Lebih Selesa Dan Eksklusif! Ini Pilihan Telekung Terbaik Boleh Beli Secara Online Di Malaysia!

Lebih Selesa Dan Eksklusif! Ini Pilihan Telekung Terbaik Boleh Beli Secara Online Di Malaysia!
Fesyen


Jika dahulu pilihannya agak terhad, kini ramai yang rambang mata untuk memilih jenis telekung yang diidamkan. Kain telekung ataupun pakaian solat khas untuk wanita melalui banyak evolusi agar ianya lebih selesa dan praktikal untuk kegunaan beribadah. Pelbagai pilihan warna dan reka bentuk ada di pasaran daripada pelbagai jenis jenama terkenal.

Disebabkan rekaannya menjadi lebih eksklusif, ramai menjadikan telekung sebagai hadiah kepada insan tersayang selain menggunakannya sendiri. Ada juga yang membeli untuk koleksi peribadi dan kegunaan pelbagai lokasi, sebagai contoh telekung lebih ringan kainnya digunakan untuk travel atau ketika berada di luar rumah, untuk menunaikan haji atau umrah dan sebagainya.

Penting juga untuk pengguna mengenal pasti jenis material dan reka bentuknya sebelum membeli. Jom lihat beberapa telekung daripada jenama terkenal boleh dibeli secara online di Malaysia ini.

Lebih Selesa Dan Eksklusif! Ini 5 Pilihan Telekung Terbaik Boleh Beli Secara Online Di Malaysia

Zaahara (Sofia)

Zaahara (Sofia)
Telekung berjenama Zaahara ini mengeluarkan pelbagai jenis reka bentuk, warna dengan fungsi setiapnya berbeza untuk pengguna. Telekung travel Sofia adalah antara produk terlarisnya dengan hampir 10,000 pelanggan telah memiliki telekung ini. Saiznya kecil sesuai untuk dibawa ke mana sahaja. Sofia sangat sesuai untuk wanita yang sibuk dengan tanggungjawab harian. Ia juga boleh dimuatkan ke dalam beg tangan bersaiz sederhana, beg komputer riba dan juga beg kabin bagasi. Materialnya juga ringan, namun tidak terlalu ringan sehingga terbang ditiup angin. Ia didatangkan sekali dengan sejadah mini dan beg khas.

Kelebihan

  • Material ringan : 400gram
  • Tidak terbang ditiup angin
  • Sesuai untuk travel
  • Boleh dimuatkan ke dalam beg tangan
  • Dilengkapi dengan sejadah mini dan beg

Kekurangan

  • Tiada pilihan saiz

Spesifikasi

Jenama Zaahara Sofia
Jenis material Kapas
Harga RM99 – RM119
Link https://zaahara.com/collections/telekung-travel-telekung-sofia

Siti Khadijah (Modish Evelyn)

Siti Khadijah (Modish Evelyn)
Rasanya jenama ini memang dikenali ramai. Boleh kata yang lelaki pun mesti pernah dengar jenama telekung Siti Khadijah ni kan? Produk rangkaian Siti Khadijah ini terkenal dengan pelbagai keistimewaan seperti rekaan dan warna menarik, jenis fabrik berkualiti tinggi, ruang muka yang selesa dan banyak jenis sampai pening nak memilihnya! Dalam banyak-banyak jenis, Modish Evelyn in Ash Blue ni sesuai untuk mereka yang mahukan rekaan lebih eksklusif dan nampak mewah. Sulamannya sungguh halus dan ia juga sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah.

Kelebihan

  • Material berkualiti pima cotton satin
  • Sesuai untuk dijadikan hadiah
  • Rekaan eksklusif
  • Fabrik lembut sesuai untuk kulit sensitif
  • Penutup dagu yang anti-bakteria agar tidak mudah berbau
  • Ada pilihan saiz

Kekurangan

  • Harga mahal
  • Penjagaan rumit kerana lebih sesuai dicuci tangan

Spesifikasi

Jenama Siti Khadijah (Modish Evelyn)
Jenis material 100% Pima cotton satin
Harga RM 589
Link https://sitikhadijah.com/product/modish-evelyn-in-ash-blue-with-exclusive-siti-khadijah-coral-gift-box/

Zara Awliya (Lace Andora)

Zara Awliya (Lace Andora)
Telekung ini didatangkan dengan pilihan warna yang banyak sesuai untuk anda yang mahukan kelainan. Ia diperbuat daripada fabrik berkualiti sekaligus mampu memberi keselesaan kepada penggunanya. Telekung Zara Awliya dijual bersama beg travel yang sangat cantik, sesuai dan mudah dibawa ke mana sahaja. Bukan itu sahaja, bahagian muka bergetah dan fleksibel juga sesuai untuk semua jenis muka.

Kelebihan

  • Material kapas yang selesa
  • Bahagian muka bergetah dan fleksibel
  • Rekaan eksklusif
  • Banyak pilihan warna
  • Lace di bahagian kepala dan bawah telekung

Kekurangan

  • Tiada pilihan saiz

Spesifikasi

Jenama Zara Awliya (Lace Andora)
Jenis material kapas
Harga RM 109
Link https://www.zaraawliya.my/

Bella Ammara (Sharifah al-Yahya)

Bella Ammara (Sharifah al-Yahya)
Ini adalah antara jenama yang disukai para wanita kerana rekaan dan material yang digunakan terbaik. Selain untuk kegunaan sendiri beribadat, telekung ini juga sesuai dijadikan sebagai hadiah buat yang tersayang. Ia dilengkapi dengan mini sejadah, tasbih digital dan kotak eksklusif yang memudahkan penggunaannya di mana sahaja. Anda juga tidak perlu pening dengan penjagaannya kerana ia boleh dicuci dengan mesin basuh dan tidak mudah kedut. Paling best, anda boleh menempah khas telekung dengan tulisan nama anda pada kainnya. Tidaklah tertukar dengan kawan lepas ni kan.

Kelebihan

  • Kain yang tidak jarang
  • Rekaan menetapi syariah
  • Kain anti kedut
  • Tidak mudah berbau busuk
  • Material kapas yang selesa
  • Penutup dagu selesa
  • Rekaan eksklusif

Kekurangan

  • Tiada pilihan saiz

Spesifikasi

Jenama Bella Ammara (Sharifah al-Yahya)
Jenis material Rayon Kapas
Harga RM 178
Link https://bellaammara.com/product/telekung-sharifah-al-yahya-hitam-special/

Adelia by Auliya

Adelia by Auliya
Keselesaan adalah faktor utama dalam pemilihan telekung agar lebih mudah urusan beribadah. Sesuailah dengan telekung Adelia ni kerana ia diperbuat daripada kain polycotton rosella yang lembut,licin dan sejuk. Bukan itu sahaja, bahagian muka dan dagu sungguh selesa dan dilengkapi dengan tali pengikat di belakang kepala. Di bahagian pinggang pula mempunyai getah,senang untuk dipakai dan sesuai sehingga saiz XXL. Sulaman yang lebar dan kemas di hujung telekung menjadikan Telekung Adelia ini sesuai untuk dijadikan hadiah mahupun hantaran perkahwinan.

Kelebihan

  • Material kain rosella tidak jarang sejuk dan selesa
  • Rekaan menetapi syariah
  • Pilihan warna menarik
  • Tidak mudah berbau busuk
  • Penutup dagu selesa
  • Sulaman kemas di hujung telekung
  • Bahagian pinggang bergetah memudahkan pemakaian
  • Beg sedondon disediakan
  • Rekaan eksklusif

Kekurangan

  • Perlu dicuci dengan teliti agar sulaman tidak rosak

Spesifikasi

Jenama Adelia by Auliya
Jenis material Polycotton rosella
Harga RM99
Link https://www.byauliya.com/collections/all/products/telekung-adelia

Antara perkara yang perlu diteliti sebelum membuat pembelian adalah jenis kain atau fabrik yang digunakan. Pilihlah telekung daripada material kain yang tidak panas dan tidak licin juga tidak mudah renyuk walau dilipat kecil. Selain itu kemasan jahitan juga penting agar telekung terletak elok pada wajah, dan pilihlah kain bergetah daripada kain yang perlu diikat sendiri kerana ianya lebih mudah dan cepat. Tidaklah perlu risau kain terlondeh ketika bersujud dan sebagainya kan?

Mudah je nak cari telekung sekarang, semakin cantik dan bagus materialnya, semakin mahal telekung tersebut. Sekali sekala berbelanja untuk selesa beribadat apa salahnya. Yang penting kita happy! Hiks!



Related posts