Mencerah & Memutih Kulit. Ini 5 Losen Pencerah Badan Terbaik 2022 Bajet Bawah RM30

Kesihatan dan kecantikan


Kulit mulus, putih dan bersih berseri dambaan setiap insan bergelar wanita tidak kurang juga buat lelaki. Ramai menekankan kecantikan kulit wajah tapi sering mengabaikan penjagaan kulit anggota lain seperti tangan, kaki dan badan sedangkan menjaga kulit pada bahagian itu juga sama penting dengan wajah. Pelbagai cara dilakukan demi memastikan kulit sentiasa cerah cantik dan lembap. Selalunya penggunaan losen badan yang sesuai dan disapukan setiap kali mandi atau mandi, dapat membantu melembapkan kelembapan jauh ke dalam kulit agar tetap terhidrasi dan kenyal. Paling penting dapat melindungi kulit dari sinaran matahari, mencerah dan yang pasti dapat membantu memutihkan kulit.

Jika anda berkulit kering, pilih losen badan yang mengandungi gliserin, AHA, kandungan petrolatum atau lanolin. Bagi kulit normal, pilih losen yang bertekstur ringan dan lembut. Manakala jika kulit anda jenis berminyak cuba losen bebas minyak yang teksturnya lebih ringan. Tidak perlu produk mahal untuk menjaga kecantikan kulit badan agar cerah dan memutih. Malah dengan hanya menggunakan losen pencerah badan terbaik 2022 dengan bajet bawah RM30 ini, impian anda boleh jadi kenyataan.

Safi Hijabista Bodycare – Healthy White Hand & Body Lotion

Hijabista Bodycare – Healthy White Hand & Body Lotion diformulasikan khas dengan bahan semula jadi yang mematuhi syarak untuk keselesaan wanita berhijab. Safi Hijabista Bodycare – Healthy White Hand & Body Lotion menjadikan tona kulit lebih cerah dan sihat dengan perlindungan pelembapan lebih 48 jam bersama kandungan Pearl Powder.

Estrak buah apricot membantu mengekalkan keanjalan kulit dan mengurangkan tanda penuaan. Safi Hijabista Bodycare – Healthy White Hand & Body Lotion melalui proses Scent Care Technology yang mengandungi agen pencegah malodour untuk meneutralkan bau yang tidak menyenangkan.

Ia memberikan keselesaan sepanjang hari dan meninggalkan kulit anda dengan wangian berpanjangan selama 8 jam. Diuji secara dermatologi dan klinikal, Safi Hijabista Bodycare – Healthy White Hand & Body Lotion bebas dari paraben, alkohol, pewarna, dan mineral minyak haiwan. Selain itu, losen ini diiktiraf JAKIM dan mendapat status Halal yang diyakini.

Kelebihan Safi Hijabista Bodycare – Healthy White Hand & Body Lotion:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit samada kulit kering dan sensitif.
  • Diformulasikan dengan bahan semula jadi
  • Menjadikan tona kulit lebih cerah
  • Perlindungan pelembapan lebih 48 jam
  • Wangian berpanjangan selama 8 jam
  • Diuji secara dermatologi dan klinikal

Kekurangan Safi Hijabista Bodycare – Healthy White Hand & Body Lotion:

  • Stok terhad

Spesifikasi Safi Hijabista Bodycare – Healthy White Hand & Body Lotion:

Isipadu: 400ml
Cadangan penggunaan: Selepas mandi, keringkan kulit tubuh badan dan oleskan losen diseluruh permukaan kulit.
Harga: RM16.04

WATSONS Intensive Whitening Body Lotion

Jenama WATSONS turut memiliki peminat yang tersendiri bagi produk penjagaan diri terutama losen pencerahannya. WATSONS Intensive Whitening Body Lotion diperkaya dengan campuran istimewa ekstrak likuoris dan ekstrak mulberi yang membantu meningkatkan keserian kulit, mencerah serta menyegarkan kulit tubuh.

Formulasi minyak sawit mampan digunakan WATSONS Intensive Whitening Body Lotion khas untuk melindungi tubuh badan, mengumpul dan mengembalikan semula kelembapan yang menyeluruh. WATSONS Intensive Whitening Body Lotion antara produk kecantikan yang memberikan kesan secara menyeluruh pada kulit serta dipatenkan untuk menghasilkan kulit lembut yang terhidrat lebih 24 jam sehari.

Kelebihan WATSONS Intensive Whitening Body Lotion:

  • Harga berpatutan
  • Khasiat campuran ekstrak likuoris dan ekstrak mulberi
  • Mencerah serta menyegarkan kulit tubuh
  • Mengembalikan semula kelembapan

Kekurangan WATSONS Intensive Whitening Body Lotion:

  • Tidak sesuai untuk kulit sensitif.

Spesifikasi WATSONS Intensive Whitening Body Lotion:

Isipadu: 500ml
Cadangan penggunaan: Sapukan jumlah yang sesuai ke seluruh badan. Urut perlahan-lahan ke dalam kulit sehingga diserap sepenuhnya. Sapukan apabila perlu.
Harga: RM16.72

Vaseline Super Vitamin Brightening Serum Peach & Prebiotic Vitamin B3 & C Lotion

Vaseline Super Vitamin Brightening Serum Peach & Prebiotic Vitamin B3 & C Lotion menjadi jalan penyelesaian untuk wanita memiliki kulit sihat, cerah dan cantik berseri. Vaseline Super Vitamin Brightening Serum Peach & Prebiotic Vitamin B3 & C Lotion rangkaian serum badan istimewa yang menyediakan 10 kali lebih kebaikan untuk kulit.

Ia mengandung ekstrak oat yang dapat membantu memberi kelembapan sepanjang hari. Serum Pemutih SPF 30 menyediakan 10 kali lebih perlindungan terutama terhadap sinar ultra ungu (UVA dan UVB) dan membantu melawan penuaan kulit sekali gus menjadikannya lebih bermaya dan muda. Ia memiliki prestasi yang lebih baik untuk kesan yang lebih efektif dihasilkan daripada formulasi unik yang lebih ringan bagi memudahkan ia menyerap ke dalam lapisan kulit dengan lebih cepat berbanding losen biasa.

Vaseline Super Vitamin Brightening Serum Peach & Prebiotic Vitamin B3 & C Lotion bukan sahaja memberi kelembapan pada kulit malah turut menyegar serta mencerahkan ton supaya tampak lebih sekata dan berseri.

Kelebihan Vaseline Super Vitamin Brightening Serum Peach & Prebiotic Vitamin B3 & C Lotion:

  • 10 kali Vitamin B3 untuk kulit cerah, kuat & lembap
  • Dirumus dengan Peach, dikenali sebagai sumber Vitamin C yang hebat
  • Tekstur yang ringan & tidak berminyak
  • Penyerapan segera
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

Kekurangan Vaseline Super Vitamin Brightening Serum Peach & Prebiotic Vitamin B3 & C Lotion:

  • Bau seakan sama produk Vaseline yang lain

Spesifikasi Vaseline Super Vitamin Brightening Serum Peach & Prebiotic Vitamin B3 & C Lotion:

Isipadu: 360ml
Cadangan penggunaan: Pam pada tapak tangan dan ratakan ke seluruh tubuh setiap hari selepas mandi
Harga: RM20.96

NIVEA Extra White Radiant & Smooth Body Lotion

NIVEA sebagai peneraju jenama produk penjagaan kulit antarabangsa berdedikasi dalam memenuhi kehendak khsusus setiap wanita untuk memiliki kulit cantik dan cerah sekata. NIVEA Extra White Radiant & Smooth Body Lotion bukan sahaja menawarkan manfaat pencerahan kulit, malah ia juga turut menganjalkan kulit. NIVEA Extra White Radiant & Smooth Body Lotion mampu melindungi kulit daripada sinaran UV dengan 40X Vitamin C yang membantu mencerahkan kulit.

Diperkaya dengan Deep White Essence, NIVEA Extra White Radiant & Smooth Body Lotion berupaya memperbaiki dan menyuburkan kulit agar lebih cerah dan berseri dari dalam. NIVEA Extra White Radiant & Smooth Body Lotion diformulasikan dengan kombinasi yang unik dari deep white essence, Vitamin C dan NIVEA Double UV Protection menutrisi kulit melindunginya sehingga kulit terasa nyaman sepanjang hari.

Kelebihan NIVEA Extra White Radiant & Smooth Body Lotion:

  • Manfaat pencerahan dan menganjalkan kulit.
  • Melindungi kulit daripada sinaran UV
  • 40X Vitamin C yang membantu mencerahkan kulit dari dalam
  • Memperbaiki dan menyuburkan kulit

Kekurangan NIVEA Extra White Radiant & Smooth Body Lotion:

  • Tekstur sedikit melekit

Spesifikasi NIVEA Extra White Radiant & Smooth Body Lotion:

Isipadu: 400ml
Cadangan penggunaan: Sapuan lembut diseluruh badan setiap kali selepas mandi
Harga: RM25.08

Garnier Light Complete Extra Whitening Repairing Serum Milk Uv Body Lotion

Garnier Light Complete Extra Whitening Repairing Serum Milk Uv Body Lotion merupakan losen badan serum susu pertama di Malaysia. Garnier Light Complete Extra Whitening Repairing Serum Milk Uv Body Lotion bukan sahaja membantu melembapkan tubuh malah mencerahkan kulit dalam 1 minggu sahaja secara semula jadi. Diformulasikan dengan pemfil UVA dan UVB, Garnier Light Complete Extra Whitening Repairing Serum Milk Uv Body Lotion membantu mengurangkan bintik-bintik gelap dan menghilangkan lingkaran hitam pada kulit. Ekstrak daripada lemon meresap dengan panas ke dalam kulit, dengan kemasan tidak melekit yang menjadikan kulit licin, lembut dan lembap sepanjang hari. Garnier Light Complete Extra Whitening Repairing Serum Milk Uv Body Lotion produk penjagaan kulit kegunaan harian yang lengkap dan mudah digunakan. Ditambah dengan haruman menyegarkan, losen pencerah ini mampu mengembalikan seri, meningkatkan fleksibiliti dan daya tahan kulit serta membantu diri kelihatan lebih berseri, sihat dan sempurna.

Kelebihan Garnier Light Complete Extra Whitening Repairing Serum Milk Uv Body Lotion:

  • Tekstur ringan dan tidak melekit
  • Mencerahkan kulit dalam 1 minggu
  • Mencerah dan melembapkan tubuh
  • Membantu mengurangkan bintik-bintik gelap
  • Sesuai untuk kegunaan harian

Kekurangan Garnier Light Complete Extra Whitening Repairing Serum Milk Uv Body Lotion:

  • Stok terhad

Spesifikasi Garnier Light Complete Extra Whitening Repairing Serum Milk Uv Body Lotion:

Isipadu: 400ml
Cadangan penggunaan: Sapu di seluruh kulit yang dikehendaki setiap hari selepas mandi untuk kesan seawal satu minggu
Harga: RM23.71

Sinaran ultraungu (UV) dan inframerah termasuk pencemaran alam sekitar menyebabkan dehidrasi sekali gus kondisi kulit tubuh badan menjadi kering, kusam dan tidak bermaya. Terdapat banyak sapuan seperti losen di pasaran yang direka untuk kembalikan semula kulit tubuh badan berseri, putih dan cerah. Ini boleh didapati di kebanyakan kedai kecantikan dan ubat seperti Guardian, Watsons, Big Pharmacy, AEON Wellness, Caring dan lain-lain.

Kebanyakkan produk ini berfungsi dengan mengurangkan jumlah melanin dalam kulit dan mengembalikan pigmen kulit. Bagaimanapun, berbincang dengan pakar kulit anda sebelum menggunakannya. Usah terpedaya dengan rupa botol dan bau losen yang harum. Ingat, setiap produk mengandungi bahan dan manfaat berbeza untuk kelompok berbeza. Membaca kandungan losen boleh membantu anda menghindar banyak risiko buruk termasuk kandungan bahan tidak sah dan kesan alahan.

Anda dinasihatkan mengelak daripada membeli dan menggunakan produk penjagaan kulit seperti losen yang mengandungi racun berjadual. Penggunaan produk yang mengandungi bahan itu tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini seperti bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, menggelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.



Related posts