Simple & Cantik. Ini 5 Jenama Telekung Selesa Untuk Dimiliki Di Malaysia 2022

Simple & Cantik. Ini 5 Jenama Telekung Selesa Untuk Dimiliki Di Malaysia 2022
Fesyen


Berhias untuk beribadah adalah diharuskan, syaratnya pakaian yang dikenakan hendaklah suci dan tidak keterlaluan hingga menimbulkan riak atau mengganggu tumpuan ramai khususnya apabila menunaikan solat bersama Jemaah lain. Seperti pakaian, aliran perubahan masa dan fesyen terkini membawa revolusi dalam pemilihan telekung dengan membawa kepelbagaian cita rasa pemakainya. Masakan tidak, koleksi telekung di pasaran tidak lagi terhad kepada warna putih polos atau dengan kerawang ringkas, sebaliknya telekung berwarna pula mendapat tempat selaras peredaran zaman.
Bagi wanita yang berkemampuan, pemilihan telekung yang selesa, cantik dan sejuk menjadi antara pendorong untuk terus meningkatkan lagi kualiti ibadat, terutama setiap kali tiba waktu solat. Sungguhpun fungsinya sama seperti telekung yang lain, namun cita rasa setiap individu dalam memilih pakaian solat terbaik buat diri sendiri tidak dapat dihalang. Mencari tudung simple dan cantik? Ini 5 jenama telekung selesa anda mampu membeli online di Malaysia tahun 2022.

Bella Ammara – Sharifah Royale Telekung

Bella Ammara - Sharifah Royale Telekung
Nama Bella Ammara, tidak asing lagi dalam menghasilkan beberapa siri telekung dalam industri pakaian Muslimah. Kebanyakkan rekaan telekung Bella Ammara sangat eksklusif, menarik, unik, dan selesa dipakai. Sudah bertapak lebih 10 tahun, siri telekung Bella Ammara yang mendapat permintaan tinggi adalah Sharifah Royale Telekung.
Untuk setiap set Sharifah Royale Telekung dilengkapi dengan telekung kapas-lycra, sejadah, beg dan kotak eksklusif yang sangat sesuai untuk diberi sebagai hadiah. Bella Ammara – Sharifah Royale Telekung turut dijual secara berasingan tidak termasuk set lengkap dalam warna pilihan putih dan hitam.
Pengguna pasti berpuas hati dengan hasil kualiti Bella Ammara – Sharifah Royale Telekung untuk kegunaan ibadah harian untuk diri sendiri. Bella Ammara – Sharifah Royale Telekung mudah dibersihkan dan boleh dicuci menggunakan mesin basuh juga seterika dengan menggunakan suhu sederhana panas.

Kelebihan Bella Ammara – Sharifah Royale Telekung

  • Rekaan ekslusif
  • Telekung jenis cotton-lycra selesa dipakai
  • Set telekung dilengkapi sejadah, beg dan kotak
  • Mudah dicuci

Kekurangan Bella Ammara – Sharifah Royale Telekung

  • Jenama menjadi sasaran produk tiruan

Spesifikasi Bella Ammara – Sharifah Royale Telekung

Saiz XS – XXL
Warna Hitam dan Putih
Harga RM209.00

Telekung Kalista Clara – Telekung Sulam Dahlia

Telekung Kalista Clara - Telekung Sulam Dahlia
Telekung Kalista Clara jenama popular menghasilkan telekung simple yang mementingkan keselesaan. Ada pelbagai jenis siri telekung yang dikeluarkan jenama ini dari material fabrik jersi hingga fabrik kapas. Paling mendapat perhatian ramai ketika ini adalah siri Telekung Sulam Dahlia. Telekung Kalista Clara mengeluarkan lima warna (Biru, Cream, Nude, Pink, Putih) telekung cotton berkualiti tinggi yang menyerap peluh dan rekaan ringkas untuk semua golongan wanita khususnya dari umur 20 hingga 65 tahun. Ciri penting yang ditekankan dalam penghasilan Telekung Kalista Clara – Telekung Sulam Dahlia iaitu bahagian muka yang selesa selain menutup dagu sepenuhnya. Sulaman yang digunakan juga ringkas tetapi ekslusif menepati cita rasa semua lapisan umur.Selain itu, Telekung Kalista Clara – Telekung Sulam Dahlia turut mementingkan kekemasan jahitan dan apabila disarung jelas melihatkan keselesaan dan patuh syariah.

Kelebihan Telekung Kalista Clara – Telekung Sulam Dahlia

  • Tidak jarang
  • Ada 3 pilihan saiz untuk tubuh rendah, sederhana dan besar
  • Sulaman ekslusif dan jahitan kemas
  • Selesa dengan fabrik kapas berkualiti

Kekurangan Telekung Kalista Clara – Telekung Sulam Dahlia

  • Stok terhad

Spesifikasi Telekung Kalista Clara – Telekung Sulam Dahlia

Saiz Free Size
Warna Biru, Cream, Nude, Pink, Putih
Harga RM159.00

Telekung Rawdah – Safia Series

Telekung Rawdah - Safia Series
Apabila ditanya mengenai soal pakaian sesuai atau telekung yang perlu ada kala mengerjakan ibadat semua memberi jawapan ia perlulah selesa dan memudahkan pergerakan. Paling utama telekung itu dihasilkan daripada fabrik menyerap peluh, tidak panas selain direka dalam rekaan minimalis iaitu ringkas namun selesa dan praktikal.
Jika itu yang anda mahukan, Telekung Rawdah – Safia Series adalah jawapannya! Peminat Telekung Rawdah – Safia Series memang ramai mana tidaknya selain sangat selesa, ada lebih 20 warna tudung menarik untuk dimiliki sebagai koleksi kesayangan peribadi.
Antara warna yang menjadi pilihan dan idaman hati seperti Hitam, Putih, Kelabu, Blonde, Sand, Choco, Navy, Sky Blue, Sapphire, Lavendar, Violet, Mauve, Teal, Matcha, Copper, Coral, Pink, Jade, dan Maroon. Kualiti telekung daripada jenama ini tidak perlu disangkal lagi, ianya sangat tahan lama dan berbaloi untuk dimiliki.
Dengan setiap pembelian, Telekung Rawdah – Safia Series pembeli akan menerima beg telekung dan sejadah 2 in 1 secara pecuma. Bukan itu sahaja, malah jika ingin dijadikan sebagai hadiah atau hantaran, set ini juga dilengkapi dengan kotak ekslusif, beg kertas menarik dan kad ucapan yang juga diberikan percuma.

Kelebihan Telekung Rawdah – Safia Series

  • Rekaan minimalis, selesa dan praktikal.
  • Fabrik menyerap peluh
  • Kualiti tahan lama
  • 20 warna pilihan menarik

Kekurangan Telekung Rawdah – Safia Series

  • Ada warna yang kehabisan stok

Spesifikasi Telekung Rawdah – Safia Series

Saiz Free Size
Warna Pilihan 20 warna termasuk Hitam, Putih, Kelabu, Blonde, Sand, Choco, Navy, Sky Blue, Sapphire, Lavendar, Violet, Mauve, Teal, Matcha, Copper, Coral, Pink, Jade, dan Maroon
Harga RM155.00

Telekung TEA – Broderie (As Is)

Telekung TEA - Broderie (As Is)
Mencuri perhatian ramai sejak 2013 jenama telekung tempatan, Telekung TEA menampilkan banyak pilihan koleksi pakaian solat dengan pelbagai perincian menarik, khususnya sulaman tangan. Telekung TEA membawa kelainan dengan menawarkan pelbagai koleksi telekung eksklusif dengan perincian sulam.
Berbeza dengan telekung sulaman tampal, seni sulaman tangan dilihat mempunyai kelebihan. Hasilnya begitu halus, dijahit rapat menggunakan pilihan warna menarik, rapi dan cantik, selain mahu pemakai sentiasa berasa selesa setiap kali mendirikan solat atau menjalani ibadat lain.
Antara rekaan terkini Telekung TEA adalah telekung Broderie (As Is) antara yang paling diminati kerana cantuman rendanya yang unik. Ia dijahit sulam menggunakan renda bermotifkan bunga berkualiti tinggi dan sesuai buat mereka yang mahukan telekung selesa dengan perincian minimalis. Telekung TEA – Broderie (As Is) diperbuat daripada fabrik rosella premium.
Ia adalah fabrik yang menjadi tanda pengenalan jenama ini sejak mula. Sifatnya yang lembut dan sejuk menjadikan telekung yang dihasilkan laris dijual setiap kali. Kekal dalam pilihan rona lembut, telekung ini sesuai buat mereka yang sukakan elemen mewah dan eksklusif.

Kelebihan Telekung TEA – Broderie (As Is)

  • Pilihan warna menarik
  • Penggunaan fabrik berkualiti juga menjadi keutamaan
  • Sulaman renda keliling labuh telekung
  • Pinggang bergetah
  • Ikat kepala smocking khas memastikan keselesaan dan cengkaman yang baik

Kekurangan Telekung TEA – Broderie (As Is)

  • Jenama menjadi sasaran produk tiruan

Spesifikasi Telekung TEA – Broderie (As Is)

Saiz Petite, Regular, Plus
Warna 5 Warna (Green, Pink, Cream, Purple, Peach)
Harga RM133.00

Zara Awliya – Telekung Sulam Aurora

Zara Awliya - Telekung Sulam Aurora
Bagi muslimah yang mencari tudung selesa dan simple jenis cotton ringan, boleh memilih jenama Zara Awliya – Telekung Sulam Aurora. Zara Awliya – Telekung Sulam Aurora bukan sahaja cantik dengan sulaman indah tetapi datang dengan pilihan 16 warna (Hitam, Putih, Kelabu, Dusty Pink, Kelabu Gelap, Dusty Purple, Baby Pink, Baby Blue, Green Tea, Mint Turquoise, Peach, Cream, Baby Purple, Maroon, Cappuccino) yang menarik mengikut citarasa masing-masing.
Dek kerana kainnya yang ringan, praktikal, selesa dan mudah di bawa kemana sahaja, Zara Awliya – Telekung Sulam Aurora sesuai dijadikan sebagai telekung untuk travel. Bahagian muka telekung ini bergetah serta fleksibel sesuai untuk semua jenis bentuk muka.
Begitu juga dengan saiznya, Zara Awliya – Telekung Sulam Aurora sesuai untuk tubuh dengan saiz daripada S singga 2XL dan ketinggian sesuai untuk 165cm dan ke bawah. Set untuk setiap pembelian Zara Awliya – Telekung Sulam Aurora, pembeli akan menerima sebuah beg dan kotak ekslusif secara percuma.

Kelebihan Zara Awliya – Telekung Sulam Aurora

  • Kain cotton selesa dan tidak panas
  • Rindah dan mudah lipat untuk kegunaan ketika travel
  • 16 warna pilihan menarik
  • Bahagian muka bergetah serta fleksibel

Kekurangan Zara Awliya – Telekung Sulam Aurora

  • Ada warna yang kehabisan stok

Spesifikasi Zara Awliya – Telekung Sulam Aurora

Saiz Free Size (S-2XL)
Warna 16 pilihan termasuk Hitam, Putih, Kelabu, Dusty Pink, Kelabu Gelap, Dusty Purple, Baby Pink, Baby Blue, Green Tea, Mint Turquoise, Peach, Cream, Baby Purple, Maroon, Cappuccino
Harga RM95.00

Jika dulu tidak ramai wanita yang menitikberatkan pemilihan telekung, cukup ada telekung sederhana untuk menunaikan solat. Namun kini keadaan jauh berbeza. Aspek yang menjadi keutamaan ketika membeli telekung iaitu sedap dipakai, selesa, tampak cantik dan tidak panas menjadi pilihan hampir semua wanita. Jenis fabrik yang popular pula berciri lembut dan tidak panas seperti kapas. Di samping itu, telekung yang mudah dipakai dan tidak memerlukan pemakaian anak tudung antara diminati ketika ini selain memenuhi syariat seperti menutupi anak rambut dan dagu dengan sempurna.
Pembelian telekung pada hari ini tidak terhad untuk tujuan ibadat saja, malah ramai yang menjadikannya sebagai hadiah. Ada juga yang membeli telekung untuk dijadikan hadiah istimewa untuk ibu tercinta dan pasangan, hantaran perkahwinan atau dihadiahkan kepada mereka yang bakal menunaikan ibadat umrah dan haji.



Related posts