka yang plus size
  • Tiada untuk lelaki dan kanak-kanak

Spesifikasi

Jenama Leayna.co
Jenis baju Baju kurung moden, kebaya, kebarung moden
Facebook/ Instagram https://www.instagram.com/leayna.co/?hl=en
Website https://leayna.co/

Zalora

Zalora
Siapa saja yang tak kenal dengan Zalora ni kan? Ramai yang ternanti-nanti apakah bentuk gaya atau fesyen terbaru keluaran Zalora untuk raya tahun ini. Antara jenama baju raya yang popular pada setiap musim Raya ialah Lubna dan Zalia kerana rekaannya yang moden, harga ditawarkan juga berpatutan dan berkualiti. Menarik lagi, bukan calang-calang orang yang design baju Zalora tau. Ini kerana Zalora turut menawarkan koleksi baju raya dari pereka fesyen popular tanah air untuk gaya yang eksklusif pada hari lebaran.

Kelebihan

  • Pelbagai jenis rekaan baju raya moden
  • Jenama terkenal
  • Harga berbaloi

Kekurangan

  • Saiz terhad sehingga XL sahaja

Spesifikasi

Jenama Zalora
Jenis baju Baju kurung moden, baju melayu dan kanak-kanak
Instagram/ Facebook https://www.instagram.com/zaloramy/?hl=en
Website https://www.zalora.com.my/women/clothing/?from=header

Khas untuk wanita, pilihlah baju yang masih sesuai dan selesa dipakai untuk hari-hari biasa selepas raya nanti. Jika corak atau design yang dipilih bersesuaian, ianya masih boleh digunakan ketika untuk ke pejabat atau ke majlis-majlis tertentu.

Nak beraya sakan tu boleh, tapi biarlah berpada-pada. Janganlah sehingga boleh menyebabkan pembaziran. Yang penting, beraya-beraya juga, sop harus dipatuhi okay!



Related posts